CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V136'

 Close [Copy link]
Post time 4-3-2022 03:38 PM | Show all posts
Keragaman cuaca tidak sekata, punca hujan lebat, banjir

Oleh Rohaniza Idris - Mac 4, 2022 @ 2:48pm[email protected]




Sebahagian kawasan Tumpat, Kelantan dinaiki air hingga menyebabkan kejadian banjir termenung




KUALA LUMPUR: Perubahan cuaca yang berlaku sejak kebelakangan ini, adalah akibat keragaman cuaca yang lebih ekstrem menyebabkan keadaan tidak sekata, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata adalah terlalu awal untuk menyatakan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini akibat pemanasan global dan perubahan iklim.

Beliau berkata, apa yang jelas perubahan yang berlaku ini adalah satu fenomena akibat keragaman cuaca tidak sekata yang mana ada masa keadaan menjadi terlebih lembap dan di satu masa lain ia semakin berkurangan.

"Keragaman cuaca yang ekstrem menjadikan keadaan terlebih lembap dengan taburan hujan lebih banyak daripada biasa," katanya ketika mengulas mengenai "Norma Baharu Cuaca Malaysia" hari ini.

Mohd Hisham menjelaskan agak sukar untuk menafsirkan perubahan cuaca ini sebagai norma baharu cuaca berikutan keadaan yang sama pernah berlaku sebelum ini.

Katanya, untuk menyatakan cuaca norma baharu ini perlu menilai perubahannya untuk beberpa tahun akan datang.

"Seperti saya katakan tadi, apa yang berlaku ini adalah keragaman cuaca ekstrem, yang mana Malaysia masih dalam musim Monsun Timur Laut yang bermula awal November dan akan berakhir hujung bulan ini.

"Dalam musim Monsun Timur Laut, negara berada dalam masa musim tengkujuh yang mana hujan lebih banyak daripada musim yang lain dan kelazimannya hujan melanda pantai timur antara November hingga akhir Januari sebelum beralih ke Sabah dan Sarawak dari Februari hingga penghujung musim," katanya.

Mengakui tahun ini taburan hujan agak berbeza daripada kelazimannya, Mohd Hisham menjelaskan, Monsun Timur Laut kali ini memperlihatkan hujan lebih banyak di hujung musim yang sepatutnya beralih kepada gelombang haba.

Jelas beliau, gelombang haba tidak terjadi sebaliknya cuaca semakin lembap dengan hujan dijangka sehingga penghujung musim ini pada akhir bulan ini.

Ditanya persediaan MetMalaysia menghadapi perubahan cuaca ini, katanya jabatan itu sentiasa bersedia dan melakukan pemantauan cuaca 24 jam sehari tujuh hari seminggu.

"Kita bersedia sepanjang masa dan memantau serta memberikan amaran supaya situasi tidak memudaratkan berlaku. Jika ada situasi memudarat dan ada ancaman bencana menjadi tugas kami mengeluarkan amaran secepat mungkin,

"Ada sesetengah yang menganggap kami tidak keluarkan amaran sedangkan kita sudah maklumkan. Namun, sikap tidak endah dan mengambil mudah dengan apa yang kita sampaikan menyebabkan perkara itu berlaku," katanya.

Mengulas lanjut, katanya jangkaan awal MetMalaysia memang tiada perubahan cuaca yang luar biasa, namun hingga penghujung monsun, nampaknya cuaca lebih ekstrem daripada dijangka.

"Kita jangka cuaca lembap ini hingga penghujung Mac sebelum ia beralih ke fasa peralihan monsun dari April hingga Mei ini.

"Pada fasa peralihan monsun, biasanya angin tidak menentu sehingga Mei ini menyebabkan banyak ribut petir pada sebelah petang membabitkan kawasan yang lebih menyeluruh dan banyak kawasan yang terbabit," katanya.

Justeru, katanya MetMalaysia mengharapkan orang ramai lebih peka keadaan dan cuaca semasa supaya lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Mengambil contoh, kes pekerja cuci bangunan tinggi minggu lalu, yang hampir menyebabkan kemalangan menunjukkan ramai yang masih tidak peka dengan keadaan sekeliling.

"Dalam kes itu, sepatutnya pekerja tidak perlu meneruskan kerja kerana langit sudah gelap dan berlaku guruh sebelum itu. Dalam hal ini, MetMalaysia pun sudah memberikan amaran awal mengenai cuaca tetapi mungkin ramai tidak mengendahkannya," katanya.

Berhubung kejadian gegaran dirasai di bangunan tinggi minggu lalu, katanya gegaran itu kesan gempa yang berlaku di Sumatera, bukan pertama kali berlaku di negara ini.

