CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bi7Sari

Pilihan Anda, Merc ke BM ?

[Copy link]
Post time 14-2-2009 01:57 AM | Show all posts
ingat semua org beli BMW ke,
yg dpt pree kat petronas tu mana beli,
sbb tu ada yg tanya bajet servise BM tu..

thn ni, 5 series sempena race kat sepang tu......

nak kena rasuah ke petronas ni baru dpt aku merasa grand prize tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2009 02:13 AM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 4-2-2009 05:37 AM
tak habis lagi delima nak beli merc ngan bimmer ni ya...kalu kawin pun boleh empat, apakah kete kita tak boleh pakai dua2 sekali...kalu nak main comfort, gi tido umah cik merc, kalu rasa nak main ...



comfotable and driving

aku rasa diaorg sdiri design keta ni bukan 100% meet customer requirement
kalau satu2 keta jadi tumpuan org beli, abis la model diaorg yg lain,
or even nak buat keta yg betul2 menepati citarasa org
dan dah tentunya kos tu melambung tinggi,
higher spec (comfort, performance, ---- high cost)

satu lagi, diaorg nye ergonomik design tak semesntinya sesuai utk org asian....
mungkin ada org tak selesa...atau rasa kurang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 08:57 AM | Show all posts
Kereta panduan harian

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR
[email protected]

Pendekatan pemilik SL itu lebih mementingkan tahap kejituan, taraf kelas dan prestij.



KIT badan daripada jenama Fabulous membezakan kereta ini dengan penampilan asal SL500.

APAKAH yang menyumbang kepada ciri sebuah kereta yang hebat? Persoalan ini telah lama diperdebatkan oleh para jurutera automotif berkurun lamanya. Ramai yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Adakah ia harus diukur dari segi keselesaan atau pengendalian? Bagaimana dengan faktor kemampuan kuasa dan harganya?

Mercedes Benz SL-Class adalah antara kenderaan sedan yang terhebat dan dikatakan paling menonjol di antara semua kereta dalam kelasnya.

Kebiasaannya untuk kereta pertunjukan, hiasan luar yang radikal lazimnya diiringi oleh 'hiasan' ratu-ratu litar. Tetapi pendekatan pemilik SL kali ini agak berbeza. Sebaliknya, ia lebih mementingkan tahap kejituan, taraf kelas dan prestij.

Hanya dengan sedikit pengubahsuaian kecil, SL500 itu mampu memberikan ledakan kuasa yang hebat di samping masih boleh dipandu sebagai kereta panduan harian. Andy Widjaja ialah pemilik yang mahukan Mercedesnya menjadi igauan indah kepada sesiapa sahaja yang melihatnya secara mendalam.

Keseluruhan luaran kereta itu telah digayakan semula dengan beberapa tambahan kit dari Jepun, spoiler hadapan, skirt sisi dan spoiler belakang adalah padanan yang sempurna bagi badan SL500 yang hebat itu.

Produk Fabulous telah dipilih sebagai kit badan baru kereta tersebut. Walaupun kit badan buatan Jepun untuk kereta Jerman dianggap sesuatu yang songsang, hakikatnya, pembuat kereta Jepun mengutamakan rekaan yang lebih agresif berbanding elegan.

Kit daripada AMG dan Lorinser kebanyakannya mempamerkan gaya eksklusif dan elegan, sementara Jepun lebih mendefinisikan aspek sporty dan aerodinamik.

Selain kit badan tambahan, ruang belakang ditemani dengan tip ekzos berkembar yang bermula daripada manifold yang telah ditukarkan dengan unit daripada Fabulous.

Memberikan tahap kerendahan pada Sl ini adalah set suspensi daripada Eibach. Set rodanya juga daripada Fabuluos Profound yang bersaiz 20x10 untuk belakang dan 20 x 9 untuk hadapan. Gaya roadster pada SL itu nampak lebih padat.



RUANG dalaman tidak menerima sebarang proses pengubahsuaian radikal.




Tayar berkualiti tinggi daripada Falken bersaiz 245/30/R20 dan 285/25/R20 sangat lebar dan kelihatan sungguh gagah.

Sistem brek ulung daripada AMG memberi kuasa memberhenti yang terbaik untuk SL. Seperti biasa, sensasi hebat membrek sebuah Mercedes tetap kekal.

