CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Jamal Abdillah - Update - Kembara Seni Jamal Abdillah (5-9 Ogos) Di IB -

[Copy link]
 Author| Post time 13-12-2007 12:57 AM | Show all posts


saya memang suka lagu sepi seorang perindu ni
ha - tambah2 tengah rindu sokmo --

so nak share dengan peminat jamal youtube lagu ini

masa ni jamal soooooooooo handsome nye
well..... actually sampai sekarang pun dia handsome pun -

for jamal's fans -   here - sepi seorang perindu
(nak minta dia nyanyi 16th disember ni)-





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2007 02:08 AM | Show all posts
Trio Mawi, M.Nasir dan Jamal 'menjadi'
18-12-2007
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

GANDINGAN mantap tiga penyanyi popular tanah air, Asmawi Ani atau Mawi, M.Nasir dan Jamal Abdillah dalam Malam 1001 Gemilang yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Ahad lalu memang 'menjadi'.


Kebanyakan penonton yang menonton persembahan trio ini berpuas hati apabila melihat reaksi mereka yang terhibur dan bersorak riang lebih-lebih lagi aksi M.Nasir yang mengajak penonton menari bersamanya ketika mengalunkan lagu Raikan Cinta.

Juara Akademi Fantasia 3 Mawi tidak ketinggalan memberi gelekan 'mesra' yang membuatkan penonton berasa lucu melihat persembahannya ketika menyampaikan lagu rancak seperti Gadis Melayu bersama Jamal dan Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama M.Nasir.



Mawi menunjukkan bakat bergelek ketika mendendangkan lagu Gadis Melayu


Namun, persembahan Jamal boleh dikatakan paling 'menyengat' kerana lagu-lagu yang disampaikan bukanlah lagu kegemarannya yang biasa dinyanyikan dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

Setiap kali beliau yang mendapat gelaran 'suara' oleh M.Nasir ini membuka mulutnya, pasti semua terpukau dan meremang bulu roma saat mendengarkan lagu-lagu seperti Seroja, Kekasih Awal dan Akhir, Keluhan Perantau, Berkorban Apa Saja ciptaan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Jeritan Batinku.

Persembahan majlis yang dihoskan oleh Aidiel Abdul Ghaffar itu dimulakan dengan alunan selawat oleh Mohd Muaz yang juga graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi memberkati majlis.

Walaupun kurang dikenali, namun suaranya boleh dikatakan menyedapkan halwa telinga melalui nyanyian lagu Kasih Sejarah Dua Hati menggunakan dwibahasa Arab dan Melayu, lagu tentang pembela anak yatim, seterusnya  lagu Khalifah Merdeka diikuti dengan lagu Amrullah yang mengisarkan perjuangan orang-orang di Palestin dan lagu untuk kaum ibu berjudul Hawa.



Gandingan trio Mawi, Jamal dan M.Nasir mampu membuatkan
keadaan hiruk-pikuk dengan sorakan penonton



Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam itu tidak lengkap sekiranya tiada cabutan bertuah di mana pemenang mendapat hadiah percutian ke Langkawi.

Tiba-tiba lampu dimalapkan dan penonton bagaikan mengerti penyanyi kegemaran mereka bakal beraksi selepas ini.

Selepas Mawi dan Jamal muncul di pentas utama yang berlatarkan warna ungu gelap dan putih menepati tema majlis, sorakan bergema lantaran iringan muzik lagu Kepadamu Kekasih dimainkan orkestra yang diketuai oleh pemuzik terkenal Edrie Hashim.

Tatkala Mawi dan idolanya berpadu suara menyampaikan lagu nyanyian asal Hattan ini, Sifu M.Nasir muncul di pentas lalu menyambung bait-bait lirik lagu tersebut maka semakin gamatlah sorakan penonton seakan 'berpesta'.

Ketiga-tiga trio yang memakai sut berwarna ungu gelap itu berjaya mendendangkan lagu itu bersama yang tiada cela seiring dengan suara mereka yang hebat dan sukar dibandingkan.



M.Nasir mengajak penonton menari semasa menyampaikan lagu Raikan Cinta


Seterusnya, kedua 'otai' Jamal dan M.Nasir meninggalkan Mawi di pentas bagi menyampaikan lagu Ya Salam serta Angan dan Sedar.

