CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
Post time 16-1-2026 10:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 10:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 02:59 PM | Show all posts
Vellfire replied at 16-1-2026 08:12 AM
minat jugak.. tapi dh jarang tengok..
duiu suka tengok drama park shin hye jer..

nama2 derang mira x kenal
tapi tgk muka yg mira familiar
br mira tgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 03:01 PM | Show all posts

selamat ptg vell

kemana je hujung minggu ni?
ank mira buka car boot sale esok (ahad)
malas lak nk ikut kali ni
kebetulan asben dia dh ada kan
mira lepak2 rumah je la

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2026 10:16 PM | Show all posts
Bantuan awal persekolahan RM76.29 juta manfaatkan 508,631 murid di Sabah tahun ini
Januari 16, 2026, Jumaat - 3:24pm



BANTUAN: James menyempurnakan penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini.

KOTA KINABALU: Kerajaan MADANI memperuntukkan RM76.29 juta Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada Negeri Sabah bagi tahun 2026, sekali gus memberi manfaat kepada 508,631 murid warganegara di 1,298 sekolah seluruh negeri.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, penyaluran bantuan itu mencerminkan keutamaan kerajaan dalam memperkukuh sektor pendidikan sebagai asas pembentukan generasi masa hadapan yang berdaya saing dan berilmu.

Menurutnya, bantuan berkenaan membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa khususnya pada awal sesi persekolahan, selain memberi suntikan motivasi kepada murid untuk terus fokus dan cemerlang dalam pembelajaran.

“Bantuan Awal Persekolahan ini amat bermakna kepada ibu bapa dan murid, terutama dalam menyediakan keperluan asas persekolahan. Ia juga menjadi dorongan kepada murid untuk memberi tumpuan penuh terhadap pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bagi tahun 2026 di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin serta Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Pendaftaran Murid, Kementerian Pendidikan Intan Suzana Abdul Rahman @ Abdullah.

James berkata, BAP diperkenalkan sejak 2012 sebagai bantuan tunai sekali bayar dan kadar bantuan dinaikkan kepada RM150 bagi setiap murid bermula 2023 selain diberikan secara sejagat tanpa mengira latar belakang pendapatan keluarga.

Katanya, bagi tahun ini, inisiatif itu diteruskan buat tahun ke-14 dengan peruntukan keseluruhan RM794.25 juta di peringkat nasional dan agihan kepada sekolah bermula 8 Januari lalu.

Di Sabah, peruntukan RM76.29 juta disalurkan kepada sekolah melalui 24 Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negeri bagi memastikan pengagihan bantuan dilaksanakan secara menyeluruh, teratur dan berkesan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah serta semua Pejabat Pendidikan Daerah dengan komitmen berterusan memastikan proses pengagihan BAP berjalan lancar serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, James menyeru ibu bapa dan murid supaya memanfaatkan bantuan berkenaan sebaik mungkin sebagai dorongan untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

“Kejayaan anak-anak di peringkat sekolah akan membuka laluan ke pendidikan tinggi dan seterusnya melahirkan modal insan berkualiti untuk agama, bangsa dan negara,” katanya.

Beliau juga menegaskan larangan sebarang potongan atau kutipan bayaran daripada wang Bantuan Awal Persekolahan dan mengingatkan semua pengetua serta guru besar supaya mematuhi sepenuhnya arahan berkenaan.

Katanya, kerajaan terus memperkukuh kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi melahirkan Generasi MADANI yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi melalui sistem pendidikan yang inklusif, mampan dan berkesan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:22 PM | Show all posts
Pendidikan, sains, teknologi dan inovasi pelaburan berpotensi tinggi
Januari 17, 2026, Sabtu - 10:18am



TAHNIAH: James (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penerima pada majlis itu, turut kelihatan Michael (kanan).

KOTA KINABALU: Pendidikan, sains, teknologi dan inovasi memainkan peranan penting dalam mengukuhkan keyakinan pelabur untuk melabur di Sabah.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib berkata, dalam persekitaran global yang tidak menentu hari ini, pelabur asing mencari destinasi yang menawarkan kestabilan dasar, hala tuju yang jelas, kesediaan bakat serta pulangan jangka panjang yang mampan.

