hehehee... stress, tak boleh hadam la kalau betul jimong tu la hero sebenar nya... kemain kita follow, siap mcm terdengar suara So yg bg taklimat kat pameran tu, rupa2nya jimong ! aduhaiii....
kat ig ramai dok request season 2 modern era. Hrp2 producer, scriptwriter and director akur la...
adoi...kalau betul la ada scene ni... kejam betul la meka gi potong!
But then, still nak bersangka baik, hrp2 ini adalah permulaan bagi scene modern era.
Jangan tangan si Ji mong plak!
1. Cerita (7.5/10)
- Go Ha Jin, seorang gadis dari zaman moden menjelajah masa ke zaman silam. Seperti sudah ditakdirkan, kehidupan Go Ha Jin sebagai Hae Soo di istana Goryeo memaksa dirinya terperangkap antara cinta, persahabatan dan perebutan takhta di kalangan putera raja.
- Olahan kreatif dari sejarah sebenar, kisah seperti ini menarik minat saya untuk menonton. Selain kisah cinta yg menjadi penyeri cerita, melalui drama ini juga saya tertarik utk memahami bagaimana 'power struggles' berlaku di kalangan waris2 diraja, dan betapa pengorbanan perlu dilakukan oleh seorang raja untuk meneguhkan kedudukannya di atas takhta
- Separuh pertama cerita agak perlahan namun tidaklah terlalu membosankan apabila diterapkan unsur2 humor, romantik, persahabatan dan persaudaraan antara Hae Soo dan putera2 raja. Sesetengah adegan dilakukan secara agak berlebihan (contoh: Hae Soo menyanyi di harijadi Putera Wang Eun, Hae Soo mengejar Wang So sehingga ke dalam hutan dll) sekaligus menjadikannya seperti kurang lojik lalu menjejaskan jalan cerita yg sedia ada
- Plot lebih berkembang di pertengahan cerita apabila unsur2 suspen, dendam dan persengketaan diketengahkan. Klimaks juga cukup mendebarkan apabila putera ketiga, Wang Yo membuat percubaan untuk merampas takhta seterusnya diikuti persengketaan demi persengketaan yg menyaksikan satu demi satu nyawa terkorban
- Drama ini diakhiri dgn 'sad ending' apabila hampir semua watak utama dimatikan, manakala watak yg tinggal akhirnya kesepian membawa haluan masing2. Walaubagaimanapun saya masih berpuas hati dgn pengakhiran drama ini kerana setiap watak punya penutup yg jelas
2. Keberkesanan Lakonan (6/10)
- Selain lakonan Lee Jun Ki (Wang So) dan Kang Ha Neul (Wang Wook), keberkesanan lakonan pelakon2 lain adalah sederhana sahaja malah ada antara mereka yg ketara rendah mutu lakonannya
IU (Go Ha Jin/Hae Soo)
- Kurang penghayatan dalam watak. Lakonan IU secara teknikalnya baik tetapi IU belum berjaya meletakkan dirinya 100% dalam watak Hae Soo. Seperti ada sesuatu yg kurang pada kali ini, lakonan IU melalui drama2nya yg lain kelihatan lebih baik
Lee Jun Ki (Wang So) *pencalonan Best Actor
- Lakonan yg sangat baik. Mampu mempamerkan watak Wang So yg gagah, berani dan penuh kelakian. Dalam masa yg sama LJK juga berjaya menjiwai emosi Wang So yg 'self-conscious' dgn parut di muka serta perasaan seorang anak yg dibuang oleh ibunya sendiri
Kang Ha Neul (Wang Wook)*pencalonan Best Supporting Actor
- Terbiasa dgn lakonan KHN sebagai lelaki yang budiman (ie. Heirs), saya merasa terkejut dan juga gembira melihat transformasi lakonan KHN pada kali ini sebagai watak antagonis
- Watak Wang Wook juga dikupas dgn baik melalui drama ini. Pada saya ia watak yg menarik yg penuh dgn konflik dalaman. Dari seorang suami yg baik dan setia, Wang Wook tidak dapat menipu dirinya sendiri apabila jatuh cinta kepada Hae Soo; dan di pertengahan cerita, watak ini terus berkembang apabila Wang Wook memilih untuk menikam belakang saudaranya sendiri sehingga menjurus kepada kematian saudara kandungnya iaitu Wang Eun. Juga digambarkan sebagai watak yang bijak, pandai merancang tetapi terlalu berhati-hati, Wang Wook akhirnya terlepas segala yg dikejarnya. Semua ini berjaya diterjemahkan oleh KHN melalui gaya lakonan yg sederhana (simple and sweet) tapi tetap meninggalkan kesan di hati
