|
Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Melayu Zaman Silam
[Copy link]
|
|
Malay Girl (1900)
|
|
|
|
|
|
|
|
Malay Cannon of the 17th & 18th Century
Cannon such as these were being manufactured nearly one hundred years before the arrival of Europeans to this part of the world. It is believed that gun making was introduced to the region by Muslim traders from the Middle East.
The cannon are smooth bore and muzzle loading. They were used as weapons of war and also signalled the start and end to fasts during the period of Ramadan. The firing of cannons was also used by royalty to announce a royal birth or wedding.
Sources : http://www.fortsiloso.com/museum/malay.htm
|
|
|
|
|
|
|
|
Buku
Assalamualaikum,
Tq HangPC for the wonderfull info. Kalau ada yg minat nk beli yg HangPC2 post kat atas, ada kat sini. (recent print, kulit lembut)
http://www.elibron.com/english/s ... x=25&search.y=7
Harga taklah mahal sgt. Buku tu mmg menarik, tpi kisahnya sekitar Sulawesi tengah dan selatan.
arung |
|
|
|
|
|
|
|
Apa perbezaan lembing dengan tombak haa...? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 16-1-2008 05:36 PM
Apa perbezaan lembing dengan tombak haa...?
Tombak
Bukan Untuk Di Lempar
Dalam penggunaannya tombak dapat digunakan oleh pasukan berkuda (kavaleri) atau pasukan jalan kaki (infantri).
Lembing
Untuk Di Lempar
Lembing yang dilempar memiliki persamaan bentuk dengan tombak yang tidak dilempar, tetapi perbedaannya adalah cara penggunaannya iaitu dengan melemparkannya. Oleh karena itu, lembing biasanya lebih ringan atau setidaknya lebih ringan daripada tombak. |
|
|
|
|
|
|
|
Legasi Kain Tenun
Perkembangan tekstil turut membuka jalan kepada para pereka fesyen untuk berkarya. Apakah yang berlaku enam dekad lalu?
Pakaian tradisional Melayu yangdahulunya kelihatan
labuh dan gelobos diubahsuai mengikut perubahan
zaman iaitu pakaian yang lebih ringkas dan mengikut susuk tubuh
DALAM mengkaji perihal pemakaian tekstil masyarakat Melayu, kitatidak perlu menjangkau jauh ke zaman silam, memadai menoleh kembali kira-kira enam dekad lalu semasa zaman pemerintahan British sebelum tercetusnya Perang Dunia Ke-2.
Orang Melayu pada masa itu telah menikmati pemakaian pelbagai jenis tekstil, sama ada buatan tempatan mahupun yang datang dari luar negaraseperti dari negara China, India dan Eropah.
Ketika itu kain-kain tenun dan kain batik merupakan tekstil yang paling popular.
Tekstil yang diimport dari negara-negara tersebut termasuklah kain baldu, kain sutera satin, kain bawal atau kain kasa (voile) dan kain jacquard China.
Perkembangan tekstil turut membuka jalan kepada para pereka fesyenuntuk berkarya. Ketika itu fesyen pakaian Melayu mengalami perubahan.
Pakaian tradisional Melayu yang dahulunya kelihatan labuh dan gelobos diubahsuai mengikut perubahan zaman iaitu pakaian yang lebih ringkas, mengikut susuk tubuh dan kelihatan seksi.
Pakaian asal orang Melayu dahulu sebelum adanya jarum atau mesin jahit adalah 'kain lepas' yang ditenun dan dililitkan di badan.
Kain hasil daripada tenunan ini merupakan kain yang ditenun sepanjang lebih kurang dua hingga tiga meter, berbentuk empat segitepat dan asalnya tidak berjahit serta kedua punca hujung kain di lepaskan.
Bagi sesetengah masyarakat Kelantan, kain itu juga dikenali sebagai 'kain punca potong'.
Golongan lelaki memakai kain tersebut dengan melilit pada bahagian pinggang hingga ke bawah lutut.
Sementara bagi kaum wanita pakaian lazimnya terdapat tiga cara pemakaian kain tenun, iaitu kain lepas yang dililitkan di pinggang hingga ke buku lali, kain kemban yang menutup dada dan kain selendangbagi menutup kepala termasuk bahu.
Kain sarung hanya muncul kemudian setelah orang Melayu pandai menjahit.
