CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 25-11-2010 12:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2010 03:33 PM | Show all posts
Reply 1721# HangPC2


PUTRAJAYA, Malaysia, 14 Oktober (ANTARA News) - Pemerintah Malaysia memangkas alokasi untuk Departemen Pertahanan dalam Anggaran Malaysia yang akan diumumkan 2011, menteri pertahanan mengatakan Kamis.

Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi kepada wartawan di Dubes Malaysia di Jakarta, Kamis bahwa akibat pengurangan anggaran, pelayanan tidak akan membeli peralatan militer baru tahun depan.

Sebaliknya, pihaknya akan fokus pada peningkatan kemampuan rutin, tambah Ahmad Zahid.

Departemen memperoleh alokasi 9,1 miliar ringgit (2,93 miliar US. dollar), turun sebesar 1,5 miliar ringgit (483 87 juta US. dolar) dari tahun 2009.

Ahmad Zahid pernah berkata prioritas yang harus diberikan untuk merevitalisasi perekonomian negara, bukan menghabiskan sejumlah besar uang atas aset militer.

Dia juga membantah bahwa sebagian besar negara di kawasan tersebut meningkatkan pengeluaran pertahanan mereka, menekankan bahwa hanya satu atau kedua negara melakukannya.

Menteri mengatakan bahwa Malaysia harus memahami upaya pemerintah Malaysia untuk memperkuat pembangunan ekonomi.

http://www.chinadaily.com.cn/xin ... ontent_1003467.html

==============================================

gimana dong jadinya sama super hornetnya??
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 04:24 PM | Show all posts
Super Hornet pasti dibeli...sebab ikut ayat disini kata malaysia ada budget rahasia. Seperti juga malaysia ada kekuatan rahasia.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2010 04:27 PM | Show all posts
ishk, indon nih malas bebenor nak baca biter, balik2 copy biter lama...... baik ambik yg 10 tahun dulu..........
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 03:05 PM | Show all posts
Jumaat Disember 17, 2010
Malaysia, Thailand Adakan Latihan Ketenteraan

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand akan mengadakan buat pertama kali latihan ketenteraan bersama membabitkan ketiga-tiga perkhidmatan mereka di wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand, April depan.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata mereka telah membuat pelbagai pelan bagi melaksanakan eksesais itu.

"Pelbagai mesyuarat telah diadakan, dan kami berpuas hati dengan kemajuannya.

Eksesais ini merupakan peringkat CPX (Eksesais Pos Kawalan) dan sedikit Eksesais Lapangan (FTX)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan bersama mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi ke-26 antara Angkatan Tentera Malaysia dan Thailand, di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Thailand Jeneral Songkitti Jaggabattara.

Azizan berkata objektif mesyuarat hari ini adalah bagi menyediakan satu platform bagi kedua buah negara untuk bertemu, bertukar-tukar pandangan, membincangkan perkara-perkara untuk kepentingan bersama seperti keselamatan sempadan sepanjang kawasan sempadan bersama.

"Untuk kali ini, angkatan tentera akan memimpinnya. Dalam latihan selepas ini, kita akan ada agensi penguatkuasa yang lain mengambil bahagian," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2010 05:43 PM | Show all posts
BM5 jimat RM3j sebulan

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Pelaksanaan Operasi Fajar sejak menggunakan kapal kontena Bunga Mas Lima (BM5) milik MISC Berhad yang diubah suai menjadi kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dapat menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM3 juta sebulan.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, ini kerana kapal milik TLDM yang digunakan untuk operasi itu sebelum ini tidak mampu bertahan lama serta perlu membeli minyak pada kadar yang lebih tinggi ketika berada di perairan.

Kapal-kapal TDLM sebelum ini juga katanya, perlu membuat persinggahan yang kerap untuk melakukan ulang bekal dan proses itu memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi.

"Pelaksanaan Operasi Fajar menggunakan BM5 adalah satu langkah inovasi yang menjimatkan bukan sahaja wang TLDM tetapi wang rakyat dan telah pun dicontohi negara-negara maju lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Hari Inovasi Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

BM5 ialah sebuah kapal kontena bersaiz 699 TEU dan kapal dagang pertama di Malaysia yang diubahsuai sebagai sebuah kapal auxiliary TLDM.

Kerja-kerja pengubahsuaian telah dijalankan oleh Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE), anak syarikat MISC di limbungan kapal MMHE, Pasir Gudang, Johor.

