|
NUHANOVA VII: BERAKHIRNYA KITARAN 7 RUMAH, AKAN DISEMADIKAN DI 7 KAKI DALAM
[Copy link]
|
|
ditelan pahit diluah sayang
itulah perasaan iols sekarang
sukar nak digambarkan dgn kata2!!!!!!!!
terguris, terhiris yang amat dalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
kami ni lagi terguris tergiris....lumat..hancur..
brand nuwal ni projek paling besar nuhanova...bukan sikit tenaga di curahkan...ramai yg terlibat..di belakang tabir
kecewanya hanya tuhan yang tahu
bagi kami masa besan besan tsayammm........bagi kami masa.....bagi kami masa rawat hati...rawat semangat
kalaupun nuwal mati...biar kami yang pacakkkan nesannya !!! |
|
|
|
|
|
|
|
me rasa me yg patut minta maaf dulu.. sorry nuhanovians, me n ewal ososians yg lain tak berniat nak buat uols marah kt umah uols sendiri..
sungguh, kami sayang nuhanova.. walaupun kita tak pernah jumpa, rasa sayang tu mendalam mcm dah lama bersahabat.. meroyan together2.. csi together2... berkongsi segala rasa... korang mmg best.. sangat2 best......
kami ewal ososians minta maaf kalau mengganggu emosi uols malam ni... ketahuilah, kami juga merasakan keperitan dan kepedihan akibat luka yg tak nampak ini..
*first time me menaip kt forum dgn berlinangan air mata*
*sayang semua ewal ososians dan nuhanovians*
*bye*
|
|
|
|
|
|
|
|
Nuhanovians tak salah.. bila jadi camni ibarat luka dituang garam..nangesss |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak pacak nesan sama2
berhari2 iols makan hati berulamkan jantung
kata2 yg diucapkan cukup perit untuk dikunyah lalu dimamah. apatah lagi dlm kata2 itu terselit juga nama insan yang sememangnya iols sayang mcm adik sendirik. terasa mcm ditikam dr belakang. sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu.
iols nak gi sambung berkabung 7 hari 7 malam.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak de sape yg menyalahkan nuhanovians sayang
|
|
|
|
|
|
|
|
ZaraPalarae replied at 19-1-2015 08:27 PM
But me konpiusss, siah mahu nuwal or nufir yg sebenor benornya ni
Amboii siah... pic mendada n mendagu ko meroyan tp rela plak mendahi dgn f... asenya pic ni sblm gi tawau khen |
|
|
|
|
|
|
|
santubung replied at 19-1-2015 11:36 PM
ditelan pahit diluah sayang
itulah perasaan iols sekarang
San, tp aritu uols sndirik bgtau siah dgn f x de pa2...
btl ke x da pa2... jgn2 ewal sj jer coverline tkt fans nuwal kecewa... |
|
|
|
|
|
|
|
*tarik wedot masuk tidur*
mukan masalah kufu kufu ni
ni masalah siah jer
|
|
|
|
|
|
|
|
waedot replied at 20-1-2015 12:07 AM
Weols sedar siah xsekufu dgn bebi. .
Weols sedar
Bkn sbb sekufu atau tdk tp siah kn imej muslimah hrp ati2 brgmbr mndahi mcm ni...sakit ati iols tgk pic ni... sweett ape mndenye....menyampah adalh... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasakan gambar nufir tu xde haters maki kot sebab tu siah ok je. Tapi gambar dengan F tu macam lagi rapat je dari gambar siah dengan kasim. |
|
|
|
|
|
|
|
hunt_fear replied at 19-1-2015 11:46 PM
kami ni lagi terguris tergiris....lumat..hancur..
brand nuwal ni projek paling besar nuhanova...b ...
byk sgt benda menimpa kepada nuhanovians...
kami rasa terseksa sgt sejak 5 hari yg lalu. rasa mcm punching bag jatuh gedebuk atas kami...
