MrsKobis posted on 3-4-2013 05:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
kalau sesiape yg ade checklist barang utk pegi umrah lelaki dan perempuan.. boleh share kat sini tak ...
Cuba selak post belakang-belakang sebelum ni dah ada dibincangkan bab pakaian orang pompuan. Den tak dapek nak menolong sobab pakaian pompuan orang pompuan ler yang lebih tahu.
Untuk keperluan orang lelaki saya tampal maklumat dari blog Hidup Biar Allah Sayang. Untuk keterangan lebih detail bolehlah jenguk-jenguk blog tu.
Pakaian Lelaki:
Tuala ihram - 2 pasang Tali pinggang - 1 utas Baju Biasa - 2 helai Singlet berlengan - 4 helai (elok yang ada poket macam kangaro utk simpan duit dsb) Seluar panjang - 2 pasang Kain pelikat - 1 helai Tuala mandi - 1 helai Stokin - 2 pasang Selipar Jepun - 1 pasang (guna dalam bilik air) Seluar sukan, kasut jogging, dll - jika berhajat untuk mendaki Jabal Nur T-Shirt - 2 helai Kasut biasa - sepasang Selipar semasa berihram (terbuka di bahagian jari kaki dan bahagian tumit) Kasut khuf (ada dijual di Mydin bahagian kelengkapan umrah) -- boleh pakai dalam masjid sebab lantai masjid nabawi sangat sejuk. Jubah - boleh dibeli di Madinah atau Makkah
Last edited by msaadhamid on 3-4-2013 06:58 PM
|