CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Vellfire

[Borneo] Rumah Borak Borneo~Auk ajaklah

[Copy link]
 Author| Post time 13-2-2026 11:12 PM | Show all posts
bz apa ntah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2026 11:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2026 11:13 PM | Show all posts
haha rasa skrg ni

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2026 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 09:02 AM | Show all posts
selamat pagi semua

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2026 02:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 02:53 PM | Show all posts
Sabah perluaskan lagi kawasan hutan yang dilindungi sepenuhnya
Februari 14, 2026, Sabtu - 7:34am



KENANGAN: Joniston (lima kanan) merakamkan gambar bersama dengan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

KOTA KINABALU: Sabah memperluaskan lagi Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) melalui pewartaan lebih kurang 216,000 hektar kawasan baharu melibatkan kawasan hutan simpan komersial dan Tanah Kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, usaha itu akan menjadikan TPA di Sabah meningkat kepada 2.227 juta hektar ataupun lebih kurang 30.06 peratus daripada keluasan tanah Sabah.

“Pencapaian ini bukan sahaja akan membolehkan sasaran 30 peratus kawasan TPA tercapai, ia juga akan menaikkan imej Sabah sebagai negeri yang mempunyai TPA terbesar di Malaysia,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perhutanan, di sini semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai.

Hajiji berkata, kepentingan hutan sebagai pelindung biodiversiti, penstabil iklim dan sumber rezeki tidak dapat dinafikan.

Beliau turut memuji usaha berterusan Jabatan Perhutanan untuk mencapai sasaran mewartakan 30 peratus daripada kawasan negeri Sabah sebagai TPA.

Beliau menambah bahawa Jemaah Menteri telah pun bersetuju dengan cadangan Jabatan Perhutanan untuk mewartakan beberapa lagi kawasan perlindungan yang penting di bawah Seksyen 5A, Enakmen Hutan 1968, pada tahun lalu.

“Ini menjadi satu petunjuk bahawa strategi yang digariskan melalui Dasar Hutan Sabah 2018 berupaya memandu pencapaian Jabatan ke aras pencapaian terbaik usaha konservasi negeri.

“Perkara ini meletakkan Sabah di peta konservasi global, bukan sahaja dari aspek keluasan kawasan perlindungan, tetapi juga naratif usaha berterusan serta komitmen kerajaan negeri dalam mencapai sasaran polisi yang telah ditetapkan,” katanya.

Hajiji turut menggesa semua warga Jabatan Perhutanan untuk terus memastikan kutipan hasil melalui sektor perhutanan terus dilaksanakan secara telus dan berkomitmen.

"Jabatan Perhutanan Sabah telah mengutip sebanyak RM161 juta dan daripada jumlah itu, sebanyak RM92 juta ataupun 57 peratus adalah daripada royalti kayu balak.

"Pencapaian ini membuktikan sektor Perhutanan masih kekal relevan di Sabah," katanya.

Berhubung kutipan hasil, beliau berkata, Jabatan Perhutanan Sabah telah mengutip sebanyak RM161 juta pada tahun lalu dan daripada jumlah itu, RM92 juta atau 57 peratus adalah daripada royalti kayu balak.

“Pencapaian ini membuktikan sektor perhutanan masih kekal relevan di Sabah dan sehubungan itu, saya mahu jabatan memastikan kutipan hasil melalui sektor perhutanan dilaksanakan dengan telus dan berkomitmen,” katanya.

Hajiji juga menggesa agar Jabatan Perhutanan terus melaksanakan pelbagai program dan aktiviti mengenai alam sekitar bagi meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan perlindungan kawasan hutan.

“Ini termasuklah menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat untuk membina komuniti yang mementingkan kelestarian hutan dan alam sekitar.

“Saya difahamkan bahawa pelbagai program jerayawara, seminar, ekspedisi saintifik dan outreach selain persidangan antarabangsa seperti Heart of Borneo (HoB) telah dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan Sabah,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memuji Jabatan Perhutanan atas kejayaan menerima Anugerah Pengurusan Sumber Manusia terbaik tahun 2025, suatu pencapaian yang patut dijadikan contoh positif kepada jabatan dan agensi lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2026 02:55 PM | Show all posts
Al-Quran sebagai sumber kekuatan: TYT
Februari 14, 2026, Sabtu - 7:56am



CEMERLANG: Musa diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyampaikan hadiah kepada johan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Negeri, Nur Faten Izzati Rablin dari Papar semasa di majlis itu.

