CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XI, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 2-4-2012 10:47 AM | Show all posts
As Salam.

Nak cerita pasal pengalaman umrah akak ............................

Walaupun pada akak umrah kali nie sama seperti musim haji
atau umrah bulan ramadhan pada akaklah..........................................
tapi to my untie/cousin yg baru first time biasa aje....dulu pergi umrah
jemaah tidaklah terlalu ramai nak solat boleh pilih2 tempat tanpa ada
yang ganggu. Masuk Hijir Ismail cium Hajarul Aswad, solat di syarzawan
mmg sangat mudah tanpa bersesak2 dan menyakiti org lain. Berbeza dgn
waktu sekarang.

Umrah kali nie my untie/cousin ikut sekali kira Akak di amanahkan
untuk menjaga mereka yg baru first time pegi. Mmg akak berdoa
supaya Allah beri kesihatan yg baik utk menjaga mereka. Alhamdulillah
Allah makbulkan doa akak. Cuma buku lali kaki akak bengkak sebab banyak
berjalan...,dan demam selsema manje2 gitu masa nak berangkat ke
Madinah. Makan panadol dan ubat sakit kaki dah okay balik.
Otw balik KL dlm kapalterbang baru rasa x sihat, mybe ramai yang demam
dan batuk2 dlm kapalterbang. Sekarang nie Alhamdulillah dah okay.

Kepada jemaah umrah yg akan berangkat dlm masa terdekat
nia akak nasihatkan kalau boleh elakkan masuk/keluar pintu yang
sesak sprt pintu 1 King Fadh. Akak suka masuk ikut pintu babul
Umrah pintu 62 kalau tak silap dan keluar ikut pintu 74/78. Mmg
agak jauh tapi selesa tak bersesak2.

Tapi ini hanya cadangan pada jemaah yg tinggal di hotel berdekatan
hilton saja ye....kerana ada hadangan/sekatan di sebelah pintu babul
umrah dan x boleh nak shortcut bagi jemaah yg tinggal area marwah.

Satu kejadian lucu yg akak alami ialah, pada malam jumaat selepas
solat Isyak akak keluar agak lewat lebih 1/2 jam. Tersilap pintu
terikut keluar pintu king fadh. Apa lagi!!!!. Walaupun keluar lewat
tapi masih ramai jemaah lagi. Masa keluar pintu tu dah
terlampau ramai orang sampaikan akak dan my untie tak boleh jalan
hanya ikut arus tolakkan..... hingga sampai ke tangga eskelator turun
ke stesen bas. Ape lagi kami gelak sampai keluar airmata.....

Walaupun jemaah terlalu ramai Alhamdulillah syukor kehadrat Allah s.w.t
akak dapat tunaikan amanah orang dgn sebaik mungkin. Allah permudahkan
semua hajat2 kami. Solat di Hijir Ismail, Syarzarwan dan solat fardu di
dataran kaabah bagi saf utk wanita. Cuma akak tak dapat bawa untie cium
Hajarul Aswad sebab my untie ada masalah kesihatan dan tak mau
bersesak2 dgn ramai orang. Lagipun itu hanya sunat bagi kaum wanita
Adalah lebih baik kalau kita tidak bertolak2 dan menyakiti orang ramai.
Nak cari pahala dapat dosa pulak. To me baru first time umrah x dapat
cium hajrul aswad. Pernah lepas solat fardhu my untie pitam 2x,  masa
tu akak betul2 panik. Takut pun ada risau pun ada sebab dia ada
masaalah saluran injap di paru2 dan memakai injap palsu. Alhamdulillah
berkat Tanah Haram semuanya selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 02:56 PM | Show all posts
Ustaz ada bagitau nak gi lah ..... kat rumah kak ros ari tu.
Hanya tak bagitau tarikh bila. M ...
transporter Post at 2-4-2012 09:48

Yer bertul...bukan saya balik awal, Ustaz yg balik awal.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 03:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by ustaz at 2-4-2012 15:25

Salam... maaf buat rakan2 kerana tidak memberi tahu tarikh pemergian saya kali ini. Hanya HUSSAINTAHIR sorang je tahu bila saya pergi.

Kali ni saya pergi membawa rombongan seramai 15 orang yg terdiri daripada saudara-mara dan sahabat handai. Ramai yg pergi buat umrah pertama kali, jadinya saya nak pastikan mereka buat yg terbaik.

Kami merupakan jemaah pertama yg pergi umrah naik Air Asia X. Semasa boarding, Azran Osman Rani, CEO Air Asia X menyambut kami dalam pesawat. Sebelum pergi kami tertanya... stewardess dia pakai skirt pendek ke? Mereka pakai seluar panjang, lengan panjang dan bertudung... Alhamdulillah.