Lain-lain:
Hong Jong Hyun (Wang Yo) - lakonan yang baik dan seharusnya dicabar dgn watak yg lebih berat di masa akan datang
Nam Joo Hyuk (Wang Baek Ah) & Ji Soo (Wang Jung) - lakonan agak kurang natural namun tidak mecacatkan keseluruhan cerita
EXO Baek Hyun (Wang Eun) & SNSD Seo Hyun (Woo Hee) - lakonan sangat tidak natural. Walaubagaimanapun, lakonan Baek Hyun menunjukkan peningkatan di pertengahan cerita
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10)
- Pemilihan tempat, pencerahan yg sesuai dan sinematografi yg hebat menambah daya tarikan drama ini
- Proses editing tidak begitu kemas malah terdapat 'loopholes' yg ketara yg menjejaskan pemahaman cerita
4. Skor muzik (4.5/5)
- Instrumental yg dimainkan semasa scene kematian amat menyentuh hati. Instrumental2 lain juga hampir kesemuanya sesuai dgn adegan yg dipaparkan kecuali segelintir kecil pilihan lagu yg kedengaran terlalu moden untuk sebuah drama sageuk
- Hampir semua lagu OST merupakan favourite saya. Pencalonan lagu popular:
All With You - SNSD Taeyeon
My Love - Lee Hi
A Lot Like Love - Baek Ah Yeon
For You - EXO Chen, Baekhyun & Xiumin
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
- Plot yg berat mengurangkan minat untuk menonton berulang kali tetapi boleh dipertimbangkan untuk tontonan semula
Post time 27-11-2016 08:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by spankee_fili at 27-11-2016 08:16 PM
meols dah abes tengok scarlet heart...
dah repeat 3-4 kali epi 14 onwards...
i really love this drama despite of banyak flaws..unnecessary scenes..& pengarah yg kedekut romance scene HS & WS..
ending masa first time tengok memang rasa macam nak tantrum..
tapi lepas 4-5 kali repeat final epi, meols akhirnya mengalah dan terima hakikat..
at least both HS & WS pernah bahagia even sedetik cuma...
aaaaa tensennya!!
takleh tulis review sebab setiap words coming out hanya penuh rasa marah kat pengarah !
calm down spenki calm down...!
kena rewatch scene romantik untuk stabilize kan emosi...
Post time 28-11-2016 10:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by spankee_fili at 7-12-2016 10:09 PM
Moon Lover: Scarlet Heart Ryeo
Rating Keseluruhan Drama: (8+7.5+7.5+3.5+5) =31.5/4=7.88)
Kritik Keseluruhan : Drama yang menyeksa hati penonton dengan crammed scene at the beginning, slow pacing in the middle & super rushing at the ending, tapi banyak scene yang berbaloi untuk ditonton. For me, it is a love-hate drama, though I curse it out loud but I can’t stop myself from watching it over and over again. It was an incredible ride with a painful destination.
1. Cerita (8/10)
Episod permulaan agak padat tapi menyeronokkan, membuatkan kita tidak sabar untuk menonton episod seterusnya. Konsep cerita bertemakan sageuk yang menarik dengan pelbagai watak yang unik dan berpersonaliti tersendiri.
Apa yang saya suka sepanjang cerita ini? Banyak scene yang goosebump, membuatkan hati berdebar-debar sehingga perlu mengurut dada berkali-kali untuk mengurangkan tekanan. Terdapat plot demi plot antara princes dengan pelbagai motif / matlamat sehingga menyebabkan banyak nyawa terancam, banyak watak yang mati membuatkan hati penonton tidak tenang di setiap episod.
