CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

BOLLY/MOLLYWOOD.com: nu movies

[Copy link]
Post time 24-5-2004 07:39 AM | Show all posts
kajol x kan lakon filerm lagi ker:hmm:
i really miss her acting:ah:
last skali pun tgk kat kal ho na ho......tuuu pun kejap jerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2004 05:51 PM | Show all posts
IIFA awards dah lepas...

HRITHIK MENANG...yahooo......
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 24-5-2004 05:51 PM:
IIFA awards dah lepas...

HRITHIK MENANG...yahooo......


YEAH... my no.1 Bollywood hero menang!! Besh nyer!! Dulu masa dia menang tahun 2000 menerusi filem KNPH, aku tak rasa kegum sangat sbb time tu filem lakonan Shahrukh Khan pun takde yg hot sangat. Tapi tahun ni filem Sharukh "KHNH" tu buleh dikira hebats... and both Shahrukh & Hrithik sama2 tercalon... bila Hrithik menang, memang rasa... WOW!:

Anyway kpd peminat SRK, jangan kecewa sangat... SRK punya filem pun aku rasa memang setanding & bagus mcm filem "KMG", cuma mungkin dah rezeki Hrithik memang lagi kali ni. ala... lagipun SRK dah banyak kali menang kan!:ah:

Hrithik's Rulez!!!

[ Last edited by leon_mclaren78 on 24-5-2004 at 06:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2004 07:41 PM | Show all posts
Originally posted by leon_mclaren78 at 24-5-2004 06:47 PM:


YEAH... my no.1 Bollywood hero menang!! Besh nyer!! Dulu masa dia menang tahun 2000 menerusi filem KNPH, aku tak rasa kegum sangat sbb time tu filem lakonan Shahrukh Khan pun takde yg hot sanga ...


Aku tak kisah sesapa yg menang.. :ah:.. bagi aku memang patut pun dia dpt.. sbb acting dia dlm KMG memang superb! :ah:
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 24-5-2004 11:11 PM | Show all posts
Hrithik frenly tau seri, ajay je yg sombong giler, kareena pon..asal la ko tk turun spore bhul? bley ikut aku skali
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2004 12:31 AM | Show all posts
Aku pon rase antara ramai2 bintang Bollywood ni, Hrithik yg paling humble, sporting & tak manyak kerenah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 25-5-2004 09:38 AM | Show all posts
mmg dia humble, bini dia jembu dan sweet tk giler glemer langsung...tk cam sepupu dia fardeen khan, dahlah tk popular sombong plak tu...peminat jerit2 nama dia.dia buat derk jer...hrithik pandai layan fans dan reporters...klau dia answer qs dia akan renung mata org yg tanya tu ngan penuh attention...tk rugi korg minat dia :ah:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-5-2004 03:22 PM | Show all posts
ko mesti lupa sampaikan salam kat dier , bos...isk...
rugikan tak turun senggapoh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2004 10:00 PM | Show all posts
Anugerah IIFA 2004 - Hrithik Roshan tewaskan Shah Rukh Khan
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA (Yang membuat liputan Anugerah IIFA 2004 di Singapura)


FILEM Kal Ho Naa Ho berjaya merangkul lapan daripada 13 anugerah utama termasuk anugerah Filem Terbaik di Akademi Industri Filem India 2004 (IIFA 2004) yang berlangsung di Singapura, malam Sabtu lalu.

Kemenangan filem arahan Nikhil Advani itu sememangnya sudah diduga dari awal lagi biarpun filem itu mendapat persaingan yang sengit daripada filem Koi Mil Gaya.

Antara anugerah lain yang dibawa pulang oleh karyawan filem berkenaan ialah Pelakon Wanita Terbaik yang dimenangi oleh Preity Zinta, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Saif Ali Khan) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jaya Bachchan).

Karyawan filem berkenaan turut memenangi anugerah Cerita Terbaik, Arahan Muzik Terbaik, Lirik Terbaik dan Penyanyi Latar Lelaki Terbaik.

Selain lapan anugerah utama itu, filem Kal Ho Naa Ho juga membolot enam anugerah teknikal lain.

Sementara itu, kemenangan pasangan bapa dan anak, Rakesh Roshan dan Hrithik Roshan turut menjadi tumpuan seluruh karyawan filem India yang berkampung di negara itu.

