|
Banjir kilat empat lokasi di KL
Keadaan banjir kilat di Kampung Periuk, berhampiran Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. - Foto IPD Dang Wangi
KUALA LUMPUR: Polis Daerah Dang Wangi, memaklumkan empat lokasi di pusat bandar raya ini dinaiki air akibat hujan lebat berterusan pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku semasa hujan lebat lebih sejam di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, bermula jam 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata tiga dari empat lokasi berkenaan adalah hadapan Bank Rakyat, Jalan Sultan Azlan Shah; Kampung Periuk dan Jalan Ampang, yang dinaiki air setinggi 0.4 meter.
Keadaan Sungai Klang di River of Life Kuala Lumpur dinaiki air berikutan hujan lebat sejak pagi ini. - Foto Hazreen Mohamad
"Di Lorong Raja Mahadi, Kampung Baru, air dilaporkan naik sehingga paras lutut akibat hujan lebat yang turun tanpa henti.
"Sehingga jam 1.30 tengah hari bagaimanapun banjir kilat di semua kawasan mulai surut selepas hujan mula reda," katanya kepada BH hari ini.
Noor Dellhan berkata, terdapat lapan lokasi 'hot spot' yang sering berlaku banjir diberi perhatian serius iaitu Jalan Rahmat, Jalan Sultwn Azlan Shah; Bulatan Dato Onn, Jalan Kuching; Dataran Merdeka, Jalan Raja; Jalan Ampang; Jalan Brunei, Jalan Pudu; Jalan Changkat Thambi Dollah; Jalan Maharajalela, Bulatan Merdeka dan Kampung Periuk.
https://www.bharian.com.my/berit ... -empat-lokasi-di-kl |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|