Scarlet Heart Ryeo bermula dengan seorang gadis moden bernama Go Ha Jin (IU) yang kecewa dengan hidupnya telah lemas ketika cuba menyelamatkan seorang budak, waktu itu gerhana sedang berlaku dan apabila bangun beliau telah berada dalam era Goryeo. Beliau yang kini hidup sebagai Hae Soo terasa sangat asing dengan kehidupan di bawah pimpinan Raja Taejo (Jo Min Ki) dan berusaha keras untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru ini.
Pertemuan demi pertemuan antara Soo dengan princes Goryeo membuatkan hubungan mereka, seperti kawan baik, seperti keluarga. Konflik pertama timbul apabila Soo dan Wook (Kang Ha Neul) mula tertarik antara satu sama lain tetapi cuba untuk mengetepikan perasaan itu demi isteri Wook, Lady Hae (Park Shi Eun). Namun apabila Lady Hae meninggal akibat sakit, keluarga Hae menjodohkan Soo dengan King Taejo untuk mengukuhkan kuasa.
Semua princes bersepakat untuk membawa Soo lari tetapi akhirnya tertangkap juga dan perkahwinan perlu diteruskan. Wook yang selama ini dianggap putera yang bijak dan taat telah pergi merayu kepada King Taejo untuk membatalkan perkahwinan, 4th Prince Wang So (Lee Junki) yang digelar Wolf Dog yang bengis juga turut merayu sehingga King Taejo terkejut dengan perkara ini. Perkahwinan akhirnya berjaya dielak setelah Soo mencederakan diri sendiri (untuk menjadi isteri raja tidak boleh memiliki sebarang parut).
Soo dihantar ke Damiwon untuk menjadi court lady sebagai hukuman. Hubungan Wook dan Soo renggang apabila Wook memilih keluarganya dan tidak membantu ketika Soo dihukum, sedangkan So sentiasa menjadi pelindung Soo sehingga berkali-kali nyawa mereka hampir melayang kerana terperangkap dalam konspirasi Queen Yoo (Park Ji Young) untuk merampas takhta.
Soo yang caring dan ikhlas terhadap So membuatkan So yang tidak pernah merasa kasih sayang itu semakin ceria. Bagi Wang So, Soo penyelamat beliau dan dianggap "my person". Namun hakikatnya mereka saling melengkapi kerana Wang So turut sentiasa ada bila Soo di dalam kesusahan.
Senarai watak boleh rujuk carta di bawah :
Crown Prince Wang Moo (Kim San Ho)
Putera mahkota yang baik hati dan lembut tetapi mempunyai badan yang kurang sihat. Beliau pernah dibantu oleh Soo untuk meredakan sakit ezcema yang dihidapinya, sejak itu beliau memandang tinggi keupayaan Soo. Putera yang paling disayangi King Taejo dan merupakan pewaris takhta.
3rd Prince Wang Yo (Hong Jong Hyun)
Berkomplot dengan bondanya Queen Shinmyeongsunseong/Queen Yoo untuk membunuh Crown Prince demi memastikan takhta Goryeo jatuh ke tangan Yo. Seorang yang ambitious, banyak perancangan jahat dan tamak.
9th Prince Wang Won (Yoon Soon Wo)
Berkomplot dengan Yo
10th Prince Wang Eun (Byun Baek Hyun)
Putera yang berperibadi kebudak-budakan. Sering bergaduh dengan Soo pada mulanya tapi kemudian menyimpan perasaan pada Soo.
13th Prince Wang Wook / Baek-ah (Nam Joo Hyuk)
Rapat dengan So, berjiwa seni serta sering melukis. Beliau antara yang paling awal mengesan hubungan Soo/Wook serta Soo/So. Beliau juga sentiasa menyokong Soo dan So dalam keadaan yang paling sukar sekalipun.
14th Prince Wang Jung (Ji Soo)
Putera kesayangan Queen Yoo, minat seni mempertahankan diri dan sering keluar istana dengan menyamar sebagai rakyat biasa untuk berlawan di jalanan. Menyimpan perasaan terhadap Soo sejak Soo berusaha menyelamatkan beliau daripada kepungan penjahat di hutan.