Kain sarung orang Melayu biasanya mengandungi struktur kepala kain, badan kain dan kaki kain.
Corak yang banyak kelihatan pada kain sarung adalah di bahagian badan kain. Kepala kain yang berukuran kecil berada di bahagian tengah atau sedikit tepi dalam kain sarung.
Kaki kain pula berada di kedua belah tepi kain sarung.
Corak yang biasa ada pada badan kain sarung tenun adalah seperti corak tenun kosong, corak jalur berdiri, corak jalur melintang dan corak petak-petak atau petak catur.
TENUN biasa kain bercorak jalur melintang dan menegak.
Kain Tenun
Menenun merupakan kerja tangan yang paling penting bagi manusia menjadikan pakaian harian pada awal tamadun.
Asal permulaan corak dimulakan dengan corak jalur melintang, jalur menegak dan corak berpetak-petak.
Permulaan kain tenun tidak bercorak. Corak timbul apabila penenun mula pandai mewarnakan benang loseng dan benang pakan.
Untuk memahami teknik menenun, kita perlu mengetahui beberapa istilah tenunan yang lazim diguna dalam tenunan.
Benang loseng: Ia adalah benang yang memanjang dan dimasukkan ke dalam alat tenun yang dipanggil 'kek'.
Benang pakan: Ia adalah benang yang disusuli ke dalam benang loseng dari kiri atau kanan penenun.
Untuk menghasilkan corak jalur melintang penenun perlu menyusun benang loseng yang telah diwarnakan.
Benang-benang ini disusun berselang seli antara warna-warna yang telah dipilih mengikut reka cipta penenun. Hanya satu warna benang pakan yang digunakan.
Bagi corak jalur menegak pula benang pakan perlu disusun berselang-seli antara warna-warna yang dipilih mengikut kreativiti penenun ke dalam benang loseng yang mempunyai satu warna sahaja.
Biasanya kain bercorak jalur ini digemari oleh kaum lelaki untuk dijadikan baju Melayu.
Kelihatan segak bila kaum lelaki memakai baju Melayu menggunakan kain-kain tenun Pahang bercorak jalur.
Pada masa kini, kain tenun corak jalur dijadikan kain samping, yang dipakai oleh kaum lelaki.
Kaum wanita juga turut membuat baju tradisional dengan menggunakan kain bercorak jalur.
Kain ini kebanyakannya terdapat dalam tenunan Pahang yang diusahakan di Pekan, Pahang.
Corak berpetak terhasil apabila benang pakan selang-seli berwarna ditenun ke dalam benang loseng yang disusun berselang seli warna.
Corak berpetak ini terdapat beberapa saiz petak iaitu petak besar, sederhana dan kecil.
Jika petaknya kecil dan mempunyai garisan-garisan halus biasanya dipanggil kain corak Bugis. Bagi corak berpetak sederhana atau besar biasanya di panggil dengan nama corak petak catur atau tapak catur.
Tenunan ini juga dikenali dengan nama corak beragi dan kain ini biasanya terdapat di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sementara itu, kain yang diimport dari India dikenali sebagai kain pelikat. Kain ini dipanggil daripada nama tempat tekstil itu dieksportkan, iaitu bandar Pulicat di Tamil Nadu, India.
Kebanyakan kain pelikat bercorak petak-petak kecil dan mempunyaiwarna-warna seperti biru tua, kelabu, hitam, coklat tua dan putih.
Ada juga kain pelikat yang bercorak jalur melintang dan jalur menegak.
Pada masa kini, kain pelekat juga terdapat di pasar-pasar raya yang ditenun dan dibawa masuk dari Indonesia. Kain ini sangat popular dipakai oleh kaum lelaki untuk pakaian harian di rumah dan kegunaan semasa solat.
Kini, kain tenun yang bercorak jalur dan berpetak kembali mendapat perhatian.
Kain-kain ini digunakan sebagai baju kurung dan kebaya dengan dilihat baju di bahagian atas dipadankan dengan kain tenun berpetak.
Tidak pelik melihat baju kebaya yang dijahit dengan kain tenun corak jalur dan dipadankan dengan kain tenun berpetak.
Kain-kain ini kelihatan lebih kasual dan ia boleh dijadikan pakaian untuk ke pejabat mahupun ke majlis-majlis keraian.
