CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 20

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2020 10:10 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-10-2020 08:55 AM
Ha ah.. bila awang itam, iols pun pikir kekasih gelap org melayu.. ni sumer gara2 misi shadden spi ...

Ada berita gak ni...nanti tepek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 10:16 AM | Show all posts
keypochino replied at 21-10-2020 11:32 PM
Haha nnt bergasak pulak puak2 sana..

Bod sinun-

10 Lagi Artis Akan Dipanggil SPRM Berhubung Urusan Wang Haram
October 21st, 2020

Bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kumpulan cuci duit haram dan perjudian dalam talian, seramai 10 artis dan selebriti lagi akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Memetik laporan Harian Metro, semua artis terbabit akan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.


“Mereka termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga pengacara dan pelakon terkenal. Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan penipuan Macau Scam dan judi dalam talian.”


Dedahnya lagi, semalam SPRM memanggil sembilan lagi individu termasuk dua lelaki yang juga Instafamous selepas hampir dua minggu tempoh diberikan untuk mereka tampil secara sukarela.


“Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama. Ada yang hadir di pejabat SPRM, ada yang diambil keterangan di luar.”

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menyeru mana-mana selebriti dan ahli perniagaan yang pernah terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.

Hal ini demikian kerana, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.

Sumber: Harian Metro

Dari Beautifulnara
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:10 AM | Show all posts
Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak direman tujuh hari
Afiezy Azaman
Oktober 22, 2020 10:23 MYT

KUALA LUMPUR: Lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes pencemaran air Sungai Gong, Rawang direman tujuh hari bermula hari ini hingga 28 Oktober.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata permohonan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Selayang Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.
Katanya, kesemua suspek diwakili oleh dua peguam.
Terdahulu, Air Selangor mengesan bau kurang menyenangkan pada sumber air mentah di Sungai Selangor.
Ekoran itu Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas apabila kadar bau dikesan pada paras 3 TON.

Hasil siasatan awal mendapati bau yang dikesan berakhir di alur air Sungai Gong, Rawang yang disyaki bermula dari sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan.
Sehubungan itu, polis menahan lelaki berumur 62 tahun serta anaknya 31 tahun iaitu pengarah syarikat di Rawang.

Polis turut menahan enam pekerja, iaitu dua warga tempatan dan empat lelaki warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.
Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:25 AM | Show all posts
missyL replied at 22-10-2020 06:00 AM
I rase more to xnk disclose rmh die...
Privacy tu.. Maybe renovation kt certain space.

Jumpa link nonton The House Tin E...

https://rancangan.gempak.com/the-house
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:32 AM | Show all posts
Leonclay replied at 20-10-2020 01:31 PM
Laki kwn dia upah bangla cantas pokok mangga melaka delight bininye.. terus mati pokok tu.. meroya ...

sayangnya...baru terbaca post ni...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


YDH Dato’ KP NS,
YDH Tuan Timb. KP NS,
YDH Tuan KJ / KPD NS.


*Maklumat awal kes Covid-19 Sekolah Tinggi As-Sofa*


*Tarikh*: 21 Oktober 2020 (Selasa)
*Masa*: 1800hrs
*Tempat*: Sekolah Tinggi As-Sofa Jalan Bunga Tanjung 1/1 Senawang Industri Park


*Ringkasan Kejadian*:


1. Pada 20 Oktober 2020 telah terkesan seorang pelajar lelaki Sekolah Tinggi As-Sofa positif Covid-19 dan hasil daripada itu pihak PKD telah kuarantin Sekolah tersebut.   


2. Pada 20 Oktober 2020 pihak PKD telah membuat saringan terhadap *84 pelajar* yang mempunyai  kontak rapat terhadap pelajar tersebut. Daripada saringan seramai *33 pelajar* didapati *positif Covid-19*.   


3. Pada 21 Oktober 2020 dengan kes positif sebanyak 33 pelajar pihak PKD memohon pihak IPD Seremban untuk membuat kawalan di hadapan pintu masuk Sekolah tersebut. Pos kawalan sementara telah dibuka dihadapan pintu masuk Sekolah tersebut bagi mengawal daripada pelajar, staf dan orang awam keluar dan masuk daripada Sekolah As-sofa.  