Bahagian dalamannya pula hanya mengalami sedikit pengubahsuaian. Sekali lagi, beberapa komponen kecil daripada Fabulous digunakan untuk memberikan lebih seri pada ruang kokpit.

Kelihatan jelas ialah pemegang brek tangan dan tombol gear daripada Fabulous. Andy tidak memilih untuk tidak menjadikan ruang dalamannya terlalu drastik dengan tema VIP. Cukup sekadar sedap digenggam dan mata memandang.

Enjin kereta-kereta Mercedes Benz telah lama dikenali dengan kemampuan dan kuasa yang dihasilkannya. Pada kelas perlumbaan pula, enjin-enjin itu sememangnya dilahirkan untuk menjuarai kelas tersendiri.

Bagi mereka yang biasa dengan pemanduan SL, pastinya mereka tahu kuasa yang dihasilkan oleh enjin SL500 itu sangat hebat. Bagi Andy pula, beliau mahukan lebih daripada itu.

Dengan hanya menukar penapis udara K&N dan sistem ekzos daripada Fabulous, segalanya berubah menjadi sesuatu yang tidak diduga. Pemetaan semula kotak komputer enjin, nadi penggerak itu mampu meningkatkan kuasa tambahan lebih 15 peratus.

Di dalam bonet belakang, ia dipenuhi dengan komponen elektronik yang disusun rapi. Segalanya berkenaan sistem audio dan jenama Alpine yang menjadi pilihan Andy.

Pemasangan dan laluan pendawaiannya amat kemas sehinggakan ia seperti kereta tempahan khas dari Stutgart yang diimport khas untuk Andy.

Semua perumah komponen audio kereta itu dibuat mengikut ukuran dengan saiz dan dimensinya disesuaikan dengan ruang yang ada.

Dari segi pengamatan ramai, mungkin penampilan SL itu hanya dilihat sebagai sebuah sedan mahal yang biasa. Mungkin kerana Andy hanya mahukan sesuatu yang menonjolkan keaslian sebuah Mercedes Benz dengan hanya sedikit perbezaan.

Tetapi bagi yang teliti dengan pengamatan mereka, satu-persatu kejutan yang diketahui di sebalik penampilan SL500 milik Andy yang serba sempurna dan ringkas.

Segalanya terbukti apabila SL500 IDOLA milik Andy berjaya meraih anugerah Mercedes Benz, Best Wheel Award dan Bachelor of Babes Award di acara Melbourne Auto Salon.


** SL500 apa punya wartawan ni...E Class ngan SL pun tak tahu nak beza - main belasah aje tepek pic

[ Last edited by  zzcbr at 14-2-2009 10:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2009 10:40 PM | Show all posts
Kalau Mercedes, hanya model E280 dan ke atas sahaja yang memuaskan hati aku. C class yang kecik2 dan even E class less than 280 memang agak berat tak boleh racing ..... no power walaupun drive rileks sahaja. Only at high speed above 100kmh baru mula keluar belang .....boleh maintain 180km/h
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 12:26 AM | Show all posts
kalau ikut kan rupa bm mmg cantik dan performance mmg power,  tapi dr aspek maintainance aku pilih MB...setakat ni mmg low compared to BM

lg pun kat sini service dia ok..nak repair part ke nak service kena bawa geran keter semua computerised...

permah sekali logo depan ilang...tp sana boleh mintak free..la ni mb semua logo bintang jenis tampal tak der macam dulu yang terpacak kat bonet.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 08:01 AM | Show all posts
Originally posted by WonBin at 14-2-2009 11:40 PM
Kalau Mercedes, hanya model E280 dan ke atas sahaja yang memuaskan hati aku. C class yang kecik2 dan even E class less than 280 memang agak berat tak boleh racing ..... no power walaupun drive ri ...


memanglah best kalu dapat yg cc besar tu bang...kalu dapat E63 AMG ke, C63 AMG ke or  E55 ke...tu pun belum tentu boleh puas hati, manusia bang   Tu pun kalu duit dah tak muat nak letak kat bank lagi.