Katanya, pada 2004 gempa bumi berukuran 9.1 skala Richter di Aceh Indonesia turut menyebabkan gegaran dirasakan di kebanyakan negeri di pantai timur Semenanjung





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 03:40 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 10:22 AM
Hr ni cuti. Exam isnin - khamis je.

mgkn sb kedah, kelantan, tganu cuti arini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:43 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 10:22 AM
Jmp pak ngah ade la bbrp kali itu pun x smpi 10x. Bini ngan anak3 dia mmg x prnh jmp

kena usahakan utk kenal anak2 pak ngah nov tu. lebih pada hubungan saudara lah. akan datang ntah2 berselisih tp tak kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:45 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 10:24 AM
Sbb nov kan ddk hostel dr form 1. Pastu ddk luar smpi umur 24. Kira cuti sem pun nov keje. Wpun cuti ...

nmpk nov jenis berdikari tak nak susahkan org dan lg puashati ada duit sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:46 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 10:24 AM
Mmg nov totally ignore toxic ppl ni. Nk fkr bnd2 bermanfaat je

kaka pun try elak org mcm ni. sb tu lg suka duduk rumah hadap porem.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:48 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 10:26 AM
Wpun nov jrg tgk berita tp mmg mcm pernah terdgr kpm nk tkr sesi persekolahan nk avoid mula sek ms ...

ya nov. banjir bln 12 dan baru ni kaka pun baca ada tmpt yg tak penah banjir tetiba naik air.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-3-2022 03:49 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 10:27 AM
Kaka thn mata tido lwt. Nov pkl 10 dah mcm apo lagi. Mlm sbt mcm mlm ni selalu lg teruk. Pkl 9 pun ...

mgkn dah biasa. pagi td tumbang juga sekejap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:51 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 10:28 AM
Lauk perangat ni selalu pekat sikit plus kepala minyak tebal. Klu selalu beli kedai yg sm bole per ...

mgkn nov selalu beli tu yg nov boleh tau. tak bestlah owner kedai buat mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 03:55 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 11:58 AM
Ptt la mhl kan. Padahal dkt je dah la ms otw diorg kutip lg org tepi jln charge full.

Sbb tu skrg ...

kesian mmg kesian tp nk buat cemana. dah tentu kita akan pilih ehailing sb keta dtg dekat rumah. klu taxi kita kena keluar tunggu kt jalan besar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:56 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 11:59 AM
Ha btl la tu. Nov pun lupa nk tepek semlm. Msk kejap je sbb tenet slow. Music vid pun x smpt tepek ...

bila nov bgtau tu terus kaka cari. nasib baik jumpa. tenet kadang2 ok kadang2 slow skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:57 PM | Show all posts

awalnya. nov buat apa je kul 4am tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 03:59 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 02:18 PM
Entah la kaka mgkn bg dia x de keperluan utk kami tau kot

mgkn lah kot dia pikir begitu. tp klu dia buat baik dgn staff tentu staff pun lg respect kt dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 04:01 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 02:19 PM
Kaka x pegi kenduri sedara knp? Ade entiti x berkenaan eh

aah nov. malas kaka nk jumpa org berkenaan.
esok kaka tak jd kot pi kenduri kawan asben sb asben baru amik booster smlm.
imun dia dlm keadaan lemah. kes tengah tinggi skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 04:02 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 02:20 PM
X pe nov weekday reply schedule ke laut.

klu nov cakap mcm tu ok la.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 04:04 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 02:21 PM
Nov dulu2 x tgk tp sjk wfh ni duk buat kj dpn TV terjebak la pulak

itu masalahnya klu dah tengok...gerenti terjebak dan nk tau kisah selanjutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 04:08 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 02:31 PM
Kiranya psg grill extra dr dinding pintu rmh?

aah nov yg mcm dlm pic bw ni.
tp maintenance tmpt kaka kata benda ni illegal.
akhir thn lps ada derang dth dr rumah ke rumah. sesapa yg pasang pihak maintenance bg nama kt mpsj.
kaka dah plan nk pasang akan datang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2022 04:10 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 02:31 PM
Ni nay msg nov dah bole tepek. Tgk la klu rajin jap lg tepek salam jumaat

dah boleh eh. ramai yg komplen agaknya.
ha nov tepeklah. klu mlm pun kaka terima.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 04:12 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 4-3-2022 02:43 PM
memang rezeki yang tak di sangka lah tu kaka

syukur alhamdulillah klu dpt rezeki mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 04:15 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 4-3-2022 02:45 PM
Risau nya dgr. Selalunya klu strangers approach kaka ignore atau x?

kaka hampir2 nk kena buat kali kedua. masa tu org tu bg kad gores dan menang. org tu dah ajak pi amik 'duit' kt opis dia.
kebetulan ada anak dlm keta dan derang sek ptg, kaka bg alasan lg 1 jam dah nk antar anak sek. kaka cakap ptg la sy call balik.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 04:17 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 4-3-2022 02:45 PM
sekarang nay ada notis jer buka

takut dah nak simpan banyak2

kadang2 ada yg kita dah reply nay.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.399062 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list