4. Pada 21 Oktober 2020 pihak PKD membuat saringan terhadap baki seramai 75 pelajar dan keputusan masih belum diperolehi.


5. Ke semua 33 pelajar yang positif dan 14 pelajar yang mempunyai symptom Covid-19 akan dihantar ke Hospital Rembau malam ini juga.


6. Pihak PKD telah dapat mengesan dimana terdapat pelajar yang telah lepas dan tidak balik ke asrama As-Sofa, dimana saringan Covid-19 tidak diambil.(Jumlah pelajar tidak didedahkan). Pihak PKD memohon bantuan IPD Seremban untuk tujuan eskot bagi mengambil pelajar-pelajar tersebut pada malam ini juga. Bantuan sebanyak 3 kenderaan MPV telah diarahkan bagi membantu pihak PKD.


7. Pihak PKD akan mengosongkan Sekolah As-Sofa, dimana selain daripada pelajar yang dihantar ke Hospital Rembau akan dihantar pusat kuarantin di Enstek Nilai. Proses ini dijangka akan selesai pada esok 22 Oktober 2020.


Untuk makluman YDH Dato’. Terima Kasih.


*KPD Seremban*

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 11:58 AM | Show all posts
missyL replied at 22-10-2020 07:00 AM
I rase more to xnk disclose rmh die...
Privacy tu.. Maybe renovation kt certain space.

kan.. i pun thinking the same.. ok la.. utk her privacy.. better to keep that way.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2020 11:59 AM | Show all posts

ooyeke.. dlu suka pantun 2 kerat, 4 kerat, sambung ayat.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:04 PM | Show all posts
adila39 replied at 22-10-2020 08:19 AM
Alhamdulillah.... tapi ni kena balas balik... hahahah dia baru delivery baby girl... apa nak bagi  ...

ada byk je hamper yg bentuk cake tp made of diapers & baby stuff.. or u can give rompers to her baby, msia panas so babies mmg senang kalau pakai rompers je.. or u can give baby playmat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 22-10-2020 10:59 AM
ooyeke.. dlu suka pantun 2 kerat, 4 kerat, sambung ayat.. haha

Oh.  Sekrg ni rajin buat kat bod Pantai Barat tu...hari ni bod Luar Negara...kdg bod Pantal Timur...nantuk ni...zzz
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:05 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-10-2020 08:31 AM
Ni kari ayam, ikan masin, sayur tumis dan sambal belacan

scroll laju2 sbb hrni puasa... in shaa Allah hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:06 PM | Show all posts
seribulan replied at 22-10-2020 10:16 AM
Bod sinun-

10 Lagi Artis Akan Dipanggil SPRM Berhubung Urusan Wang Haram

kalau suspect utama lepas, mcmana nk charge yg lain2.. entah la.. mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:09 PM | Show all posts
Kak-Leen replied at 22-10-2020 01:44 AM
Husband akak kenal Maggi juga. Pilihan dia perasa kari pedas tu.
Hihihihi

haha ure funny kak leen.. my husb bff dgn maggi tomyam..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 22-10-2020 12:04 PM
ada byk je hamper yg bentuk cake tp made of diapers & baby stuff.. or u can give rompers to her ba ...

ehhh delivery baby pulak.. hahaha mcm courier... ha tu la kan... ok gak... xsempat belek ig... nnt nak survey.. tq babe
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:44 PM | Show all posts
keypochino replied at 22-10-2020 11:05 AM
scroll laju2 sbb hrni puasa... in shaa Allah hahaha

won't mention food...then...ni balik lepak rumah moh tido...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 12:45 PM | Show all posts
keypochino replied at 22-10-2020 11:06 AM
kalau suspect utama lepas, mcmana nk charge yg lain2.. entah la.. mcm2

Biasa le bilis yg naye...jerung berenang bebas
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 01:21 PM | Show all posts
Kami dgn kesal? Direct translation- we deeply regret?

