CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 14-2-2026 09:17 PM | Show all posts
40 pelajar dari Methodist School of Theology dan Wanita Hikmah Ranting Bintangor lawat Masjid Al-Qadim Sibu
Februari 14, 2026, Sabtu - 7:44pm



Sekitar lawatan pelajar dari Methodist School of Theology bersama Wanita Hikmah Ranting Bintangor ke Masjid Al-Qadim Sibu, hari ini. - Gambar FB Masjid Al-Qadim

SIBU: Kira-kira 40 pelajar dari Methodist School of Theology bersama Wanita Hikmah Ranting Bintangor mengadakan lawatan muhibah ke Masjid Al-Qadim Sibu hari ini sebagai usaha memupuk kefahaman serta keharmonian antara agama.

Perkara itu dikongsikan oleh pihak Masjid Al-Qadim Sibu menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.

“Alhamdulillah, pagi ini kami menerima lawatan seramai 40 orang pelajar dari Methodist School of Theology bersama Wanita Hikmah Ranting Bintangor,” menurut hantaran berkenaan.

Lawatan tersebut memberi peluang kepada para pelawat untuk mengenali sejarah dan fungsi masjid, selain memahami tatacara ibadah solat serta keindahan syariat Islam menerusi sesi penerangan dan perkongsian yang berlangsung dalam suasana penuh hormat dan harmoni.

“Satu pengalaman yang amat bermakna apabila dapat berkongsi tentang sejarah dan fungsi masjid, selain menjelaskan tatacara ibadah solat serta keindahan syariat Islam dalam suasana yang penuh hormat dan harmoni,” menurut hantaran itu lagi.

Pihak pengurusan masjid turut memaklumkan bahawa program seumpama itu bukan sahaja memperluas pengetahuan peserta mengenai Islam, malah berperanan sebagai jambatan perpaduan yang mengukuhkan semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang agama.

“Semoga usaha kecil ini menjadi jambatan perpaduan dan menambah rasa saling menghormati antara kita,” katanya.

Sementara itu, Masjid Al-Qadim Sibu baru-baru ini turut mengambil inisiatif menghias pekarangan masjid dengan perhiasan tanglung bagi menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Cina di bandar ini.

Inisiatif berkenaan telah mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen di media sosial yang rata-rata menyifatkan langkah tersebut sebagai pemangkin semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2026 09:18 PM | Show all posts
Kesesakan Jalan Kuching-Batu Kitang-Bau selesai, laluan dibuka semula
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:19pm



Lo (berdiri tengah, barisan kedua) merakamkan kenangan bersama warga kerja PPES Works Sdn Bhd, kontraktor, JKR dan tetamu lain ketika meninjau jalan tersebut.

KUCHING: Masalah kesesakan lalu lintas yang menjejaskan lebih 50,000 pengguna jalan raya setiap hari di laluan utama Jalan Kuching-Batu Kitang-Bau di hadapan Kampung Haji Baki sejak awal Januari lalu berakhir apabila laluan itu dibuka semula kepada pengguna jalan raya tengah hari tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang berkata, keadaan itu berikutan kerja-kerja membaik pulih kerosakan jalan akibat kejadian tebing runtuh dan paip utama bekalan air dari Loji Batu Kitang yang pecah pada 9 Januari lalu telah siap sepenuhnya pada Jumaat.

Menurutnya, laluan berkenaan dibuka semula kepada semua kenderaan bermula jam 1 petang hari ini selepas disahkan selamat untuk digunakan oleh pengguna jalan raya.

“Terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan PPES Works Sdn Bhd kerana berjaya menyiapkan kerja membaik pulih di lokasi yang rosak itu dalam tempoh tiga minggu selepas kejadian terbabit berlaku.