Vokal Mawi memang hebat tetapi dirasa bagaikan konsisten seperti persembahan yang pernah dilakukan sebelum ini, jadi tiada luar biasa lagi apabila mendengar suaranya itu.

Walaubagaimanapun, Mawi tetap melakukan yang terbaik bagi dirinya dan peminat kesayangan memang selalu teruja dengan setiap kemunculan penyanyi bersuara 'jantan' ini tanpa mengendahkan 'cacat cela' yang dilakukan.

Selepas Mawi menyanyikan dua buah lagu dalam album Doa, Berzanji dan Qasidah serta Satu Dalam Seribu, Jamal mengambil alih tempatnya dengan nyanyian dua buah lagu iaitu Samrah Mentari dan Seroja.

Mereka ibarat melakukan persembahan secara bergilir-gilir agar penonton tidak bosan tertumpu pada seorang artis sahaja kerana selepas Jamal beraksi, Mawi kembali mengambil tempat dengan mendendangkan lagu Aduh Saliha dan Cinta Zulaikha bersama iringan tiga orang penyanyi latar.



Vokal Jamal dalam lagu Jeritan Batinku membuatkan
penonton terpaku akan kehebatannya



Penonton yang lebih puas menonton di dua buah skrin besar yang terletak di penjuru kiri dan kanan pentas selepas itu dihiburkan dengan vokal Jamal yang lantang melalui lagu Kekasih Awal dan Akhir, Keluhan Perantau, Berkorban Apa Saja serta Jeritan Batinku yang lebih memberikan nafas baru dan segar daripadanya serta membuatkan penonton terpaku mendengarnya.

Jika sebelum itu lagu Jeritan Batinku agak slow dan mendayu-dayu, persembahan kemudiannya dihangatkan dengan lagu rancak Terharu dan Gadis Melayu.

Mawi yang sudah bertukar sut putih kembali ke pentas untuk berduet lagu Terharu bersama Jamal yang sebelum itu memang sudah diagak oleh seorang penonton lantas dijeritnya nama lagu tersebut.

Selepas satu jam masa berlalu, barulah majlis menjadi gemilang dan penonton semakin seronok dan tidak sabar menanti bilakah M.Nasir akan muncul kembali.

Sebelum bunyian alat muzik dialunkan, Jamal berkata beliau ingin rehat namun 'didera' dan sampai hati Mawi mengenakannya.

Penonton akhirnya dapat melihat aksi M.Nasir  kembali melalui lagu Ghazal Untuk Rabiah bersama Jamal.




M.Nasir turut menari dalam Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Mawi


Selepas itu, ketawa daripada penonton menggamatkan suasana apabila M.Nasir membuat lawak dengan berseloroh "Dari kecil saya tengok Jamal dan tidak tahu siapa yang lebih muda" dan bercakap tentang siapakah lelaki sejati antara mereka bertiga.

Bagi peminat lagu irama keroncong, mereka berkesempatan mendengar lagu Keroncong Untuk Ana yang juga mendapat tepukan peminat yang disampaikan secara medley oleh M.Nasir.

Selain Keroncong Untuk Ana, M.Nasir turut mengajak penonton menyanyikan lagu Mustika bersama-samanya tetapi disebabkan perkataan 'Mustika' kurang kedengaran, M.Nasir berkata penonton tidak mengekpresi kegembiraan mereka.

Majlis yang dianjurkan oleh Sutra D'Mega Event & Entertainment Sdn. Bhd. itu semakin dihangatkan dengan lagu Raikan Cinta oleh M.Nasir yang mengajak penonton tidak kira tua atau muda menari.

Akhirnya, M.Nasir berjaya menarik ramai penonton bergembira sambil berdiri dan berjoget serta bertepuk tangan.



Persembahan trio pada permulaan persembahan mereka dan
di pengakhiran memang menyengat dan mantap



Kehadiran M.Nasir di atas pentas memang menghiburkan dengan lawak 'antarabangsa' yang kadangkala tidak difahami motifnya dan mungkin sekadar berlawak.

Pada mulanya beliau mengatakan lagu seterusnya adalah lagu yang popular buat sementara waktu kerana dinyanyikan oleh 'budak AF' dan selepas itu lawak beliau menjadi-jadi dengan mengatakan ingin menyanyikan lagu Lelaki Ini sedangkan lagu yang sebenarnya adalah Lagu Jiwa Lagu Cinta bersama Mawi.