KOTA KINABALU: Umat  Islam dalam era moden kini disarankan menjadikan al-Quran sebagai sumber kekuatan untuk menyuburkan pemikiran inovatif sebagai landasan bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing umat dalam semua sektor untuk mentransformasi masyarakat ke arah kehidupan yang lebih maju dan berjaya.

Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman berkata, masyarakat yang maju ialah masyarakat yang bersedia untuk melakukan inovasi.

"Maka semua pihak perlu memahami kepentingan inovasi dan kreativiti, seterusnya berusaha mencari kaedah melakukan inovasi dalam kehidupan seharian.

"Justeru, rakyat perlu diberikan lebih banyak pendedahan, supaya dapat memahami aspirasi budaya inovasi, untuk memacu perubahan dan pembangunan Sabah dan rakyat keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Perutusan Perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah, di sini semalam.

Musa menegaskan tanggungjawab mengubah budaya dan pemikiran ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan tidak boleh menjadi tugas kementerian atau agensi-agensi tertentu semata-mata.

Justeru katanya, budaya ilmu hendaklah disuburkan dalam kalangan masyarakat dengan lebih menyeluruh serta tidak terbatas kepada kelompok tertentu sahaja.

Dalam pada itu katanya, Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran yang disaksikan bukan sekadar pertandingan dari segi kemahiran membaca atau menghafaz semata-mata.

"Ia turut disulami dengan saranan agar masyarakat Islam, terus berperanan serta berusaha membantu kerajaan dalam mengekalkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan rakyat di Sabah

"Sesungguhnya, al-Quran yang dibaca dengan tartil atau dihafaz dengan penuh disiplin serta diringi dengan penghayatan dan tindakan, menjadi asas pembentukan insan yang berakhlak, berilmu, serta berpandangan jauh ke hadapan demi kebahagiaan dunia dan hari akhirat.

"Ia turut mengisyaratkan bahawa konsep intelektual yang diutarakan oleh al-Quran membina jiwa tadabbur iaitu berfikir, mengamati dan memerhati supaya lahir kecenderungan mengkaji dan menyelidik.

"Budaya tadabbur terhadap isi kandungan al-Quran menyebabkan seseorang hamba itu bertambah teguh keimanannya kepada Allah SWT," katanya.

Beliau mengingatkan ilmu sains dan teknologi tidak boleh berdiri tanpa sumber wahyu. Banyak penemuan saintifik sejak era kegemilangan Islam hingga hari ini bermula daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Katanya, penemuan yang dimaksudkan termasuklah proses penciptaan manusia, graviti, bunyi, cahaya, haiwan, bintang, matematik dan sebagainya.

"Ini sama sekali bertentangan dengan pandangan barat yang muncul pada kurun ke-17 yang menganggap bahawa sumber wahyu itu bertaraf mitos semata-mata.

"Yang pasti, ilmu sains dan Islam saling berpegang kepada prinsip bahawa alam serta isinya adalah bersifat konsep tuali aitu sesuatu yang boleh difahami dan dihayati dalam bentuk tindakan.

"Inilah juga yang mendorong Para Ilmuwan Islam untuk terus melakukan penyelidikan dan Pembangunan dalam pelbagai bidang bagi menambah rasa kagum serta takjub kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT," katanya.

Justeru katanya, masyarakat Islam berperanan untuk menghidupkan budaya membaca, menghafaz serta tadabbur al-Quran dalam kehidupan seharian.

Katanya, terdapat lebih kurang 750 ayat menggesa umatnya supaya belajar, merenung dan menggunakan akal dengan sebaik-baiknya untuk mencari kebenaran hakiki. Matlamatnya sudah tentu untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 02:56 PM | Show all posts
Hayati al-Quran sebagai asas pembinaan umat progresif, sejahtera
Februari 14, 2026, Sabtu - 7:58am



TAHNIAH: Musa diiringi Hajiji semasa menyampaikan hadiah kepada johan qari Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sabah, Dr Muhammad Hazim Sharum dari Lahad Datu semasa di majlis itu.

KOTA KINABALU: Umat Islam di negeri ini perlu sentiasa menghayati dan memartabatkan al-Quran sebagai asas pembinaan umat yang progresif, makmur dan sejahtera.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran adalah antara pendekatan strategik kerajaan negeri dalam usaha mengajak seluruh umat Islam untuk sentiasa menghayati dan memartabatkan al-Quran.

Pada masa sama katanya, penganjuran berterusan majlis keagamaan ini adalah iltizam kerajaan untuk melihat pembangunan spiritual dan fizikal berjalan seiringan bagi memastikan keseimbangan antara urusan duniawi dan ukhrawi bagi seluruh umat Islam.

