CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lee_sakura

Misteri gunung-gunung di Malaysia

[Copy link]
Post time 21-7-2016 08:17 AM | Show all posts
eyansss replied at 17-7-2016 09:16 AM
yahampun...  dah dua tahun rupanya...  bwahaha...  sorry gais...  aku ni asek bertukar dept...  sa ...

Tq eyansss update cerita, akhirnya tau jugak cerita di sebalik kehilangan hasan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2016 09:40 AM | Show all posts
Haii uols..

Ok ni pulak pasal kisah trip ke gunung CBL tahun 2010 kalau tak salah aku. Gunung CBL ni memang terkenal dgn view yg cantik and sungai2 yg jernih.

Kejadian ni terjadi masa malam pertama dekat kem site lubuk lesong. Ada budak2 group aku ternampak tuan puteri dengan dayang2 mandi kat kolam tepi kem site kami mlm tu. Kebetulan mlm tu bulan mengambang penuh. Siap ada lampu jamung ayam lagi.

Aku pulak mmg mamai  tak sedar apa sebab aku dah telan ubat alergik mlm tu. Just dengar bunyi bising2 je. Esok pagi nya baru budak2 yg nampak kejadian tu cerita. Tapi depa tak nmpk clear la rupa tuan puteri tu. Masing2 takut n dok intai dr dalam sleeping bag. Ada 4 org yg nmpk kejadian pelik tu kalau tak salah aku.

Pengalaman aku sendiri pulak time kat CBL, dapat tengok kepala air turun live depan mata. Time tu kat kem site langsir tahun 2012. Memang ngeri tengok kepala air. Dengan balak sekali dia sapu bwk turun. Bahaya betul..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 02:11 PM | Show all posts
syokkk rmh ni me suke suke hahaha
plzzz korang yg ada exp tu share aaaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 03:40 PM | Show all posts
abes rempit tred ni, mohon kepada pendaki2 diluar sana sudi sudikanlah berkongsi ilmu dan cerita

xceli iols pun jenis x brani masuk utan daki gunung semua
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 09:36 AM | Show all posts
Salam.

Seronok baca pengalaman orang. Izinkan hamba tumpang sibuk nak story-mory jugak sementara tak ada Qarina mahupun roh datang bergentayangan . Pengalaman aku tak angker pun, tapi agak misteri jugak aku rasa.

Kisah ni terjadi masa aku tingkatan lima. Sekolah aku ada buat program mendaki Gunung Belumut di bawah Kelab Kadet. Hari itu, hari Sabtu. Kami bertolak dari sekolah dalam 8:30 gitu kot. Sampai ke Gunung Berlumut lebih kurang pukul 10 pagi dengan diiringi oleh beberapa orang Cikgu. Aku tak berapa ingat sangat nama-nama Cikgu yang ikut ni kecuali sorang – Abdullah atau lebih glamer dipanggil Cikgu Dollah.

Gunung Belumut ni actually dalam kawasan Felda. 20 tahun dulu, nak masuk kawasan ni free of charge. Takde parking fees bagai. Kawasan parking pun tanah merah aje, bukan tar macam sekarang. Nama Gunung Belumut diambil sempena kawasan batuan kat sini yang kebanyakannya penuh dengan lumut.

Sebelum panjat Gunung, macam biasalah ada taklimat dan doa. Tapi, nama pun remajakan? Bukan nak peduli sangat dengan pantang-larang and such. Masuk telinga kanan, tak sempat proses terus keluar telinga kiri. Lepas aminkan doa, bermulalah ekspedisi kami. Masa naik, tak ada apa-apa kejadian pelik berlaku. Mana yang jenis celupar, memang cakap ikut sedap mulut. Yang cakap lepas, tak fikir keliling. Tak masuk lagi yang kononnya terror…
Maka seronoklah kami bergelak ketawa, bergurau senda naik sampai puncak. Ambil gambar sudah mesti. Zaman tu, selfie belum wujud lagi.

Kejadian pelik bermula bila kami nak turun ke bawah…

Waktu tu, mungkin dalam pukul tiga petang. Hujan renyai-renyai. Disebabkan masing-masing dah penat, kepala cuma ingat nak balik. Kami turun dengan senyap, tak adalah pot pet pot pet macam masa naik tadi. Tak tahu macam mana, kami terpisah kepada tiga kumpulan. Aku, termasuk dalam kumpulan kedua - seingat aku, tujuh orang semuanya. Paling sikit. Dalam group ni, semua pelajar, tak ada cikgu. Masa kitorang sedar dah terpisah, masing-masing panik. Mula-mula, kami ingat nak tunggu group belakang tapi, memandangkan hujan, kami teruskan perjalanan.