Selepas nyanyian pasangan duet ini berakhir, penonton bersorak dengan mengatakan Mawi semput dan Mawi membalas "Badan dah naik."

Jika di awal persembahan dimulakan dengan gandingan tiga trio maka akhirannya juga menampilkan trio tersebut di mana lagu ke 20 yang dipersembahkan adalah lagu Mentera Semerah Padi dan penonton sekali lagi diajak menyanyikan korus lagu asal nyanyian M.Nasir itu sehingga bergema.

Secara keseluruhannya lagu-lagu yang disampaikan pada hujung-hujung persembahan semakin mendapat perhatian dan sorakan penonton.

Sebelum majlis yang diketahui bertujuan untuk beramal itu berakhir tepat pada jam 11 malam, cek disampaikan kepada Yayasan Bakti Malaysia dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Abdul Hakim Borhan sebanyak RM8 ribu setiap satu.

-----------------------------------------------------------------------

jamal......jamal..
you are da best!! ---

*macam lagu scorpions --

' there's no one like you... '


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2007 03:06 AM | Show all posts
ADE KEW SESAPER YANG BODO NAK BAGIH DUIT KAT DIER NAK DENGAR SUARA DADAH DIER TUH???? :@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2007 10:15 PM | Show all posts

was looking thru all jamal's earliest album..
and came up with this song - BICARA CINTA -

very meaningful song - and sooooooo merdu -

i wanna dedicated to someone who means a lot to me  --



BICARA CINTA -


Terharu jiwa mengenangkan
Manisnya saat pertemuan
Di situlah kau mulai
Bicaramu kepadaku

Malam yang indah menyaksikan
Dikau dan aku
Mencurahkan rahsia hati
Cinta suci
Betapakah oh mesranya

Kemesraan berbunga di hati
Terjalin rasa cinta suci
Renunganmu dan manja senyumanmu
Bagai menyatakan

Hasratmu yang suci
Dari hati kasih
Tiada kata indah dariku
Kepadamu hanya pandangan
Dari mata membisik rasa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 12:12 PM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 19-12-2007 03:06 AM
ADE KEW SESAPER YANG BODO NAK BAGIH DUIT KAT DIER NAK DENGAR SUARA DADAH DIER TUH???? :@


ko ni suara jamal sedap tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2007 11:28 PM | Show all posts

Reply #167 thedoctor46's post

SAMA JER TARAF SAMPAH NGAN MAWI
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-12-2007 06:30 AM | Show all posts
Gemilangnya trio Jamal, M. Nasir dan Mawi
Oleh WANDA IDRIS

MEREKA menjadi pujaan kerana bakat dan suara, berkongsi pula pada satu pentas lalu memberikan kesan paling mengujakan bagi menutup tirai 2007.

Tiga jagoan ini
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2007 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by ahmad_dhani91 at 19-12-2007 03:06 AM
ADE KEW SESAPER YANG BODO NAK BAGIH DUIT KAT DIER NAK DENGAR SUARA DADAH DIER TUH???? :@


ramai yang bodo malam tuuu... full...! atau pun ko yang bodo tak reti menilai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2007 12:12 PM | Show all posts

caya - lah Jamal

Jamal Abdillah tak perlu gimik mase perform..........hanya dgn suare.........mantap...........

[ Last edited by  komgringples at 23-12-2007 12:16 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2007 05:50 PM | Show all posts
Originally posted by komgringples at 23-12-2007 12:12 PM
Jamal Abdillah tak perlu gimik mase perform..........hanya dgn suare.........mantap...........



tak ada satu pun show dia -- yang dia 'putus' ---
memang mantap  suara jamal -
terhibur dengan persembahannya dan lagu2 merdunya
dan suaranya yang mengasyikkan -

ini satu lagu untuk peminat jamal -

one of my favourite songs of his --
sangat menyentuh jiwa -


Mati Hidup Semula
-





[ Last edited by  dexa at 23-12-2007 05:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2008 08:26 PM | Show all posts
Jamal, Saleem beradu hebat
Oleh HARYATI KARIM


JAMAL dan Saleem bakal 'bertarung'di pentas demi untuk memberi sumbangan kepada Pengasih.


MEREKA berbeza, tetapi mempunyai sejarah masa lampau yang hampir sama. Terjebak dan terjerat dengan najis dadah, tetapi bukan alasan untuk mereka dipinggirkan oleh masyarakat.