Kejayaan paling manis dua beranak itu masing-masing menerusi trofi Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Ki Mil Gaya sekali gus mengenepikan pengarah Nikhil Advani dan aktor Shah Rukh Khan yang bertanding menerusi filem Kal Ho Naa Ho.

Pelakon karisma, Hrithik Roshan kini dilihat sebagai bintang yang cukup menyerlah di India dan memberi saingan yang sengit pada aktor ternama India, Shah Rukh Khan.

Anugerah IIFA 2004 turut memberi pengiktirafan kepada dua personaliti tersohor industri filem India iaitu aktor veteran Dilip Kumar dan penerbit filem terkenal, Yash Johar kerana sumbangan besar mereka pada industri filem Bollywood.

Dilip dianugerahkan Pencapaian Cemerlang Perfileman India yang disampaikan oleh Presiden Singapura, S.R. Nathan.

Yash pula menerima anugerah Sumbangan Cemerlang Perfileman India yang disampaikan oleh aktor Amitabah Bachchan.

Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula Khamis lalu menyaksikan kehadiran ramai bintang ternama Bollywood yang diketuai oleh Amitbah yang juga Ketua Penaung dan Duta Anugerah IIFA.

Tidak ketinggalan pelakon-pelakon seperti Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan, Rani Mukerjee, Vivek Oberoi, Kareena Kapoor, Abishek Bachchan, Sunjay Dutt, Preity Zinta, Kajol, Ajay Devgan dan ramai lagi.

Senarai penuh pemenang anugerah IFFA 2004

Filem Terbaik : Kal Ho Naa Ho

Pengarah Terbaik: Rakesh Roshan (Koi Mil Gaya)

Cerita Terbaik: Karan Johar

(Kal Ho Naa Ho)

Aktor Terbaik : Hrithik Roshan

Aktres Terbaik: Preity Zinta

Aktor Pembantu Terbaik :

Saif Ali Khan

Aktres Pembantu Terbaik :

Jaya Bachchan

Pelakon Komedi Terbaik:

Boman Irani

Pelakon Watak Negatif Terbaik : Feroz Khan

Arahan Muzik Terbaik :

Shankar-Ehsaan-Loy

Penyanyi Latar Lelaki Terbaik :

Sonu Nigam

Penyanyi Latar Wanita Terbaik : Shreya Ghoshal

Lirik Terbaik: Javed Akhtar

(Kal Ho Naa Ho)

Anugerah Khas :

Anugerah Pencapaian Cemerlang Dalam Industri Perfileman India :

Dilip Kumar

Anugerah Sumbangan Cemerlang Perfileman India : Yash Johar
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2004 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 25-5-2004 03:22 PM:
ko mesti lupa sampaikan salam kat dier , bos...isk...
rugikan tak turun senggapoh...


Tapi lebih rugi rasanya bila dia shooting kat Langkawi dulu tapi aku tak amik pedulik langsung pasal time tu aku tak suke kat dier sbb aku hanya minat kat SRK & Salman Khan! Sikalang baru nyesal... nyesal...

Eh.... nowadays apasal dah takde producer filem Bollywood shooting kat Mesia lagi, yek? Dah abis tempoh ker? Apasal diaorg tak mo sambung lagi? Sekurang2nyer cerah gaks peluang kiter kat sini jumpa bintang2 Bollywood lagi, especially Hrithik!!:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 26-5-2004 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by seribulan at 25-5-2004 15:22:
ko mesti lupa sampaikan salam kat dier , bos...isk...
rugikan tak turun senggapoh...


pasal aku terpegun sungguh ngan kecantikan bini  dia sampai aku terlupa kem salam ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2004 06:55 PM | Show all posts
petang ni tertengok lak citer yg Sunil Shetty berlakon...
melekat la kat depan tv....boleh ler...
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 29-5-2004 07:51 PM | Show all posts
yahoooooo......sok tunjuk kat cenel 5 IIFA award 4 pm....JB ppl bley ah tengok
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2004 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by BHAI-SUCI at 29-5-2004 07:51 PM:
yahoooooo......sok tunjuk kat cenel 5 IIFA award 4 pm....JB ppl bley ah tengok