Masa berjalan tu, tiba-tiba kawan aku nama Zaidi, tanya.

“Mana Azian?”

“Eh, Azian kan kat belakang.” Aku jawab, rasa pelik of course sebab aku tak nampak Azian sepanjang kami berjalan turun.

“Azian ada. Baru tadi, aku berbual dengan dia.”

Ah…sudah!

“Tak ada. Azian kat belakang. Diakan jalan dengan Ina tadi.” Aku iya-iya jawab.

“Taklah, dia ada. Aku baru aje borak dengan Azian tadi.” Zaidi taknak mengalah. Aku pun taknak mengalah. Bergaduhlah aku dengan Zaidi kat situ sambil diperhatikan oleh lima orang yang lain.

“Azian kat depanlah. Aku baru nampak dia berjalan tadi.” Sorang budak ni menyampuk. Aku tak ingat nama dia. Yang aku tau, dia junior.

Masing-masing dah tersenyap. Aku yakin, sepanjang berjalan tadi, aku tak nampak langsung kelibat Azian. Zaidi menegaskan, dia berborak-borak dengan Azian sebelum Azian hilang. Budak junior tu pulak kata, dia baru nampak kelibat Azian.

Jadi, Azian sebenarnya kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 09:51 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 23-7-2016 07:56 AM

Misteri Azian Di Mana kami lupakan buat sementara. Cuak beb. Dah lama kami semua pelajar, tak ada orang dewasa teman. Aku tak habis-habis baca ayat qursi. Dalam masa yang sama, duk kira ahli kumpulan kami untuk pastikan kekal ada tujuh. Selain itu, aku risaukan adik aku. Dia pun ikut sekali ekpedisi ni. Masa ni, adik aku baru form one.

Alhamdulillah, tak ada perkara pelik lagi yang jadi sampailah ke bawah.

Group 1 dah sampai dulu. Lega gila bila aku nampak adik aku tengah happy-happy makan buah. Group pertama kebanyakannya budak-budak form one sampai form three.

Zaidi pulak, orang pertama dia cari ialah Azian. Malangnya, tiada Azian di mana-mana. Budak-budak group 1 termasuk cikgu pun kata, Azian tak ada dalam Group 1.

Bermakna, aku betul. Azian kat Group belakang.

Dengan siapa Zaidi berborak tadi?

Cerita Group 3

Group 3 agak ramai. Cikgu Dollah pun ada sekali dalam group ni. Group 3 paling lambat sampai ke bawah. Rasa aku, dekat-dekat nak maghrib baru muncul. Bila muncul, kawan aku, Ina jalan terdengkot-dengkot sambil kena papah. Kata Ina, masa dia berjalan, tiba-tiba terasa kaki dia kena rentap. Terus jatuh tersemban. Apa yang rentap, tak taulah.

Aku tampilkan pelbagai teori logic. Ina mungkin tersadung akar pokok, silap langkah dan sebagainya. Tapi Ina mati-mati kata tidak. Memang dia rasa ada tangan rentap kaki sampai dia jatuh ke bawah.

Cerita lain – Group 3 sesat dalam hutan tu. Berkali-kali tawaf dalam kawasan yang sama tapi tak jumpa pun jalan pulang. Sampailah Cikgu Dollah azan, barulah dia orang dapat pulang dengan selamat.

Group 1 tak ada kisah misteri. Dia orang semua turun dengan aman.

Cut the story short – Lepas semua dah sampai, kami pun naik bas untuk balik rumah. Jadual pun dah lari. Ikut jadual, sepatutnya kami sampai sekolah pukul enam petang. Sekarang, dah lepas maghrib. Zaman ni, 3310 pun tak wujud lagi. Boleh bayangkan tak betapa risau mak bapak kami?

Ingatkan, perjalanan pulang akan smooth. Rupanya tidak.

Disebabkan hujan, tayar bas tersangkut dalam lopak besar. Tak boleh jalan langsung. Masa ni dah pukul lapan lebih. Kawasan sekitar memang gelap sebab kawasan ladang kelapa sawit. Kawasan ni, dua puluh tahun dulu tak ada lampu jalan. Sekarang, aku tak tahu.  