“Namun para pemandu pelbagai jenis kenderaan yang melalui lokasi berkenaan perlu sentiasa berhati-hati ekoran laluan sementara dari arah Batu Kitang ke Kota Sentosa yang dibina sebelum ini telah ditutup,” katanya selepas membuat tinjauan jalan terbabit, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan JKR Sarawak Ir Fum Sze Chee, Penghulu Kampung Haji Baki Saptuyah Yusuf, Ketua Kaum (KK) Blok A Harzmi Abd Rani dan KK Blok C Rosli Ahmad Darus.

Lo berkata, setiap hari kira-kira 50,000 kenderaan menggunakan laluan tersebut, manakala jumlah itu meningkat sehingga 53,000 pada hujung minggu dan cuti umum.

Katanya, peningkatan itu berlaku berikutan ramai warga dari Kuching dan Samarahan menggunakan laluan berkenaan untuk berkunjung ke kawasan seperti Lundu, Telok Melano, Sematan dan Biawak yang terletak berhampiran sempadan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

Beliau berharap pembukaan semula laluan itu dapat melancarkan aliran trafik sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna jalan raya yang terpaksa berdepan kesesakan hampir tiga minggu sejak kejadian tersebut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 09:18 PM | Show all posts
Program NEXTGEN Sarawak platform bangunkan kepimpinan belia inklusif
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:21pm



Udin ketika berucap pada Majlis Malam Penutupan Program NEXTGEN Sarawak, semalam.

KUCHING: Program NEXTGEN Sarawak anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) menjadi inisiatif strategik bagi melahirkan barisan kepimpinan belia yang inklusif, berstruktur serta berpaksikan realiti pembangunan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS Udin Bujang berkata, program tersebut diwujudkan sebagai platform untuk membuka ruang kepada belia daripada pelbagai latar belakang memahami peranan mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan.

“Sepanjang program ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian yang seimbang antara pengetahuan, pemahaman dasar, kemahiran praktikal dan pembinaan kepimpinan.

“Bengkel berkaitan STEM dan TVET memberi gambaran jelas tentang keperluan tenaga kerja masa hadapan Sarawak,” katanya semasa berucap pada Majlis Malam Penutupan Program NEXTGEN Sarawak di sini, semalam.

Pada masa sama, perkongsian berkaitan keusahawanan, ekonomi digital, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) turut memperluaskan perspektif peserta tentang hala tuju negeri dan peluang yang tersedia.

Katanya, peserta juga dilatih melalui penulisan cadangan projek, perbincangan kumpulan serta pembentangan, sekali gus membina keupayaan berfikir secara strategik, bekerjasama dalam pasukan dan menyampaikan idea dengan yakin.

Program selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Febuari itu berjaya menghimpunkan 20 belia Sarawak berusia 18 hingga 28 tahun daripada pelbagai universiti dan kolej sebagai platform pembangunan kepimpinan belia yang berstruktur, inklusif dan berpaksikan keperluan pembangunan negeri, khususnya dalam bidang STEM, TVET dan keusahawanan.

Hadir sama ialah Ketua Bahagian Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) Sharifah Fariah Syed Junaidi, Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning Fredick Kevin Buseli dan Eksekutif Kanan Pemasaran Sarawak Skills Awang Mohamad Hasrekim Awang Yusof.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 09:19 PM | Show all posts
Karnival Kampung Sindang 2026 platform perkasa perpaduan, pembangunan setempat
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:22pm



Rubiah ketika berucap pada Karnival Kampung Sindang 2026 di Kota Samarahan semalam.

KUCHING: Karnival Kampung Sindang 2026 bukan sekadar acara tahunan berunsur rekreasi, malah menjadi medan strategik memperkukuhkan perpaduan komuniti serta menyampaikan maklumat pembangunan setempat secara terus kepada masyarakat.

Majlis pelancaran karnival tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang di Dewan Badminton Kampung Sindang semalam.

Dalam ucapannya, Rubiah menghargai barisan kepimpinan kampung serta komuniti setempat atas komitmen berterusan dalam menganjurkan karnival tahunan tersebut yang dilihat semakin berkembang pascapandemik COVID-19.

“Penganjuran karnival bukan sekadar aktiviti hiburan, malah menjadi platform penting dalam memupuk perpaduan, semangat kerjasama serta perkongsian ilmu dalam kalangan masyarakat setempat.