Bhai, tanxx for remind me!! Aku tak nmpak lak iklan dia.. uh.. kira dpt tengok dulu la dr tunggu tv3 tayang.. lambat!!! tanxxxx! :ah:
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 30-5-2004 11:02 AM | Show all posts
shane ko tinggal jb eh? mmg diorg tk tunjuk trailer ahh...biasalah, cuba klau artis hongkong,taiwan dan kaum2 sepet yg lain mesti cenel 5 promote gilerrr...bingit aku!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2004 12:15 PM | Show all posts
IIFA 2004 Bollywood menjejaki Hollywood
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

(Yang membuat liputan Anugerah IIFA 2004 di Singapura baru-baru ini)
APAlagi yang boleh dirumuskan mengenai Anugerah Akademi Industri Filem India (IIFA) 2004 kalau bukan, karyawan filem negara itu terus meraih populariti setiap kali berkunjung ke negara luar.

Strategi mereka bijak. Dengan menawarkan kesempatan kepada masyarakat antarabangsa untuk mendekati bintang-bintang ternama India, pentas IIFA menjadi pemangkinnya.

Sebagai pulangan, negara-negara yang dikunjungi bersama-sama lebih 350 karyawan filem menawarkan peluang untuk menganjurkan acara hiburan gilang-gemilang itu.

Tahun ini, penganjuran agak lebih teliti biarpun kerenah yang membosankan tetap tidak dapat dipisahkan dengan karyawan Bollywood.

Ada sahaja kesulitan yang cuba diberikan khususnya kepada pihak media. Namun, seperti sudah belajar daripada pengalaman silam, karyawan Bollywood diberi pesanan yang amat bererti daripada ketua penaung yang juga duta IIFA, Amitabh Bachchan.

Pesanan Amitabh signifikan sekali konteks reputasi bintang-bintang Bollywood yang cenderung mencetuskan masalah dan kontroversi khususnya ketika berdepan dengan media.

``Karyawan filem India harus memberi perhatian soal disiplin kerana hanya dengan memberi penekanan kepada aspek tersebut industri filem India boleh bergerak jauh lebih maju,'' kata Amitabh pada sidang akhbar Anugerah IIFA 2004 di Singapura, minggu lalu.

Menurut Amitabh, disiplin boleh menjadi faktor sokongan selepas tumpuan diberikan kepada penghasilan filem yang baik dan menepati selera masyarakat antarabangsa.

Andai kata disiplin diberi perhatian utama, usaha untuk karyawan Bollywood menempa kemasyhuran seperti Hollywood bukan sesuatu yang mustahil.

Apalagi selepas karyawan Hollywood membuka ruang yang cukup luas kepada pengarah filem India untuk menerbitkan filem secara usaha sama.

Platform IIFA 2004 dijadikan medan untuk merintis usaha tersebut apabila penerbit filem box-office Hollywood, Barrie M Osborne sudah memeterai perjanjian untuk membiayai kos penerbitan filem Hindi.

Pada satu sidang media, Barrie yang juga penerbit filem Lord of The Rings, Matrix dan Face Off, sepakat untuk bekerjasama dengan pengarah tersohor India, Shekhar Kapur yang pernah mengarah filem Bandit Queen.

``Industri filem India mempunyai bakat yang hebat dan pasaran mereka juga begitu meluas kerana populariti yang sedang mereka nikmati dan saya berpendapat Hollywood harus membantu mereka ke arah menjana pasaran yang lebih besar,'' kata Barrie.

Kemasukan Hollywood ke industri perfileman India dilihat Shekhar sebagai satu peluang yang amat bermakna untuk Bollywood memperluaskan pengaruh mereka ke peringkat global.

``Penerbitan filem sulung secara kerjasama ini akan menjadi titik mula untuk kami sama-sama bersaing dengan karyawan Hollywood,'' ujar Shekar.

Persetujuan yang dicapai antara Barrie dengan Shekhar ada pertaliannya dengan kenyataan Amitabh mengenai populariti filem Bollywood melampaui masalah keterbatasan bahasa Hindi untuk difahami oleh masyarakat global.

``Tidak ramai daripada orang yang kelihatan seperti orang India, tidak bercakap bahasa kita dan tidak hidup di negara kita tetapi apa yang membanggakan saya mereka boleh menonton filem dan menyanyi lagu kita,'' kata Amitabh.

Selain acara kemuncak Anugerah IIFA 2004 yang menjadi fokus peminat filem Hindi, acara lain turut mendapat perhatian media antarabangsa yang mengadakan liputan anugerah itu.