Berbekalkan lampu suluh milik drebar bas, terpaksalah kami tolak bas keluar dari lopak beramai-ramai. Perkara pelik yang terjadi masa kami tolak bas – elok-elok bas tu menegak, entah macam mana jadi melintang tengah jalan. So yup, bas menghadang jalan dengan tayar masih lagi terperosok dalam lopak. Aku nak salahkan drebar bas tu, boleh?

Lebih setengah jam kami tolak bas, barulah ada satu kereta lalu. Aku tetap ingat kereta ni – Proton Saga lama warna putih. Yang bawak tu seorang pakcik. Disebabkan dengan dia sekali tak dapat lepas, pakcik tu tolong tolak sama. Lampu kereta pakcik tu yang jadi tambahan lampu pada kami.

Cut the story short once again – bas berjaya dikeluarkan dari lopak. Dan kali ini, kami dapat pulang tanpa ada apa-apa lagi aral melintang.

Atas permintaan ramai, drebar bas turunkan kami di stesen bas instead of sekolah. Sampai-sampai aje, aku terus call rumah. Mak aku kata, abah aku tengah menjajar cari kami. Mahu tak risau? Dah pukul 10 malam, tak dapat khabar berita pasal anak-anak. Setengah jam lepas tu, abah sampai dan kami pun balik. Aku tidur nyenyak malam tu sebab dah penat.

Hari Isnin – kat sekolah. Of course lah sesapa yang joined ekspedisi panjat Gunung Belumut ni tak ada topik lain selain misteri yang di alami. Macam-macam cerita.

Menurut kawan aku nama Amy – masa ramai-ramai tolak bas tu, dia ternampak ada dua benda serba putih berdiri tak jauh dari situ. Kata Amy, kepala berkelubung gitu. Perhatikan kami tengah susah payah tolak bas. The creepy thing about that hantu kelubung putih, Amy nampak salah satu tu, mulut macam sengih menyeringai nampak taring.

Cerita sorang kawan lagi – Dia nampak harimau berkeliaran. Besar lak tu. Aku tak pertikaikan tentang Harimau. Abah aku pun kata memang ada Pak Belang kat situ. Aku cuma nak tau, camna dia boleh nampak harimau sedangkan kawasan tu gelap? Kalau betul dia nampak, bermakna harimau tu memang dekat aje dengan kami. Anytime jah ia boleh datang terkam.      

Ina demam. Katanya meracau-racau dalam tidur. Terdengar orang panggil nama dia.

Zaidi tak pernah ungkit lagi pasal 'Azian'.

Bila teringat balik pasal ni, kelakar pulak rasanya. Especially masa tolak bas beramai-ramai. Gila betul.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2016 09:59 AM | Show all posts
Maklumat tambahan:

Di Gunung Belumut, ada satu kawasan yang dipanggil Batu Mahkota. Kawasan ini dipercayai terletaknya perkampungan bunian.

Sejauh mana kesahihannya, aku tak tahu.



*gambar dari sumber google.

Ada satu lagi kawasan air terjun, orang kata tempat Puteri Bunian mandi manda. Sorry, tak ada gambar kawasan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 10:24 AM | Show all posts
pernah sampai gng ni.. start treking pkl 2 ptg sampai peak almost midnight. lmbt sampai psl treking dlm hujan..
tp alhamdullilah tak jd apa2.. just dgr bunyi usik2 je all the way trn dari peak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2016 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 19-7-2016 09:52 AM
yup...  baju hasan tu memang misteri abeh...  sampai skang diorang macam tak percaya boleh jumpa b ...

mak hasan camne now? masih bersedih n berharap hasan akan balik?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2016 07:31 AM | Show all posts
chichik replied at 21-7-2016 09:40 AM
Haii uols..

Ok ni pulak pasal kisah trip ke gunung CBL tahun 2010 kalau tak salah aku. Gunung CB ...

Insya Allah...28-30 julai 2016 ni group kami akan ke CBL..doakan yang baik baik ye utk kami.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2016 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Abis pun baca. Scary.
Tak pernah pun join aktiviti camni mase sekolah. Tak terfikir pun pasal hantu tapi lebih takut serangga/ulat2 kalau dapat je surat kebenaran utk ibubapa sign. Automatic bagitau sign yang taknak pergi tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 09:12 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 22-7-2016 09:59 AM
Maklumat tambahan:

Di Gunung Belumut, ada satu kawasan yang dipanggil Batu Mahkota. Kawasan ini d ...

oh batu ni..hehehe..
budak skola sy panggil batu gigi..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 09:21 AM | Show all posts
Edited by ffawwaz at 26-7-2016 09:23 AM
Nicki_Meow replied at 22-7-2016 09:36 AM
Salam.

