Edited by tuna_sandwic at 18-12-2016 03:40 PM
Dah siap aku nye review.. @dauswq .....
Rating Keseluruhan Drama: 6 + 6 + 6 + 3.8 + 0 = (9.025 /10)
1. Cerita (6/10)
Drama saeguk bukanlah genre kegemaran tuna. Setakat ini Sungyungkwan Scandal sahaja yang berjaya terbayang-bayang di mata. Ternyata SJK telah berjaya menetapkan standard lakonan beliau ke dalam minda tuna.
Tidak mampu rasanya untuk bercerita tentang sejarah Goreyo. Namun secara ringkasnya ia mengetengahkan isu kuasa dan pemerintahan, cinta yang terhalang kerana status politik serta hubungan kekeluargaan yang tidak memberi sebarang makna dalam kehidupan.
Go Ha Jin dari zaman moden telah masuk ke zaman Goryeo dengan menggunakan identity Hae Soo iaitu sepupu kepada Lady Hae (isteri 8th Prince: Wang Wook). Hae Soo jatuh cinta dengan Wang Wook dan sebaik saja Lady Hae mati, mereka merancang untuk berkahwin namun gagal kerana kepandaian Hae Soo tentang solekan telah mengakibatkan 4th Prince: Wang So yang hodoh jatuh kasih padanya.
Berlaku beberapa insiden di mana Hae Soo dipilih menjadi isteri raja atas muslihat Princess Yeon Hwa, namun gagal dan terus dilantik menjadi dayang istana di samping Court Lady Oh (bekas kekasih gelap King Taejo).
Bermulalah babak Hae Soo menjadi orang istana dan berlaku pelbagai insiden dimulakan dengan kematian King Taejo, kematian Crown Prince, perlantikan Wang Yo sebagai Raja, pembunuhan Wang Eun dan isterinya Seon Deok serta perlantikan Wang So sebagai Raja.
Hae Soo yang kecewa dengan Wang Wook kerana cintakan takhta beralih arah dan bercinta dengan Wang So tetapi mereka gagal untuk berkahwin berikutan Wang So perlu mengahwini Princess Yeon Hwa bagi mendapatkan kepercayaan rakyat terhadap pemerintahannya.
Drama ini diakhiri dengan kematian Hae Soo.
2. Keberkesanan Lakonan (6/10)
Terlalu ramai pelakon yang menjayakan drama ini dan setiap watak diberikan kekuatan yang hampir sama dengan pelakon utama sehingga ia menenggelamkan plot utama drama ini.
IU sebagai Hae Soo Meskipun ramai yang tak menyukai IU memegang watak ini kerana menurut mereka, IU tiada perasaan. Tetapi tuna mempunyai pendapat berbeza. Hae Soo diterjemahkan sebagai seorang gadis yang naif di dunia goryeo. Watak Hae Soo sangat serasi dengan IU dan ia berjaya disampaikan dengan sangat baik dan berkesan. I feels like watching anime character di dalam fairy land.
Lee Jung Ki sebagai 4thPrince/Wang So
Jejaka kesayangan korea ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai. Ini pertama kali tuna menonton lakonan Jung Ki. Watak Wang So dibawakan Jung Ki dengan baik pada beberapa episod awal sewaktu Wang So masih dalam wajah hodohnya. Namun sebaik sahaja beliau telah menjadi sebahagian daripada keluarga istana dengan wajah yang baru, watak yang dibawa menjadi lemah berikutan para pelakon tambahan yang lebih kuat dan menonjol terutamanya Wang Yo. Sayang sekali, kejantanan watak Wang So gagal dikekalkan bermula dari episod pertengahan sehingga episod akhir. Lakonan Jun Ki biasa-biasa saja dan gagal membuat tuna untuk mencalonkan beliau sebagai Best Actor.
Hong Jong Hyun sebagaiWang Yo [Pencalonan Best SupportingActor]
Watak Wang Yo sebagai putera yang tamakkan takhta ayahandanya sehingga sanggup membunuh Crown Prince serta adik beradiknya Wang Eun dan isterinya Soon Deok sangat memberikan kesan. Beliau patut dicalonkan sebagai Best Supporting Actor kerana penyampaian yang sangat berkesan sehingga kita akan rasa sangat benci tetapi tiba-tiba kasihan dengan nya. Melihat mimik wajah dan pandangan matanya saja sudah membuatkan kita rasa benci dan nak lepuk-lepuk je anak mak yang jahat ni.
Pencalonan: · Hong Jong Hyun – Pencalonan Best Supporting Actor
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (6/10)
Teknik pengarahan yang teliti dan berkesan namun mempunyai kelemahan ketara terutamanya dari segi skrip dan jalan cerita, editing dan continuation. Ia mungkin disebabkan paparan berbeza antara Korean version dan International version. Terlalu banyak sub-plot yang ingin dibicarakan sehingga melupakan halatuju sebenar drama ini.
Sinematografi yang sangat menarik membuat kita sedikit alpa terhadap kelemahan drama ini. Di antara paparan budaya yang ditonjolkan termasuklah tarian perang serta montaj yang lain dari kebiasaan. Ini sememangnya harus diberikan pujian.
Kelemahan binaan watak turut melemahkan kualiti drama ini di antaranya watak ayah Seon Deok selaku panglima perang tetapi tidak berkeupayaan untuk menyelamatkan anaknya. Langsung tidak ada riak untuk menuntut bela, hanya membiarkan anaknya dibunuh didepan mata sambil meluahkan kekesalan namun tetap menyokong raja yang zalim. Kekuatan lakonan Sung Dong Il telah tidak digunakan dengan sebaiknya untuk drama ini.
Selain itu, watak Ji Mong juga tidak di kembangkan dengan kemas. Sedangkan pada peringkat awalnya digambarkan beliau adalah ‘someone’ yang boleh merubah keadaan namun sepanjang episode berlalu, Ji Mong tak lebih sekadar pasu bunga bagi mengisi ruang pentas yang kosong.
4. Skor muzik (4.8/5)
Ke semua background muzik yang bersesuaian dengan jalan cerita dan sangat menyentuh hati. Meskipun pengarah cuba menyuntik elemen hip hop, tetapi ia bersesuaian dengan semua scene yang ingin disampaikan.
Di antara muzik/lagu yang menjadi ingatan tuna ialah semasa Lady Hae mati dan juga sewaktu Wang Eun dan Soon Deok mati. Lagu/muzik khas setiap kali Hae Soo dating dengan Wang So juga telah berjaya membuat tuna terbayang-bayang scene mereka berdua.
My Favourite Song:
1) Say Yes – Loco, Punch 2) I Love You I Remember You – IOI 3) Forgetting You –Davichi 4) Will Be Back – Im Sun Hye (Pencalonan Lagu Terbaik)
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.2/5)
Drama ini menarik minat tuna untuk menonton semula terutama beberapa episod awal melibatkan Lady Hae mati (Ep 5), kisah Hae Soo dan Prince Wang Wook, scene Hae Soo dengan Court Lady Oh. Tuna sudahpun mengulang episod2 awal semata-mata rindukan aksi mereka. Tuna juga berulang kali menonton Epi 16 scene Wang Eun dan Seon Deok mati dibunuh. Ia sangat menyedihkan.
|