Kapal yang diubah suai dengan kerjasama MISC Berhad, TLDM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu selaras dengan kerumitan dan ancaman lanun yang sering berlaku selain bertujuan mengiringi dan melindungi kapal-kapal MISC yang melalui perairan Teluk Aden.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, BM5 yang mula ditauliahkan dalam perkhidmatan TLDM pada 1 Jun tahun lalu itu telah berjaya melaksanakan lima operasi dengan cemerlang sejak berada di perairan Teluk Aden bermula 2 Julai tahun lalu.

"Sejak mula beroperasi di Teluk Aden, BM5 sehingga kini telah berjaya melakukan tugasnya dengan cemerlang dan dijadikan contoh beberapa negara maju termasuk Jepun, Korea dan Jerman.

"Sejak perkhidmatan BM5 di perairan Teluk Aden, Alhamdulillah tidak ada kapal milik MISC yang ditawan oleh lanun dan ini secara langsung telah menaikkan nama Malaysia dan MISC serta menjadikan MISC antara syarikat pengusaha kapal terpilih dunia," katanya.

Dari segi keanggotaan pula katanya, BM5 terdiri daripada 21 orang Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) yang merupakan pekerja MISC yang dilatih dan 40 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2011 11:32 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2011 10:08 AM | Show all posts
Syarat diploma mantapkan elit tentera

Oleh Nor Azizah Mokhtar

2011/01/07
Persediaan hadapi cabaran global

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memantapkan kredibiliti pasukan tenteranya dengan melahirkan lebih ramai anggota elit berkelulusan sekurang-kurangnya diploma dalam bidang berkaitan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pegawai dan anggota ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu darat, laut dan udara perlu menyesuaikan diri dengan kehendak global bukan saja kekuatan fizikal, tetapi juga minda dan komunikasi.
Katanya, telahan masyarakat ketika ini adalah bidang ketenteraan tidak mementingkan pencapaian akademik.
“Kebanyakan pegawai tentera yang kita ada sekarang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya di tahap diploma dan ijazah.

“Justeru, masyarakat harus menukar persepsi mereka mengenai bidang ketenteraan kerana kekuatan tentera kini bukan saja fizikal, tetapi juga kekuatan intelektual,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ijazah Sarjana Sains Sosial dalam Pengajian Pertahanan kepada 40 graduan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), iaitu 38 pegawai tentera dan dua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, semalam.

Hadir sama Komandan MPAT, Laksamana Pertama Datuk Tan Eng Seng.
Lima pegawai tentera dari Brunei, Filipina, Singapura, China dan Indonesia yang menyertai kursus selama setahun itu turut menerima sijil.

Pada majlis itu, Leftenan Kolonel Johnny Lim Eng Seng dari Rejimen Renjer Diraja ATM diumumkan sebagai pemenang anugerah peserta kursus terbaik dan peserta kursus akademik terbaik.

Ahmad Zahid berkata, pelbagai kursus pengajian pertahanan yang dianjurkan MPAT sejak 30 tahun lalu juga berjaya meningkatkan profesionalisme tentera.

“Tahap profesionalisme bidang ketenteraan sudah meningkat dan kita mementingkan pencapaian akademik untuk memastikan pasukan tentera kita hebat dalam bidang taktikal dan strategi ketenteraan.

“Sejajar itu, kementerian menetapkan dasar pegawai berpangkat kolonel ke atas perlu mempunyai ijazah sarjana dalam bidang masing-masing,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 11:15 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2011 06:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2011 04:04 PM | Show all posts
TLDM Pertingkat Usaha Tarik Bukan Melayu Sertai Mereka

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mempertingkatkan usaha untuk menarik minat bukan Melayu menyertai pasukan itu, kata Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Beliau berkata antara usaha yang akan diambil ialah menggunakan pegawai kanan bukan Melayu untuk mempromosikan peluang kerjaya dalam TLDM kepada komuniti sebangsa mereka.

"Usaha berterusan akan dilakukan oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dalam menentukan bahawa ramai lagi anggota berbangsa lain dapat menyertai ATM kerana kita harus menghayati semangat 1Malaysia dilaungkan oleh Perdana Menteri.

"1Malaysia apabila ia menjadi realiti akan menentukan keharmonian berpanjangan berterusan di dalam negara," katanya kepada pemberita selepas Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai TLDM di KD Sri Gombak di sini Khamis.

Pada majlis itu, empat pegawai kanan TLDM dinaikkan pangkat daripada Laksamana Pertama kepada Laksamana Muda manakala seorang berpangkat kapten dinaikkan kepada pemangku Laksamana Pertama.

