|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #45 Happy New Year 2022~
[Copy link]
|
|
nk kuar mek, dorang dah panggil pi sarap
nanti kawe masuk balik
|
|
|
|
|
|
|
|
ni dabel jugak
+1
|
|
|
|
|
|
|
|
betul2 geram nih
|
|
|
|
|
|
|
|
kawe sudah pekene roti canai tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
okei mek
|
|
|
|
|
|
|
|
POPIAH SAYUR
Bahan-bahan,
kulit popia
Kobis
Carrot
Sengkuang
Taugeh
3 biji telur
3 ulas bwg putih.
Lada sulah ajishio
Maggi- Secukup rasa
Cara-
Hiris atau sagat sayuran diatas
Sediakan kuali,sedikit minyak.
Tumis bwg putih,masukkan telur yg telah dikocak bersama lada sulah,dan secukup rasa megi..masukkan sayur2an..goreng hingga layu dan kering.tunggu sejuk betul2 baru letak atas kulit popia dan balut..sapu kan sedikit tepung jagung yg telah di bancuh dgn sedikit air pada hujung kulit popiah,sebelum di gulung kemas.pastikan inti kering dan tidak basah.untuk mengekalkan kerangupan popiah,kemudian boleh lah di goreng dgn api sederhana.
RESEPI SOS
Bhn-
2 biji cili merah besar*
10 biji cili merah cili api*
1 biji besar bawang*
3 ulas bawang putih*
1 senduk sos cili
gula,garam,perasa tambahan(aji)
cuka@limau kasturi
1 sudu tepung jagung
Air
Cara-
Kisar semua bhn bertanda*
sediakan periuk.
masukkan bhn yg telah di kisar halus tadi ke dlm periuk.masukkan air dlm 2 cwn
hidupkan api dan masak dgn api perlahan.
tmbh gula,garam,aji.masukkan sos cili
masukkan cuka atau pun perahan limau kasturi.masukkan sos cili berserta tepung jagung.
renehkan sampai berwap.
sos mesti ada rasa manis,pedas.
sejukkan dan boleh simpan dlm bekas.dan simpan sejuk
|
|
|
|
|
|
|
|
SERIMUKA PANDAN
Bahagian bawah..
1. 3 cawan pulut
2. 2 cawan santan
3. Secubit garam
(Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dlm talam selama 25minit) then angkat penyek2 bg padat.
Bahagian atas..(tepung)
1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 cawan santan
3. 1 cawan gula pasir
4. Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan) bersama setitis dua pewarna hijau epal.
5. 1 sudu besar tepung jagung
6. 2 biji telur
7. Secubit garam
Masukkn semua bahan2, kisar hingga adunan halus..kemudian tapis dan masukkn kedlm pulut yg telah dpadatkan..kukus 30 minit..siap, boleh guna cawan apa2 jenis, asalkn sukatan guna cawan yg sama..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambal Nasi Lemak Sedap
=====================
-3genggam cili kering potong cuci bersih dan rebus hingga lembut
-3biji bawang besar
-7ulas bawang merah
-belacan sikit je
*kisar cili kering,bawang besar,bawang merah dan belacan bersama sedikit air
*1keping asam keping@sedikit asam jawa
*gula(nak guna gula melaka pun boleh lagi sedap)
*garam secukup rasa
*minyak untuk menumis
*tumis bahan kisar hingga betul2 garing
*kalau pekat sangat boleh tambah air sikit
*masukkan asam keping masak@reneh lagi hingga pecah minyak
*perasakan gula garam,ikan bilis nina masukkan sikit je dalam sambal tu
Nasi Lemak Kukus
-beras(cuci bersih)
-santan(sukatan santan ni sama dengan paras beras)
*santan tu campur air sikit taknak bagi nasi berat@muak sangat)
-2helai daun pandan
-1sudu kecil garam
-2sudu besar minyak masak
-3,4ulas bawang merah
-1inci halia
*nak buat nasi lemak pandan boleh kisar 3,4helai daun pandan dan tapis
*panaskan kukusan
*satukan semua bahan dalam bekas tahan panas(nina guna loyang)
*kukus nasi hingga masak
-nasi cantik berderai,tak berkerak dan lambat basi
*taknak kukus boleh tanak@masak macam biasa je
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedap guna shiitake mushroom yang kering tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
BUBUR JAGUNG LEMAK MANIS
Bahan-bahan:
1)Jagung
2)Air
3)Santan (kakwani guna santan segar 500ml)
4)Nisan 3 keping
5)Sedikit garam
6)3 sb susu pekat
Cara-cara:
First step buang kulit jagung, basuh, & hiris macam ni. Hiris agak2 jangan tebal sangat jangan halus sangat.