Kami turun di Jeddah dan masuk Mekah terus. Kami pakai ihram di LCCT dan bermiqat di Qarnul Manazil, 1.5jam sebelum mendarat. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Kami tinggal di Hotel Al Massa... betul2 sebelah Istana. Dari tingkap bilik kami jelas nampak Masjidilharam dan juga disebalik tembok2 tinggi Istana. Alhamdulillah, bukan saja lokasinya dekat sangat dengan masjid, malah biliknya cantik sangat2. Terbaik jika dibandingkan dengan hotel2 umrah & haji saya dahulu. Alhamdulillah... syukur sangat2. Cumanya hotel ni ramai Indon. Jadi, hari2 saya terpaksa cakap dlm bahasa Jawa Tepi... sampaikan diorang pun ingat saya Indon.

Suasana berjerebu sangat2 ketika sampai. Tak pernah saya lihat keadaan berjerebu sedemikian. Saya bawa rombongan saya yg pertama kali ke sana selepas Isyak. Saya bawa mereka terus ke dataran Kaabah untuk berdoa. Itulah pertama kali mereka melihat Kaabah dan keadaan menjadi sayu sangat2. Doa apabila melihat Kaabah buat pertama kalinya adalah antara doa2 termakbul. Disamping itu jugak saya juga selitkan kata2 hikmah dan nasihat agar jadikan umrah ini, pengalaman paling istimewa.

Alhamdulillah, perjalanan kami semuanya lancar... tanpa sebarang dugaan. Syukur sangat2. Lepas ni kalau ada rezeki boleh buat acara tahunan atau selang setahun. Masih ramai lagi saudara mara & sahabat handai yg belum ke sana lagi, insyaAllah dengan mengelolakan cara sebegini akan dpt membuka hati mereka. Apa2 pun saya tumpang gembira melihat raut wajah mereka ketika pulang hari tu. Puas, gembira, semua ada. Saya tumpang gembira kerana dapat menjadikan pengalaman pertama mereka istimewa. Masing2 dengan cerita dan pengalaman masing2. Saya beritahu mereka, ceritalah pengalaman masing2 ke orang lain pula, dan kalau ada rezeki... bawalah orang lain pula nanti. Kira macam MLM pulak.    Cuma ganjarannya adalah pahala yg melimpah ruah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 03:44 PM | Show all posts
Untuk coretan Ustaz di atas :

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 04:00 PM | Show all posts
Salam... maaf buat rakan2 kerana tidak memberi tahu tarikh pemergian saya kali ini. Hanya HUSSAINTAH ...
ustaz Post at 2-4-2012 15:06

ustaz.. jerebu tu sebab ribut pasir ke?.. ada sedara yg nk berlepas ke sana last week, menunggu di airport lama sbb flight delay...
flight dari arab tak sampai2 sebab ribut pasir.. mudah2an cuaca ok next week...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 04:38 PM | Show all posts
Reply 1644# ustaz

Tersentuh membaca catatan ustaz...
Perasaan dan kepuasan yang tidak dapat dijualbeli....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2012 07:30 PM | Show all posts
Reply 1642# jellybee


    seronoknya bace pengalaman jellybee
Takpe laa x dpt cium hajarulaswad, kite istilam dari jauh ajerlah..
flying kiss omputeh kata...

rindunye dgn alharam...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 09:51 PM | Show all posts
Reply 1646# msvbnet

Ya betul, keadaan airport Jeddah memang sangat berjerebu ketika kami mendarat. Ribut pasir mula reda masa tu.

Keadaan di Mekah pun berjerebu masa tu, beberapa hari jugaklah keadaan sedemikian.

Tapi keadaan sedemikian pun saya tak pakai topeng, tapi kena minum air zam2 banyak2 sambil berdoa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 10:02 PM | Show all posts
Cuma kali ini saya sedikit sedih kerana tidak dapat mendengar bacaan Imam Maher & Imam Abdurrahman As Sudais. Kali ini diketengahkan ramai imam2 yg saya tidak kenali.

Ramai jugak diketengahkan muazzin2 yang baru. Tapi yang lebih penting laungan azan dari Sheikh Ali Ahmad Mullah tetap kedengaran.

Sheikh Ali Ahmad Mullah di Masjid Bukit Puchong. Saya ada beberapa saf belakang Sheikh masa ni.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 10:02 PM | Show all posts
Selepas beribadah, nak lah cari cenderehati utk org dan diri sendiri kan? Bagi kaum wanita, sekurang2 nak juga beli 1 ke 2 jubah kan? So .... di Madinah kat mana nak cari ?