Kerana bakat yang hebat di pentas nyanyian, kedua-duanya menjadi penyanyi lelaki yang terus ditunggu kemunculannya, dinanti ketibaannya. Sekurang-kurangnya inilah persamaan yang dikongsi oleh Jamal Abdillah dan Saleem.

Bagaimanapun dari sisi perjuangan muzik antara Jamal dan Saleem, ada kelainannya. Seorang digelar raja balada dan seorang lagi digelar raja pop.

Kedua-dua mereka pernah berada di puncak populariti, diminati, digilai dan dipuja peminat. Persembahan konsert yang membabitkan mereka sentiasa dipenuhi peminat fanatik.

Namun, populariti yang diraih mereka telah membawa satu beban yang memakan diri sendiri iaitu terjerumus ke kancah dadah.

Teruk bagaimana sekalipun mereka, dua insan ini tetap diminati sehingga kini. Bukan sahaja golongan yang membesar dengan lagu-lagu mereka, malah anak remaja yang bukan dari zaman mereka juga turut terhibur.


Dan khabar gembira buat peminat yang sentiasa dahagakan persembahan daripada mereka. Ini kerana pada 11, 12 dan 13 April ini akan berlangsungnya konsert Amal Kasih-Jamal Abdillah dan Saleem.

Konsert bagi tujuan mengutip dana untuk Rumah Pengasih ini akan diadakan di Dewan Pleno, KL Convention Centre. Gabungan dua figura hebat ini bakal melakar satu lagi sejarah dalam kalendar hiburan tanah air.

Dalam konsert ini, Jamal akan menyanyikan lagu Saleem begitu juga Saleem yang akan menyanyikan lagu hits Jamal.

"Konsert kali ini memang membawa makna yang cukup besar kepada diri saya, kerana selama ini saya banyak terhutang budi dengan Pengasih dan ini merupakan cara saya membalas budi mereka dengan memberi bantuan untuk mengutip dana Rumah Pengasih," ujarnya.

Tambah Jamal lagi, dia bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk mengadakan konsert dan dia berjanji akan menampilkan sesuatu yang berbeza pada persembahan kali ini.

"Saya tidak mahu orang yang datang ke konsert kali ini melihat Jamal yang sama pada konsert-konsert lepas. Saya akan tampilkan kelainan, malah saya juga tidak mahu menghampakan harapan peminat yang datang menonton konsert ini," katanya lagi.


Jamal menyifatkan gabungannya bersama Saleem adalah pilihan yang tepat kerana sebelum ini mereka tidak pernah digandingkan berdua dalam mana-mana konsert.

"Ini kali pertama kami bergandingan, dan berharap peminat akan menerima kami," luahnya yang kini lebih selesa mengenakan rambut palsu atau topi untuk menutup bekas jahitan pembedahan di sebelah kanan kepalanya.

Namun, Jamal tidak mahu mengulas lanjut mengenai pembedahan itu dan mengatakan dirinya sihat dan boleh beraksi seperti biasa.

Saleem pula beranggapan dirinya bertuah kerana peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya walaupun dia pernah terlibat dengan dadah.

"Saya terharu sangat dengan sokongan yang diberikan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong saya. Saya akan lakukan yang terbaik pada malam konsert itu kerana sudah lama saya idamkan detik sebegitu," tuturnya yang kini lebih selesa bergerak secara solo.

Saleem yang kini bebas daripada dadah sepenuhnya memberitahu, selain ingin melahirkan album dia juga mengimpikan untuk menunaikan fardu haji.

"Saya kini sedar akan kesalahan saya pada waktu lampau, apabila usia sudah lanjut perubahan itu datang dengan sendirinya, Tuhan masih sayangkan saya," katanya.

Selain Jamal dan Saleem konsert Amal Kasih ini turut menampilkan Datuk Ahmad Nawab dan Misha Omar.


JAMAL dan Saleem bersama artis-artis lain yang menyumbang tenaga untuk Konsert Amal Kasih.

Bukan itu sahaja, kumpulan Blues Gang akan turut serta dalam konsert ini pada 11 dan 12 April, Aris Ariwatan pada 12 dan 13 April, manakala Pak Ngah pula pada 11 dan 13 April 2008.

Persembahan mereka akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kasih yang dipimpin oleh konduktor muzik terkenal S.Atan.