“Karnival seperti ini mampu menyatukan semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia, sekali gus memperkukuh kesepakatan komuniti dalam mendepani cabaran pembangunan semasa,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa program komuniti memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat memahami isu pembangunan setempat termasuk bekalan air, elektrik, kesesakan jalan raya serta pembangunan sosioekonomi.

Mengulas isu bekalan air, beliau memaklumkan beberapa projek naik taraf termasuk penggantian paip lama sedang dilaksanakan bagi memastikan bekalan air lebih stabil kepada penduduk kawasan terlibat.

Selain itu, beliau menyentuh usaha kerajaan dalam merancang peluasan kawasan penempatan baharu bagi menangani peningkatan populasi serta memastikan pembangunan kampung lebih terancang dan sistematik.

Pada masa sama, Rubiah turut menggalakkan persatuan dan jawatankuasa kampung mendaftarkan organisasi masing-masing dengan agensi berkaitan bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan termasuk geran pembangunan komuniti.

Sebagai sokongan kepada penganjuran karnival, beliau mengumumkan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi menjayakan program tersebut melalui jawatankuasa komuniti yang berdaftar.

Beliau berharap Karnival Kampung Sindang akan terus menjadi platform memperkukuh perpaduan, semangat kesukarelawanan serta pembangunan komuniti secara menyeluruh.

Turut hadir ialah Penghulu Kampung Sindang Seraai Sajili, Ketua Kaum Sindang Hilir Padil Hajimi, Ketua Kaum Sindang Hulu Kassim Drahim dan Pengerusi Komuniti Kampung Sindang Fazail Nawi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 09:20 PM | Show all posts
Program Jangkauan Kebajikan cerminkan semangat kasih sayang rentasi kaum, agama
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:23pm



Wilfred (kanan) menyampaikan bungkusan makanan kepada penghuni rumah kebajikan pada program tersebut.

KOTA SENTOSA: Semangat sebenar ‘kasih sayang’ yang merentasi batas kaum dan agama terus diperkukuhkan menerusi penganjuran Program Jangkauan Kebajikan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sini.

Demikian kongsi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wilfred Yap ketika merasmikan program anjuran Persatuan Pemberita Kristus Kuching-Bario yang diadakan di premis Persatuan Kebajikan Kasih Sayang Kuching Sarawak, hari ini.

“TBC mengajar kita bahawa kemakmuran atau ‘Heng, Ong dan Huat’ hanya benar-benar bermakna apabila ia dikongsi bersama.

“Masyarakat penyayang terbina apabila kita saling membantu dan mengangkat mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurutnya lagi, perayaan ini menjadi waktu untuk semua ahli keluarga berkumpul, komuniti mengeratkan hubungan serta mengingatkan masyarakat agar tidak melupakan golongan kurang bernasib baik.

Justeru, beliau memuji inisiatif Persatuan Pemberita Kristus Kuching-Bario yang membawa keceriaan perayaan dengan memberi sumbangan barangan keperluan asas serta sokongan moral kepada penghuni rumah kebajikan tersebut.

Katanya, usaha sedemikian mencerminkan semangat sebenar ‘kasih kayang’ yang diterjemahkan melalui tindakan serta memperkukuhkan keharmonian dalam komuniti berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Pada masa sama, beliau menyatakan penghargaan kepada Persatuan Kebajikan Kasih Sayang Kuching Sarawak atas dedikasi berterusan mereka untuk menjaga kebajikan golongan rentan agar mereka tidak dipinggirkan terutama ketika musim perayaan.

“Sebagai wakil rakyat, tanggungjawab kami bukan hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal dan infrastruktur, tetapi juga membina masyarakat yang penuh empati supaya tiada siapa berasa tersisih atau keseorangan,” ujarnya.

Wilfred turut menegaskan komitmennya untuk terus menyokong pertubuhan kebajikan serta inisiatif berasaskan komuniti di Kota Sentosa agar pembangunan dan nilai kemanusiaan dapat bergerak seiring.