"Pada 2026, sektor teknologi dan digital termasuk kecerdasan buatan (AI), automasi dan ekonomi digital akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan serta pelaburan langsung asing.

"Kejayaan pelaburan ini sangat bergantung kepada kesediaan bakat, khususnya melalui ekosistem Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang kukuh bagi memenuhi keperluan industri global," katanya semasa merasmikan Prospek Pasaran Malaysia 2026, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI), Datuk Michael Lui.

Di Sabah katanya, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tempatan yang bersedia untuk industri, memperluas program STEM dan TVET, serta memperkukuh kerjasama dengan syarikat teknologi dan pelabur bagi membina saluran bakat yang mampan.

"Kerajaan negeri juga memperkukuh rangka kerja dasar AI yang bertanggungjawab dan beretika untuk menyokong inovasi, menyediakan kejelasan peraturan, serta mengurangkan risiko kepada pelabur.

"Sabah kekal komited untuk menyediakan persekitaran pelaburan yang stabil, mesra perniagaan dan berpandangan jauh, disokong oleh bakat yang bersedia, dasar yang konsisten serta komitmen jangka panjang terhadap pertumbuhan berasaskan teknologi.

"Kami mengalu-alukan pelaburan langsung asing yang mewujudkan nilai bersama dan memberi impak ekonomi yang mampan," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2026 10:24 PM | Show all posts
Ambil peluang dalam perkembangan teknologi untuk pertumbuhan mampan
Januari 17, 2026, Sabtu - 10:35am



ALBUM: Michael (duduk, tiga kiri), James (duduk, lima kiri) bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Dalam dunia yang berkembang pesat didorong oleh teknologi dan inovasi, perniagaan kini berdepan peluang serta cabaran baharu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI), Datuk Michael Lui berkata, adalah penting bagi semua pihak berkeupayaan untuk menjangka arah aliran dan seterusnya mengambil inisiatif yang dilihat sebagai kunci kepada pertumbuhan mampan.

Sehubungan itu katanya, satu seminar bertajuk 'Prospek Pasaran Malaysia 2026' telah dianjurkan pada petang Jumaat bagi membantu perusahaan tempatan memahami dinamika ekonomi, meneroka peluang pelaburan, serta membangunkan strategi untuk bergerak maju dengan penuh keyakinan.

"Saya memuji dedikasi usahawan yang terlibat dalam penganjuran ini yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh daya saing dan memajukan industri.

"Usaha ini selaras dengan peranan KKCCCI yang terus berusaha membina platform perkongsian, memupuk kerjasama dan memacu pembangunan ekonomi Sabah serta Malaysia secara keseluruhan," katanya pada majlis Prospek Pasaran Malaysia 2026, di sini, pada Jumaat.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib.

Michael berkata, pihak penganjuran menyuarakan harapan agar kerajaan dapat merangka dan melaksanakan dasar perniagaan yang stabil, boleh dijangka serta berpandangan jauh.

Menurutnya, dasar yang konsisten dilihat penting untuk mengelakkan kelewatan pelaksanaan dan meningkatkan keyakinan pelabur asing.

“Walaupun dasar-dasar ini berhasrat baik, tanpa konsistensi ia boleh menimbulkan beban tambahan semasa pelaksanaan.

"Hanya dalam persekitaran yang stabil dan cekap, perniagaan dapat merancang pelaburan jangka panjang, menerima inovasi, dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini, komuniti perniaga berharap agar pihak perusahaan dan kerajaan dapat bekerjasama erat, disokong oleh dasar pendidikan, teknologi dan inovasi, untuk meneroka bidang pelaburan yang lebih pelbagai serta meningkatkan daya saing antarabangsa.



Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:26 PM | Show all posts
Delegasi perniagaan Sabah ke Kemboja, teroka peluang pelaburan dua hala
Januari 17, 2026, Sabtu - 11:49am



KUNJUNGAN: Masidi (lima kanan) ketika menerima kunjungan hormat delegasi Oriental Bank (Cambodia).