Mereka termasuk dua pegawai kanan berketurunan Cina iaitu Laksamana Pertama Datuk Tan Eng Seng yang dinaikkan sebagai Laksamana Muda dan Kapt. Wah Yuen Mai kepada pemangku Laksamana Pertama.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:08 AM | Show all posts
Maafla cakap.kaum imigran ni mentaliti depa mengasingkan diri dari arus perdana negara dari segi pendidikan, sosial dan perkhidmatan kerajaan...tapi hanya di Malaysia la..bile mereka di negaera lain senang plak intehrate jd pemetik buah ,penanam dadah(byk kes cina malaysia tanam ganja di Australia)dan pencuci pinggan(cina2 malaysia din UK byk keje kedai fish n chip sbb bodo koyak pasport malaysia ingt dpt citizenship tgk2 takleh) di negara2 maju kononnya ada kesamarataan

Kita tunggu je demografi melayu/bumi naik jd 70-80% dalam 10-20 tahundan takyah la nak sebok2 jaga hati kaum tongkang ni..mereka boleh berhijrah ke Australia for all I care atau mana2 negara2 yg memenuhi ciri2 negara idaman mereka..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 12:11 PM | Show all posts
any idea what happen to Tempur magazine?
They yet release december edition till today. Are they close?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 01:24 PM | Show all posts
I agree..I only have until  TEMPUR Nov 2011..have not seen the december edition yet..Perajurit still rolling on as usual
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 04:21 PM | Show all posts
Maafla cakap.kaum imigran ni mentaliti depa mengasingkan diri dari arus perdana negara dari segi pen ...
hijazzains Post at 13-2-2011 03:08


Sebenarnya ada jugak kaum Cina yg patriotik..tapi tak ramai,boleh kira dengan jari.Kebanyakannya,terutama generasi baru yg membesar di bandar2 memang terlampau sikit yg ada semangat cintakan negara.Bagi diorang,negara ni tak adil untuk diorang.Entah kat mana yg tak adil saya pun tak tahu.
Kalau tengok senarai orang terkaya pun,majoritinya diorang.Tapi tu lah,bagi diorang still tak adil walaupun pada hakikinya,bangsa Melayu yg terkebawah..80% dari bilangan orang Melayu masih berada di tahap pendapatan kelas rendah,cuma 20% orang Melayu berada di kelas pertengahan dan tinggi.Namun,bangsa Cina masih anggap negara ni tak adil untuk mereka.. TAMAK SANGAT DAH KE? Sanggup ke nak gadai keharmonian dan keamanan yg kita nikmati selama ni? Tepuk dada tanya selera.

Balik ke penglibatan bukan Melayu dalam ATM.Tak payah la nak ajak/pujuk diorang.Biar majoriti orang kita.Apa2 jadi pun biar kita yg bergadai nyawa untuk mempertahankan negara.Nak harap diorang,adakah kita yakin diorang akan sanggup mati untuk negara yg diorang tak adil untuk diorang?

Saya cadangkan kerajaan naikkan gaji perkhidmatan agensi pertahanan dan beruniform negara..majoriti pun Melayu,secara tak langsung,dapat la kita naikkan ekonomi orang2 Melayu,sekaligus mempercepatkan penguasaan 30% ekonomi yg kita usahakan selama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:16 PM | Show all posts

By mcwood at 2011-02-28
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2011 01:17 PM | Show all posts

By mcwood at 2011-02-28
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2011 01:17 PM | Show all posts

By mcwood at 2011-02-28
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 09:59 AM | Show all posts
Kem Sultan Abdul Halim termoden



SULTAN Abdul Halim Muadzam Shah menandatangani plak perasmian ketika merasmikan Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Jitra, Kedah, semalam.

JITRA 29 Mac — Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini yang sebelum ini dikenali Kem Tok Jalai merupakan antara kem yang termoden dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifli Mohd. Zin berkata, infrastruktur moden yang melengkapi kem bernilai RM92 juta itu dijangka mampu menjamin kualiti tugas yang tinggi pada kalangan warga Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD).

“ATM khususnya tentera darat menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan kerajaan negeri di atas kesediaan memperuntukkan tanah bagi pembinaan kem ini,” katanya ketika berucap pada perasmian kem yang disempurnakan Sultan Kedah Sultan, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini hari ini.

Zulkifli berkata, pembinaan kem itu bermula pada 2007 dan siap serta diambil alih sepenuhnya oleh 6 RAMD yang sebelum itu berpangkalan di Bukit Pinang dekat sini, pada 28 Mac tahun lepas.