Menjelang TBC,  beliau mengucapkan selamat menyambut perayaan itu kepada seluruh warga Kota Sentosa dan Sarawak serta mendoakan tahun yang dipenuhi kesihatan, perpaduan, keharmonian dan kemakmuran bersama.

“Semoga Tahun Kuda ini membawa harapan baharu, kebaikan dalam hati serta kekuatan dalam komuniti kita,” katanya menambah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 09:21 PM | Show all posts
Kerjasama tangani pelbagai isu dihadapi rakyat: Gerawat
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:25pm



Gerawat (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Tutoh hari ini.

MIRI: Kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, ketua kampung, agensi pelaksana serta jabatan kerajaan amat penting dalam menangani pelbagai isu yang dihadapi rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala.

Beliau yang juga ADUN Mulu memberitahu, masalah khususnya yang melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, selain telekomunikasi serta capaian Internet, dapat diselesaikan secara berkesan sekiranya semua pihak berganding bahu mencari penyelesaian terbaik.

“Semua cadangan dan isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat ini akan diteliti dan dikemukakan kepada agensi berkaitan untuk tindakan susulan yang sewajarnya,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kawasan Tutoh di sini, hari ini..

Gerawat berkata, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting untuk membincangkan, menilai serta menyelaras keutamaan pembangunan di peringkat akar umbi.

Beliau menambah, semua projek yang diluluskan sama ada di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Program Transformasi Luar Bandar (RTP) mahupun agensi lain sentiasa dipantau rapi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.

“Saya akan terus menekankan pembangunan yang inklusif dan holistik supaya tiada kawasan yang tercicir dalam arus pembangunan,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan kerjasama semua pihak bagi memastikan manfaat projek pembangunan benar-benar dapat dirasai oleh masyarakat setempat.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2026 09:23 PM | Show all posts
sbh - Buku apa yang rakyat Sabah harus tahu tawarkan pemahaman sejarah politik Sabah

swk - Lee tekankan pelbagai inisiatif menyeluruh Kerajaan Sarawak tingkat taraf hidup rakyat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 09:25 PM | Show all posts
Piala Premier Sarawak 2025/2026: Perhitungan Juara Bintulu, Samarahan Petang Esok



MANTAP…Barisan kesebelasan utama pasukan Bintulu.

KUCHING: Stadium Negeri, Petra Jaya akan menjadi saksi pertembungan penuh dramatik dua gergasi serba mantap, Bintulu dan Samarahan untuk aksi final Piala Premier Sarawak 2025/2026.

Ia sekali gus bakal terjawab persoalan, pasukan manakah yang akan dinobat selaku juara edisi sulung.

Perlawanan kedua-dua pasukan terbabit dijadual bermula pukul 3 petang esok (Sabtu).

Terlihat keseimbangan peluang buat jagoan terbilang dua zon berbeza itu untuk mencetak sejarah.



PILIHAN JUARA…Barisan pemain pasukan Samarahan.
Pengemudi Samarahan, Ideris Untong menganggap peluang buat kedua-dua pasukan untuk merangkul gelaran juara adalah seimbang

Menurut Ideris, pasukannya turun sebagai ‘underdog’ berbanding Bintulu yang mempunyai karakter tersendiri.

“Kita sudah bersedia untuk mengharungi gelora sebenar aksi final berdepan Bintulu petang esok.

“Kita sedar berdepan dengan pasukan yang mempunyai rekod cukup baik, tidak pernah kalah sepanjang saingan,” ujar Ideris kepada Arena Suara Sarawak.

Apa-apa pun bagi Ideris, pemainnya siap sedia ke arah itu dalam misi untuk meraih kejuaraan.

Pengemudi Bintulu, Farhan Abdullah@Anai Igang pula mengakui, pasukannya berdepan skuad yang mantap pada aksi final petang esok.

“Kita berdepan lawan yang serba mantap di segenap posisi. “Memang tugas mencabar menanti pemain untuk perlawanan malam esok, yang pasti kami sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan ini,” ujar Anai.