kami tersepit...
|
|
|
|
|
|
|
|
shaahmad replied at 20-1-2015 12:21 AM
Iols rasakan gambar nufir tu xde haters maki kot sebab tu siah ok je. Tapi gambar dengan F tu macam ...
yes betul tu..siah mengarang pnjg
klu ada yg maki je..haters x suka nuwal
je..sbb nuwal lg femes dr nufir...
mana mungkin sang jore d maki... |
|
|
|
|
|
|
|
nedcherry replied at 20-1-2015 12:27 AM
Kakak2 nuhanova.. Maaf andai kata2 ned tempoh hari mengguris perasaan akak2 semua.. Sedih bila teng ...
ned..kaka mmg sdih dn sgt2 trguris
dgn apa yg brlaku tp bkn sbb kata2
ned...tp siah mmg sgt2 x dgr kata..
apa pn kaka rasa tmpoh brkabung dh
hmpir luput..so mri la kt maaf kan siah
dan trus kn sokongan utk dia exp.utk
#nuwal...dan mri la kt doa agr nuwal
xkan trkubur..syg dgn bakat nuwal... |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang dapat iols simpulkan:
"siah belum bersedia untuk menjadi artis"
"dunia seni juga mungkin bukan bidang yang sesuai untuk siah"
nasihat iols tuk Siah walaupun Siah takkan dengar. tidak akan sesekali.
"bila kita berada di atas, jangan lupa rumput yang kita pijak. ingat satu jer, langit tidak selalu cerah. hidup ini ibarat roda. ada kala kita disanjung, ada kala kita akan dicemuh. jaga diri, hiasi peribadi"
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-1-2015 02:49 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by ShaCroft at 20-1-2015 02:59 AM
Kenapa nuhanova/nuhanovians dijadikan punching bag?
Maaf...
Terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya tidak takut sebab tak salah
Oleh NOR ERYANI YUSUP
[email protected]
| JELAS Nuha, meskipun dikecam hebat oleh peminat, dia tidak kisah kerana yakin berada di pihak yang benar.
|
BELUM pun sampai tiga bulan usia penglibatannya dalam dunia hiburan, penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Nuha sudah terjerat dengan kisah kurang menyenangkan.
Semuanya gara-gara empunya badan telah memuat naik sekeping gambar menunjukkan keadaan terlebih mesra bersama penyanyi lelaki yang juga lahir menerusi program AF2014, Ewal.
Dalam gambar yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya, @nuhaaf2014official, jelas kelihatan Nuha mengambil gambar dalam keadaan posisi badannya begitu rapat dengan badan Ewal.
Lantas Nuha atau nama sebenarnya, Syamila Nuhair Zainordi, 22, dikecam hebat kerana bergambar dengan lelaki bukan muhrim dalam keadaan yang keterlaluan dan tidak menjaga batas sebagai seorang wanita berhijab.
Terkesan dengan tohmahan tersebut, gadis berasal dari Manjong, Perak itu difahamkan telah memadam gambar kontroversi terbabit demi mengelakkan lebih banyak kata-kata nista dilemparkan kepadanya.
Kosmo! menghubungi Nuha bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu tersebut.
Kosmo!: Seperti yang Nuha sedia maklum, nama anda menjadi bualan hangat baru-baru ini kerana sekeping gambar dengan Ewal yang mendapat respons kurang baik dalam kalangan pengikut anda. Boleh jelaskan dengan lebih lanjut mengenai isu itu?
NUHA: Bgai saya, perkara ini bukan masalah besar sebab saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Ketika gambar tersebut diambil, kedudukan kami tidaklah serapat seperti yang terlihat dalam gambar itu.
Segalanya terjadi dengan tidak sengaja dan dalam keadaan spontan. Masing-masing sedang sibuk dengan penggambaran sebuah program pada waktu itu dan secara tiba-tiba ada rakan yang mahu mengambil gambar kami. Jadi, secara pantas kami berdua menunjukkan pose masing-masing.