Watak-watak lain yang penting :
Queen Shinmyeongsunseong / Queen Yoo (Park Ji Young)
Perancang utama konspirasi untuk merampas takhta
Princes Yeon Hwa (Kang Han Na)
Adik Wook yang berimpian untuk menjadi Queen dan menyukai So sejak kecil. Sering cemburukan Soo kerana So mencintai Soo.
Ji Mong (Kim Sun Kyung)
Ahli falak diraja / time traveller
Note : Drama ini berdasarkan sejarah kerajaan diraja Korea.
2. Keberkesanan Lakonan (7.5/10)
Overall acting performance kurang mantap. Lakonan kebanyakan princes tampak kayu dan kekok, menjadikan watak mereka kurang menyerlah. Chemistry antara Soo/Wook dan Soo/So juga kurang menyengat tapi I still love Soo/So couple.
Namun begitu ada improvement / character development dalam lakonan beberapa watak dan layak mendapat pujian seperti Jung dan Baek-ah.
4th Prince Wang So (Lee Junki)
Lee Junki is the best ! Memang tak faham macam mana Queen Yoo boleh bencikan anak sekacak Wang So! Emosi yang disampaikan sebagai anak yang tidak pernah merasai belaian kasih sayang ibu bapa, sangat menyedihkan.
Transformasi watak So daripada beastly to a beautiful prince to a charismatic king sangatla superb.
Daripada seorang yang sangat distance and pushing people away, So jadi nakal dan comel bila bersama Soo. Terus berusaha mendapatkan tempat di hati Soo biarpun ditolak berkali-kali.
Best acting scene Junki adalah masa So terima berita kematian Soo dan terus membuka surat-surat Soo. Heartbreaking !
Most memorable scene adalah masa So memayungi Soo menggunakan bajunya di dalam hujan yang lebat. My heart skipped a beat !
Go Ha Jin / Hae Soo [IU]
Tidak mengecewakan. Biarpun kurang mantap pada permulaan tapi throughout the drama IU membuktikan beliau mampu membawa watak Hae Soo dengan baik. Pada mulanya susah untuk penonton menyukai watak cliché Soo, tapi sejak peristiwa kematian Court Lady Oh, Soo berubah menjadi lebih matang, elegant dan lebih reliable. Seorang yang mempunyai hati yang baik dan sentiasa inginkan yang terbaik buat mereka yang beliau sayangi sehingga sanggup meletakkan nyawa beliau dalam bahaya.
8th Prince Wang Wook (Kang Ha Neul)
Lakonan yang baik oleh KHN dengan fleeting smile dan suspicious stares. Wook tampak seperti baik dan budiman namun di sudut hatinya ada keinginan yang beliau nekad untuk perolehi : takhta dan Soo. KHN berjaya membawakan watak Wook dengan baik sehinggakan penonton turut jatuh cinta pada keprihatinannya terhadap Lady Hae dan Soo.
Best scene : tangisan ketika kematian Lady Hae dan ketika bertanya bondanya apakah salah untuk dia berhasrat memiliki takhta dan Soo...
14th Prince Wang Jung (Ji Soo)
I really like Jung at the end of the drama. Pada mulanya watak Jung biasa saja, kurang menarik perhatian sebab ada banyak sangat watak dalam drama so susah nak fokus on individual. But for me, his feelings towards Soo are the purest, only giving and never ask anything back. Tak pernah minta untuk difahami, untuk menunggu, untuk bertahan, untuk menyayangi dan disayangi. Hanya minta Soo nyanyikan lagu birthday tapi tak dapat pun. And he’s the only smarty pant who has the idea to request a decree from the king into marrying Soo. And seriously, he kept his feelings well and never throw himself to Soo. Also he kept his promise to Soo to become a great man. Good job Ji Soo!
Best scene : Lepas So bawa pergi abu Soo, Jung keluarkan hairpin Soo yg diambil masa Soo sorokkan Jung dalam bilik, he cried so hard while being hugged by Baek ah.
Terdapat barisan pelakon yang kurang sesuai :
Lady Hae tidak nampak seperti isteri Wook tapi seolah-olah ibu Wook kerana nampak tua.
Eun (10th) nampak lebih muda berbanding Jung (14th) dan Baek-ah (13th).
