CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-LTS

Kecaman Bekalan Air Selangor, Punca Hotel Saya Disita- Jamal Yunos

[Copy link]
Post time 25-12-2016 01:38 PM | Show all posts
Jamal kata tak berniat mahu langgar undang-undang

http://www.malaysiakini.com/news/367178

Shakira Buang      24 Dis 2016, 9:02 malam      24 Dis 2016, 9:06 malam



Pemilik Sekin Fishermen Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau tidak bermaksud untuk melanggar mana-mana undang-undang yang ditetapkan kepadanya.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua Umno Sungai Besar menegaskan apa yang diperlakukan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) terhadap resort miliknya adalah bertentangan dan salah di sisi undang-undang.

"Saya bukan mahu melanggar undang-undang kerana tidak ada siapa yang boleh mengatasi undang-undang tetapi apa yang mereka lakukan itu bertentangan dan salah di sisi undang-undang," kata Jamal ketika dihubungi Malaysiakini.

Malah, tegas Jamal, beliau seorang yang hormat undang-undang namun tidak akan bertolak ansur sekiranya apa yang berlaku kepada resortnya terdapat salah guna kuasa dalam peruntukan undang-undang sedia ada.

"Saya orang yang hormat undang-undang tetapi kalau ada yang salah gunakan undang-undang saya akan cabar mereka di mahkamah," tegas Jamal.

Jamal semalam, bertindak meneruskan operasi resortnya walaupun MDSB telah menyita dan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari bermula Khamis.

Ini kerana Jamal mendakwa pihaknya telah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan, namun gagal memperolehi lesen sah kerana campur tangan politik pihak tertentu.

Malah, Jamal juga memaklumkan peguamnya akan mendapatkan perintah mahkamah Selasa depan ini bagi menarik balik arahan sita dan penutupan resort itu.

Terdahulu, Jamal bertindak 'merasmikan' resort tersebut buat pertama kalinya sejak 2011 dengan memotong reben selain mengoyak notis arahan penutupan oleh MDSB.

Mengulas lanjut, Jamal berkata, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak sepatutnya bersikap pilih kasih dengan hanya memberikan lesen kepada mereka yang berpihak atau disukainya sahaja.

"Itu atas keprihatinan beliau selaku menteri besar tapi janganlah pilih orang, sebab dia anak dara bagi (lesen) tapi janda tak bagi.

"Sebagai menteri besar kepada rakyat Selangor beliau tidak boleh bersikap sedemikian kerana beliau bukan menteri besar PKR atau menteri besar untuk Pakatan Harapan tetapi beliau menteri besar untuk rakyat Selangor," kata Jamal dipercayai mengaitkan isu Azmin memberi lesen kepada gadis peniaga nasi lemak 'anak dara' sebelum ini.

Kata Jamal, sebagai rakyat di negeri termaju itu, beliau mahu Selangor terus membangun tetapi apa yang menjadi persoalannya kini apakah ia akan berlaku jika terdapat campur tangan politik.

"Saya sebagai rakyat Selangor inginkan pembangunan tapi kenapa proses pembangunan dalam negeri Selangor ini dicampur adukkan dengan politik? Kalau begini bagaimana Selangor nak maju," soal Jamal.

Oleh yang sedemikian, Jamal mahu isu pembangunan di negeri itu tidak dijadikan isu politik.

Selain itu, Jamal juga turut mempersoalkan tindakan MDSB dan kerajaan negeri yang memberikan lesen kepada mereka yang mendirikan bangunan di tanah-tanah rizab milik kerajaan.

"Saya juga nak mempersoalkan berapa banyak kedai-kedai dan bangunan yang diberikan lesen yang didirikan atas tanah rizab Melayu dan kerajaan untuk beroperasi seperti pusat judi tapi kenapa resort saya saja yang menjadi mangsa," soal Jamal lagi.

Kelmarin, MDSB bertindak menyita resort seluas empat hektar yang mempunyai 100 unit bilik itu kira-kira pukul 10 pagi.

Yang Dipertua MDSB, Azlinda Azman berkata penutupan berkuat kuasa semalam itu dibuat mengikut Undang-undang Kecil 38, Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013 kerana menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah.

Malaysiakini masih menunggu reaksi balas MDSB berhubung tindakan Jamal itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2016 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Go jamal go
Lawan je jika ada asas kukuh

Setakat azmin dengan terasa kok apa la nak ditakutkan sangat
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pigidah mabok!
cakap pasal undang2 konon!
meniaga tanpa lesen selama bertahun dan tetap teruskan juga aktiviti pernigaan tanpa lesen walau lepas berkali kali diberi notis amaran adalah jelas melanggar undang2
dan bila pihak majlis kuatkuasakan undang2 dgn merobohkan premis yg tidak selamat utk digunakan sebab takdak CCC, lagi dia mahu preach pasal undang2
ko ni sebenarnya paham ker tak apa itu undang2 jamdol oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 05:54 PM | Show all posts
bagi jer lah di lesen, kesian dia.
nanti dia yang akan tutup sendiri, seperti nasib ikan bakar sekinchan tu..
lagi pun sekarang dia dah famous kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:50 AM | Show all posts
kesian bang jamal
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 25-12-2016 01:38 PM
Jamal kata tak berniat mahu langgar undang-undang

http://www.malaysiakini.com/news/367178

Kamu ni jamal belum lagi jadi menteri dah mcm2 perkara pelik kamu buat demi nak tunjuk diri hebat.   . Undang2 pun kamu x takut belum lagi jadi MB atau lain2 yg besar dlm kementerian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2016 09:17 AM | Show all posts
buktikan pula salah laku ronnie liu yang ada banyak bisnes haram, pun boleh menang
kerusi DAPig dalam pilihanraya

hipokrasi DAPigs perlu terus ditelanjangkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 10:57 AM | Show all posts
HAHAHA ! Ini pon salah dapig ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2016 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash n carry
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols teringat dulu ada satu tred
Ada org citer dia booking jamal ni punya resort utk meeting govt
Caj mahal nk mampus,tp servis mcm hotel bajet
Tp sbb govt kn..bos die pejam mata luluskn payment
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 04:18 PM | Show all posts
Skuau replied at 23-12-2016 01:25 PM
Apabila beroperasi dlm shopping mall tanpa selindung..bg sy tu 'betul3....hebat'.Dlm kes ni...sy s ...

kadang yg turun padang tu dah buat kerja.. .tp ade yg dah kasi payung info dulu... kedai tutup...
depa xleh suka suki pecah masuk kalo premis tutup.. kene ade perintah mahkamah or polis ke ascort
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 05:22 PM | Show all posts
deezeck ni Jamal ka??? Lain macam jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 05:26 PM | Show all posts
zorro replied at 27-12-2016 01:22 PM
deezeck ni Jamal ka??? Lain macam jer

Satu batch kot masa kat BTN dulu ...


Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
MengkuduMasam replied at 27-12-2016 04:18 PM
kadang yg turun padang tu dah buat kerja.. .tp ade yg dah kasi payung info dulu... kedai tutup...
...

Adakah ini bermakna mereka '2×5'?
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2016 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
PKR jangan dikritik........ partai suci dlm debu.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.071145 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list