Seronok baca pengalaman orang. Izinkan hamba tumpang sibuk nak story-mory jugak sementara  ...

orang kluang la ek?hehe..belumut ni dalam kawasan felda ulu dengar kan?
lama dah xgi situ..
zaman skola asrama area kluang tahun 2000-04..hampir tiap2 tahun sekolah buat camping kat situ..
camping bersepadu lain..camping puteri islam saje lain..kadet polis lain..
so far alhamdulillah masa naik Belumut time 2003 xde apa yang jadi..mula mendaki pkul 9..smpai puncak pkul 3..
ekeke..ikutkan sekejap je patutnya..tapi kena berhenti jaga member yg kaki cramp..xkan nak tinggalkan dia sorang2 kan..ingat lgi siap tertido dalam hutan sy masa jaga mmber tu..

disebabkan belumut ni tiap2 tahun ktorg camping n hiking zaman skola..so budak2 skola yg selalu pergi sana memang guide ktorg yg newbie masa tu..
manjat belumut memang agak azab bagi newbie terutama area yg dah nak menegak tu..paut2 pada akar pokok segala..
tapi time turun budak2 yg guide ni suruh lari je..lari smbil paut kiri kanan,,merasa la lari2 menurun gunung...dah macam apa tah time tu..

rindu nak manjat gunung..tapi since dah menggemok ni..memang lepas ni pancit jela..

btw..pasal rimau tu memang betul..malam lepas turun gunung tu, ustaz2 n ustazah2 semua nasihat budak lelaki xtido dalam khemah..
sebab kwasan khemah kitorang ke belakang sangat,,ada renjer bagitau xberapa jauh dari situ ada tapak kaki rimau..
so harusla cuak masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 07:47 PM | Show all posts
elezza replied at 21-7-2016 08:17 AM
Tq eyansss update cerita, akhirnya tau jugak cerita di sebalik kehilangan hasan ni..

small matter

tapi banyak yang dirahsiakan...  so aku taktau...  sebab masa tu aku baru je nak aktif balik camping2 pastu nak naik2 gunung ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 07:48 PM | Show all posts
melatibiru replied at 24-7-2016 12:24 AM
mak hasan camne now? masih bersedih n berharap hasan akan balik?

last aku tanya tu mak dia masih berharap hasan balik... dia tanak amek sijil kematian...  tapi kawan aku dah terima dengan redhanya... pastu lepas tu aku dah tak berani dah tanya dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2016 07:49 PM | Show all posts
doubleA replied at 19-7-2016 11:19 PM
Yan, gentle reminder   

Nanti hapdet kisah kepala air naik dan kesurupan ok

sorry2...  aku stuck keje tak sempat nak mengarang...  sempat bergosip sket je...  ni sementara aku ada time ni aku karang...  sory2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2016 12:40 AM | Show all posts
Edited by eyansss at 27-7-2016 01:43 AM
doubleA replied at 19-7-2016 11:19 PM
Yan, gentle reminder   

Nanti hapdet kisah kepala air naik dan kesurupan ok

aku ni sebenarnya rasa macam penah cite kat sini tapi puas aku godek2 tapi tak jumpa...  so dengan gigihnya aku cuba recall balik dan taip dengan bersungguhnya...  hahaha...  macam nak request kacang banyak2 dengan momod...  hahaha...

trip ni asalnya aku tak terlibat langsung...  cuma masa tu tetiba gepren kawan aku ni tak jadik join...  so kawan aku heret la aku sebab tanak membazir sebab dah bayar segala...  aku memang tak kenal langsung kengkawan yang join ni...  kira first time la jumpa...  meh aku senaraikan watak2 dalam ini cerita...  semua ni nama samaran yea kecuali nama kawan aku tu...

adenan
aku sendiri
man
tipah (tunang man)
abu
sherry (gepren abu)
spark
osama laden
mat ikan
bob marley (mamat ni memang dia dan dunia dia je... khayal je)

kami pakat2 sengaja bertolak tengah2 malam...  nak bawak slow sambil berhenti lepak makan kat r&r temerloh lama2...  sebab lori yang akan bawak kami ni hanya akan sampai kat kedai makan tu pas subuh...  oh yea, kebiasaanya yang nak naik berkelah akan tinggalkan keta kat kedai makan ni or surau seberang jalan tu sebab jalan nak masuk dalam tu hagak hazab la...  sayang keta weih...  hahahaa...