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah merancang menghantar delegasi perniagaan ke Kemboja bagi meneroka peluang kerjasama dan pelaburan dua hala, susulan cadangan yang dikemukakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, pada Khamis.

Masidi berkata, delegasi berkenaan dicadangkan diketuai Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau, bagi memudah cara hubungan perniagaan antara syarikat Sabah dan rakan niaga di Kemboja.

Katanya, lawatan itu akan memberi tumpuan kepada pemadanan perniagaan secara berstruktur bagi mengenal pasti potensi kerjasama dan pelaburan yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Lawatan ini bukan sekadar pertemuan biasa, sebaliknya menjadi platform praktikal untuk pemadanan perniagaan supaya syarikat Sabah dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan niaga Kemboja.

“Kita mahu penglibatan ini diterjemahkan kepada kerjasama sebenar, pelaburan serta akses pasaran yang lebih luas untuk Sabah dan Kemboja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat delegasi Oriental Bank (Cambodia) yang diketuai pengasas dan pengerusinya, Datuk Phan Ying Tong.

Masidi turut mencadangkan Lau, sebagai wakil sektor swasta, memainkan peranan membantu memudah cara perbincangan perniagaan-ke-perniagaan serta hubungan pasaran.

Menurutnya, ia bukan sahaja di Kemboja malah berpotensi diperluaskan ke negara Indochina lain seperti Myanmar, Laos, Thailand, Filipina, China, Indonesia dan Vietnam.

Dalam pertemuan itu, Phan hadir bersama ahli lembaga pengarah bank berkenaan, Vanseka Sok dan Jean Loi Jin Choo, selain Lau.

Masidi berkata, pertemuan berkenaan bertujuan mengukuhkan kerjasama strategik antara kerajaan Sabah dan sektor perbankan, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi serta peluang pelaburan berpotensi di negeri ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan atas kunjungan tersebut dan berharap hubungan serta kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi Sabah.


Sumber : Utusab Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:27 PM | Show all posts
Lelaki maut terjatuh ketika aktiviti rafting di Sepulut
Januari 17, 2026, Sabtu - 12:10pm

KENINGAU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti rafting di kawasan sungai Kabulongou Earth Sepulut, di sini.

Mangsa berusia lingkungan 40-an ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sungai sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 12.40 tengah hari menerusi talian balai.

“Sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 53 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian berikutan laluan sempit dan keadaan jalan yang tidak berturap,” katanya.

Katanya, sebaik tiba di lokasi pada jam 2.45 petang, pihaknya menerima maklumat bahawa mangsa sudah dijumpai oleh orang awam di tepi sungai dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pasukan bomba seterusnya bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam sungai sebelum pemeriksaan dilakukan oleh pihak KKM.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi membabitkan kekuatan seramai 12 anggota BBP Nabawan itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.30 petang.

Turut terlibat dalam operasi ialah agensi lain termasuk PDRM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan KKM.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:31 PM | Show all posts
222 murid di Ranau terima sumbangan beg sekolah
Januari 17, 2026, Sabtu - 12:12pm



SUMBANGAN: Aldrin menyampaikan 142 beg kepada Guru Besar SK Paginatan, Abdul Wahid Samin.

RANAU: Seramai 222 murid daripada tiga sekolah rendah di daerah ini menerima sumbangan beg sekolah menerusi Program Penyerahan Beg Sekolah anjuran Rotary Club of Likas Bay yang diadakan pada 13 Januari lalu.

Program berkenaan melibatkan sumbangan 30 beg sekolah kepada murid SK Kimondou, 50 beg sekolah kepada murid SK Kinirasan dan 142 beg sekolah kepada murid SK Paginatan.

Presiden Rotary Club of Likas Bay, Aldrin Wong, berkata sumbangan itu bertujuan membantu meringankan beban kewangan ibu bapa selain memberi galakan kepada murid supaya terus bersemangat hadir ke sekolah.

Katanya, walaupun sumbangan beg sekolah itu kelihatan kecil, ia membawa makna besar sebagai tanda sokongan kepada komuniti luar bandar khususnya dalam usaha mempersiapkan anak-anak untuk menuntut ilmu.

