CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 13-10-2011 10:02 PM | Show all posts
Reply 1660# frapamocha


    Kita dah hujung2 ni...rasa macam sunyi aja Malaysia ni....sebab kakak saya dah terbang 3 Oktober, abang say 11 Oktober dan last sekali saya......jangan orang lupa nak ambil kami kat airport esok sudah ler..maklum la dah hujung2 kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 08:12 AM | Show all posts
Reply 1661# SANKURIANG

don't worry, taim 2 hujung la...plg sibuk kat airport tuh....
plg kesian petugas TH yg tunggu kat a/port, kdg2 tak tdur langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 08:13 AM | Show all posts
selamat mengerjakan ibadah haji kpd rakan2 di sini yg akan menunaikan ibadah haji pd thn nih. moga segalanya dipermudahkan, sama ada di sini atau di sana dan mendapat haji yg mabrur. doa2 kan kami yg belum pergi haji nih, agar menjadi tetamu Nya secepat mungkin. insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:05 AM | Show all posts
Reply  frapamocha


    Kita dah hujung2 ni...rasa macam sunyi aja Malaysia ni....sebab kakak sa ...
SANKURIANG Post at 13-10-2011 22:02



    saya rasa ..org yng paling last kot kat sini..flight saya 29 oktober pagi..apa pun Alhamdullilah sebab dapat menjadi tetamuNya..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:07 AM | Show all posts
Reply  SANKURIANG

don't worry, taim 2 hujung la...plg sibuk kat airport tuh....
plg kesian petu ...
Mas916 Post at 14-10-2011 08:12



    terima kasih Mas..byk info yang berguna yang diberikan kat sini..moga dapat menjadi panduan kepada saya di Mekah nanti..
harap kita semua selamat pergi dan selamat kembali dan mendapat haji yang mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 09:20 AM | Show all posts
Reply 1665# agar2

sama2......moga tips2 yg saya bg tuh..berguna masa kat sana....
semua tip2 tu adalah pengalaman haji saya last year....
setiap kali bg tips...hati saya mcm berada kat sana....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2011 10:05 AM | Show all posts
Reply  agar2

sama2......moga tips2 yg saya bg tuh..berguna masa kat sana....
semua tip2 tu adal ...
Mas916 Post at 14-10-2011 09:20



    betui tu..saya pun sekarang dah mula rasa tak sabar dan berdebar2 hendak ke sana..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 10:17 AM | Show all posts
Reply 1664# agar2

agar2 buat ifrad ka tamattuk atau qiran?
dh dekat sgt nk wukuf tuh.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2011 10:28 AM | Show all posts
Tengah kemas bag saya dan suami...berdebar debar rasanya.......YA ALLAH..berikan la kekuatan hati, minda dan iman yg kuat kepada kami..agar dapat menempuh ibadat kami dengan tenang dan sempurna. Ameen
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 10:32 AM | Show all posts
Reply  agar2

agar2 buat ifrad ka tamattuk atau qiran?
dh dekat sgt nk wukuf tuh.....
Mas916 Post at 14-10-2011 10:17



    insyaallah saya akan buat tamattuk... bagi saya  tak jadi masalah nak buat ifrad.. tapi bila dengar byk nasihat dari ustaz2 ...lebih elok dan sesuai buat tamattuk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 04:19 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua :-)

Baru lepas lunch dgn Ibu (Rosputih), Kak Frapamocha, Kak HasMK dan Ayahjoe..Seronok dapat jumpa bakal2 tetamu Allah ni..banyak cerita yg nak share, tp masa suntuk kan...apa yg penting, sama2 kita doakan semua bakal tetamu Allah kat sni akan dpt menjalani ibadah dgn sempurna, dipermudahkan segala urusan & dikurniakan haji yg mabrur...

MasyaAllah...seronoknya dpt beribadat di tanah suci, lagi2 dpt peluang wukuf di Arafah...tak terkata nikmatnya..Harapan mimi, semoga semua bakal tetamu Allah gunakan peluang yg ada semasa wukuf dgn sebaiknya..sebaiknya buat checklist utk plan doa2 yg nak didoakan semasa wukuf, supaya kita tak kelam kabut & tertinggal doa2 yg penting..Sbb masa tu perasaan kita sgt2 syahdu, tak terucap, rasa mcm percaya tak percaya je tgh wukuf, terharu, sebak, bercampur baur...

Lastly, jaga diri baik2, jaga kesihatan, jaga hati & jaga iman...Semoga Allah merahmati kita semua :-)
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 11:37 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua :-)

Baru lepas lunch dgn Ibu (Rosputih), Kak Frapamocha, Kak HasMK dan  ...
mimi_19 Post at 14-10-2011 16:19


waalaikumussalam mimi ..
memang seronok dapat jumpa kawan2 maya tadi .. banyak betul tips yg dikongsi ..
terimakasih semua .. insyaallah nanti kita jumpa lagi ..

tak lupa juga .. terimakasih pada kawan2 forum yang semuanya sentiasa bermurah hati share pengalaman masing2
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 11:53 PM | Show all posts

Peringatan kepada jemaah haji: Tidak ada dam was-was
14/10/2011 1:04pm


MEKAH 14 Okt. - Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya melaksanakan ibadah haji serta umrah dengan penuh yakin dan tidak terikut-ikut dengan sebarang perbuatan meragukan yang mungkin dilakukan oleh jemaah haji dari negara lain.