Aku pernah pakai c200 sport, E200 Kompressor (2000cc  yg enjin cover warna merah tu ~ nota: E200k kat mesia kebanyakkannya 1800cc) dan sekarang pakai c200K. C200k model terbaru ni memang lebih yummy in term of pick up and speeding ~ tak ada rasa berat, berlesup ada le , compared with E200k yg terasa sedikit berat (setujuklah ngan WonBin on this). Walau bagaimanapun, kesemua model2 merc yg pernah aku pakai, setakat 180km/j tu kira macam baru nak start basahkan tekak aje lah BTW, W211 ada ke E280 ~ (kat sini hanya ada E300, E320, E55, E63 AMG ~ E200k, E240, E280 tak ada). Jarang dengar org pakai merc yg nak main racing2 ni








nota: bukan tujuan nak beriak2  tetapi sekadar nak bagitahu berdasarkan pengalaman sendiri, dan bukannya dari cakap2 kawan ke, sedaramara ke, or makcik cleaner kat opis ke...supaya penilaian menjadi lebih objektif walaupun masih bersifat personal

[ Last edited by  zzcbr at 15-2-2009 10:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2009 06:49 PM | Show all posts
x tahan time kete2 ni demam pergh bleh bankrup bisnes
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2009 07:35 PM | Show all posts
Itu hari Bintang Cycle & Carrige ada jemput aku try semua jenis mercedes kat Sepang f1  

Maka aku pun pergi ler.....

Best siot ...... abis model Mercedes  aku rempit kat dalam litar F1 tu ............. tapi tak boleh bawak laju sebab semua pakai tayar standard .... tak boleh ambik corner laju-laju ....... tayar memang lari giler-giler time aku pecut kat dalam litar tu ...

Dan pasal engine ......... semua memang bunyi kasar tak boleh pecut ....... kecuali macam yang aku cakap di atas, E280 baru lembut sikit engine dia........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2009 09:19 PM | Show all posts

Reply #152 waksir's post

2 in 1 tuu... BMW (Bas Mini Wilayah) tapi logo Merc...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 06:13 AM | Show all posts
vote for beemer best giler n kete org muda....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 09:59 AM | Show all posts
aku prefer Audi rather than BMW and Mercedes. bm and merc are a bit overrated here..Audi A4 is my dream car..well, between BM and Merc, i choose Merc
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 01:22 AM | Show all posts
aku choose merc...lebih comfort...lebih tahan lasak berbanding bmw...

tapi kalau spare part aku tak sure yg mana lagi mahal...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:46 PM | Show all posts
tengah tunggu merc e class terbaru masuk malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 11:47 PM | Show all posts
tengok dalam gambar je tak puas hati...kena tengok betul2 punya kereta depan mata jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:25 PM | Show all posts
dear all

ada sesiapa berminat nak boli BMW 520 2.2, tahun 2006
rege less than 200k
condition very good
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 12:46 AM | Show all posts
mestilah Audi A6, enjin bagus, nampak pun gaya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2009 11:08 AM | Show all posts
sorry off topic...

yesterday, i test drive Audi A4 B8 (1.8T) kat euromobil...



all i can say, comfort dia lagi best dari E240 W211 dan CLK W208 previous aku...  quality dia mmg jauh tinggi drp E90 dan W204 sekarang nih..


mmg aku serious, ingat nak amik 1.8T ni this week tapi aku lagi kenan dgn 2.0T..

so aku tgh tunggu A4 2.0T Quattro S-Line... euromobil akan launch in October... probably on sale in November... harga around RM320k for S-line...

[ Last edited by  BSundayB at 26-3-2009 11:11 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 11:17 AM | Show all posts

Reply #177 BSundayB's post

bang... bila nak bagi aku pinjam C32B V6 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 11:26 AM | Show all posts

Reply #178 ryo_takahashi1's post

hehehe...  off topic betul nih...

bro, lepas test drive A4 1.8T tu, tergugat juga hati aku nak tolak NSX nih... sbb A4 tu best sgt...


tapi lepas pikir2, aku rela simpan NSX nih dan hidup berhutang dgn bank utk A4...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 07:51 PM | Show all posts
Aku pernah naik BMW 525 is member aku punya. Dia beli brandnew. Keras la suspension dia. Comfort kurang. Layan korner sedap la. Aku prefer Merc....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.472817 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list