“Beg sekolah ini melambangkan harapan dan sokongan kami kepada generasi masa depan. Ia juga menjadi peringatan kepada murid bahawa mereka tidak bersendirian dalam perjalanan menimba ilmu,” katanya.

Beliau turut menasihatkan murid agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran kerana pendidikan merupakan kunci kejayaan dan jalan untuk mencapai cita-cita pada masa hadapan.

“Tiada jalan pintas untuk berjaya. Kejayaan bermula di bilik darjah. Gunakan bekalan yang diterima sebaik mungkin dan isikan beg ini dengan buku-buku ilmu,” katanya.

Dalam pada itu, Aldrin merakamkan penghargaan kepada guru besar dan semua guru di sekolah terbabit atas sambutan mesra serta kerjasama yang diberikan sepanjang pelaksanaan program berkenaan.

Program itu bukan sahaja menceriakan murid penerima, malah berjaya mengukuhkan hubungan positif antara sekolah terbabit dan Rotary Club of Likas Bay, selain dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:43 PM | Show all posts
Kempen derma darah Gereja City Harvest Sibu Ahad ini
Januari 16, 2026, Jumaat - 4:01pm



SIBU: Gereja City Harvest akan menganjurkan kempen derma darah pada Ahad ini bagi membantu memastikan bekalan darah di Hospital Sibu sentiasa mencukupi dan berterusan.

Menerusi kenyataan media hari ini, kempen tersebut akan diadakan di Jalan Merdeka Barat, jam 9 pagi hingga 1 petang.

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama menyumbang darah sebagai satu usaha murni menyelamatkan nyawa serta menyokong keperluan pesakit yang memerlukan.

"Derma darah bukan sahaja satu tanggungjawab sosial, malah mampu memberi harapan baharu kepada mereka yang sedang bertarung nyawa," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen derma darah sepanjang tahun 2026, orang ramai boleh mengikuti Facebook, Instagram dan TikTok Bank Darah Hospital Sibu.

Kempen ini turut membawa slogan 'Derma Darah, Selamatkan Nyawa' sebagai galakan kepada masyarakat setempat untuk tampil menjadi wira kepada mereka yang memerlukan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:44 PM | Show all posts
245 murid Tahun Satu di Pantai Damai terima sokongan khas awal persekolahan
Januari 16, 2026, Jumaat - 4:02pm



Dr Abdul Rahman dan isteri menyampaikan beg kepada seorang murid pada majlis penyerahan ‘Pek Kembali Ke Sekolah 2026’ di Kuching hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Seramai 245 murid Tahun Satu dari tiga sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai menerima sokongan khas ‘Pek Kembali Ke Sekolah 2026’ hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, inisiatif itu penting bagi memastikan murid-murid yang baru melangkah ke alam persekolahan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah dalam suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan.

“Pengalaman awal di sekolah amat mempengaruhi minat dan kehadiran murid dan jika mereka berasa selesa dan disokong sejak hari pertama.

“Perkara ini akan membantu mengurangkan rasa takut, seterusnya mengelakkan masalah ponteng sekolah,” ujarnya semasa berucap dalam majlis tersebut.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), program berkenaan melibatkan 110 murid Tahun Satu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Matu Baru, 71 murid dari SK Rampangi dan 64 murid dari SK Telaga Air.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai turut menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah, guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti setempat serta penaja yang telah bekerjasama menjayakan program berkenaan, termasuk penyediaan makanan dan minuman untuk murid-murid.

Tambah beliau lagi, kehadiran murid ke sekolah secara konsisten amat penting bagi memastikan mereka tidak tercicir dalam pelajaran, di samping membina keyakinan diri dan asas akademik yang kukuh sejak peringkat awal.

“Pendidikan adalah aset paling berharga untuk masa depan anak-anak. Ia merupakan tanggungjawab bersama semua pihak untuk membimbing dan menyokong mereka dari Tahun Satu hingga Tahun Enam agar kelak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” jelasnya lagi.