“Acara tahunan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri versi kali ini, adalah mukaddimah kepada langkah seterusnya program bercorak mendaulatkan Islam di awal fasa penggal kedua pemerintahan kerajaan negeri pada hari ini.

“Justeru, kelangsungan penganjuran majlis ini, bukanlah sekadar menjayakan tradisi keagamaan tahunan, tetapi ia merupakan komitmen dan kesungguhan di pihak kerajaan dalam menjulang syiar Islam, agama rasmi negara kita yang tercinta,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 1447H/2026M di Dewan Saadah di Wisma MUIS, di sini pada Jumaat.

Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman, menyempurnakan Perutusan Perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah.

Yang turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Hajah Faridah Tussin dan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag.

Hajiji berkata, majlis itu juga menjadi platform untuk melahirkan golongan Qari, Qariah, Hafiz dan Hafizah yang bukan sahaja cemerlang dari sudut bacaan dan hafazan, tetapi menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

“Justeru, kerajaan komited memudahcara pelbagai inisiatif berkaitan pendidikan agama Islam, institusi tahfiz dan program penghayatan Islam sebagai langkah berterusan membina masyarakat yang berilmu, berakhlak mulia dan progresif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut menekankan aspek Kelestarian Hijau ke dalam Tiga Teras Pelan Pembangunan SMJ 2.0, iaitu di bawah Teras J, yang merangkumi Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, demi keselamatan dan kesejahteraan negeri dan rakyat yang berkekalan.

“Dalam kitab suci al-Quran sendiri menerusi ayat 77 Surah al-Qasas, turut menekankan mengenai larangan berbuat kerosakan di muka bumi. Justeru, kita mengambil iktibar daripadanya dengan menekankan aspek Kelestarian Hijau ke dalam Tiga Teras Pelan Pembangunan SMJ 2.0.

“Dalam aspek Kelestarian Hijau ini, Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM672.05 juta bagi perlindungan biodiversiti, pemuliharaan alam sekitar dan tindak balas perubahan iklim, dengan komitmen mencapai 30 peratus kawasan perlindungan sepenuhnya (Total Protected Areas) menjelang tahun 2030,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 02:57 PM | Show all posts
KO-NELAYAN bakal laksana lapan program dan 28 projek bawah RMK13
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:07am



ALBUM: Jamawi bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan bersama para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

KOTA KINABALU: Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN) diperuntukkan RM108,488,260 untuk melaksanakan lapan program dan 28 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar yakin pelaksanaan itu mampu memberi impak terbaik kepada nelayan laut dan nelayan darat.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada KO-NELAYAN kerana berjaya membelanjakan kira-kira 90 peratus daripada peruntukan berjumlah RM39,786,259, sekali gus memberi impak melalui pelaksanaan pelbagai projek di bawah KO-NELAYAN.

Berucap merasmikan Malam Apresiasi KO-NELAYAN 2026 di sini semalam, Jamawi turut menegaskan kepada semua ketua jabatan supaya mengurangkan masa di pejabat dan lebih banyak berada di lapangan.

“Di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, kita perlu turun padang, menyelesaikan masalah pelanggan dan membantu mereka mengusahakan yang terbaik supaya dapat meningkatkan sumber pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berharap hubungan kerjasama yang erat dan kukuh dalam kalangan warga KO-NELAYAN terus diperkasakan bagi memastikan organisasi itu mencapai kecemerlangan.

“Dalam tempoh lebih kurang lima tahun perkhidmatan saya sebagai menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga nelayan dan petani, sekurang-kurangnya akan ada impak berkesan untuk mereka menambah pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu, Jamawi berkata, kementeriannya memberi penekanan terhadap usaha memperkasa inisiatif seperti Inisiatif Kebun Dapur.

“Pelaksanaan inisiatif kebun dapur bukan sekadar pemberian subsidi, tetapi galakan dengan memberi peluang kepada mereka mendapatkan bahan tanaman pada diskaun terbaik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua yang hadir untuk berkunjung ke program Inisiatif Kebun Dapur yang akan diadakan di Tuaran bermula 14 Februari 2026 sehingga 15 Februari 2026 dan akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Jamawi berkata, pada 14 Februari, beliau bersama isteri akan mengadakan demonstrasi cantuman pokok buah-buahan di Padang Istiadat, Tuaran.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KO-NELAYAN atas jemputan ke majlis itu serta mengucapkan tahniah kepada Kelab KO-NELAYAN yang menjayakan penganjuran program itu.