Masukkan hirisan jagung tadi dalam periuk & air tinggi dari paras jagung.
Ambil lebih kurang 2 senduk jagung dan sedikit air. Kisar sampai hancur. Tujuan dia kita nak bagi kuah tu ada rasa jagung jugak.
Lepas tu tuang dalam periuk tadi.
Dan rebuslah semua nya sampai jagung empuk. Anggaran dalam 15 minit.
Bila jagung dah empuk, masukkan santan, nisan dan garam sedikit.
Masukkan juga 3 subu besar susu pekat. Kacau sedikit.
Untuk sagu, rebus air sampai gelegak lepastu baru masukkan sagu. Air lebih sikit takpe senang sagu nak kembang. Kacau sikit2 jangan kerap sangat.
Ni tanda sagu dah masak elok. Biji putih dia hilang. Selagi ada biji putih maksudnya tak masak lagi.
Tapis dan lalukan dengan air paip macam ni.
Sejatkan. Kemudian masukkan dalam bubur jagung tadi dan kacaukan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apam kampung
500 gram tepung gandum
1 paket mauripan
1 cawan gula pasir(jgn penuh)
3 1/2 cawan air suam
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Kelapa parut(ambil yg putih)
Cara
Panaskan kukusan
Bancuh semua bahan hingga rata
Tapis adunan terus kedlm loyang dan biarkan adunan naik lebih kurang antara 20-30 minit
Kemudian kukus selama 30-40 minit
Biarkan betul2 sejuk,potong dan hidang dgn kelapa parut
|
|
|
|
|
|
|
|
Mee goreng ala kodai mamak
Bahan2:
1 bungkus mee kuning
3sb cilikering blend ( yg da blend dgn bwg merah)
3 ulas bwg putih ketuk
Hirisan cucur udang/bwg @ cucur sayur (ikut lah nk byak mana)
4sb kicap manis
2sb sos tiram
2sb cili sos
1sk kicap pekat
Sedikit tauge
Sedikit daun kucai
2 biji telur ayam
Minyak unk mengoreng
Cara2nya:
Panaskan minyak masak
Tumiskan cili blend , masukkan bwg putih..
Goreng sampai garing
Masukkn segala sos dan kicap..
Masukkn mee dan cucur ( kueh )
Gaul sebati...
Tolak mee ketepi..masukkn telur..
Pecah2kn telur tu...baru gaul dgn mee
Last masukkn tauge dan kucai..
Gaul serata..rasakan lah garamnya..
Uwan tk letak dah garam...
Kalau kuat masin..tambahlah maggi cukup rasa sikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
matt tak minat pun chef2 ni
dulu kadang2 jer tengok master chef
tapi ada lah tahu mana2 chef celebriti tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerabu Selom & Ulam Raja Sedap