Majlis itu juga dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai dengan kerjasama Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) serta Ronald McDonald's House Charities Malaysia, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membantu kebajikan dan kesejahteraan pendidikan anak-anak di kawasan berkenaan.

Hadir sama, Bendahari Kehormat SABATI Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:45 PM | Show all posts
Kempen derma darah di Bintang Megamall Miri Sabtu ini
Januari 16, 2026, Jumaat - 4:04pm

MIRI: Prihatin terhadap seruan kecemasan Tabung Darah Hospital Miri,  Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.73 Piasau dan Persatuan Belia Miri tampil mengambil inisiatif menganjurkan Program Derma Darah 2.0 pada Sabtu ini.

Program yang bermula jam 10 pagi di Ground Floor West Court, Bintang Megamall Miri (berhampiran Uniqlo) itu diadakan bagi membantu mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk menampung keperluan bekalan darah di hospital berkenaan.Menurut pihak penganjur, program itu diadakan susulan laporan media yang mendedahkan kekurangan stok darah di Hospital Miri, sekali gus menuntut sokongan segera masyarakat setempat.

“Usaha itu bukan sahaja bertujuan meningkatkan paras simpanan darah hospital, malah berperanan mendidik orang ramai tentang kepentingan menderma darah sebagai satu amalan kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.

“Setiap sumbangan darah amat penting bagi menyokong rawatan kecemasan, pembedahan serta keperluan pesakit yang bergantung kepada bekalan darah secara berterusan,” kata pihak penganjur.

Program Derma Darah 2.0 turut dimeriahkan dengan pameran dan reruai maklumat melibatkan pelbagai aktiviti kesedaran, selain majlis perasmian yang melambangkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat terhadap keperluan kesihatan awam.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya warga Miri dan kawasan sekitar diseru hadir dan menyertai program berkenaan bagi membantu memastikan bekalan darah di Hospital Miri berada pada tahap mencukupi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:46 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 19-1-2026 02:42 PM

Lantai makmal komputer SK Pulau Melayu perlu dinaik taraf segera
Januari 16, 2026, Jumaat - 4:06pm
MIRI: Makmal komputer di SK Pulau Melayu memerlukan kerja naik taraf segera berikutan keadaan jubin lantai yang retak dan pecah, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting yang melawat kemudahan tersebut hari ini menyatakan kebimbangan mendalam terhadap keadaan yang membimbangkan itu.

“Makmal ini akan menjadi fasa kedua projek naik taraf selepas siapnya projek naik taraf fasa pertama di sekolah ini,” kata Ting semasa lawatan berkenaan.

Ting (kiri) bersama Kaunselor Kelvin Chia, Zuraidah (tiga kiri), Pemanca Ujut dan Pemanca Leonard Fong (dua kanan) pada lawatan tersebut hari ini.
Ting (kiri) bersama Kaunselor Kelvin Chia, Zuraidah (tiga kiri), Pemanca Ujut dan Pemanca Leonard Fong (dua kanan) pada lawatan tersebut hari ini.
Projek pertama melibatkan naik taraf dewan serbaguna sekolah yang dibiayai di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Piasau 2023, merangkumi pembinaan pentas baharu, kerja pendawaian elektrik serta penambahbaikan pencahayaan, dengan kos keseluruhan RM100,000.

Selain penggantian jubin lantai, projek tersebut turut merangkumi kerja pembaikan bumbung makmal.

Turut didapati beberapa unit pendingin hawa di makmal berkenaan tidak lagi berfungsi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu menjelaskan bahawa projek penambahbaikan makmal yang dianggarkan bernilai RM100,000 di bawah RTP 2024 kini telah memasuki peringkat cabut undi dan beliau berharap kerja-kerja dapat dimulakan dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan bahawa literasi komputer semakin penting dalam dunia hari ini dan perlu dipupuk dari awal.

Beliau menambah, pelajar perlu dibimbing sepanjang perjalanan pembelajaran mereka serta dilengkapi dengan pengetahuan digital yang penting, sambil menekankan bahawa kemahiran komputer bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.