Jamawi berkata, penganjuran Malam Apresiasi KO-NELAYAN ini bukan sahaja menjadi platform menghargai warga kerja, malah mengeratkan hubungan silaturrahim yang menjadi asas kecemerlangan perkhidmatan organisasi itu.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang 2025 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025.

Turut hadir Pembantu Menteri I, Datuk Haji Ruslan Muharam; Pengerusi KO-NELAYAN, Datuk Harun Durabi; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Leonard Stephen Poyong; Pengurus Besar KO-NELAYAN, Haji Yusof Awang Besar serta tetamu kehormat yang lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 02:58 PM | Show all posts
MINDET bangunkan ekosistem sokongan pembiayaan usahawan PKS
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:27am



ALBUM: Ewon (tengah) bersama pemimpin masyarakat Cina yang lain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) akan membangunkan ekosistem sokongan akses kepada pembiayaan bagi membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang beroperasi di taman-taman perindustrian di Sabah.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, kementeriannya sedang merangka inisiatif bagi memudahkan akses pembiayaan kepada syarikat PKS yang ingin beroperasi di taman perindustrian, sama ada di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) atau Sabah Agro Industrial Park Sdn Bhd (SAIP).

“Antara cabaran utama yang dihadapi oleh usahawan ialah syarat cagaran oleh institusi kewangan, terutama apabila tanah dan bangunan di taman perindustrian tidak boleh dicagarkan.

“Oleh itu, di peringkat kementerian, saya telah mengadakan perbincangan awal dan mendapat sokongan daripada pihak bank serta beberapa agensi berkaitan untuk melihat ruang membantu syarikat di Sabah mendapatkan pembiayaan.

Kita berharap kerjasama ini dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap menyempurnakan Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Penampang Chinese Chamber of Commerce and Industry (PCCI), di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri oleh para pemimpin dan ahli-ahli dewan perniagaan dan persatuan perniagaan masyarakat Cina di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ewon berkata, kementeriannya akan memulakan kajian Pelan Induk Pengangkutan Sabah tahun ini, meliputi aspek pengangkutan darat, laut dan udara termasuk keperluan logistik bagi menyokong ekosistem perusahaan dan perindustrian di negeri.

Selain itu, katanya MINDET juga akan meneruskan usaha mempromosi Sabah sebagai destinasi pelaburan termasuk penganjuran pertama Sabah 'Oil & Gas Services Conference & Exhibition' pada Jun 2026 serta pembukaan dua lagi taman perindustrian baharu di Kudat dan Kota Belud.

Mengenai isu kesesakan Pelabuhan Teluk Sepanggar, beliau berkata, kementeriannya melaksanakan lapan pelan tindakan interim yang telah dipersetujui dalam kabinet negeri, selepas dibentangkan pada mesyuarat baru-baru ini.

“Selepas menerima aduan dan cadangan daripada pelbagai pihak, saya menjadikan isu ini sebagai keutamaan nombor satu untuk diambil tindakan.

“Saya yakin pelaksanaan langkah interim itu akan memperkemas operasi pelabuhan termasuk proses pelepasan barangan,” katanya dan menambah pendekatan kepimpinan yang sama juga akan diambil untuk menangani isu berbangkit di Pelabuhan Sandakan dan Tawau.

Sebagai Ahli Parlimen Penampang, Ewon menegaskan komitmennya untuk menjayakan Pelan Induk Pembangunan Penampang 2024-2035 termasuk bekerjasama dengan PCCCI dan 28 persatuan masyarakat Cina di kawasan itu.

“Saya yakin sambutan Tahun Baharu Cina ini akan memangkin kemajuan ekonomi, perusahaan dan kesejahteraan kepada para peniaga serta rakyat secara keseluruhan,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 02:59 PM | Show all posts
Kutipan hasil Kastam cecah RM76.18 bilion, atasi sasaran Kementerian Kewangan Malaysia
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:28am



SIDANG MEDIA: Anis Rizana semasa memberikan sidang media di IPK Sabah.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus memainkan peranan strategik dalam menyokong agenda reformasi fiskal negara serta memastikan kelestarian kewangan Kerajaan Persekutuan melalui peningkatan prestasi kutipan hasil dan pemerkasaan aspek penguatkuasaan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin berkata, sebagai agensi utama dalam kutipan hasil negara, JKDM melaksanakan fungsi berkenaan secara berterusan selain memudah cara perdagangan yang cekap dan berintegriti.