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2026 09:27 PM | Show all posts
JHS Nafi Dakwaan Penguatkuasaan Berat Sebelah Di Hulu Baram



KUCHING: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang tidak sekata atau bersifat diskriminasi susulan tindakan penguatkuasaan membabitkan kayu balak yang ditebang di kawasan Hulu Baram, Miri baru-baru ini.

Menurut jabatan itu, semua aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan sepenuhnya mengikut peruntukan Ordinan Hutan serta peraturan dan garis panduan berkaitan tanpa memihak kepada mana-mana individu, komuniti mahupun entiti komersial.

“Rampasan kayu balak dalam insiden berkenaan dibuat berdasarkan keperluan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, bukan disasarkan kepada komuniti terlibat atau bertujuan menghukum mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu hari ini.

JHS mengiktiraf hak masyarakat orang asli dan pribumi untuk memanfaatkan sumber hutan bagi tujuan sara diri serta amalan tradisional.

Bagaimanapun, jelasnya aktiviti tersebut masih tertakluk kepada prosedur peraturan termasuk keperluan permit dan dokumentasi bagi memastikan pengurusan hutan secara mampan, mencegah pembalakan haram serta memelihara sumber hutan untuk generasi akan datang.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi pembalakan komersial pula dikawal selia di bawah rangka kerja pelesenan berasingan, termasuk keperluan penilaian impak alam sekitar serta kawalan operasi yang ketat, selain tertakluk kepada pemantauan berterusan dan audit pematuhan.

“Dakwaan bahawa operasi pembalakan berskala besar dibenarkan tanpa pengawasan, manakala komuniti pribumi dikenakan tindakan adalah tidak berasas.

“Tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha komersial turut dilaksanakan sekiranya pelanggaran dikesan dan penalti dikenakan selaras dengan peruntukan undang-undang,” katanya.

Jabatan itu juga bersedia memberikan penjelasan lanjut berkaitan prosedur peraturan dan memperkukuh mekanisme komunikasi bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan.


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 09:29 PM | Show all posts
Mukah tubuh Kelab Rakan Muda



RAKAM KENANGAN… Bonnie (depan dua kiri) merakam kenangan bersama yang lain selepas taklimat penubuhan Kelab Rakan Muda Bahagian Mukah, baru-baru ini. (FOTO: JAPEN MUKAH)

MUKAH: Penubuhan Kelab Rakan Muda di Bahagian Mukah adalah platform untuk memperkukuh pembangunan belia di kawasan ini serta menyokong usaha melahirkan generasi MADANI berdaya saing, berintegriti dan aktif dalam pembangunan komuniti.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Bonnie Manau Michael Amerikan berkata, penubuhan kelab tersebut adalah untuk memperkukuh kepimpinan dalam kalangan belia sekali gus memperluas pelibatan mereka dalam pelbagai bidang pembangunan diri.

“Belia di Bahagian Mukah perlu menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat,” katanya selepas sesi taklimat penubuhan kelab tersebut, baru-baru ini.

Penubuhan kelab tersebut melibatkan Kelab Rakan Muda Igan, Kelab Rakan Muda Tanjong Manis dan Kelab Rakan Muda Mukah.

Ujarnya, kelab-kelab yang ditubuhkan akan bergerak berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda, iaitu Rakan Demokrasi, Rakan Bumi, Rakan Litar, Rakan Niaga, Rakan Prihatin, Rakan Mahir, Rakan Aktif, Rakan Ekspresi, Rakan Digital, dan Rakan Muzik.

Sehubungan itu, Bonnie menjelaskan bahawa Kelab Rakan Muda di Bahagian Mukah akan didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) selaras dengan peruntukan yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan setiap kelab mempunyai struktur organisasi jelas, perlembagaan teratur, serta tadbir urus yang baik dalam pengurusan aktiviti dan kewangan.