Sementara itu, Guru Besar Zuraidah Ahmat memberitahu pemberita bahawa makmal tersebut kini tidak dapat digunakan berikutan isu keselamatan dan berharap kerja-kerja naik taraf dapat disiapkan secepat mungkin supaya ia boleh digunakan semula untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata, komputer riba terpaksa dibawa keluar dari makmal untuk kegunaan kelas yang disifatkannya sebagai agak menyusahkan.

Zuraidah turut merakamkan penghargaan kepada Ting dan Jabatan Kerja Raya (JKR) atas bantuan dalam merealisasikan kemudahan yang lebih lengkap di SK Pulau Melayu, yang menurutnya amat penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk murid.

Turut hadir ialah Pemanca Ujut Rahman dan Pemanca Leonard Fong.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2026 10:50 PM | Show all posts
Lantai makmal komputer SK Pulau Melayu perlu dinaik taraf segera
Januari 16, 2026, Jumaat - 4:06pm



Ting memeriksa keadaan lantai makmal komputer yang perlu diperbaiki segera.

MIRI: Makmal komputer di SK Pulau Melayu memerlukan kerja naik taraf segera berikutan keadaan jubin lantai yang retak dan pecah, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting yang melawat kemudahan tersebut hari ini menyatakan kebimbangan mendalam terhadap keadaan yang membimbangkan itu.

“Makmal ini akan menjadi fasa kedua projek naik taraf selepas siapnya projek naik taraf fasa pertama di sekolah ini,” kata Ting semasa lawatan berkenaan.



Ting (kiri) bersama Kaunselor Kelvin Chia, Zuraidah (tiga kiri), Pemanca Ujut dan Pemanca Leonard Fong (dua kanan) pada lawatan tersebut hari ini.

Projek pertama melibatkan naik taraf dewan serbaguna sekolah yang dibiayai di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Piasau 2023, merangkumi pembinaan pentas baharu, kerja pendawaian elektrik serta penambahbaikan pencahayaan, dengan kos keseluruhan RM100,000.

Selain penggantian jubin lantai, projek tersebut turut merangkumi kerja pembaikan bumbung makmal.

Turut didapati beberapa unit pendingin hawa di makmal berkenaan tidak lagi berfungsi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu menjelaskan bahawa projek penambahbaikan makmal yang dianggarkan bernilai RM100,000 di bawah RTP 2024 kini telah memasuki peringkat cabut undi dan beliau berharap kerja-kerja dapat dimulakan dalam masa terdekat.

Beliau menegaskan bahawa literasi komputer semakin penting dalam dunia hari ini dan perlu dipupuk dari awal.

Beliau menambah, pelajar perlu dibimbing sepanjang perjalanan pembelajaran mereka serta dilengkapi dengan pengetahuan digital yang penting, sambil menekankan bahawa kemahiran komputer bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.

Sementara itu, Guru Besar Zuraidah Ahmat memberitahu pemberita bahawa makmal tersebut kini tidak dapat digunakan berikutan isu keselamatan dan berharap kerja-kerja naik taraf dapat disiapkan secepat mungkin supaya ia boleh digunakan semula untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Beliau berkata, komputer riba terpaksa dibawa keluar dari makmal untuk kegunaan kelas yang disifatkannya sebagai agak menyusahkan.

Zuraidah turut merakamkan penghargaan kepada Ting dan Jabatan Kerja Raya (JKR) atas bantuan dalam merealisasikan kemudahan yang lebih lengkap di SK Pulau Melayu, yang menurutnya amat penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk murid.

Turut hadir ialah Pemanca Ujut Rahman dan Pemanca Leonard Fong.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:53 PM | Show all posts
Pelajar sekolah dinasihati tidak terjebak dalam kegiatan tidak sihat
Januari 16, 2026, Jumaat - 5:06pm



Jame (dua kiri) sejurus tiba di SMK Tatau bagi menghadiri program berkenaan.

BINTULU: Remaja di bahagian ini khususnya pelajar sekolah menengah dinasihati agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat yang boleh memberikan kesan buruk kepada pelajaran dan masa depan mereka kata Ketua Polis Daerah Tatau DSP Jame Reis.