“Usaha ini selari dengan komitmen kerajaan memastikan kestabilan ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

“Dalam masa sama, JKDM turut memperkukuh peranan penguatkuasaan bagi melindungi masyarakat daripada ancaman penyeludupan, perdagangan haram dan aktiviti yang menjejaskan keselamatan serta hasil negara.

“Pendekatan bersepadu ini mencerminkan keupayaan JKDM menyeimbangkan aspek fasilitasi dan penguatkuasaan secara berkesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, di sini.

Anis Rizana berkata, sepanjang 2025, JKDM mencatatkan prestasi cemerlang apabila berjaya merekodkan kutipan hasil berjumlah RM76.18 bilion.

Katanya, jumlah berkenaan melepasi unjuran awal yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia sebanyak RM67.25 bilion dan turut mengatasi unjuran yang disemak semula kepada RM73.26 bilion.

“Pencapaian ini menyaksikan lebihan kutipan sebanyak RM8.93 bilion bersamaan 113.28 peratus berbanding unjuran awal tahun 2025.

“Ia sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pentadbiran, pematuhan cukai dan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh JKDM,” katanya.

Menurutnya, kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan JKDM dalam memperkukuh tadbir urus fiskal negara serta menyokong pembangunan ekonomi mampan.

Katanya, langkah memperkasakan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan juga penting bagi memastikan hasil negara terus dipelihara demi kepentingan rakyat dan negara.

Beliau berkata, JKDM akan terus memperkukuh keupayaan organisasi melalui pendekatan strategik dan inovatif bagi memastikan peranan agensi berkenaan kekal relevan dalam menyokong agenda pembangunan negara.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 03:00 PM | Show all posts
Anggota polis, suspek cedera dalam pergelutan, satu das tembakan dilepaskan di Tawau
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:34am

TAHAN: Suspek bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya sebelum dikejar anggota bertugas.

TAWAU: Seorang anggota polis dan seorang lelaki cedera selepas berlaku pergelutan ketika cubaan menahan suspek dalam kejadian di kawasan pusat komersial Bazong, di sini pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 10.45 pagi berlaku ketika dua anggota polis menjalankan rondaan bit cegah jenayah di Jalan Persisiran Pantai sebelum menahan dan memeriksa sebuah kereta kompak berwarna putih dipandu seorang lelaki.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, lelaki berusia lingkungan 30-an itu bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya sebelum dikejar anggota bertugas.

Katanya, suspek berjaya ditahan di kawasan pusat komersial Bazong selepas usaha mengejar dilakukan anggota polis.

“Bagaimanapun, ketika proses pemeriksaan dan tangkapan dibuat, berlaku pergelutan apabila suspek enggan memberi kerjasama serta bertindak agresif.

“Dalam keadaan itu, pistol milik anggota bertugas berada di tangannya dan terlepas satu das tembakan yang mengenai tangan kiri suspek,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, seorang lagi anggota yang membantu melaksanakan tangkapan turut mengalami kecederaan di bahagian paha kanan akibat pergelutan berkenaan.

Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan yang ditinggalkan suspek menemui serbuk disyaki dadah jenis syabu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan suspek serta punca sebenar kejadian,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 03:01 PM | Show all posts
Dewan roboh hempap rumah di Kampung Air Semporna
Februari 14, 2026, Sabtu - 8:39am

SEMPORNA: Dua keluarga melalui detik cemas apabila sebuah dewan kayu dibina di atas air tiba-tiba roboh sebelum menghempap kediaman mereka di Kampung Air, di sini.

Dalam kejadian itu, enam penghuni termasuk dua kanak-kanak berada di dalam rumah masing-masing sebelum terdengar bunyi dentuman kuat disusuli gegaran pada struktur lantai dan dinding.

Semua penghuni bertindak pantas menyelamatkan diri sebaik menyedari dewan bersebelahan runtuh dan menimpa sebahagian rumah mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Suheizan Sahak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 malam.

Menurutnya, enam anggota dari BBP Atas Air Semporna digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebuah dewan tidak kekal berkeluasan kira-kira 557 meter persegi roboh dan menghempap dua rumah masing-masing berkeluasan kira-kira 56 meter persegi serta 111 meter persegi.

“Semua penghuni iaitu empat dewasa dan dua kanak-kanak berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan bomba dan dipindahkan ke rumah keluarga berhampiran sebagai perlindungan sementara,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, tiada mangsa dilaporkan cedera dan semua penghuni berada dalam keadaan selamat.

Katanya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan menyeluruh di kawasan runtuhan bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat selain mengalihkan serpihan secara berhati-hati berikutan struktur berada di atas air.

