|
|
[Pulau Pinang]
Bersembang Tentang Nombor V16
[Copy link]
|
|
|
|
Beliau berkata laporan Tenaga Buruh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sehingga November 2025 merekodkan 3.26 juta individu bekerja sendiri, namun data PERKESO setakat 23 Januari lepas menunjukkan hanya 325,008 Orang Bekerja Sendiri (OBS) atau kira-kira 10 peratus aktif mencarum di bawah skim berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Daripada jumlah itu, hanya 38,358 pencarum di seluruh negara adalah dalam sektor penjaja, manakala Pulau Pinang merekodkan 5,053 pencarum atau 13.17 peratus,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan PERKESO di Wisma PERKESO, di sini, hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohammed Azman berkata Pulau Pinang menjadi negeri pertama memeterai MoU itu, sekali gus diharap menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem perlindungan sosial yang lebih tersusun dan boleh diperluaskan kepada 156 PBT di seluruh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Beliau turut memaklumkan sepanjang 2025, PERKESO menyalurkan faedah berjumlah RM31.25 juta kepada 7,693 pencarum Skim Lindung Kendiri di seluruh negara, termasuk 424 individu bekerja sendiri di Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rajendran pula berkata inisiatif itu penting berikutan terdapat 5,220 penjaja berlesen di bawah MBPP yang terdedah kepada pelbagai risiko ketika menjalankan perniagaan, termasuk kemalangan, kecederaan, kebakaran dan masalah kesihatan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Prospek bagi sistem perbankan Malaysia yang diberi penarafan A3, kekal stabil didorong oleh pertumbuhan serta asas-asas ekonomi yang kukuh, demikian menurut Moody’s Ratings. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Moody’s juga menyatakan risiko aset itu secara amnya lebih stabil dengan peningkatan sederhana dalam kos kredit manakala nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) adalah dalam julat 1.4-1.6 peratus pada 2026, seiring dengan purata jangka panjang dan berbanding 1.4 peratus pada akhir Jun 2025. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kualiti kredit pinjaman perniagaan secara menyeluruh di Malaysia telah bertambah baik sejak beberapa tahun lepas dengan nisbah NPL pada 2.2 peratus di akhir Jun 2025 berbanding 2.8 peratus pada akhir Jun 2023,” menurut agensi penarafan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Moody’s juga menyifatkan bank-bank Malaysia dijangka terus meraih modal yang mencukupi memandangkan aset-aset sistem secara meluas diunjur berkembang sederhana dan sektor perbankan dijangka menjana pulangan ekuiti 10-11 peratus, sekali gus membolehkan pengumpulan modal dalaman yang jauh lebih tinggi daripada pertumbuhan aset. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada akhir Jun 2025, kadar nisbah modal ekuiti biasa tahap 1 (CET1) sistem secara keseluruhannya kekal pada 14.7 peratus berbanding 14.9 peratus pada tahun sebelumnya, manakala nisbah pembayaran dividen meningkat dalam dua tahun kebelakangan ini di beberapa bank. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
NIM bagi bank-bank Malaysia menguncup pada 2025 berikutan pengurangan kadar faedah dasar, namun pelarasan deposit yang lazimnya tertangguh selepas pengurangan kadar dijangka membantu menstabilkan NIM pada 2026. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pengurangan kadar dasar Malaysia sebanyak 25 mata asas pada tahun lepas adalah sederhana berbanding dengan negara-negara di Asia Tenggara dan kami mengunjurkan peningkatan dalam kos kredit adalah kecil. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pembiayaan dan mudah tunai akan kekal stabil dan kami mengunjurkan pinjaman berkembang seiringan dengan deposit. Sehubungan itu, agregat nisbah pinjaman kepada deposit bagi bank-bank yang dinilai diunjur kekal dalam julat 91 peratus manakala pinjaman dan deposit sistem meningkat purata lima peratus sejak lima tahun lepas,” menurut agensi itu. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ular sawa 70 kg baham ayam penduduk ditangkap APM. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bandar Baharu: Bunyi bising di kawasan reban ayam membongkar kehadiran seekor ular sawa berhampiran rumah penduduk di Kampung Batu 22, Jalan Selama, di sini tengah malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ular sawa berkenaan dipercayai baru membaham ayam di reban itu dan kejadian disedari pengadu, wanita berusia 56 tahun yang kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.54 tengah malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Ular sawa yang panjangnya lebih tiga meter dan berat 70 kilogram (kg) itu akhirnya berjaya ditangkap dan dibawa ke pejabat APM untuk perlindungan sementara waktu sebelum diserahkan pada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Operasi tamat pada jam 1.35 pagi selepas ular berjaya ditangkap menggunakan penjerut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuntutan tiket penerbangan palsu bernilai RM1.3 juta, 4 pegawai badan berkanun ditahan SPRM |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|