“Sokongan padu daripada pihak jabatan serta komitmen ahli kelab adalah faktor utama kejayaan pelaksanaan inisiatif ini,” jelasnya.

Pnubuhan kelab juga dilihat sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti setempat dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan belia.

Tambahnya, dengan struktur organisasi tersusun, pengiktirafan rasmi melalui ROY serta pelibatan aktif belia, Bahagian Mukah mampu menjadi antara kawasan contoh dalam pelaksanaan program Rakan Muda di Sarawak.


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 08:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 08:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 08:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 08:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 08:46 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2026 09:32 AM | Show all posts

Comments

selamat pagi nov  Post time 15-2-2026 10:08 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2026 10:10 AM | Show all posts
LDP adakan kunjungan hormat kepada Mohd Arifin
Februari 14, 2026, Sabtu - 10:48pm



KENANGAN: Chin (tiga kiri), Yong (tiga kanan) merakamkan gambar bersama dengan Mohd Arifin (tengah). Turut kelihatan Glenna, Simon, David dan Robert.

KOTA KINABALU: Parti Liberal Demokratik (LDP) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, di sini baru-baru ini

Kunjungan itu diketuai oleh Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin, Timbalan Presiden Datuk Yong Wui Chung. Bersama rombongan termasuk Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, Simon Chin dan PPM Likas, Glenna Wong, serta Naib Presiden LDP, David Ong dan Robert Chong.

Dalam pertemuan itu, LDP telah membentangkan beberapa cadangan dan saranan dasar berkaitan pentadbiran kerajaan tempatan, khususnya dalam bidang kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang merangkumi Luyang dan Likas, serta Majlis Perbandaran Penampang dan Majlis Perbandaran Sandakan.

Chin menghargai peluang dan masa yang diberikan Mohd Arifin kerana sudi menerima kunjungan hormat itu.

Mohd Arifin menyambut baik cadangan dasar LDP dan memberi jaminan untuk mencari penyelesaian terbaik dengan mengutamakan kepentingan serta kesejahteraan rakyat Sabah.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 10:11 AM | Show all posts
Kerajaan komited bina negeri aman, bersatu padu: Limus
Februari 15, 2026, Ahad - 9:38am



ALBUM: Limus dan tetamu jemputan lain merakamkan gambar kenangan bersama kumpulan Singa selepas menyaksikan persembahan tarian singa sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Daerah Kuala Penyu dan Menumbok.

MENUMBOK: Kerajaan negeri komited dalam usaha membina sebuah negeri yang aman, bersatu padu dan sejahtera untuk semua, kata Pembantu Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Limus Jury.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan mengamalkan pendekatan inklusif dalam setiap dasar dan perancangan pembangunan.

Menurutnya, Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah adalah petunjuk jelas mengenai komitmen memenuhi aspirasi itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 10:11 AM | Show all posts


SIMBOLIK: Limus menggunakan telefon bimbit untuk mengimbas kod QR e-Brochure 'Guide To Kuala Penyu' yang dilancarkannya sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2026 di Pekan Menumbok.

"Pendekatan ini memastikan tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan. Semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama diberi peluang yang saksama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Daerah Kuala Penyu dan Menumbok, di sini kelmarin.

Limus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu menyatakan bahawa kerajaan negeri mengiktiraf peranan penting masyarakat Cina sebagai rakan strategik dalam pembangunan negeri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2026 10:12 AM | Show all posts


RASMIKAN: Limus dan tetamu jemputan lain sedang melakukan gimik perasmian dengan memalu gendang bagi merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Daerah Kuala Penyu dan Menumbok.

Katanya, sumbangan mereka amat besar dalam pelbagai sektor, antaranya dalam bidang ekonomi dan keusahawanan, yang menjadi pemacu pertumbuhan di negeri ini.

Selain itu, katanya, masyarakat Cina turut memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan dan pemeliharaan warisan budaya.

"Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri akan terus menyokong inisiatif serta penglibatan aktif pertubuhan masyarakat Cina dalam pelbagai program yang dapat memupuk perpaduan dan kesatuan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.517270 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list