Sepanjang tiga hari di Singapura, karyawan filem turut mengambil kesempatan untuk menganjur pelbagai acara sampingan lain.

Antara yang menjadi perhatian ialah pelancaran autobiografi Amitabh Bachchan, tayangan perdana filem, forum perfileman antarabangsa India dan acara perlawanan bola sepak persahabatan.

Pelancaran autobiografi Amitabh To Be Or Not To Be berlangsung dalam suasana cukup sederhana. Selain Amitabh, acara pelancaran itu turut dihadiri oleh isterinya, Jaya Bachchan dan anak lelakinya, Abishek Bachchan.

Buku yang sudah diulang cetak tiga kali itu ditulis oleh bekas wartawan dan teman baik Amitabh, Khalid Mohammad dijual pada harga RM330 (SD150).

Tayangan filem Ayuva yang diadakan di pawagam Lido 3 turut dihadiri oleh pengarah filem berkenaan Mani Ratnam serta pelakon-pelakon utamanya yang terdiri daripada Abishek Bachchan, Rani Mukherji, Kareena Kapoor, Vivek Oberoi dan Asha Doel.

Sementara forum perfileman antarabangsa India yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt pula, dilihat sebagai platform paling penting bagi karyawan filem India untuk mencari formula dan mekanisme bagi filem India mencapai kejayaan di peringkat global.

Forum yang berlangsung selama lebih tiga jam itu disertai oleh penggiat perfileman India dan antarabangsa.

Selain itu, perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung pada 21 Mei lalu di Stadium Jalan Besar juga antara yang diperkatakan.

Perlawanan tersebut adalah sebagai memenuhi jadual kegiatan amal Anugerah IIFA dan ia membabitkan pelakon terkenal Bollywood yang dibahagikan kepada dua pasukan, iaitu pasukan Anil Kapoor melawan pasukan Sunjay Dutt.

Perlawanan persahabatan itu diadakan sebagai usaha penganjur mendapatkan derma untuk pekerja belakang tabir filem negara itu.

Singapura menjadi destinasi keempat untuk penganjuran Anugerah IIFA kali kelima.

Kali pertama diadakan di kota London sebelum berkunjung ke Sun City, Afrika Selatan untuk IIFA kali kedua.

Malaysia pernah dikunjungi mereka dua tahun lalu sempena IIFA kali ketiga sementara IIFA kali keempat sekali lagi karyawan filem Bollywood ke Afrika tetapi kali ini destinasinya, Johannesburg.

Kota Singa berpesta secara gilang-gemilang. Bezanya, kali ini lebih ramai wajah popular bintang Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan, Kajol, Rani Mukherji, Preity Zinta, Abishek Bachchan, Vivek Oberoi dan lain-lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 30-5-2004 01:12 PM | Show all posts
ada tk can aku jadi hero bollywood,bhul,since makin ramai director nk shoot kat sini?:cak:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2004 01:44 PM | Show all posts
ada can...nanti promote I lak jadik heroin....heheheheh...
Reply

Use magic Report

BHAI-SUCI This user has been deleted
Post time 30-5-2004 02:15 PM | Show all posts
wakakakaka....bley ah kita dpt gelaran "HERO&HEROINE PERASAN "
Reply

Use magic Report

chocolate This user has been deleted
Post time 31-5-2004 12:05 PM | Show all posts
Memang 2004, is Hrithik's year, coz sumer Best Actor award dia bolot, from Screen Videocon, Zee Cine Awards, Filmfare (both popular & critics award), IIFA.  Anyway I think Hrithik really deserves the adulation that he got.  Lakonan dia kat Koi Mil Gaya memang POWER GILER !!!  Aku ter SANGAT LA SUKA nya nengok dia kat cita ni.... dah berapa kali nengok pun aku tak jelak.  Kekadang sedih nengok dia.... kekadang nak tergelak gak ngan kenakalan nya.. etc.... bottomline.. Hrithik not only has good looks, but immense talent to go along with...bab joget jangan cakap la... hehe...syabas.. :clap: :clap: :clap:

Ni tak sabar nak tunngu 'Laksya'.... dari apa yang aku baca, Laksya is a Hrithik movie.. yeay... :pmuka: :pmuka: :pmuka:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.805831 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list