kami sampai kat kedai tu pukul 4/ 5 pagi... ingat nak lepak surau tapi masa tu kunci pulak...  bebudak ni alim2 taik kucing konon tanak berdosa panjat pagar surau...  hahaha...  bangang kan... last2 kami pun pakat la lepak2 dan solat kat parking tu je...  tak lama pastu lori pun sampai...  berbondong2 la kami memanjat naik lori...

tapi ntah nape aku rasa macam tak best langsung...  hati tak sedap...  dari memula perjalanan dari kl lagik...  tak sedap hati sebab tipah dan sherry seksi nak mampos padahal nak masuk hutan ni...  pastu si tipah ni mulut memang la tersangat hangsuang puaka hazabedah nak mampos...  stok takde jaga adab nak masuk hutan langsung...  aku memang diam dari kl sampaikan si adenan ni tego...  dia ingatkan aku tak suka geng2 dia ni...

sambung balik cite...  lepas memanjat separuh jalan, kami sengaja amek port tepi sungai ni...  kawasan luas la untuk pacak khemah segala...  kira port ni tengah2 antara starting point dengan puncak...  sungai ni jenis landai dan tak la dalam sangat tapi tak la cetek sangat...  sungai ni macam terbelah sket sebab macam ada kawasan tanah yang tinggi macam pulau sket then sungai tu bercantum balik lepas tu...  kat bahagian pulau tu ada budak2 politeknik dah amek port dah...  camping ramai2 dalam belas2 kalo tak silap...

sampai2 tu kami pacak khemah dulu...  kami pacak dua ke tiga khemah, aku lupa dah...  dua rasanya...  satu untuk letak beg2 n adenan dan man tido...  satu lagi khemah perempuan2...  pastu ada kami pasang fly (bumbung kanvas pastu alas kanvas)  takde dinding...  korang dapat bayangkan, kan...  hehehe...  pastu kami layan masak2 dulu...  masak nasik lemak pastu marinate ayam nak buat bbq...  sambil2 aku membasuh bahan2 n sambil2 masak, aku berbulu je dengar ayat2 hangsuang si tipah ni...  mulut cabul, jahat, hangsuang nonstop dari memula amek dia dari rumah, masa mendaki sampai la dah sampai tempat camping...  last2 ada sorang geng kami ni sound la : ko dah apahal...  jaga la mulut tu...  kita ni kat hutan dowh...  tapi tipah boleh lawan balik siap mencarut2...  aku diam je la...

bertambah berbulu bila masa memasak ngan melantak tu, si abu ngan sherry pi lepak berkurung dalam khemah perempuan...  siap tutup...  aduhai, adenan bising sebab tau sangat dah diorang buat apa...  dah tambah berbulu hati kami2 ni...  last2 lepas makan kami gegar diorang paksa ikut pegi puncak...  sebab memula diorang tanak pegi tapi mat ikan tanak terus bersubahat (dia ni memang alim2 sket)...  masa naik ni si sherry ni selamba jek pakaia 2 pieces bikini... tapi tang seluar dia sarung selapis lagi dengan hotpants...  bebudak dah tegur suruh tukar pun tak jalan...

last2 aku, adenan ngan geng2 lelaki yang lain diam je...

masa otw naik ke puncak tu aku rasa aku diperhatikan...  rasa macam ada yang mengikut...  aku diam lagi...  sampai puncak aku dengar ada berbisik2...  kejap kuat kejap perlahan...  tapi aku abaikan lagi...  aku just layan mandi puas2 pastu turun cepat2 sebab kami nak bakar2 ayam malam tu...  bila dah turun, aku tak join bebudak tu sambung mandi kat sungai tu sebab aku memang plan nak sambung mandi malam tu...  memandangkan aku nak mandi lagi, aku takde la nak salin baju bersih ke hape...  aku tros tolong bakar2 ayam...  lagipun aku malas nak tengok si sherry tu selamba badak je pakai two pieces mandi depan bebudak2 politeknik...  dan masa tu ada sekeluarga dengan budak2 tengah mandi2 gak kat situ...  tapi keluarga tu balik lepas mandi2...

