Sejak kami berlima tiba di Kelantan Jumaat lalu, kami tahan kesedihan kami. Kami kena gagah krn kami dtg nak bantu. Tapi tiba di sini, kami out. Berkaca mata kami bila terlihat 2 beradik ni sdg jamah mee goreng bwh panas duduk atas lumpur. Lepas dpt jwpn dari mrk...sesuatu mengalir dari mata kami ke pipi tanpa dpt ditahan lagi. Kami terdiam...terkedu... Kami sapa mrk "rumah mu mana dik?" "Tak dok dah...hanyut air". Tanya pula ayahnya "malam tido kat mana?" "Tu kemah orghe bui" kenapa tak ke tempat perpindahan? "Tak po la..nanti orghe maroh" Subhanallah. Terlalu merendah diri. Rupanya mrk malu dimarahi sbb mrk sedar mrk miskin. Rumah dah hanyut. Tiada apa lagi tinggal. Ini bukan satu mungkin beratus. Inilah nasib mrk di Kuala Krai.