majoriti rakyat dah lama marah najib, bersih tu lah puncak pada kemarahan tu. susah sangat ke nak buat fair election? bagi lah pembangkang ruang dalam media perdana, nak berdebat pun takut, respek lagi aku pada KJ, ketua pemuda tanpa jawatan dalam kerajaan, tapi boleh pulak bagi timbalan ketua pemuda jawatan. apa ni najib?
untuk kaldai yg tak tahu apa benda tuntutan bersih.. meh kita baca bagi terang yer.. kalau yg takat sekolah rendah dan kurang pengetahuan bak kata pengasas UMNO tuh mmg tak dapat nak tolong laa....
Tuntutan Bersih 3.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih) - indon2 bangla piliphino dan orang mati ramai yg bleh mengundi..
2. Reformasikan Undi Pos - hapuskan undi pos
3. Gunakan Dakwat Kekal - dah berjaya tuntut selepas demo BERSIH 2.0 arituh
4. Akses Media Yang Bebas & Adil - tgk media sekarang.. bebas tak..?? bukak tv3suku, RTM..??
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari - ahad nak mengundi, hari jumaat berkempen..hahaha tapi dia sekarang dah siap hari2 pegi berkempen dah.. org lain takleh...
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah - rasuah dan UMNO BN ibarat isi dah kuku.. beras sekampit, gula sebeg.. beskut kering sebungkus untuk bekalan 4 tahun akan datang..
8. Hentikan Politik Kotor - hari2 dok mencipta pitnah kat utuseks dan tv3suku...
ang pi tanya kat orang pas,tny cam ni "pas perjuang negara islam ke negara kebajiakan?"..g ...
TuntungReturn Post at 29-4-2012 00:45
kat tempat aku ni depa dok sibuk buat persiapan untuk karnival....tak cakap dah pasal bersih.....aku pon tolong gaklah depa buat karnival.Memang aku sapot muslimat kat sini....selalu buat kerja2 untuk tambah duit tabung parti.
Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam pertembungan dengan ribuan peserta yang membantah reformasi sistem pilihan raya hari ini, meningkatkan risiko tindak balas politik yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan.
Polis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya.
Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala.
"Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata.
"Mereka tidak kisah."
Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun. [Baca berita penuh]
sib bik umco leh tambah modal keta tebalik..biasa asyik modal bisnesmen rugi puluh biliyon x buk ...
roy3 Post at 29-4-2012 00:46
ingat hari neh nak meratib lagi skrip peniaga rogi jota2.. tapi awal pagi dah tunjuk kedai2 penuh org dok beli barang, pegi minum.. jadi terpaksa laa carik skrip lain untuk kali neh..hahahaa