masa tengah bakar2 tu (masa tu dah nak masuk senja dah) tetiba aku aku dengar bunyi orang macam menyanyi...  tapi macam humming...  mendayu2...  sedih sangat nyanyiannya...  pastu aku tanya la bebudak diorang ada dengar apa2 tak... diorang kata takde...  pastu ada yang cakap, bebudak poli menyanyi main gitar la tu...  aku kata la diorang dah lama tak main sebab aku nampak memasing sibuk mandi2 dan ada yang sibuk2 memasak...


pastu geng2 aku sedapkan hati aku cakap maybe radio kot...  aku diam lagi...  sebab aku tau sangat2 tu bukan bunyi radio...  dan hati aku makin tak sedap...  makin berdebar2...  last2 aku decide tanak mandi malam...  sebab aku rasa keputusan tu bakal membaham aku...  so aku decide nak mandi bersih2 pastu nak salin baju terus...  masa mandi tu tetiba aku nampak kat ekor mata aku kat hutan belah sana tu ada kelibat putih terbang...  aku terdiam...  pastu aku nampak kelibat tu terbang lagik...  pastu aku berdoa : ya Allah, kalo 'diorang' tu takde niat jahat, aku tak kisah...  tapi kalo 'diorang' ada niat jahat, tunjukkan la kat aku...

hamek ko lepas tu berduyun2 kelibat terbang laju2...  satu persatu...  banyak gila ok kelibat tu...  'diorang' bukan terbang ulang laik tau...  kalo ulang alik tu aku boleh kata 'dia' sekor je...  tpai ni dari belakang ke depan... kiranya kalo korang mengadap hutan tu, dari kiri ke kana...  macam memasing beratur terbang seko2...  serious aku tersentak tergamam weih masa tu...  sepantas kilat la aku terus naik salin baju...  aku siap suruh adenan temankan aku...  adenan ni sebenarnya dia dah dapat agak dah yang aku rasa macam2 sebab dari awal kan aku diam jek...  pastu aku tanya pasal suara menyanyi tu...  so dia temankan aku...  

malam tu aku decide tanak tido kat khemah...  aku nak tido kat fly...  aku terus hangkut barang2 n beg aku bawah fly pastu kami makan2 la kat situ...  elok lepas makan, hujan turun...  kami letak 3 batu bermula dari kaki sungai tu... sebagai penanda aras...  pastu ntah nape, hati aku berterusan dan bertambah rasa tak best...  aku tetiba terdetik nak pack segala barang2 dan baju2 aku...  pastu aku duduk tegak je...  asek perhatikan je kaki sungai tu...  sambil2 tu aku pesan ngan adenan suruh lelain pack barang jugak...  ntah nape aku bagi arahan cenggitu...  tapi yang lenlain sume pakat gelak...  diorang kata aku kecoh la hapa la...

pastu aku telah melakukan satu pantang yang sangat pantang kalau dalam hutan...  aku dok kira semua ahli2 kami...  niat aku sebab nak make sure semua ada...  sekali kira, terlebih sorang weih...  banyak kali aku kira...  pastu aku tarik adenan n aku bisik kat dia...  kompem la aku kena marah, kan...  hahaha...

tengah diorang gelak2kan aku, adenan suruh sume tengok batu penanda tu...  tengok dari batu pertama dah naik ke batu kedua...  terus adenan jerit2 suruh semua pack barang...  gegar dedua pasang kapel yang dalam khemah2 tu keluar n pack barang...  elok je adenan jerit gegar2 semua tu, air terus naik paras lutut...  takde warning2 langsung...  kelam kabut kami main campak2 je semua peralatan masak n segala barang yang ada depan mata serta khemah2 ke bukit belakang kami...  tak sampai seminit masa punggah2 tu air terus naik paras peha...

gila deras air dia...  memang aku ingat mati je la masa tu...  terbayang yang aku hanyut n mati lemas je...  masa tu jugak semua stop campak barang dan bergegas panjat bukit sebelah kami... aku masa tu sambil panjat sambil bagi S.O.S signal pakai emergency buzzer (aku taktau nama menatang tu tapi bunyi memang bingit gila la...) ke bebudak poli seberang sana...  kegunaan menatang tu utk emergency cam ilang ke, sesat ke... bagi orang dengar dan senang nak locate... aku kasik S.O.S kat geng politeknik seberang tu sebab tengok memasing wat bodo je... maybe diorang tak perasan lagi kot sbb tempat diorang tu tinggi sikit... geng2 lain dok bagi S.O.S signal pakai torchlight...