Perkembangan corak pada kain tenun tidak berhenti setakat corak-corak jalur dan berpetak sahaja tetapi ia dikembangkan setelah penenun mendapat kemahiran teknik-teknik seperti ikat dan benang pakan tambahan.
Teknik-teknik ini dapat mencorakkan kain tenun dengan motif-motif yang lebih berbagai seperti bentuk-bentuk flora, fauna dan geometrik.
- Kosmo -
[ Last edited by HangPC2 at 20-2-2008 10:41 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ?
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan
itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu
budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana
mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan
orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang
rasional kenapa mereka amalkan cara itu.
Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah
rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini
dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja
Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini
diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat
di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off"
oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku
Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu,
beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya...
......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku
Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan
tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan
lebih
sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh
orang lain. Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab:
Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu
sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu
itu dibasuh oleh
orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya
hanya saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang
lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak
pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!
Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu
masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan
tersebut.... ..........
Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan
orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada
rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...... ......... ..
Sources : http://eblog.cari.com.my/?41237/viewspace-7363.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #123 HangPC2's post
jawapan yg sangat bernas dari tengku kudin....
terkedu mat saleh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Warga Blang Balok Masih Simpan Meriam "Lada Sicupak" Asal Turki
Jul 3, '07 3:22 PM
for everyone
PEUREULAK - Tak banyak yang tahu jika di Desa Blang Balok Kecamatan Peureulak Kota Aceh Timur kini masih tersimpan sebuah meriam Lada Sicupak asal negara Turki. Meriam yang berukuran hampir dua meter itu, menurut warga setempat berasal dari Turki.
Tak banyak yang tahu kenapa Turki membawa meriam ini ke Aceh yang kini tersimpan rapi di Desa Blang Balok sekitar 1,5 kilometer dari jembatan rangka baja Kp Beusa Sebrang atau dengan dengan jalan raya Medan - Banda Aceh. Bahkan oleh warga setempat meriam itu telah dipagar untuk menjaga kelestariannya serta menghindari hal-hal yang tidak diinginkan.
Ayah Wan, pengelola lokasi Meriam Lada Sicupak ini kepada Serambi dua hari lalu menceritakan, meriam bersejarah ini tetap dirawat supaya jangan ada tangan-tangan jahil yang merusaknya. Diceritakan Ayah Wan, meriam yang diyakini peninggalan negara Turki itu kini diberi nama Meriam Lada Sicupak dan ditemukan pada tanggal 12 Desember 1976 pukul 11.30 Wib oleh almarhum Tgk Muhammad Ben.
Meriam tersebut dulunya merupakan alat perang yang digunakan Panglima Mustafa pada Tahun 1860 yang juga merupakan warga desa setempat.
Meriam tersebut oleh masyarakat setempat dianggap memiliki keberkahan. Hal itu terbukti sejak Aceh dilanda konflik, keberadaan meriam tidak pernah diganggu gugat. Malah ada warga yang mencoba memindahkan lokasi keberadaan meriam ini, tak sanggup mengangkatnya dan orang yang mencoba memindahkan meriam kala itu, akhirnya menderita gangguan jiwa.
Pernah suatu ketika, meriam tersebut akan digali untuk dipindahkan oleh seorang warga, namun tak lama kemudian warga itu gila, ujar Ayah Wan.
Meriam tersebut dulu pernah diangkat dan dipindahkan untuk arena Pekan Kebudayaan Aceh (PKA), namun pada saat pemindahannya dilakukan oleh 15 orang dengan diawasi oleh ahli purbakala.
Meskipun meriam itu tidak banyak diketahui warga, oleh Ayah Wan tidak diizinkan untuk memindahkan lokasi meriam. Masyarakat akan mengizinkannya bila pemerintah Turki yang langsung memintanya mengingat meriam tersebut merupakan peninggalan negara itu pada masa lampau, demikian Ayah Wan.
Sources : "Serambinews"
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 8-10-2010 09:21
Muzium Sejarah Kuala Selangor, Bukit Melawati (Selangor)
Bukit Melawati
Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi. Kawasan lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor.
Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.