Pihak pengurusan pusat beli-belah Central i-City, Shah Alam, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seorang pekerja penyewa mereka didapati positif Covid-19, semalam.

” Kami dengan kesal memaklumkan bahawa seorang pekerja penyewa kami, SOGO Department Store telah disahkan positif Covid19 — berita malang itu disahkan pada jam 3.19 petang (21 Oktober 2020),” katanya.

Oleh itu, pihak pengurusan telah menutup cawangan SOGO di dalam pusat membeli-belah bagi menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi di kawasan yang terjejas.

SOGO hanya akan dibuka semula sehingga ke satu tarikh lain yang akan diberitahu.

Tambah pihak pengurusan, bermula hari ini (22 Oktober 2020), 10.00 pagi – 10.00 malam, Central i-City akan dibuka untuk perniagaan seperti biasa kecuali diberitahu sebaliknya oleh KKM atau NSC.
Makluman awam Covid-19

1. Central i-City ingin mengulangi bahawa keselamatan adalah yang terpenting bagi kami, dan kami komited untuk menyediakan persekitaran runcit yang selamat dan bersih untuk semua pelanggan, vendor, pembekal dan penyewa kami dengan menggunakan standard prosedur keselamatan tertinggi yang sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (NSC).

2. Kami berasa kesal kerana memaklumkan bahawa seorang pekerja penyewa kami, SOGO Department Store telah diuji positif Covid19 — berita malang itu disahkan hari ini pada jam 3.19 petang (21 Oktober 2020).

3. Pekerja tersebut dilaporkan tidak bekerja sejak 16 Oktober 2020 dan kini dirawat di hospital kerajaan.

4. SOGO akan ditutup mulai jam 4.30 petang hari ini untuk kerja pembersihan dan pembersihan yang mendalam. Seperti yang diberitahu oleh pasukan pengurusan mereka, semua staf mereka akan menjalani ujian swab.

5. Untuk jaminan kesihatan dan keselamatan, SOGO akan ditutup buat sementara waktu dan kami akan menasihatkan perniagaan mereka disambung semula pada waktunya.

6. Sebagai tindak balas segera, kami akan menutup pusat beli-belah pada pada jam 8.00 malam dan akan mengaktifkan prosedur pembersihan dan pembersihan dengan segera malam ini (21 Oktober 2020) di kawasan yang terjejas dan sekitarnya, serta seluruh pusat membeli-belah, termasuk laluan pejalan kaki, lif, pegangan tangan eskalator, tandas dan tempat letak kereta, sesuai dengan garis panduan yang ditetapkan oleh KKM dan NSC.

7. Central i-City akan dibuka untuk perniagaan seperti biasa esok (22 Oktober 2020), 10.00 pagi – 10.00 malam, kecuali diberitahu sebaliknya oleh KKM atau NSC.

Sumber: FB Central i-City
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2020 01:26 PM | Show all posts
mrsjones replied at 21-10-2020 11:18 PM
tak kot sbb vet ada ckp kucing ada coronavirus diaorg sendiri n kalau dpt, mmg hidup x lama..

Menarik ni


Percutian di lapangan terbang
MyMetroSantai


BERSAMA pegawai AFRS yang mesra dengan kanak-kanak.

Amirah Razali
[email protected]

KEBIASAANNYA, lapangan terbang menjadi lokasi tumpuan ramai untuk menggunakan perkhidmatan kapal terbang sama ada destinasi dalam mahupun luar negara.

Bagaimanapun, tahukah anda, lapangan terbang boleh menjadi destinasi percutian menarik untuk keluarga?

Menerusi program Airport Staycation di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), anda berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga di sana.

Program anjuran Malaysia Airports Holdings Berhad dengan kerjasama Sama-Sama Hotel KLIA ini hanya terhad kepada 20 keluarga pada setiap sesi yang hanya dibuka pada hari tertentu sahaja.

Pada 26 September lalu (sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), penulis bersama dua anak masing-masing berusia 7 dan 9 tahun buat pertama kali berpeluang menyertai program ini.

Menerusi program Airport Staycation ini, kami berkesempatan membuat lawatan eksklusif ke Perkhidmatan Bomba Dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS).