Dengan keadaan bilik yang kecil, jadi saya terpaksa menundukkan sedikit bahagian badan.
Pada waktu mahu memuat naik gambar itu, saya tidak fikir apa-apa yang tidak betul pada gambar tersebut. Selepas memuat naik, saya menyambung semula kerja yang dilakukan
Tujuan saya memuat naik gambar itu hanyalah untuk mempromosikan rancangan yang saya sertai iaitu Karok La Kau yang disiarkan di Astro Ria
Tidak sangka pula gambar itu mencetuskan buah mulut orang. Kalau orang di luar sana masih mahu bercakap buruk tentang saya, saya tidak kisah, sebab saya tahu saya tidak salah. Apa yang penting, saya tahu siapa diri saya, itu sudah cukup.
Adakah sebelum memuat naik gambar itu, anda sudah berfikir panjang memandangkan anda kini sudah bergelar artis dan apa sahaja yang dilakukan akan mendapat perhatian umum?
Pada awalnya, memang saya rasa agak pelik dengan gambar itu sebab kedudukan kami berdua memang nampak rapat tetapi seperti yang saya katakan tadi, ketika itu keadaan kelam- kabut dan saya mahu cepat. Lagi pula saya tahu keadaan sebenar kami berdiri ketika itu, sebab itulah saya tiada masalah untuk berkongsi gambar tersebut di laman sosial.
Sebagai seorang artis dan gadis yang berhijab, saya tahu batas-batas pergaulan. Tidak mungkin saya tidak terfikir tentang perkara seperti itu. Cuma, mungkin keadaan kami pada waktu itu tidak disengajakan, itu sahaja. Orang boleh bercakap apa sahaja.
Terpulang kepada semua kalau masih mahu bangkitkan lagi isu gambar itu. Sejujurnya, saya sudah penat mahu menjelaskan perkara sebenar kepada khalayak. Makin dilayan makin ramai yang bertanya.
Jadi, saya ambil pendekatan untuk tidak ambil kisah lagi dengan isu tersebut. Untuk meredakan keadaan, saya juga sudah buang gambar itu daripada akaun Instagram saya.
Bukan sebab takut tetapi saya tidak mahu perkara ini menjadi lebih besar dan risau juga kalau ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan gambar itu. Jadi, lebih baik saya buang awal-awal.
Bagaimanakah reaksi Ewal ketika gambar kalian dikecam oleh peminat? Reaksi keluarga anda pula bagaimana?
Ewal tiada masalah. Sewaktu gambar itu menjadi bualan ramai, dia ada bertanya kepada saya dan meminta maaf atas apa yang berlaku. Namun, saya katakan kepadanya, supaya buat tidak tahu sahaja.
Kami yang berada di situ dan kami tahu bagaimana situasi sebenar. Kami berdua memang rapat sebagai seorang kawan dan Alhamdulillah, Ewal memahami keadaan yang berlaku. Sebab itu dia pun jenis yang tidak ambil pusing dengan kritikan orang.
Keluarga saya juga tiada apa-apa masalah. Mereka lebih tahu diri saya berbanding orang di luar. Tidak timbul apa-apa masalah antara saya dengan keluarga disebabkan gambar itu.
Selain kisah gambar tersebut, selepas tiga bulan keluar daripada AF2014, bagaimana perjalanan karier anda?
Alhamdulillah, sekarang saya sedang menjalani penggambaran sebuah program kebajikan yang diterbitkan Astro. Program ini berkaitan dengan lawatan dan bantuan kepada pesakit-pesakit kanser. Saya juga dalam perancangan mahu keluarkan single terbaharu dalam tempoh enam bulan akan datang.
Kalau boleh, saya mahu terbitkan lagu ciptaan sendiri tetapi semuanya bergantung kepada Astro. Selain itu saya juga sibuk memenuhi undangan nyanyian.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|