“Operasi menggunakan sebuah bot aluminium ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.03 malam selepas keadaan disahkan selamat dan terkawal,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 03:02 PM | Show all posts
Sabah Sam Seng Kong komited dengan kerja kebajikan
Februari 14, 2026, Sabtu - 9:36am



SUMBANGAN: Chee (kiri) semasa memberikan sumbangan di tiga institusi kebajikan sekitar bandar raya ini.

KOTA KINABALU: Sabah Sam Seng Kong meneruskan tradisi kebajikan dengan menyumbang keperluan harian serta menyampaikan mesej Tahun Baharu Cina kepada penghuni di tiga institusi kebajikan sekitar bandar raya ini.

Inisiatif itu diketuai Pengerusi Kehormat Tetap Sabah Sam Seng Kong, Datuk Chee Chi Seng bersama ahli jawatankuasa yayasan berkenaan menerusi lawatan ke Mount Hope Compassion Centre Sabah, Grace Senior Care Centre dan Garden of the Elderly.

Lawatan berkenaan sebahagian daripada program kebajikan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bertujuan menyantuni golongan warga emas dan kanak-kanak selain meringankan beban institusi terbabit.

Sepanjang lawatan itu, Chee bersama rombongan melawat kemudahan disediakan di setiap institusi serta mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan bagi mendapatkan gambaran mengenai operasi harian dan keadaan penghuni.

Pada masa sama, Sabah Sam Seng Kong turut menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas bagi membantu memenuhi keperluan harian institusi terbabit.

Ahli jawatankuasa yayasan juga meluangkan masa berinteraksi dengan penghuni warga emas dengan menyampaikan ucapan perayaan serta kata-kata semangat, sekali gus mewujudkan suasana mesra dan penuh kegembiraan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Chee berkata, usaha menjaga kebajikan golongan memerlukan, khususnya warga emas, sentiasa menjadi antara nilai utama yang dipegang Sabah Sam Seng Kong.

“Musim perayaan adalah masa paling bermakna untuk berkongsi kegembiraan dan menunjukkan keprihatinan kepada golongan memerlukan.

“Melalui program ini, kami berharap lebih ramai pihak tampil menyokong usaha kebajikan serta bersama-sama membina masyarakat penyayang yang menghargai dan menjaga kebajikan warga emas,” katanya.

Menurutnya, inisiatif itu juga mencerminkan komitmen berterusan Sabah Sam Seng Kong dalam melaksanakan tanggungjawab sosial serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti di Sabah.

Sementara itu katanya, pihak pengurusan institusi terbabit menzahirkan penghargaan dengan sumbangan dan kunjungan berkenaan yang disifatkan bukan sahaja membantu dari segi keperluan harian, malah memberi semangat dan kegembiraan kepada penghuni.

Sabah Sam Seng Kong memaklumkan akan terus melaksanakan pelbagai program kebajikan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan membantu golongan memerlukan serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang harmoni di negeri ini.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2026 03:04 PM | Show all posts
Jamawi hargai sokongan, komitmen masyarakat Cina di DUN Melalap
Februari 14, 2026, Sabtu - 1:19pm



KENANGAN: Jamawi (lapan kiri) bergambar kenangan di hadapan Dewan Datuk Seri Panglima Antanom sebelum memulakan walkabout.

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar mengadakan program walkabout sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar pekan Tenom, bermula dari Dewan Datuk Seri Panglima Antanom sehingga ke Malleh Square, di sini.

Ketika ditemui media, Jamawi berkata, Program Walkabout Tahun Baharu Cina 2026 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap adalah platform terbaik dalam memperkukuh perpaduan serta keharmonian antara komuniti masyarakat Tionghua dengan etnik lain seperti Murut, Dusun, Lundayeh dan lain-lain.

Menurutnya, program itu bukan sahaja bertujuan meraikan perayaan berkenaan bersama komuniti setempat, malah menjadi medium bagi wakil rakyat turun padang mendekati serta memahami keperluan rakyat.

Dalam program itu, limau mandarin turut diagihkan kepada komuniti masyarakat Cina dan orang ramai sebagai simbol kemeriahan dan semangat perayaan.

Jamawi bersama isteri juga berpeluang menyantuni masyarakat Tenom yang menyertai walkabout berkenaan.

“Saya menghargai sokongan dan komitmen masyarakat Cina di DUN Melalap serta segenap lapisan masyarakat. Seterusnya kita akan bersiap sedia meraikan perayaan-perayaan lain yang disambut setiap tahun.

