CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: awanputih

Dato' d'herbs....

[Copy link]
Post time 24-11-2013 02:21 AM | Show all posts
DIa ni nampak macam adik2 @ golongan anak hekan tapi straight uollsss... anak dah 3 dah... melepas kriskeanu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2013 02:31 AM | Show all posts
Dia ni dulu pelajar lembam ker? apsal cakap tersekat2????

http://www.youtube.com/watch?v=LkBUBD2u5wc
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 09:17 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-2-2013 02:20 PM
uit ko orang.. senangnye kena KLENTONG.. kalau budak medic, budak farmasi ketawa je dengan ko orang  ...

like 10000x.....mmg betul dengan ape yang u tulis....menyampah kalau tgk produk yang gigih tulis boleh bakar lemak ni......nampak beno nipunyerrrrrrrr.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubat kurus cam bg psychological effect tuk berdiet dn jaga makan..so duit x membazir beli benda mahal cam haram nih....mulayu urban perlu buat roadtrip g kg2 tgk pekebun kecil suma bdn slim n energetic..makn apa? Ulam....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 08:52 AM | Show all posts
ada rupa ...
skali bila dgr sore...ala2 joyah jek....
meluat plak aku dgr
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 11:43 AM | Show all posts
terlajakkk larisss!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2013 01:16 AM | Show all posts
Aku benci betul tengok penampilan over dia kat wanita hari ini. Macamla kalau tak makan perawan gold laki tak lari.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 04:31 AM From the mobile phone | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-2-2013 02:20 PM
uit ko orang.. senangnye kena KLENTONG.. kalau budak medic, budak farmasi ketawa je dengan ko orang  ...

Gud info....
Mommy xsuka mkn sbb takut buah pinggang rosak..
Redha jer tgk spare tyre ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2013 04:30 PM | Show all posts
cmf_blingblings posted on 11-2-2013 01:52 AM
tengok kat WHi, pondan sesgt!

pondan ke dia ni..bini dia chantek uols

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 02:02 PM | Show all posts
wiwie posted on 16-12-2013 04:30 PM
pondan ke dia ni..bini dia chantek uols

biar pondann.. asal berkepuk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 03:32 PM | Show all posts
cari_cahaya posted on 17-12-2013 02:02 PM
biar pondann.. asal berkepuk..

kann...ppuan skrg x kisah pondan ke laki lembut ke..asal berkerjaya..x giteww..

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 05:08 PM | Show all posts

nak tergelak je kalau tengok dato' ni kat WHI

cakap laju macam bullet train

tapi suara kepit laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:11 PM | Show all posts
muda2 dh dpt dato..dhla mcm bapokkk je
i pun rasa dia bt idung
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2014 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
WHI..geli ttengok cara dia..buruk norr klu lelaki buat cara cam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2014 10:15 AM | Show all posts
aku saja google psl produk diet deherbs ni... selidik punya selidik rupanya dato deherbs ni anak rozita sendayu tinggi...

no wonder lahhhhhhhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2014 08:42 AM | Show all posts
OMK ..aku ingat aku sorang jer x gemar dato ni buat suara mcm tu...blh jadik moody klu terdengor iklan dia..klu tgok WHI kdg mengucap aku kenapa dia ter"over" mcm tu sekali....aku geli..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 03:54 PM | Show all posts
kalau produk shaklee tu camne?masuk kategori menipu tak?hehehe pastu produl avail..ai pernha cube fiber green fit tu sebb ai jenis susah memebuang ..lawas tp xlarat jgk nk mkn nye sebb kalau xmkn xmebuang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 02:07 PM | Show all posts
macam tak best je...
produk tak best
tuan badan pun tak best
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 08:31 PM | Show all posts
Dato tu pun kena minum ubat kurus sebab nampak cam gemuk je
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2014 03:08 PM | Show all posts


Hanya gimik di TV

SAYA hanya gelenyar di televisyen, di luar saya sama seperti pemuda lain," demikian kata pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 26.

Beliau yang ditemui di kediaman mewahnya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, mengakui ramai yang bertanggapan buruk mengenai dirinya yang dilihat ‘lembut’ dan mengada-ngada dalam iklan-iklan produk D’Herbs yang disiarkan di televisyen.

Namun menurut suami kepada Datin Nur Shahida Mohd. Rashid ini, beliau terpaksa melakukan gimik sedemikian semata-mata menarik perhatian penonton dan melariskan produknya.

Tambah Aliff Syukri, dahulu pernah mencuba cara mempromosikan produk D’Herbs dengan gaya ala ustaz dan pakcik-pakcik, namun tidak ada sambutan.

Gaya sebegini tidak dapat menarik perhatian orang untuk melihat dan mencuba produk keluarannya dan strategi yang tidak berjaya itu terpaksa diubah.

“Sebenarnya saya ini hanya orang biasa-biasa sahaja. Cuma sebagai seorang ahli perniagaan, saya sentiasa sibuk fizikal dan mental memikirkan bagaimana untuk memajukan perniagaan. Saya tidak mahu perniagaan yang telah saya tubuhkan sejak empat tahun lalu ini jatuh.

“Orang nampak saya ini muda, glamor dan kaya. Namun itu semua tidak seindah yang dilihat. Banyak cabaran yang saya hadapi. Macam-macam orang kutuk saya di internet.