Yo (3rd) nampak lebih muda berbanding So (4th) dan Wook (8th).
Nomination :
Lee Junki [Best Actor]
Kang Ha Neul [Best Supporting Actor]
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7.5/10)
Bad directing and poor editing. Antara scene yang kurang sesuai / kurang masuk akal / tidak perlu :
i) Pawang yang hendak mengubati King Yo dipanah petir ketika ritual dalam istana (like, seriously?were you trying to be funny?)
ii) Soo is pregnant but nobody knows including us viewers until the last episode? Why do you hate us so much PD?
iii) Jung tulis kembali sampul kerana tulisan Soo dan So sama, tapi tak boleh tambah satu line “daripada Soo”???I really love you Jung but that is not smart.
iv) Apa fungsi Ji Mong sebenarnya? Fortune teller? Time traveller? Observer?
v) Random pics of Soo being displayed during Goryeo Art Exhibition. They have paparazzi back then? Or perhaps the drawings were Baek Ah's?
Banyak juga scene tidak penting yang difokuskan pada Eun/Soo seolah-olah pengarah terdesak untuk mendapatkan perhatian penonton dengan menambah airtime Eun. Scene Eun/Soon Deok tangkap burung sangat tidak perlu.
Hanya beberapa saat masa diperuntukkan untuk So meratapi kematian Soo? Soo adalah orang yang paling disayangi So, seriously I was expecting more grievance. Seolah-olah pengarah terlalu tergesa-gesa untuk lompat ke scene seterusnya dan tidak memberi masa untuk Soo dan penonton bersedih.
Kredit untuk props team sebab menjamu mata kita dengan lokasi yang sangat cantik sepanjang drama ini.
So/Soo dating spot sangat cantik waktu siang dan lebih cantik waktu malam disimbahi pantulan cahaya bintang pada air tasik.
Set di Damiwon juga menarik, bagaikan spa yang mendamaikan.
Banyak scene yang cantik dihiasi dengan snowflakes dan flower petals yang turun menambahkan perasaan romantik.
Best romantic scene bila So cuba kiss Soo tapi Soo halang dan ingatkan pasal permission. Kemudian So cuba lagi dan kena marah. Comel sangat.
Beautiful costume : Colourful and details.
4. Skor muzik (3.5/5)
OST sedap didengari tapi kadangkala kurang sesuai untuk scene. Contoh masa scene So baca surat, muzik macam untuk scene misteri. Ada muzik rap masa scene romantik, kurang sesuai.
Tapi Davichi Forgetting You memang sesuai untuk drama ini. Nice melody & meaningful lyrics.
OST pilihan :
Forgetting You - Davichi [Nomination : Song of The Year]
Can You Hear My Heart - Epic High, Lee Hi
I love You, I Remember You - I.O.I
Wind - Jung Seung Hwan
I Confess - SG Wannabe
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
Definitely gonna watch it again, and again. Despite of poor plot writings, lack of acting skills, multiple time skips, poor editing and selfish ending, I actually do enjoy the whole drama. In fact, this is my most favourite drama for this year (yeah, i am biased towards junki). Too painful to see Wang So ended up being alone.
Actually the ending hurts me so much, thus I have to keep watching the scene until my heart is immune and accept the fact that the ending is sad but I can still enjoy the drama.
tapi bila ulang2 tgk..lama2 dah leh accept yang ending nyer g ...
meols takleh nak accept dorang breakup on bad terms...
sedangkan boleh consider epic love tu..
gila susah payah baru nak dapat bersama...
tapi kan, lepas Hae Soo mati...meols asyik letak harapan sambil cakap tolongla jangan mati tolongla tolongla...
so bila dia hidup lagi kat modern life, meols dah rasa bersyukur...
sebab macam dah grow fond by watak dia...haha
so ending camtu ok dah bagi meols...
boleh tak dorang buat special epi ?bagi jugak budak berdua ni jumpa balik..
tanya si jimong tu camne dia travel back & forth..
meols fikir kalau si wang so datang ke future, sapa akan jadi king kat goryeo?
ke sebelum wang so mati, dia datang ke future?
aaaa pening2...
agaknya sebab pengarah pun pening nak ending camne, tu yg dorang buat ending gitu...haha