“Orang ramai dijemput menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 DUN Melalap di Malleh Square pada 15 Februari 2026 (Ahad).

“Pelbagai pengisian program menarik diadakan bagi sambutan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Hakka Tenom, Datuk Yong Oi Kiang; Pengerusi Lembaga Pengelola SM Chung Hwa,  Datuk Eng Tet Hau; Ketua Daerah, OKK Tusib Tulas, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Melalap, Denesly Justin serta kapitan-kapitan Cina.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 03:07 PM | Show all posts
Tokong, pemimpin masyarakat cina terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina
Februari 14, 2026, Sabtu - 1:41pm



SAMPAIKAN: Matbali bersama Ruslan menyampaikan sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di program itu.

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam memperuntukkan RM20,000 bagi sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di kawasan itu.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, peruntukan di bawah ADUN Lumadan itu diagih-agihkan kepada tokong dan pemimpin masyarakat cina di kawasan Lumadan, yang diadakan di Pejabat ADUN Lumadan.

Mengulas lanjut, Ruslan memberitahu, program yang dilaksanakan itu merupakan acara tahunan pihaknya sejak enam tahun lalu, antara lain bertujuan berkongsi keceriaan bersama masyarakat cina, sekaligus mengeratkan lagi keharmonian kaum.

"Peruntukan ini disalurkan masing-masing RM500 untuk enam buah tokong, termasuk RM300 untuk setiap lima orang Ketua Masyarakat Cina dan dua orang Pengerusi Jawatankuasa Dalam Bandar (JKDB).

"Kita juga menyampaikan limau kepada lebih 400 Ketua Isi Rumah (KIR) masyarakat cina di kawasan DUN Lumadan ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Bantuan Tahun Baru Cina DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah.



ALBUM: Matbali dan Ruslan merakamkan gambar kenangan bersama wakil tokong, Ketua Masyarakat Cina dan Pengerusi JKDB sempena penyerahan sumbangan Tahun Baharu Cina, di pejabat ADUN Lumadan.

Matbali yang juga Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia ketika ditemui berkata, sebanyak RM75,000 diperuntukannya di bawah peruntukan parlimen untuk sumbangan kepada semua tokong dan Dewan Perniagaan Cina di kawasan parlimen Sipitang.

Katanya, selain merupakan program tahunan, pihaknya juga turut menyalurkan sumbangan limau untuk semua KIR masyarakat di kawasan itu.

"Sumbangan seumpama ini bukan sempena Tahun Baharu Cina sahaja, tetapi juga untuk perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Krismas kerana Sabah adalah wilayah yang unik.

"Justeru, diharap sumbangan sempena Krismas ini dapat memberi keceriaan kepada masyarakat yang menyambutnya, seterusnya terus mengekalkan keharmonian sesama kita," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 03:09 PM | Show all posts
Yayasan PETRONAS memeriahkan Tahun Baharu Cina di Kudat, Labuan
Februari 14, 2026, Sabtu - 2:10pm



AMANAT: Siti Ayu menyampaikan ucapan semasa majlis penyerahan program Memacu Kehidupan anjuran Yayasan PETRONAS di Kudat pada 11 Februari.

KUDAT: Bagi Chong Kong Sing, 76, dari Kampung Landung Ayang, Tahun Baharu Cina sentiasa menjadi masa untuk berkumpul bersama keluarga dan meraikannya dalam suasana sederhana.

Tahun ini, perayaan itu terasa lebih bermakna apabila beliau menerima pek makanan perayaan melalui program Memacu Kehidupan anjuran Yayasan PETRONAS.

“Saya amat bersyukur atas bantuan ini. Bagi saya, Tahun Baharu Cina ialah masa untuk bersama sebagai keluarga.

"Hari ini, kami turut merasai semangat kebersamaan sebagai satu komuniti walaupun datang daripada latar belakang berbeza.

"Terima kasih kepada PETRONAS dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah," katanya.

Beliau merupakan seorang daripada 150 penerima di Kudat dan Labuan yang menerima pek makanan perayaan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang.

Bagi Chong Vui Ken, 72, dari Kampung Pangaraban, sumbangan itu menambahkan keceriaan sambutan keluarga mereka.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada JPKA dan PETRONAS. Bantuan ini menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina kami lebih istimewa,”katanya.

Seorang lagi penerima, Chai Pin Kong, 70, dari Taman Sri Kapor, turut berkongsi rasa syukur.

Beliau berkata, bantuan itu tiba tepat pada masanya sementara beliau membuat persiapan untuk menyambut perayaan bersama adiknya.