Kompleks kem berkeluasan 79,069 hektar itu mengandungi pejabat pentadbiran dan teknikal yang lengkap untuk sebuah batalion infantri standard serta dilengkapi empat buah blok penginapan untuk anggota bujang yang berupaya menampung lebih 600 anggota.

Zulkifli berkata, kem itu juga bakal dijadikan penempatan dan pemulihan banduan dari penjara awam berdekatan.

“Kepercayaan yang telah diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap pengurusan dan keselamatan terhadap banduan-banduan dalam kem tentera darat amat disanjung tinggi,” katanya.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Pemulihan Pemasyarakatan yang membawa perspektif baru kepada tugas pasukan tentera. — BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2011 11:26 AM | Show all posts
Kuala Lumpur 'diserang' Tentera Darat

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
[email protected]



SEORANG pengunjung, Nur Ezzah Yahuda, 15, mencuba penembak pesawat udara Misile FN-6 sambil diterangkan oleh Koperal Mazlan Manan daripada Rejimen Askar Melayu Diraja Ke-5 (RAMD) pada Hari Terbuka Tentera Darat di Dataran Merdeka.

IBU kota Kuala Lumpur baru-baru ini bertukar menjadi 'medan perang' apabila bandar metropolitan itu 'diserang bertubi-tubi' oleh kereta kebal, kereta perisai, pelancar roket berganda ASTROSS, helikopter peninjau (LOH) dan pelbagai aset tempur Tentera Darat.

Keadaan itu mengejutkan ramai warga kota kerana selama ini, mereka begitu asing dengan deruan helikopter yang terbang rendah, 'serbuan' puluhan kereta kebal PT-91M selain bingit bunyi letupan dan tembakan daripada Unit Anti Keganasan, Grup Gerak Khas (GGK).

'Serbuan' tersebut yang bermula pada pukul 8 pagi hanya berakhir tiga jam kemudian apabila GGK berjaya 'mematahkan' tindakan pihak pengganas menawan sekumpulan rakyat Malaysia di dalam sebuah bas bagi tujuan 'mengugut' kerajaan yang dipilih secara sah.

GGK yang dibantu Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dengan menggunakan helikopter Agusta A-109 LOH hanya mengambil masa tidak sampai dua minit bagi membebaskan kesemua tebusan dan pada masa yang sama, menembak mati kesemua penyangak yang cuba menggugat keamanan negara.

Drama mencemaskan itu merupakan sebahagian daripada demonstrasi kecekapan, ketangkasan serta kesiapsiagaan Tentera Darat sebagai cabang utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menghadapi sebarang kemungkinan peperangan pada masa hadapan.

Demonstrasi yang julung-julung kalinya memaparkan kesemua aset tempur Tentera Darat itu dilakukan sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-78 di Dataran Merdeka baru-baru ini bagi meyakinkan rakyat bahawa keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Hakikat tentang keupayaan unit bersenjata negara itu diakui sendiri oleh 30,000 rakyat Malaysia yang memenuhi Dataran Merdeka sejak awal pagi, sebaik sahaja mereka melihat dengan sendiri kesemua aset tempur Tentera Darat yang selama ini diklasifikasikan sebagai sulit.

Lebih membanggakan, kemampuan Tentera Darat turut dikagumi oleh puluhan Atase Pertahanan negara asing yang dijemput sebagai tetamu VIP apabila mereka secara serentak berdiri bagi memberi tepukan sebaik sahaja GGK memperlihatkan aksinya.

Acara itu dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin serta Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zain.

Menurut Ahmad Zahid, kesemua demonstrasi yang pertontonkan sama ada yang bersifat statik mahu pun tempur adalah bertujuan merakyatkan Tentera Darat iaitu mendekatkan perkhidmatan tersebut dengan masyarakat dan bukan bertujuan menakutkan rakyat.

"Aset yang dipertontonkan, digunakan Tentera Darat dalam apa juga keadaan untuk mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. Saya harap rakyat jangan salah tafsir sambutan hari terbuka yang kali pertama diadakan ini.

"Tujuannya hanya untuk memperlihatkan semua aset Tentera Darat kepada orang ramai dan ia satu petanda tentera akan terus mempertahankan negara dalam apa juga keadaan," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43144 Replies : 436
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50026 Replies : 153
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38607 Replies : 24
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276587 Replies : 8077
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39502 Replies : 47
KRAVEN THE HUNTER
SY_MumiKRAVEN THE HUNTER
Views : 2140 Replies : 5
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38672 Replies : 31
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 28225 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.644076 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list