Encik Tarmizi dan puan Rogayah bercekak pinggang diruang tamu... setelah mendengar cerita dari isterinya, hati encik Tarmizi menjadi meluap-luap dengan perasaan marah.. nama Shazrina dilaungkan supaya segera menemuinya dan puan Rogayah...ada perkara mustahak bakal dibincangkan sekejap lagi.
“Shazrina...”jerit suara encik Tarmizi keras... mahu menyedarkan anaknya yang berada didalam bilik tentang kewujudannya di ruang tamu. Shazrina bergegas mendapatkan papanya yang berada diruang tamu. Namun langkahnya terhenti apabila papanya bersuara.
“bawak henset Shaz sekali...” tegas encik Tarmizi.. Shazrina kecut perut.. dia tahu ayahnya jarang mengamuk tetapi kalau dah mengamuk sangat bahaya... Shazrina masuk kembali ke dalam biliknya dan mengambil handset seperti arahan papanya.
“ye papa kenapa?” soal Shazrina sopan... hatinya mula gemuruh apabila melihat wajah papa dan mamanya yang teramat kelat.. seolah-olah dia telah melakukan sesuatu kesalahan yang amat teruk dan kesalahan itu tidak layak untuk diberikan kemaafan.
“bagi henset kat papa...” arah encik Tarmizi.. Shazrina teragak-agak untuk memberikan hensetnya kepada papa... mahunya papa check segala inbox.. tak ke mampus aku dibuatnya.
“bagi henset kat papa sekarang!” tekan encik Tarmizi lagi.. matanya mencerlung kearah anaknya.
“tapi papa...”
“kenapa degil sangat ni... faham tak apa papa cakap.. bagi papa henset tu...” jerkah encik Tarmizi kuat... Shazrina terkulat-kulat dimarahi tanpa sebab.. dengan perasaan takut-takut henset miliknya bertukar tangan... encik Tarmizi segera masuk ke inbox lalu ditilik satu persatu mesej yang ada... nama yang paling banyak terdapat didalam inbox itu ialah ‘Aliff’. Dibuka setiap mesej yang terdapat nama Aliff... dibaca satu persatu mesej yang ada... setiap mesej ada kata-kata motivasi untuk meneruskan pelajaran disamping kata-kata cinta yang mengasyikkan... encik Tarmizi menghempas kuat telefon bimbit itu... Shazrina terpaku... terkejut apabila barang kepunyaannya dibaling dan dicampak sesuka hati... cepat-cepat Shazrina mengutip telefon bimbit yang sudah terburai itu.
“papa....apa ni?” marah Shazrina.. hatinya sakit melihat sikap papanya malam ini.. mamanya pula sekadar melihat dan mendiamkan diri dengan wajah yang masam..langsung tidak menasihati papa supaya bersabar.
“kau tanya aku apa? Siapa Aliff tu?” tengking encik Tarmizi kuat.. bergegar rumah mereka dek kelantangan suara encik Tarmizi. Shazrina tersentak... papanya dah berbahasa kau aku... nampaknya perkara ini amat serius...
“kawan..” jawab Shazrina sepatah.
“pang”...melekat lima jari kasar milik encik Tarmizi pada pipi Shazrina. Pantang dalam hidupnya ada orang cuba menipu.. Shazrina terpaku begitu juga puan Rogayah.. cepat-cepat mama Shazrina menghampiri suaminya.
“abang...janganlah sampai naik tangan. Kita tegur dulu mana yang patut..” nasihat puan Rogayah lembut.. dia marah juga dengan sikap anaknya namun tak adalah sampai pukul memukul. Shazrina mula menangis dengan memegang pipinya yang perit ditampar papanya. Besar sangat ke kesalahan aku berkawan dengan Aliff sampai ini yang aku dapat...
“awak nak saya biar je budak ni macam tu... nak tunggu sampai esok-esok perut dia dah kembung bawak anak haram, nak tunggu sampai dia sakit kena pukul dengan jantan tu atau bila dia gagal dalam pelajaran baru nak ajar dia ni? Macam tu? Masa tu dah tak guna dah Yah...” bebel encik Tarmizi keras... dia kembali memberi tumpuan kepada anak tunggalnya yang sorang.
“aku tanya sekali lagi.. siapa Aliff tu? Kalo kau tipu aku memang dapat penampar kau sekali lagi..” keras suara encik Tarmizi... puan Rogayah diam dan melihat..anaknya memang perlu diajar agar tidak memalukan dia dan suaminya.. mana nak letak mukanya kalau anaknya menconteng arang suatu hari nanti..
“kekasih Shaz...” balas Shazrina lambat-lambat... tersedu sedan dia dilantai. Perit terkena penampar dicampur pula bebanan perasaan dimarahi bapanya buat airmatanya mudah gugur. Takut! Itu sahaja perasaannya kini.