Bahan2
Setengah cekak daun selom ~ cuci bersih & hiris halus
Setengah cekak ulam raja ~ cuci bersih & hiris halus
1 biji bawang besar ~ dimayang
1 biji limau nipis ambil jus
garam, gula & serbuk perasa secukupnya
1 cawan (atau lebih) kelapa parut putih
Bahan ditumbuk halus
Sejemput ikan bilis ~ buang kotoran & tulang lalu direndam
1 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci belacan
Cara menyediakan
1. Setelah lumat bahan2 tumbuk di atas, campurkan dengan kelapa parut & tumbuk lagi separa lumat.
2. Campurkan kesemua bahan yang dihiris ke dalam bekas. Campurkan dengan bahan2 tumbuk tadi. Perahkan jus limau nipis & perasakan dengan garam, gula & serbuk perasa secukupnya. Gaul mesra. Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
KARI AYAM & UBI KENTANG
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam anggaran 1.8 kg - bersihkan dan dipotong
5 sudu besar serbuk kari ayam cap Adabi
2 cawan santan pekat
5 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 inci kayu manis
4 biji buah pelaga
5 cawan santan cair
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar cili kisar
4-5 biji ubi kentang
Garam secukup rasa
Boleh ditambah santan jika tak cukup dan boleh dikurangkan atau tambah bahan-bahan ikut pada selera sendiri .
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan ayam dan ke tepikan dulu . Bersih dan kupas semua kulit ubi kentang kemudian ubi di potong 4 . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan yg ditumbuk bersama bunga lawang/bunga cengkih/kulit kayu manis/buah pelaga , biar sampai semua bahan masak wangi . Kacau semua bahan-bahan .
- Masukkan cili kisar dan biar sampai cili masak kemudian masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai rempah masak dan pecah minyak.
2. Masukkan semua ubi kentang dgn santan ke dalam periuk , pastikan santan cair menutupi ubi kentang . Biarkan sampai kuah mendidih dan ubi kentang separuh empuk , masukkan semua ayam dan gaul semua bahan bagi sekata . Masukkan garam secukup rasa bersama kerisik . Masukkan santan pekat secukupnya
- Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah santan cair . Biarkan kuah mendidih dan sampai ayam masak , boleh la ditutup api dapur .
|
|
|
|
|
|
|
|
acik suka yee mee eh? sha suka kueyteow, slalu mkn kueyteow sizzling je.
|
|
|
|
|
|
|
|
chef mana yg matt kenal? selain cep one, cep ismail?
masterchef matt minat eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
KARI UDANG DGN NENAS
BAHAN-BAHAN :
500gm udang kertas saiz besar
1 biji nenas saiz sederhana - dibersih dan dipotong kecil
2 cawan pati santan- boleh tambah
1 cawan santan cair
1 peket rempah kari udang - cap Adabi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang kayu manis - 2 cm
2 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
1 tangkai daun kari
1 sudu besar kerisik
Garam dan air asam jawa secukup rasa
CARA MEMASAK :
1) Bersihkan udang dan buah nenas kemudian kupas semua bawang , halia dan dimayang halus . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dan tumis semua bawang bersama kayu manis, daun kari , bunga lawang dan cengkih sehingga terbit bau wangi .
2) Bancuhkan rempah kari dengan sedikit air di dalam mangkuk . Bila bawang sudah layu , masukkan rempah kari dan terus dikacau sehingga rempah kari masak dan terbit minyak. Jika rempah nampak kering boleh ditambah sedikit minyak masak .
3) Kemudian masukkan semua santan dan kacau supaya semua bahan mesra dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan air asam jawa secukup rasa , kerisi secukupnya , semua buah nenas dan kacau . Bila nenas dah nampak layu serta masak boleh dimasukkan semua udang dan terus kacau . Masukkan garam / gula secukup rasa dan biarkan udang masak baru la ditutup api dapur . Jangan masak terlalu lama nanti udang terover masak serta menjadi liat .
|
|
|
|
|
|
|
|
yup. memang mintak yee mee. Lagi satu Wonton mee, Mee kicap. Lama pulak tak pekena mee kicap kat Tapah tu. Selalu balik Utara mesti singgah RNR Tapah sebab nak makan mee kicap.
|
|
|
|
|
|
|
|
x pernah try wonton mee...mee kicap tu rasa apa?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|