iols dah baca buku Suami yg Ku benci tu...pada iols, iols suka citer tu..santai je...lawak pon ye..bes...(dah tak larat nk fefiling nanges2 baca nobel)
ayat2 pon lawak..gaya bahasa tu rasa dekattt jah ngan realiti..hahaha..takde lah n skema2 bagai..ala2 komedi romantik..paling bes mak si hero tu lah, mak uwais tu, makcik sarimah..sempoiii sgt...iols baca mmg tegelak2..(tepaksa gelak kemut2 sbb baca waktu mlm, kang jiran ingt iols mereng plak) {:4_503:}
meh iols bagi spoiler sket ekkk...
Uwais cakap kat mak die,
"cer citer, cer citer"..
pehtu mak uwais jawap,
"kau ckp camtu lagi, aku jadikan kau betol2 macam si husin tu"
Hannah (wife uwais) belom kuor breakfast lagi, still besiap2 dlm bilik, nk p keje..pastu mak uwais tny lah mana hannah, then mak uwais cakap,
"eh, mak ni pon pompuan, tak payah duduk lama depan cermin, sentiasa berpuas hati dgn kecantikan mak yg semulajadi ni"
Hannah ada cousin lelaki nama fawaz..fawaz tu angau kat budak kampung-jiran uwais..tapi heols tak reti nk cakap camne..mak uwais pon suruh lah berterus-terang..pastu fawaz cakap dia takot,
"kalau saya bertepuk sebelah tangan mcm mana?"
mak uwais jawap,
"tangan makcik kan ada..mcik besedia bertepuk tangan dgn kau"
Penerbit Karyaseni
‎(VIDEO Di MEDIA) JOM Saksikan penulis novel AWAK SUKA SAYA TAK? - Melur Jelita di wawancara dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O untuk segmen Sinopsis. Anda sudah memiliki novel Awak Suka Saya Tak?
Sebenarnya aku tak kenal pun siapa penulis nie sbb tak penah beli 1 pun karya dia. Ati tergerak nak beli sbb kakak opis aku nie joint membaca kat Penulisan2u. Dia kata novel nie best + dia pun dah beli. Dia citer sikitlah jalan citer. Bila dengar mcm best. Tapi masih tak teruja nak beli. Esoknyer masa meronda jenjalan, nampak buku nie ader kat Popular. Terus sambar sbb dlm ati pk, cuba baca dulu. Harap2 aper yg kakak opis aku cakap nie btul....
Bila dah baca, aku sgt2 puas ati. Jalan citer mmg menarik. Dan skrang AH dah termasuk dlm list novelis kegemaran aku. Tak rugi aku beli buku dia. Dan selepas settle JDC tu, gigih aku nak carik suma novel2 dia. Semlm dapat tangkap BIARKAN CINTA HADIR (Fajar PArker), tapi belum sempat baca. Sampul jek sempat Akan memulakan operasi minggu nie...
Tuk penulis, aku bagi 10 bintang. Aku kan mmg suka bagi bintang Good Job AH....
Dalam banyak-banyak perempuan dalam Malaysia ini, kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy?!
Blurb:
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
JODOH ITU MILIK KITA ~ Sara Aisha
TERBITAN KARYASENI
SM : RM26.00
SS : RM29.00
Jodoh itu Rahsia Illahi, dan Dia mengatakan awak untuk saya, dan saya untuk awak.
Blurp :
“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”
SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
saya dah book dekat popular dah, kalo dah sampai dia call.huhuhuhu, rasa macam nak menyorok bawah meja bila saya bukak FB pakai nset ,baru perasaan- AKAN DATANG PERTENGAHAN BULAN JANUARI. buat kena gelak je dengan budak popular tu..