“aku hantar kau sekolah belajar.. yang kau gatal-gatal cari jantan buat apa? Dah la perangai lelaki tu tak semenggah.. dengan pelajar nakal macam tu kau nak bercinta Shaz?”
“dia baik papa....”
“baik apanya kalau dah pandai ajar kau memonteng? Tak lama lagi kau pon ikut sama perangai macam dia kan... kaki ponteng, kaki buli, hisap rokok.. last-last pelajaran entah ke mana cita-cita kau entah ke mana.. baiklah sangat jantan macam tu? Bentak encik Tarmizi.
“mama dengan papa bukan nak kongkong sangat kehidupan Shaz... mama faham perasaan orang muda mudi, orang remaja yang nak berkasih sayang, nak bercinta... mama pon pernah muda... memang mama kurang senang bila anak mama bercinta tapi mama mungkin boleh terima kalau lelaki tu baik... budak yang senonoh... tapi kalau perangai macam anak hantu macam ni, mama pon tak berkenan... nanti dengan Shaz sekali jadi hantu.” Tambah puan Rogayah pula.. lebih lembut berbanding encik Tarmizi namun tegas.
“mama,papa... Aliff tak macam tu.. dulu je dia macam tu..........”
“jadi kau memang tahu perangainya yang tak senonoh tu... ya Allah Shaz... papa ingat bila kau dah jadi best student kat sekolah tu otak kau tu pandai... tapi perkara macam ni pon tak boleh nak fikir? Tak reti nak bezakan baik buruk...apa nak jadi kau ni?” potong encik Tarmizi disaat anaknya mahu menerangkan duduk perkara sebenar.. air mata Shazrina berjujuran... sedih dan takut bercampur gaul didalam dirinya.
“Aliff budak baik papa... dia bukan macam tu...”
“ya Allah Shaz... otak kau kat mana sekarang? Kat lutut? Orang bercinta macam kau ni memang semua benda nampak baik... nampak manis jer.. kalau kau nampak dia tu jahat memang lah kau tak bercinta dengan dia... tapi Aliff tu budak tak senonoh.. budak jahat.. kau tahu tak??” jerit encik Tarmizi lagi... apa lagi bahasa yang sesuai untuk digunakan supaya anaknya faham jantan seperti Aliff itu manusia yang tak berguna.
“kalo dia baik tak adanya dia ajar Shaz memonteng... mula-mula ponteng, lepas ni apa pulak dia ajar Shaz buat... Shaz pulak macam orang bodoh ikut perangai tak semenggah budak Aliff tu.” Sambung puan Rogayah.. langsung tiada perasaan simpati buat anaknya yang tersedu sedan di lantai... kalo dimanjakan sangat Shazrina, pasti anak gadisnya itu akan membusukkan namanya dan suami suatu hari nanti.. baiklah dia dan suami ajar dulu anak gadisnya ini. lagi pon ini semua untuk kebaikan Shazrina juga.
“dia tak pernah ajar..........” kata-kata Shazrina tergantung apabila papanya telah memotong percakapannya sekali lagi.
“papa tak nak dengar apa-apa alasan dari Shaz... yang papa tahu sekarang, mulai malam ni henset dan laptop Shaz papa akan tarik balik.. selagi Shaz tak masuk U selagi tu barang-barang ni papa tak akan pulangkan.. dan yang paling penting papa nak Shaz berpisah sekarang dengan Aliff. Kalau papa dapat tahu Shaz dengan Aliff masih berkawan siap Shaz termasuk Aliff sekali..” arah encik Tarmizi bersama ugutan..
“papa..apa salah Shaz... salah ke Shaz berkawan dengan Aliff..” soal Shaz demi membangkang arahan papanya... dia masih belum nampak kesilapannya dalam berkawan dengan Aliff.. salah ke? Aliff dah banyak berubah.. Aliff bukan budak nakal seperti dulu lagi.. apa salahnya dia berkawan dengan Aliff yang baru?
“kau faham tak apa aku cakap??.. aku tak suka kau kawan dengan jantan tak guna macam Aliff tu.. kalau kau degil sangat nak jugak bercinta dengan Aliff tu kau jangan panggil aku papa lagi.. kau bukan anak aku!” tengking encik Tarmizi lagi..habis sahaja ayat itu terus papa Shazrina menonong masuk kebilik.. menandakan perbincangan mereka malam ini telah tamat.. puan Rogayah ikut serta jejak langkah suaminya.. tinggal Shazrina yang masih belum berhenti menangis ditepi tangga rumahnya.
Last edited by misssakura on 29-11-2012 10:52 AM
|