Semasa serangan, Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi nama sebagai Kubu Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun selepas itu, iaitu pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abdul Majid dari Pahang menewaskan Belanda dalam satu serangan pada waktu malam. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menyelamatkan Bukit Melawati sebelum matahari terbit..Sejak dari hari itu, sehinggalah British mengambil alih kuasa pada tahun 1874, kota ini telah menjadi saksi kepada banyak peristiwa perang.
Senjata dan Baju Zirah Bugis
Keris Jawa
Keris Sundang
Tombak Bugis
Pedang
Terakul
Baju Zirah Bugis & Perisai Bugis
Sources : http://artmelayu.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Satu soalan yang aku dah lama simpan dalam kepala hotak aku ni.
Bangsa Melayu terutamanya yang berada di Malaysia ni terbahagi kepada berapa suku?
Ada sesiapa yang boleh kasi penjelasan tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 2-4-2008 01:25 PM
Satu soalan yang aku dah lama simpan dalam kepala hotak aku ni.
Bangsa Melayu terutamanya yang berada di Malaysia ni terbahagi kepada berapa suku?
Ada sesiapa yang boleh kasi penjelasan tak?
Orang Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Melayu Anak Dagang dan Melayu Semenanjung.
Istilah 'Melayu Anak Dagang' merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang bukan penduduk asal Semenanjung. Mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Champa, Filipina dan Brunei.
Melayu Anak Dagang merangkumi:-
* Suku Aceh
* Suku Banjar
* Suku Batak-Mandailing
* Suku Boyan (Bawean)
* Suku Bugis
* Suku Cham
* Suku Jawa
* Suku Kerinci
* Suku Minangkabau
* Suku Rawa
* Suku Yunnan
* Suku Jambi
* Suku Riau
'Melayu Anak Dagang' tidak dianggap sebagai pendatang di Semenanjung kerana penduduk Nusantara menganggap bahawa Kepulauan Melayu adalah hak milik bersama. Itu adalah sebab utama mengapa kerajaan Malaysia memberi mereka status Bumiputra.
Istilah 'Melayu Semenanjung' pula merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang merupakan penduduk asal Semenanjung. Melayu Semenanjung merangkumi:-
Suku Kedah Tua
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Kedah Tua pada awal abad ke-4 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, utara Perak dan selatan Thai (Satun, Trang, Phuket dll)
Suku Perak
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Gangga Negara pada awal abad ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Perak (bahagian tengah dan selatan)
Suku Kelantan dan suku Patani
- dua suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Langkasuka pada abad pertama atau ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kelantan, Patani dan wilayah-wilayah lain di selatan Thailand.
Suku Terengganu
- suku pribumi Semenanjung yang asalnya dari keturunan penduduk Kerajaan Langkasuka yang berhijrah ke Terengganu (Terengganu adalah sebahagian jajahan Langkasuka)
- merujuk kepada orang Melayu di Terengganu.
Suku Pahang
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Muang Pahang - salah satu kota Naksat (Naksat city) di bawah pemerintahan Langkasuka
- Kota Muang Pahang masih tidak ditemui sehingga sekarang.
- merujuk kepada orang Melayu di Pahang.
Suku Johor
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata pada 650 tahun Masihi.
- Kota Gelanggi adalah dipercayai ibu kota pertama empayar Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang, namun kota tersebut masih tidak ditemui.
- merujuk kepada orang Melayu Jati di Johor.
orang Melayu, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia) berasal dari Semenanjung. Srivijaya juga bermula di Semenanjung dan bukannya Sumatera.
Jika benar orang Melayu berasal dari Kerajaan Melayu di Sumatera, maka siapa yang mendirikan Kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Kedah Tua, Kota Gelanggi, Kota Muang Pahang, Chih-Tu dan Ligor? Semua kerajaan-kerajaan tersebut wujud jauh lebih awal dari Kerajaan Melayu.
Penduduk Indonesia berhijrah dari Dataran Yunnan ke Kepulauan Indonesia melalui Semenanjung Malaysia.
Menurut teori penghijrahan manusia purba, manusia berhijrah dari daratan ke pulau, bukan sebaliknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Muhammad IV (Kelantan Darul Naim)
Tengku Long Senik Putera Long Kundur
Sources : http://cikgunasir.blogspot.com/
[ Last edited by HangPC2 at 8-4-2008 11:18 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang berketurunan Bugis-Turki...boleh ke dia dianggap sebagai Melayu Dagang? |
|
|
|
|
|
|
| |
|