“Tahun ini tiada perhimpunan besar, hanya kami berdua berkongsi hidangan ringkas.

"Bantuan ini memudahkan persiapan dan membolehkan kami menyambut perayaan dengan cara sederhana tetapi penuh makna,” katanya.

Melalui program berkenaan, sebanyak 100 keluarga di Kudat dan 50 keluarga di Labuan menerima pek makanan yang mengandungi barangan keperluan asas serta bahan tradisional Tahun Baharu Cina, sekali gus membantu meringankan perbelanjaan isi rumah sepanjang musim perayaan.

Pengagihan di Kudat dilaksanakan dengan kerjasama JPKA sebagai rakan  pelaksana, manakala JKM Labuan menyokong pelaksanaan di Labuan.

Para penerima juga menerima biskut perayaan yang disediakan oleh usahawan di bawah program Memperkasakan Kesejahteraan Rakyat (MEKAR) Yayasan PETRONAS.

Program ini memberi tumpuan kepada penjanaan pendapatan dan pembangunan keupayaan usahawan mikro tempatan, selaras dengan komitmen Yayasan PETRONAS dalam memperkukuh sumber rezeki yang mampan.

Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab berkata, inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Yayasan PETRONAS dalam memperkasa komuniti, khususnya pada musim perayaan.

“Tahun Baharu Cina melambangkan kebersamaan dan keharmonian. Melalui program Memacu Kehidupan, kami berharap dapat membawa kegembiraan kepada keluarga yang meraikan, selain menegaskan komitmen kami untuk kesejahteraan komuniti,” katanya.

Di Kudat, penyerahan pek makanan berlangsung pada 11 Februari, manakala pengagihan di Labuan dijalankan pada 13 Februari.

Program Memacu Kehidupan merupakan sebahagian daripada agenda impak sosial Yayasan PETRONAS, yang turut merangkumi inisiatif dalam bidang pendidikan dan kelestarian alam sekitar.

Melalui usaha ini, Yayasan PETRONAS terus memperkukuh daya tahan komuniti serta memacu kemajuan sosioekonomi.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2026 03:10 PM | Show all posts
Segerakan pembinaan tebatan banjir: Matbali
Februari 14, 2026, Sabtu - 2:20pm



TINJAU: Matbali bersama Ruslan meninjau beberapa lokasi yang dicadangkan untuk pembinaan tebatan banjir bersama rombongan agensi dan jabatan kerajaan.

BEAUFORT: Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan projek tebatan banjir di daerah itu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

Ini kerana katanya, selain masalah banjir yang kerap berlaku, isu hakisan turut membelenggu penduduk setempat berikutan paras air banjir tinggi yang mengakibatkan limpahan air banjir sehingga berlakunya hakisan.

"Hari ini saya bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam untuk meninjau keadaan banjir terutama sekali di kawasan Lumadan. Ketika ini kami berada di Kampung Batandok Lubak dan kita lihat keadaan banjir ini memang dalam dan pada masa melihat tanah runtuh dan hakisan di kawasan ini.

"Jadi kita merayu kepada pihak kerajaan supaya dapat menyegerakan pembinaan tebatan banjir melalui peruntukan Persekutuan kerana keadaan ini mendatangkan bahaya kepada penduduk khususnya pengguna jalan raya, lebih-lebih lagi ketika musim banjir," katanya.

Dalam pada itu, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan turut mencadangkan kepada kerajaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya meninggikan beberapa jalan raya yang terputus akibat banjir yang sering berlaku.

Katanya, perkara itu penting bagi memastikan bukan sahaja ia dapat memudahkan urusan pemindahan mangsa yang terlibat banjir tetapi juga memudahkan beberapa pihak untuk menghantar bantuan serta memberi kesenangan kepada penduduk untuk mendapatkan barang keperluan harian.

"Kita cadangkan ialah meninggikan jalan-jalan yang sering ditenggelami air banjir demi memudahkan pergerakan kenderaan-kenderaan kecil yang akan ke pekan untuk membeli barangan-barangan keperluan dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu, Ruslan turut mencadangkan supaya satu terusan dibina dari Kampung Suasa, bagi memastikan kelancaran aliran air ke laut, dalam usaha mengurangkan kesan banjir yang melanda di  kawasan Lumadan.

Katanya, cadangan pembinaan terusan sejauh tujuh kilometer diyakini antara salah satu solusi terbaik bagi mengurangkan limpahan air banjir ke beberapa buah kampung yang sering ditenggelami banjir.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.416590 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list