masa berlari tu, si mat ikan sempat lagi azan serta baca segala surah2... serious masa tu rasa meremang je...  seumpama malaikat maut hampir tiba je...  pastu tengah kelam kabut berlari memanjat tetiba bob marley menjerit... dia kat depan sekali masa tu... dia brake sambil gapai pokok2 kecik tepi2 tu... rupa2nya kat depan tu ada jurang dalam sangat... sebaek semua sempat brake... kalo tak, timbul kes lain plak... dan kami sempat capai bob marley... lagik sket dia nak menggelungsur ke jurang tu...

malam tu kami beramai2 berhimpit2 diatas bukit yang sempit tu... semua menggigil2 sebab kesejukan campur keterkejutan ngan apa yang jadik... nak plak kami nampak air deras yahamat, warna cekelat pekat berpusar2 macam tengah kena blender...  sambil berpusar sambil mengalir...  semua tenggelam...  tempat bebudak poli tu pun tenggelam...  tapi kami nampak la yang diorang pun dok panjat bukit hutan kat seberang sana...  kami hanya mampu berdoa semua berjaya naik...

lama gak la baru air surut... dalam kul 2 cenggitu surut...  bila dah surut, aku cari la kesan air naik sampai paras mana... rupanya air naik sampai paras kepala tu... tapi kepala aku la... aku kan katik... hahaha... pergh... rasa seriau tapi alhamdulillah sume selamat...

esoknya kami riki2 dengan bebudak yang camping kat puncak tu...  rupa2nye hujan darik puncak lagi... patut la kami kena kepala air ni...  haduhai...

next aku karang pasal kesurupan pulak...  

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 01:36 AM | Show all posts
bila dah surut, kami pun dok la kutip segala barang2 yang kami sempat campak... pastu kemas balik semua sekali, pacak balik khemah2 dengan fly...  man suruh aku tido ngan bebudak perempuan dalam khemah tu...  aku dah rasa meluat masa tu...  ye la, dok terkenang lagi perangai diorang, pastu tak abeh2 la dok bercerita luahan perasan pasal boipren n tunang memasing...  dan pada masa yang sama aku rasa seriau bila tengok muka tipah tu...  puas aku cakap nak lepak kat fly tu je... tapi man suruh dak tido dengan diorang...

masa masuk tu diorang masih la borak2...  lupa aku nak cite, diorang2 ni sebelum kepala air naik, ada borak2 dalam khemah siap mengilai2...  dah kena tegur dah...  pastu lepas surut tu, masa nak tido tu, diorang dok la borak2 mengilai, gelak terkekek2 segala...  aku dah sound dah... bagi alasan semua orang nak tido...  diorang kata la semua dah tido...  aku diam...

tengah diorang berdua berborak, sekali si tipah kata nak kencing... so kami pun bangun la temankan dia sebab sherry ngan aku pun terasa nak kencing...  bila dah pegi hujung, dia tanak kencing...  so kami je la melepaskan hajat...  tapi si tipah ni dok berpusing pastu mata asek kat semak samun sebelah kami tu...   tetiba je dia kata dia lapar...  aku cakap la, kan semua makanan, dapur segala dah hilang kena hanyut...  bukannya dia taktau...  pastu dia tunjuk kat semak samun tu cakap kat situ ada banyak makanan...  pastu paksa2 kami kesana amek makanan2 tu...  memang bodo la kan kalo aku ikut...  aku malas nak layan dan aku suruh semua ikut aku balik khemah...

masuk khemah, diorang sambung borak pastu sekali tetiba si tipah tu duduk bersila tapi satu kaki diangkat dan dibengkokkan...  macam style2 orang2 tua duduk...  harap korang dapat bayangkan...  pastu dia mintak rokok kat aku...  masa tu memang aku ni perokok tegar...  huhuhu...  aku terkedu, sebab aku tau dia tak merokok...  tapi dia kata dia memang merokok cuma man taktau...  aku teragak2 la nak bagi...  tapi dia desak, aku pun bagi la...  pastu dia mintak api...  aku bagi lighter...  lama dia pandang lighter tu...  pastu dia cakap : saya tak pandai la pakai ni :  aku dah pelik...  dah la tetiba bahasakan diri dia saya, cakap pun lembut, pastu tak reti guna lighter...  serious aku berdebar2...  dan dia plak lepas satu, satu rokok dia isap...

disclaimer jap : aku ni dah ingat2 lupa susunan kejadian...  so aku cite ikut sususan yang aku rasa itulah yang terjadi yea...