Menurutnya, sebaik-baiknya elakkan diri daripada terlibat dengan perkara negatif seperti vandalisme, pergaduhan, kecurian, penyalahangunaan media sosial dan pengaruh rakan sebaya yang tidak sihat.

"Ingin saya ingatkan di sini juga buat anda semua (pelajar) bahawa isu buli sama ada secara fizikal, lisan mahupun siber salah satu bentuk perbuatan salah di sisi undang-undang yang tidak boleh diterima sama sekali," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada program 'First Day At School' bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau di sini, hari ini.

Ini kerana jelasnya, kegiatan buli bukan sahaja mencederakan tubuh badan, malah memberi kesan mendalam kepada emosi dan mental mangsa.

Justeru, Jame menegaskan perbuatan buli bukan perkara biasa atau tidak boleh dianggap sebagai gurauan kerana ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.



Salah seorang pelajar mengajukan soalan dalam sesi soal jawab antara pelajar dan PDRM pada program tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, turut diadakan ceramah berkenaan cegah salah laku buli dan gangguan seksual dalam kalangan murid oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tatau selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SMK Tatau Inspektor Abdul Aziz Abdul Hamid.

Program itu antara inisiatif berterusan PDRM yang bertujuan memastikan aspek keselamatan murid, ketenteraman awam serta kelancaran lalu lintas di kawasan sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik, khususnya pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan.

Program ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara PDRM, pihak sekolah dan juga komuniti setempat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2026 10:55 PM | Show all posts
Dewan masyarakat Kampung Pulau Melayu akan dinaik taraf
Januari 16, 2026, Jumaat - 5:10pm



Ting (empat kiri) menyaksikan penyerahan projek daripada pegawai JKR (tiga kiri) kepada pihak kontraktor hari ini.

MIRI: Dewan masyarakat terbuka di Kampung Pulau Melayu bakal dinaik taraf kepada dewan tertutup yang dilengkapi kemudahan penghawa dingin bagi menyediakan persekitaran lebih selamat dan kondusif untuk penduduk kampung menganjurkan pelbagai acara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting berkata, kerja-kerja naik taraf dan penambahbaikan itu dilaksanakan susulan beberapa cabaran yang dihadapi penduduk setempat.

Menurutnya, disebabkan keadaan dewan yang terbuka, penduduk yang menghadiri program pada waktu malam sering terdedah kepada gangguan nyamuk, sekali gus menjejaskan keselesaan serta tahap penyertaan.

“Dengan menaik taraf dewan berkenaan dan memasang pendingin hawa, penduduk dapat menganjurkan perhimpunan, acara dan sambutan pada waktu malam dengan lebih selesa tanpa kebimbangan terhadap gangguan nyamuk.

“Faktor kedua yang mendorong pelaksanaan projek itu ialah masalah kecurian kabel elektrik yang kerap berlaku sehingga menjejaskan penggunaan kemudahan tersebut,” katanya ketika ditemui semasa melawat ke tapak projek berkenaan hari ini.

Beliau memberitahu, projek bernilai RM200,000 itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf asas dewan, pembinaan struktur keluli utama dan bumbung, selain pembinaan dinding bata yang mengelilingi dewan.

Ting turut memaklumkan, projek yang bermula baru-baru ini dijangka siap dalam tempoh enam bulan iaitu sekitar awal Julai depan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau berharap dengan siapnya dewan berkenaan kelak, insiden kecurian dapat dikurangkan dan penduduk kampung dapat kembali mengadakan perhimpunan serta pelbagai acara, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan komuniti.

Semasa lawatan tapak tersebut, Ting turut menyaksikan penyerahan kontrak kerja daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kontraktor yang dilantik, dengan JKR bertindak sebagai agensi pemantau bagi projek berkenaan.

Turut hadir ialah Pemanca Ujut Rahman, Pemanca Leonard Fong dan Kaunselor Kelvin Chia.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 10:55 PM | Show all posts
Vellfire replied at 13-1-2026 03:52 PM
Hajiji terima kunjungan hormat Mustapha
Januari 13, 2026, Selasa - 3:44pm

KPI macamana boss. kasi tinguk rakyat lah kemajuan yang di buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.209030 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list