Kisah arwah minta bantuan Pak Imam
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. dah lama ainiz tak update tred ni.. Minta maaflah ainiz tak dpt nak jawab soalan atau post apa2 lagi mngenai kisah pencerobohan lahad datu (kg tanduo). Cukuplah apa yg telah ainiz share itu.. hari ni ainiz nak berkongsi lagi 1 kisah seram dengan semua pengunjung setia thread ainiz ni..
Jika semua masih ingat, ainiz pernah bcerita mngenai mayat yg dijumpai terapung dan organ2 dalamannya hilang di paya bakau..ingat tak? Mayat ni dijumpai mmg tak sempurna sifatnya, dipercayai dibunuh bagi tujuan ilmu hitam pengamalnya..kemaluannya juga telah tiada.. (mangsa adalah lelaki)
Lepas ditemui.. keluarga mangsa pun mnguruskan mayat ini utk dikebumikan. Keluarga mangsa tak buat report polis pun..tak tau la knp..smpai ada yg kata mangsa dibunuh oleh ahli keluarganya sendiri.. wallahualam..
Perkara ni terjadi di kg hubby ainiz..dialami sendiri pak imam yg uruskan mandi jenazah dan pengkebumian mangsa. Skrg ni pak imam tu dah tiada lagi..meninggal sakit semput beberapa tahun yg lalu.. yg sampaikan cerita ni anak dia..Jenazah mangsa tu selesai di kebumikan dgn selamat pd hari dia dijumpai juga.. keluarga mangsa pun menjalankan kenduri arwah selama 7 hari berturut2 seperti kebiasaan yg diamalkan di kg itu.. 7 mlm pak imam ke rumah arwah bg memimpin bacaan yasin. Segalanya berjalan lancar hinggalah habis kenduri ke 7..
Pada hari ke 8 pak imam mula alami gangguan pelik. Pada malam hari beliau seperti diganggu oleh arwah. Menjelang tgh malam je bayangan arwah (mcm asap cerita anak pak imam) mula menampakkan diri. Yg pelik cuma pak imam yg nampak.. tidak isteri dan anak2nya..pak imam ada mengejutkan istri nya dari tidur utk melihat tap istrinya tak nmpak.. hari ke 8 pak imam diganggu bayangan arwah..saje..tapi pd malam ke 9, arwah dtg lagi dgn bentuk yg lebih jelas.. cerita anak pak imam, lebih clear rupa arwah hingga pak imam boleh nmpak dgn jelas losong kedua mata arwah..kali ini arwah menangis..mendayu2.. tapi, dah namanya pak imam..dia tidak takut, malah tenang. Pak imam membaca beberapa potong ayat yg sering diamalkannya dan bayangan itu hilang, begitu juga dgn suara tangisan arwah..
Paginya pak imam berkunjung ke rumah keluarga arwah dan bertanyakan sama ada mereka diganggu. Ternyata tidak. Jelas lah kini cuma pak imam saja yg dikunjungi oleh arwah. Malam ke sepuluh pak imam sudah bersiap sedia utk berdepan dgn arwah..Bila jam melepasi tgh malam, isteri dan anak2nya sudah tidur, pak imam bersila di tgh ruang tamu rumahnya menanti ketibaan bayangan arwah. Tak lama kemudian angin di luar rumah spt menderu2 hingga mengeluarkan bunyi yg menyeramkan.. Apabila berhenti saje angin, kelihatan sesusuk tubuh dari luar melayang2 masuk lalu menembusi dinding rumah pak imam dan terus berdiri bertentang mata dgn pak imam..masih lagi dgn mata losongnya dan mukanya yg seperti ditundukkan..sunyi seketika.. pak imam meneruskan bacaan surah yg sejak td dibacanya.. Tiba2..terdengar suara arwah menangis.. kata pak imam mendayu2 tangisannya.. selesai bacaan, pak imam sudah bersedia berkomunikasi dgn arwah dlm dialek mereka. Ditanya knp dia dtg menggangu.. bukankah tempat mu bukan lagi di sini? Tanya pak imam. Arwah itu terus menangis. Pak imam menyambung. Aku tidak tahu dan tak dpt hukum pembunuhmu, biarlah Allah saja yg membalasnya.. tenanglah kau di sana..pulanglah…
Tapi arwah menangis bertambah kuat. Kali ini dia berpusing2 setempat seperti memberontak. Pak imam berkata lagi, pulanglah kau, jgn dtg lagi..Pak imam membaca beberapa potong surah dan menghembuskan ke arah arwah.. dgn perlahan2 arwah hilang dari pandangan pak imam.
Esoknya pak imam bermesyuarat dgn ajk surau dan bilal mengenai perkara ini. Salah sorang dari ajk mencadangkan agar mereka pergi ke lokasi mayat arwah dijumpai utk melihat2 sekiranya ada lg anggota badan mangsa yg tertinggal di sana..kerana sewaktu memandikan jenazah, smmg nya mereka perasan yg tgn kanan mangsa tiada sebelah. Tetapi mereka abaikan keranan menganggap pembunuh telah mengerat dan mengambil tgn mangsa.
Sesampai nya di lokasi masing2 mula mencari tertunduk2 di celah2 bakau. Tiada apa dijumpai di lokasi mayat dijumpai itu. Pak imam mengarahkan mereka mencari luar dari kawasan itu tetapi masih di kawasan paya bakau berair yg cetek. Pencarian mereka berakhir di satu kawasan yg jaraknya jauh dr kawasan itu..lebih kurang1 km jauhnya. Mereka mjumpai tgn kanan mangsa yg telah pun tinggal tulang..terendam di dalam air paya.. telah pun dimakan ikan isinya..tinggal tulang saja.. mereka beranggapan itulah sebab arwah tidak tenang. Tgn itu disempurnakan ptg itu juga di kubur arwah..
Sejak dari itu, .tidak lagi diganggu oleh bayangan arwah..sekian
**ada masa nanti nak share mengenai kisah balan2..tp tunggu ainiz ada free k..
Last edited by ainiz81 on 24-7-2013 12:32 PM
|