Tiket bermula serendah RM90 sehingga RM350 dan boleh didapati dengan melayari laman web www.ticket2u.com ataupun hubungi talian 03-4149 8600. Anda juga boleh menghubungi urus setia Pengasih di talian 03-6201 0624.


dah booked ticket ni yang 12th (saturday) - ambil next week -
tak sabar nak  tengok jamal and saleem -- dua2 saya minat -
nak dengar jamal nyanyi lagu bukan aku tak cinta dan suci dalam debu..
and saleem lak nyanyi lagu kekasih awal dan akhir.. dan mati hidup semula
mesti  gempar  ni!!  mesti interesting bila depa nyanyi lagu each other, eh..
lagipun suara depa memang classic and numero uno..

eh.. harap2 pembedahan kat kepala jamal tu heal nicely.. and things will be
better for him...   

komringles tak pergi ke...  sapa yang minat jamal or saleem  jangan
miss concert ni... rugi nanti, eh..

love ya - jamal!!!! -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2008 09:40 PM | Show all posts

btw  - concert ni start  8.30pm...

saya now contemplaing mungkin ubah tengok 13th April
sebab Ahmad Nawab ada on the 13th..
but then  Blues Gang ada on the 12th..   tapi akan find out
more tomolo - if AN akan muncul on the 12th as well -

harap ramai la peminat jamal dan saleem datang kat concert ni -

saya dah beli ticket - duk kat depan sekali - sebab tak nak miss apa2..
tiket pun not bad  rm90 - rm350  so  okay la  - lagi pun ni charity untuk
Pengasih..  saya okay aje kalau macam tu ..

lagi satu bulan aje lagi.. tak sabar rasanya  
mesti  penuh ni!! -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2008 09:54 PM | Show all posts

ni - salah satu lagu yang saya harap sangat jamal akan nyanyi..
(walaupun dia akan swap lagu dengan saleem - tapi yang ni
saya rasa even saleem pun tak leh nak bawak se best jamal -)

one of my favourite songs of Jamal...  bila dengar lagu ni -
teringat seseorang tu ... ---- yang jauh di sana tetapi
dekat di hati sokmo -....

bila dengar lagu ni..  sayu gak.. suara dia memag gemersik sangat -
best sangat2 suara jamal !! tak ada sapa pun yang boleh challenge
suara jamal dan punya suara se best dia .. -







Jamal Abdillah

SENANDUNG KASIH...

Bagaikan rembulan sayang
Menyinari malam
Begitu cintamu menyinar hatiku
Yang kesepian

Bertaburan bintang sayang
Di malam nan syahdu
Wajahmu terbayang mengusik hatiku
Kau pujaanku

Seruling malam dialun sang bayu
Meresap di kalbu
Bila kuterkenang kuseru namamu
Duhai kekasihku

Kini ku dendangkan sayang
Senandung kasihku
Menyentuh hatimu membisikkan rindu
Dalam mimpiku

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 06:21 PM | Show all posts



last nite - masa tengah dinner makan bubur durian kat satu stall tu -
tetiba tertengok TV... masa tu tak tahu rancangan apa -
berita kot --

but it showed RUMAH ORANG2 TUA.. kalau tak silap - cuz nampak ramai orang2
tua kat sana  -  and there's PENGETUA PENGASIH - Haji Yunus Pathi tu pun ada
and guess what?? Jamal was  there!!! ---

Dia menghiburkan orang2 tu  ---- saya sempat gak tengok  fortunately saya
tak tinggalkan lagi gerai tu --

Jamal pakai topi - nyanyi lagu  P Ramlee:

Barang yang lepas jangan di kenang.. sambil bermain gitar -LIVE...macam tu

gilaaaaa suara dia   memang best... pada saya sedap betul dia nyanyi lagu ni
mungkin jamal boleh rakamkan lagu ni nanti di album akan datang dia -

  " barang yang lepas.....hai jangan dikenang...
kalau dikenang.......meracunlah diri..."