Pengerusi Pakar Rujuk Tabung Haji, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, perbuatan yang dilakukan oleh jemaah negara lain itu mungkin mengikut Mahzab yang diikuti mereka, atau mungkin juga ia perbuatan khurafat.

Beliau berkata, lebih serius lagi pernah satu ketika dahulu beliau mendengar ada kes jemaah membayar ”dam was-was” kepada pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang.

"Tidak ada dam was-was, ia cuma sesuatu yang direka-reka oleh pihak tertentu,” katanya kepada kumpulan wartawan Tabung Haji di sini, Khamis.

Beliau berkata, apa yang penting ialah jemaah haji perlu yakin dengan kursus-kursus haji yang dijalani, dan bertanya kepada 37 pembimbing yang disediakan Tabung Haji sekiranya ada sebarang keraguan.

"Jika masih ada keraguan, boleh jumpa kami pakar rujuk,” kata Hassan yang juga merupakan Mufti Pulau Pinang.

Selain beliau, dua lagi pakar rujuk yang disediakan oleh Tabung Haji bagi musim haji kali ini ialah Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadot dan anggota penasihat Tabung Haji Ustazah Maznah Daud.

Pakar rujuk juga, katanya, akan mengadakan perjumpaan dengan semua pembimbing dari semasa ke semasa untuk mendapat maklum balas, memberi penerangan dan membuat penyelarasan berhubung soal haji serta umrah.

Beliau berkata, antara persoalan yang sering diutarakan oleh jemaah berhubung permasalahan haji ialah isu berkaitan haid, dan menurutnya beliau sedang bekerjasama dengan pihak Tabung Haji untuk menerbitkan buku panduan berhubung permasalahan itu untuk diedarkan kepada bakal-bakal haji. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 07:17 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua :-)

Baru lepas lunch dgn Ibu (Rosputih), Kak Frapamocha, Kak HasMK dan Ayah ...
mimi_19 Post at 14-10-2011 16:19

Waalaikumsalam Mimi,Seronok dapat berjumpa dgn teman2 forum. Drpd tak kenal, kita boleh menjalinkan hubungan yg mesra, mcm dah kenal lama. Sembang bukan sebarang sembang........ tapi sembang yg penuh dgn isian yg bermanafaat. Seronok dgr cerita dan pengalaman haji Mimi, Ayahjoe dan Kak Ros. Tips2 yg berguna akan akak ingat bila disana nanti.


Terima kasih juga kepada forummer2 yg lain yg telah berkongsi pengalaman dan tips. Bak orang kampong akak kata, "Sharing is Caring....."
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 07:22 AM | Show all posts
Tengah kemas bag saya dan suami...berdebar debar rasanya.......YA ALLAH..berikan la kekuatan hati, m ...
SANKURIANG Post at 14-10-2011 10:28


Assalamualaikum,Akak pon tiap2 hari kemas bag ...... awak pergi dgn TA mana? atau muasasah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 07:31 AM | Show all posts
selamat mengerjakan ibadah haji kpd rakan2 di sini yg akan menunaikan ibadah haji pd thn nih. moga s ...
balqishku Post at 14-10-2011 08:13


Amin, amin, amin......... Ya Rabbalalamin
Akak sentiasa menadah tangan meng-aminkan doa2 teman2 di sini dan juga yg diluar sana.  InsyaAllah, insyaAllah, insyaAllah.
Jazakallahu Khairan Kathira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2011 08:43 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua :-)

Baru lepas lunch dgn Ibu (Rosputih), Kak Frapamocha, Kak HasMK dan Ayah ...
mimi_19 Post at 14-10-2011 16:19


wsalam....wow bestnya...

sorrylah tak sempat nak cabut..meeting panjang sangat...

kalau tidak boleh join gathering...hehe..lama tak jumpa ibu..dekat 1 tahun rasanya...last jumpa masa kt rumah ayah joe last year ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2011 12:38 PM | Show all posts
Saya minta maaf tak dapat join lunch semalam. Saya ada taklimat dgn bekas anggota CIA hingga 12.45. Habis taklimat saya ke masjid terus. Saya check dgn Hussain... dia pun mesyuarat sampai 1.03.

Apa2 pun tip2 saya pun dah banyak saya tulis di sini. Diharapkan frap & Has dapat manafaat darinya. Semoga kalian semua pergi dengan selamat, dipermudahkan segala urusan dan kembali dengan haji mabrur.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 10:38 PM | Show all posts
Apa2 pun tip2 saya pun dah banyak saya tulis di sini. Diharapkan frap & Has dapat manafaat darinya. Semoga kalian semua pergi dengan selamat, dipermudahkan segala urusan dan kembali dengan haji mabrur.
ustaz Post at 15-10-2011 12:38

Terima kasih kpd semua yg ikhlas berkongsi ilmu dan pengalaman, kpd kami bakal2 tetamu Allah.Minggu depan saat ini, insyaallah akak dan suami akan berada di TH Kelana Jaya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2011 08:33 AM | Show all posts
PERHATIAN BAKAL JEMAAH HAJI....

Dimaklumkan kepada semua bakal jemaah haji agar membawa duit di tangan. (tak letak dalam tabung haji) kerana tabung haji sedang menghadapi sedikit masalah untuk pengeluaran. adalah dicadangkan langkah ini sebagai satu langkah persediaan dan berhati-hati. terima kasih. sila kongsikan kepada saudara, rakan-rakan dan jemaah yang bakal mengerjakan haji agar perjalanan haji mereka tidak terganggu dengan masalah kewangan. wallahualam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.149744 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list