|
Edited by PRomo4Good at 29-7-2019 05:59 AM
Alhamdulillah syukurlah. Dalam masa yang agak singkat— dua tahun lebih kurang tu kira singkat melalui duri2 selepas diketepikan tanpa sebab, namun misi #bondabangkit membawa kesan2 yang amat positif dan menaikkan semangat seorang wanita yang jatuh terhumban.
Dimaklumkan bukan sebarangan insan boleh cekal & sabar, ini semua bergantung pada tuanpunya badan yang semestinya ada azam tinggi Alhamdulillah. Paling penting, hati baik. Pabila hati yang baik berazam, biasanya insan sedemikian banyak ingat pada Allah Taala dalam kegundahan. Dalam keadaan sedemikian, Allah Maha Pengasih akan lindungi hambaNYA. Alhamdulillah
Jugak di maklumkan Intan Liana Saleh dikelilingi ahli keluarga yang betul2 jaga siraturaheem. Ini nikmat kekeluargaan. Alhamdulillah ahli2 keluarga tidak pincang dalam memberi bantuan. Ini sangat2 penting sebab keteguhan siraturaheem ni jadi benteng antara kita dengan gejala2 hitam. Inshallah
Syukurlah juga ramai sahabat2 yang sedia membantu, ada lama dikenali sehingga dah jadi bak ahli keluarga. Ada yang muncul sebagai “panduan “ — itu pun bagus juga Alhamdulillah
Dan ditakdirkan Allah Taala, Bonda Intan Liana Saleh — nama pun dah di trademark Alhamdulillah— di kerumuni oleh begitu ramai penyokong dari segala ceruk alam. Alhamdulillah
Bagai jauhari mengenal yang mana satu manikam, yang mana satu permata intan berlian.
Alhamdulillah dari semua jenis sokongan, promosi, simpati, empati, pelbagai pertolongan dituju ke arah nya maka sampai la masanya Intan “bercahaya.” Alhamdulillah Ini Hadiah Allah Taala kepada orang yang sabar, beriman — walaupun ada serba sikit kekurangan tidak sekali-kali Allah Taala jatuhkan SumpahanNYA. Allah Maha Pengasih. Amin Ya Rabb
Kesenangan dunia ni — iya pasti Ini semua sementara, namun sah jikalau hamba Allah Taala teguh imannya, baik hati, bagus akhlak, bertanggungjawab, jaga maruah, jaga siraturaheem, makin bertambah baik dari hari ke hari — inshallah semua yang dipegangnya itu dihalalkan Allah Taala. Alhamdulillah Allah Taala Maha Pemurah, tidak berkira2. Alhamdulillah
Nampak gaya dalam meraut “kemewahan” sahabat kita Intan Liana Saleh ni senang berkongsi. Yakni, bukan saja beliau dan Anak2 tersayang saja yang menikmati “tuahbadan” namun meleret2 hinggap ke atas adik beradik, saudara mara, sahabat handai, malah ramai business owners pun untung melimpah-ruah. Alhamdulillah tak kering periuk nasi. Alhamdulillah
Ini Hak Allah Taala nak kurniakan Nikmat pada insan2NYA. Besar Kuasa Allah.
Alhamdulillah dalam perkongsian rezeki ni, nampak gaya Bonda Intan Liana Saleh (untung Pak Cik Saleh dikurniakan Anak2 perempuan semua orang baik2) bantu ramai orang dah dalam diam2. Ibu2 tunggal, bisnes2 kecilan, anak2 yatim dll. Rasanya gitu la yang nampak walaupun sudah tentu amalan2 baik lain disembunyi dari pengetahuan awam. Allahu’aalam
Maka sekarang makin senyap “mulut2 berbisa” dan makin tipis kesan2 dari “komen2 tidak berguna.” Alhamdulillah Allah Maha Adil
Orang yang beriman tidak akan kurang langsung imannya. Orang2 yang sebaliknya merasai Hukum Allah Taala. Terpulang la pada Allah se lama mana Allah Taala mahu hukumi manusia. Kita hanya berdua’a agar diampunkanNYA semua dosa2 sebelum Malaikat Maut datang memanggil. Amin Ya Rabb
Forum ni sebenarnya berasaskan atas niat naikkan semangat, benar ya Misslink?
So let’s continue to empower Bonda Intan Liana Saleh and all the other women like her — better yet, all the women out there who deserve to rise from bad situations not of their own making. Inshallah
Girl power ni ada lah sokongan positif yang membuka pintu untuk kaum Hawa melangkah maju ke hadapan. Terutama yang ditindas, dibelakangi, dihumban, diainaya, di buang. Inshallah
Women empowering other women — a noble, just cause. Inshallah
As for those who choose to bring down others because they can, or maybe because of their own insecurities; or worse — because in their hearts evil exists, we leave them be. Let Allah Taala deal with them. Tiada siapa yang dapat hukumi manusia setlmpal dengan dosa2 masing2 melainkan Allah Taala.
Alhamdulillah am very proud that our sahabat Intan Liana Saleh has risen. Her kids are adjusting well. Her family still intact. She remains true to herself, tidak bongkak. Very important hat ni. Her influence is positive. Her conduct is pleasing. MashAllah her life is blessed beyond imagination. All from Allah Taala. Alhamdulillah
Walaupun sudah pasti tentunya UjianNYA masih perlu dilalui namun selagi tidak hilang iman di dada, selagi bercakap benar, selagi boleh dipercayai, selagi bertambah bagus akhlak — tidak akan kurang barang sedikitpun Nikmat Allah beri. Inshallah
Ini Tanda2 orang2 beriman yang menang dunia akhirat. Inshallah itu la yang diharapkan.
BONDA DAH TEGAK BANGKIT! |
|