Jamal memang sesuai nyanyikan lagu2 P Ramlee  -  best2 semuanya -

sapa boleh lupa - tidurlah wahai permaisuri.....  rasanya version jamal lagi BEST...
juga lagu... berkorban apa saja  ( dari filem Hang Tuah)  memang best jamal nyanyi lagu tu -
and few more  yang not on top of my head at this moment --

but the song : Barang Yang Lepas Jangan Dikenang.. masa jamal nyanyi tu --
semua penghuni OLD FOLKS home tu  NANGIS.........
saya yang tengok kat kedai tu pun  errrr TERnangis gak..   memang sebak dan tersedu
dengar  jamal nyanyi.........suara dia pawa gila.........dan cuma di iringi gitar  yang dia petik -

Jamal  jamal... you are da best!!
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2008 06:37 PM | Show all posts

summary -


KONSERT KASIH
JAMAL ABDILLAH & SALEEM


Artis undangan: Datuk Ahmad Nawab, Misha Omar, Blues Gang, S. Atan, Pa' Ngah
Tarikh: 11,12,13 April 2008
Jam: 8.45 malam
Lokasi: Dewan Pleno, Kuala Lumpur Convention Centre.
Harga Tiket: RM90, RM135, RM185, RM215, RM285, RM320


Sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat KONSERT KASIH ditalian:

Sekretariat: 03-62010634 (Azura, Hisham, Nadia)
Sdra Abdullah Mohd Nor: 019-3309698
Sdra Azman Ali : 012-6259782
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2008 07:01 PM | Show all posts

okay nak mention - pagi tadi kat klasik fm - few times dengar ads - saleem nyanyi lagu jamal
(lagu mati hidup semula) -  sedap gak..   tu ads sempena  concert tu..  then banyak kali
ada ads  both jamal and saleem did the promotion for  this pengasih --  berhibur sambil beramal -

rugi!! rugi kalau tak pergi.. mesti best..  lagi pula AN akan ada every night gak...  i wil go the night
where there'll be blues gang ..  suka dgn blues gang (suka lagu oh mama saya mahu kawen.. )

sp pada kawan2 yg minat dengan jamal dan saleem ni - jom la ramai2 pergi concert ni.. saya mmg
akan guarantee concert ni mesti class punya.. and will be one of the best this year --   

jamal is getting better - and more confident and ...  his performance always the best and get
standing ovation --

jom kawan2  tengok concert ni  ye!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2008 10:37 PM | Show all posts

Reply #178 dexa's post

Yes Yes, i'm coming, yay!   
This is his 3rd concert yg i pergi
Wont forget the previous 2 concerts that i attended; His first solo concert at PWTC and his One Night Only at Istana Budaya.
Dexa, i'll be going for the one on 12th April...Tak sabar rasanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2008 01:10 AM | Show all posts

Reply #179 heartnsoul's post

ehhhh samalah!!
saya pun pergi on the 12th ..
ada -- blues gang.. dan ahmad nawab pun ada -

ni yang..ntah berapa - dah banyak dah saya pergi -
saya suka yang kat IB tu..  dan saya gi juga masa
concert solo dia kat PWTC tu juga.. and few others -

tak sabar gak... i shall see you there --

ticket duduk kat mana, heart?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2008 01:16 AM | Show all posts
Pengasih bawa bekas penagih dekati warga tua

KUALA KUBU BARU: Sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2008, Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) mengadakan khidmat kasih di Rumah Ehsan, di sini, baru-baru ini.

Program itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada bekas penagih mengenai pentingnya membantu dan menjaga warga tua selain memupuk tanggungjawab sosiol dan prihatin kepada golongan itu.

Presiden Pengasih, Mohd Yunus Pathi, berkata dadah masih menjadi musuh nombor satu negara kerana ia mengganggu kesejahteraan dan keselamatan negara serta menyumbang kepada masalah sosiol.

揟ambah menyedihkan apabila dadah menyebabkan individu yang menjadi penagih lupa tanggungjawab mereka sebagai anak sehingga sanggup mencederakan ibu bapa untuk mendapatkan wang bagi memenuhi ketagihan mereka.

揂da di antara penagih tidak berkesempatan untuk berterima kasih kepada ibu bapa lantaran belenggu hidup dengan dadah sehingga orang tua mereka tiada lagi di dunia ini,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2008 09:58 PM | Show all posts
Jamal masih rasa rendah diri
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

RAJA Pop Malaysia iaitu penyanyi terkenal Jamal Abdillah pernah menyatakan keengganan beliau untuk menyanyi dalam teater "Muzikal Sirah Junjungan" bermula 19 hingga 23 Mac yang lalu di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Namun ketika persembahan muzikal itu berlangsung, susuk tubuh dan suara Jamal kelihatan menyanyikan lagu-lagu yang berbentuk Qasidah dan selawat termasuk lagu 揘abi Anak Yatim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.254922 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list