Ini name card kedai jubah tu.

  

Ini location kedai tersebut. Ia berada di Al Namiah Center, satu bangunan dengan Bahauddin Madinah Hotel dan Mubarak Madinah Hotel berhadapan dengan Al Fayroz Shatta Hotel.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 10:15 PM | Show all posts
Entrance dari depan Fayroz Shattar.                     Masuk dan jalan terus ke center court. Beluk
                                                                           kiri atau kanan turun tangga ke basement.
                                                                           (Tangga agak terselindung).

         
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 10:24 PM | Show all posts
Apabila turun ke basement, jalan arah jam                     Ini kedai jubah utk lekaki.
pukul 12 dari pintu masuk ground floor tadi.                  (Utk kanak2 & dewasa)

   

      Lot sebelah ini, jubah utk wanita.
        (Utk kanak2 & dewasa)

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 10:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by ustaz at 2-4-2012 22:37

Reply 1653# transporter

Gambar bawah tu yang bersongkok tinggi tu lah yang pernah tinggal lama di Subang Jaya. Fasih betul bahasa melayu dia.

Nak kenal kedai dia senang je. Kedai dia je yg ada Selamat Datang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 10:35 PM | Show all posts


Ini adalah pengusaha kedai berkenaan, Haji Rashid. Beliau adalah warga Myanmar yang telah menetap di Subang Jaya selama 16 tahun sebelum berhijrah ke Madinah 7 tahun yang lalu. Fasih bercakap bahasa Melayu. Beliau akan syorkan anda survey harga dulu dan compare harga beliau. Tapi make sure compare 'apple-to-apple', i.e. corak, material, dll. Boleh membayar dgn SR atau MYR. Beliau juga boleh membantu jika kita perlu perkhidmatan taksi/van ke pasar tamar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 10:38 PM | Show all posts
Betul tu... kalau boleh borong terus dengan Hj Rashid. Pasal peniaga lain agak cekik jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 11:12 PM | Show all posts
Saya nak war-war kan kedai Hj Rashid kerana wife cakap harga dia amat-amat berpatutan. Lagi pun layanan beliau sungguh mesra dan baik. Dapat minum teh free lagi. Yang best, hotel kami atas komplek ni, so bila wife cuba jubah kat bilik dan didapati gelobosh, turun dan tukar aje. Mana boleh dapat service macam ni ..... kat Mesia pun susah lah.

Jika Hj Rashid tanya mana tau kedai dia, beritahu Hj Za**** dari Sunway yang anak sekolah di SS14 Subang Jaya. Mungkin dia ingat saya lagi kut. (Saya tak dapat apa-apa comission ye!)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 11:47 PM | Show all posts
Assalamualaikum!!!

Saya dah selamat kembali ke tanah air ptg tadi! Seronok sangat! Esok nnt post lg. Penat  tak hilang lagi!

Alhamdulillah! Lancar semua urusan di sana!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 11:53 PM | Show all posts
masa duk kat mekah tgk kereta pak2 arab ni mewah2 blaka. tp yg klakonya kete mewah diorg ni mcm tin biskut pon ada. kemek sana sini. diorg bawak kete pon ganas. kalau balik dr masjid tu byk kali jugaklah kene hon dan nyaris nak kene gesel dgn kete diorg.
miss_honda Post at 2-4-2012 08:54


saya perasan gak ni. kereta paling tidak altis dan kebanyakannya warna putih.. tp kemek sana sini.. yep btul mcm tin biskut. dan banyak yg saya jumpe side mirror tinggal rangka je. barai2 kete drg ni. Mutawif saya cakap... kt sini kereta kemek2, comot tak cuci tu biasa. Sebab boleh kata yg memandu semua lelaki.. bagi mereka kereta dalam keadaan mcmtu lambang kemachoan. Ada sesetengah kete, ustaz tu cerita saja dicatkan dengan warna/corak seperti kena simbahan lumpur bagi nak nampak comot.

Kalau kete bersih2 berkilat bg drg tak maskulin. kesian tgk kete2 tu. terbayang kete sendiri kemek2 comot cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:17 AM | Show all posts
Reply 1624# transporter


    TQ Haji Transs...yanie sgt laaaaaa terharu dgn keprihatinan Tn haji,tlg survey kan kdai jubah utk yanie tu yer...TQ TQ TQ so much
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:18 AM | Show all posts
Reply 1608# transporter

Assalamualaikum..Alhamdulillah dah selamat sampai.
Terima kasih..banyak gambar gambar terbaru dari Mekah n Madinah..
Bestnyaa..terubat juga kerinduan..
Banyak yg dah berubah ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.069527 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list