si tipah ni bila dah layan berbatang2 rokok tetiba dia duduk kat tepi pintu khemah tu...  masa tu si sherry dah tak gelak mengekek terkilai2 dah... dia baring2 je...  pastu tetiba tipah bersuara : eh...  ada api la...  aku terduduk la...  dah la masa baring tu aku dengar memacam suara kat sebelah aku serta kelibat2 bergerak (susunan : aku hujung sebelah sini, sherry tengah2 n tipah sebelah sana)...  khemah ni ada dua pintu dan pintu part aku ni diorang tak tutup canvas tu...  just tutup pintu jaring je... so aku boleh nampak jelas bukit hutan2 sebelah aku ni... nak tutup canvas kena bukak jaring dulu...  idok la aku berani nak bukak, kan...

aku tanya dia, mana api...  tuuuu...  dia kata...  siap gelak2...  aku jenguk kepala, haram takde pun api...  aku sound la dia, suruh jangan memain...  suruh tido...  aku baring balik...  tetiba dia main singkap2 jaring tu sambil babacak...  aku sound la...  ko babacak ngan sape ni ha...  pastu dia gelak2 sambil jawab : dengan kawan2 saya kat luar tu...  pastu terkekek2...  memang berderau siot darah aku masa tu...terus aku sepak kaki sherry suruh bangun....  sherry terkebil2...  aku terus keluar...  pi khemah adenan n man...  aku panggil diorang...  si adenan bukak pintu kemah tapi tanak keluar...  beria2 aku suruh keluar tapi dia tanak...  aku cakap la si tipah kena sampuk...  dia tak percaya pastu paksa aku pi masuk balik khemah...  nak menangis tau bila dia tanak percaya...

pastu aku masuk khemah balik...  si tipah senyum sinis kat aku...  sangat cilakak hokek...  pastu aku terus baring n terus pegang emergency buzzer tu....  dalam hati aku, lantak ko la janji ko tak makan aku...  aku siap doa banyak2 semoga Allah selamatkan aku...  tak lama lepas tu aku terlelap...  aku tak pasti bape lama aku terlelap, tetiba buzzer aku berbunyi...  melompat aku weih dalam khemah tu...  si tipah tu muka terkedu...  dia terus cakap : kalau saya nak pegang awak, memang menda tu akan berbunyi yea...

tu diaaaaa...  dah kejadah apa ko nak buat kat aku kan...  aku terus melompat keluar siap tolak si tipah tu...  elok keluar je aku nampak man ngan adenan dah berdiri depan khemah aku...  memang kena maki la si adenan tu kan sebab tak percayakan aku...  pastu man suruh aku kejut sherry...  suruh sherry pi tido ngan bebudak lelaki kat fly... memang tak la kan aku nak dekatkan diri aku kat khemah tu...  aku tak ingat sherry dikejutkan sebelum ke selepas kejadian kat bawah ni...

si tipah ni bila tengok man ngan adenan ada kat luar, dia pun keluar...  pastu dok senyum2 ayu... jalan lenggang-lenggok menunduk...  dia menuju ke sungai...  aku ni memang dah menyorok dah belakang si adenan tu...   pastu masa dia lalu sebelah adenan, dengan selambanya dia cakap : kenapa pandang2 saya...  pastu senyum meleret terus ke tepi sungai...  pastu dia main2 air sungai tu...  leret2kan tangan...  ala2 macam drama zaman dolu2 lak, si anak dara bermain air sungai sambil expect ada anak teruna nampak lalu mengorat...  pastu dia bangun n datang balik ke arah kami...  masa tu sangat seram tau...  

elok si tipah sampai, man suruh aku masuk khemah beg tu...  tido situ... dia suruh adenan temankan aku...  kalo tak suruh pun kompem aku tak kasik adenan tinggalkan aku sorang2...  gila ko...  hahaha...

dan ada dua kejadian terjadi serentak...  satu kat aku ngan adenan dan satu lagi kat tipah ngan man...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 27-7-2016 01:36 AM
bila dah surut, kami pun dok la kutip segala barang2 yang kami sempat campak... pastu kemas balik se ...

Best dan sgt seram. Xsbar nk baca sambungan.

Nasib baik semua dpt selamatkan diri.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2016 11:03 AM | Show all posts
wahh..ralit nya baca! sampai habis lemang 5 biji ku kerjakan.. tassaba nak tunggu sambungan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059172 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list