Harga pakej Airport Staycation ini adalah RM440 untuk keluarga bersama dua anak berusia bawah 11 tahun membabitkan program selama dua hari satu malam.

Bagaimanapun, bayi tidak dibenarkan ke AFRS atas sebab keselamatan. Oleh itu, suami terpaksa berkorban menjaga seorang lagi anak berusia tiga tahun di hotel sementara saya menemani dua lagi anak kami.

Kami sepatutnya mendaftar masuk ke hotel jam 2 petang kerana perlu sertai lawatan ke AFRS 2.45 petang.


TERUJA bergambar dengan trak AFRS KLIA.

Pada pagi itu, kami baru saja balik dari bercuti di Pulau Tioman. Alhamdulillah kami selamat tiba di hotel 2.30 petang dan ketika itu, bas sudah sedia menunggu peserta Airport Staycation.

Alhamdulillah, rupanya masih ada peserta yang belum tiba, jadi kami sempat bersiap sebentar. Ada kod pakaian yang perlu dipatuhi iaitu seluar panjang, baju-T, kasut serta memakai jaket keselamatan yang diberikan.

Pada 2.45 petang, kami menaiki bas yang disediakan untuk ke AFRS.

Untuk ke AFRS, kami perlu turun dari bas dan menjalani pemeriksaan keselamatan dan suhu badan serta dipakaikan tag berwarna merah jambu di pergelangan tangan. Selepas itu kami masuk semula ke dalam bas untuk ke AFRS.

Sebaik tiba di AFRS, kami disajikan pertunjukan 'Selamat Datang' daripada anggota bomba dan kami diberikan taklimat oleh Pegawai AFRS KLIA.

Di sini, kami juga berpeluang melihat demonstrasi trak bomba airport menyimbah air untuk memadamkan kebakaran di lapangan terbang. Biarpun berada jauh, kami boleh rasakan percikan air daripada semburan air itu.


BERPELUANG melawat AFRS secara eksklusif.

Kemudiannya kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk merasai sendiri pengalaman menjadi anggota bomba & penyelamat AFRS di empat stesen yang disediakan iaitu 'Donning Fire Suit' (berpeluang gayakan uniform dan peralatan bomba), Fire Truck Joy Ride (naik trak bomba dan dibawa di sekitar stesen, Fire Extinguisher Training (diajar menggunakan pemadam api) dan Fire Escape (jalani simulasi menyelamatkan diri dari bangunan yang terbakar).

Penulis dan anak cukup gembira dan teruja dengan aktiviti yang dijalankan di semua stesen. Kami kemudian kami dibawa pulang ke hotel untuk berehat dan melakukan aktiviti bebas.

Pada keesokan hari, kami mengikuti program Little Chef Cilik di hotel. Dua anak cukup teruja apabila memakai apron dan topi cef.

Terdahulu, Cef Ahmad Tarmizi menunjukkan demonstrasi mendekorasi kek yang disediakan. Selepas itu semua kanak-kanak berpeluang menghias kek mereka menggunakan kreativiti sendiri.

Selepas selesai menghias kek, pihak hotel membenarkan semua peserta membawa pulang kek yang dihias, apron dan topi cef.

Sijil penyertaan juga diberikan kepada semua peserta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 22-10-2020 12:30 AM
Haha tp Maggie is not the selling point. But who knows kan

kalau the house - abang saufi clan mungkin ok kot.. sorang pesen designer, sorang bff travel tin e
ada lg ke adik beradik abg saufi yg femes?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 22-10-2020 01:44 AM
Husband akak kenal Maggi juga. Pilihan dia perasa kari pedas tu.
Hihihihi

sedap sgt tu, tp kalau tekak loya2 yg asam laksa punya sedap
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 22-10-2020 08:19 AM
Alhamdulillah.... tapi ni kena balas balik... hahahah dia baru delivery baby girl... apa nak bagi  ...


bagi dia stgh utk diri dia..
or belikan dia weekly makanan pantang delivery..
mesti dia suka sbb x yah susah2 pikir apa nk masak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.416469 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list