“Orang kata saya ini boleh buat bisnes sebab saya anak menterilah. Ada yang kata pula saya ini ‘dispedo’ (ditaja) oleh mak datin. Macam-macam lagi namun semuanya tidak mematahkan semangat saya," kata beliau yang memulakan perniagaan bermodalkan RM450 sahaja.

Menceritakan pengalaman awalnya berniaga, menurut lelaki yang sentiasa ceria ini, beliau pernah berniaga produk kecantikannya di pasar tani Shah Alam dan dari rumah ke rumah selama dua tahun.

Bagi mereka yang sering ke pasar tani tersebut pasti akan teringat dirinya yang tidak malu-malu meyakinkan orang untuk membeli produk.
Tambahnya lagi, kejayaan pengasas-pengasas kecantikan lain yang dilihat di majalah, akhbar dan televisyen memberi perangsang kepadanya untuk berjaya seperti mereka.

Aliff Syukri sering bertanya kepada diri sendiri mengapa produk-produk kecantikan hanya dipelopori oleh wanita. Mengapa lelaki tidak boleh berjaya seperti mereka.

Justeru, beliau ingin mencetuskan satu revolusi dan membuat produk sendiri walaupun seorang lelaki.

Bagaimanapun, ujar ‘abang terlajak laris’ ini, orang Malaysia tidak boleh menerima keadaan itu.

Beliau mengambil masa yang lama bagi meyakinkan masyarakat bahawa lelaki juga boleh bersaing dengan wanita bagi menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan.

Empat tahun di pasaran, produk beliau kini telah menembusi hingga ke Brunei, Indonesia dan Singapura.

Tidak menumpang kesenangan keluarga

Menceritakan asal-usulnya, menurut anak ketiga daripada lapan beradik ini, beliau berasal daripada keluarga yang susah.

Atas kesusahan itu, semasa berumur tujuh tahun beliau tinggal bersama nenek.

Sejak usia semuda itu beliau telah belajar berniaga dengan menjual jeruk yang dibuat sendiri dan kacang kepada kawan-kawan di sekolah.
Empat tahun tinggal dengan nenek, banyak pengalaman berniaga yang dikumpul.

“Saya bersekolah di banyak sekolah termasuk Sekolah Menengah Telok Gadong, Klang, Sekolah Kampung Melayu, Subang, Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, Klang dan beberapa sekolah di Shah Alam.

“Saya juga pernah bersekolah pondok di Sekolah Pondok Pasir Tumboh, Kelantan selama dua tahun," ujar Aliff Syukri yang kini sedang mengikuti pengajian di sebuah universiti swasta dalam bidang perniagaan.

Bagaimanapun, kini keluarganya mampu hidup senang hasil daripada perniagaan produk kecantikan dan kesihatan yang dipelopori ibunya.

Ditanya tentang pandang sesetengah orang bahawa beliau menumpang kesenangan dan kekayaan keluarga untuk berada di tempat sekarang, beliau menjawab tegas: “Saya paling benci apabila dikatakan berkongsi harta mak. Saya tidak pernah menumpang kekayaan keluarga. Apa yang saya miliki kini adalah hasil usaha sendiri. Namun saya tidak menafikan doa mak dan ayah penting bagi seorang anak."

Kehidupan berumahtangga

Berkahwin pada usia yang masih terlalu muda iaitu 19 tahun, tidak pernah menimbulkan kekesalan kepada diri Aliff Syukri.

Kini telah tujuh tahun beliau melayari bahtera rumah tangga bersama isteri tersayang yang kata beliau, banyak memberikan sokongan dan tabah menghadapi apa sahaja dugaan.

Perkenalan bermula ketika sama-sama menjadi model Sunsilk. Dua tahun menjalin hubungan cinta akhirnya mereka diijab kabulkan sebagai suami isteri.

Menurutnya, dahulu semasa belum berkahwin, beliau menganggap perkahwinan itu senang tetapi selepas melaluinya sendiri tidaklah semudah yang disangka.

Baginya, untuk mengekalkan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga, suami isteri harus memiliki persefahaman, cekal, menghormati antara satu sama lain dan tahu tanggungjawab masing-masing.

“Saya bersyukur mempunyai isteri seperti Nur Shahida. Tiada wanita yang sebagus dan sesabar dia. Dia menjadi tulang belakang saya. Banyak tanggungjawab saya, dia yang laksanakan seperti mendidik anak.

“Dia begitu faham dengan keadaan saya yang terlalu sibuk dan kerap pulang lewat,’’ kata bapa kepada tiga orang cahaya mata, Ammar Ahyan, 6, Qadejah El-Zahra, 4, dan Ibraheem Adnam, setahun.

Aliff Syukri yang ingin memiliki seorang lagi anak menambah, masa bercuti bersama keluarga adalah masa untuk melayani kerenah anak-anak.
Sehingga kini mereka sekeluarga telah bercuti ke Vietnam, Istanbul, Australia, Indonesia, Jepun, Hong Kong, China dan London. Minggu hadapan pula mereka sekeluarga akan menunaikan umrah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140207/hi_05/Hanya-gimik-di-TV#ixzz2siArf2rY
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.056365 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list