CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 3-12-2025 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bunga_durian9 at 3-12-2025 09:15 PM

Seram giler cerita ni.. terima kasih Mrs S
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2025 02:01 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 28-11-2025 02:55 PM
Kenapa aku berhenti kerja di lapangan terbang

Kisah ni terjadi semasa aku memulakan kerja baru aku  ...

nak lagi please...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2025 05:59 PM | Show all posts
Si Mata Hijau

Suatu ketika dulu aku penah buat kerja-kerja ukur tanah untuk satu syarikat pertanian ni.  Syarikat apa biarlah aku rahsiakan.  Kerja aku ni teramatlah mudah, kerjanya cuma duduk hadap komputer sambil ambil bacaan data dari satu alat pengukur jarak jenis laser ni.  Tapi yang tak berapa seronoknya, aku kena tinggal di tengah-tengah gurun seorang diri sampai berhari-hari lamanya mengadap benda alah ni.  Setiap pusingan data berubah-ubah selang masanya, dalam 2 ke 4 jam sekali kutip data, dan setelah pusingan itu selesai, aku kena set semula mesin tu secara manual.  Lagi banyak data di ambil lagi tinggi kualitinya.  Memandangkan syarikat aku ni nak data yang paling tepat, jadinya memang sehari suntuk la dari siang ke malam aku kena kutip data ni.  Di tengah-tengah gurun tu ada satu pondok buruk, di situlah stesen tempat aku bekerja.  Aku dah bertahun-tahun buat kerja ni dan sepanjang aku bekerja ni aku kira cuma ada 4 kejadian je yang benar-benar menakutkan aku.

3 daripada 4 peristiwa tu adalah peristiwa yang ada penjelasannya.  Peristiwa pertama, tiba-tiba ada satu dron terbang berlegar-legar di atas tapak kajian aku.  Yang kedua, generator aku rosak kena rempuh dengan segerombolan pendatang asing tanpa izin dan yang ketiga, polis peronda sempadan yang menyangkakan aku ni tokan dadah sebab duduk sorang-sorang tengah gurun ni. Kesemua ni walaupun menyusahkan aku tapi aku masih boleh hadapi lagi. Tapi peristiwa keempat ni, yang sampai sekarang kalau aku ingat balik memang meremang bulu roma aku.

Pada malam kejadian tu, berlaku pada kira-kira jam 4 pagi.  Aku baru je nak panaskan kopi dan tengah layan berita di radio.  Aku anggarkan dalam sehari tu adalah aku tertidur dalam 3 jam itupun selang-selang sambil tunggu mesin tu habis mengimbas. Tingkap aku buka sedikit sebab waktu pun dah nak masuk subuh jadi cuacanya dingin sekali.  Aku pun duduk di kaunter sambil menghabiskan kopi aku apabila aku terdengar macam ada orang tengah bersembang di luar pondok aku ni.  Aku ingatkan mungkin bunyi radio jadi aku pun turunkan sedikit kelantangannya.  Aku sangkakan mungkin aku ni mengantuk sangat kot.  Tak sampai 10 saat selepas tu, komputerku berbunyi tanda mesin pengimbas tu tidak membaca sebarang data.  Selalunya ni sebab mesin tu terlalu panas ataupun ada kabel yang tercabut.  Aku pun ambillah lampu suluh dan berjalan keluar menuju ke mesin tu.  Masa nilah aku ternampak ada satu makhluk ni tengah mencangkung di atas mesin pengimbas tu.

Makhluk tu aku pasti bukan tupai ataupun tikus gurun.  Sebab tingginya dari kejauhan tu pun dah 5-6 kaki dan bayang-bayangnya seperti burung hantu.  Benda tu merenung aku dengan mata bulatnya seolah-olah aku yang menceroboh tempat dia.  Aku suluh benda tu tapi.....cahaya lampu aku macam menembusi sesuatu yang gelap pekat likat.  Aku melangkah sekaki ke hadapan dan makhluk tu mengeluarkan bunyi klak klak klak macam nenek sihir sedang ketawa.  Dan makhluk tu terus terbang!  Aku pun apa lagi bukak langkah seribu balik masuk ke pondok aku tu lah.  Aku tak berani nak keluar dari situ sampailah matahari pagi memunculkan dirinya.  

Dah siang tu baru aku berani keluar.  Aku nampak mesin pengimbas tu dah rosak teruk.  Bahagian motornya sudah terbakar, kabel-kabelnya macam direntap dan bahagian badan mesin tu pun remuk padahal badan mesin tu diperbuat daripada besi.

Bila aku mengadu pada bos, bos bagi aku cuti bergaji seminggu.  Dia suruh aku berehat dan balik bekerja semula bila minda aku dah sihat semula.  Siapa nak tolak kan cuti percuma siap dapat gaji lagi tu jadi aku pun gunakan cuti itu untuk berehat sepuas-puasnya.  Itupun, aku masih tak dapat nak lupakan makhluk tu, lagi-lagi matanya yang bulat sebesar pinggan  tapi bola matanya berwarna hijau persis seekor kucing.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 09:14 AM | Show all posts
best best ada citer baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2025 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 29-12-2025 03:07 PM

Salah taip atau?

Beberapa tahun yang lalu, aku berpindah ikut suami aku ke Fleetville, Pensylvania.  Kami tinggal di sebuah kabin di tepi tasik di kawasan pedalaman yang memang tak ada apa-apa.  Kalau ikutkan memang banyak je peristiwa seram yang aku lalui sepanjang aku tinggal disini tapi ini adalah pengalaman pertama aku.  Salam perkenalan lah kiranya.  Kabin ni adalah milik keluarga mertua aku, sekarang ah jadi bekas dah pun.

Majlis perkahwinan aku diadakan di hutan belakang kabin tu. Dah nama pun hutan kan jadi memang majlis aku tu konsepnya kecil dan persendirian. Hanya keluarga dan teman-teman yang betul-betul rapat jd yang jadi tetamu majlis aku masa tu.  

Usai majlis aku tu, mak aku sajalah bawak aku dan suami aku meronda-ronda di sekitar hutan tu.  Lepas tu tinggal lah aku Dan suami di kabin tu untuk bulan madu kami.  Malam pertama aku agak istimewa. Kami pasang khemah di luar kabin tu. Khemah kami tak jauh pun dari kabin tu, tapi khemah kami tu memang romantik, cuma aku Dan suami je berdua di situ. Senyap sunyi yang kedengaran hanyalah kata-kata indah pengantin baru.

Sebelum masuk tidur, aku sempat hantar mesej kepada ibuku menggunakan aplikasi Speech to Text,yang mana aku perlu cakap je nanti telefon bimbit aku automatik akan menaip mesej itu. Aku cakap 'terima kasih untuk hari ni. Sayang ibu'
Tapi apa yang ditaip jadi lain 'I miss him so much'. Aku sangat rindukan dia. Pada mulanya aku keliru eh padia ni? Aku salah sebut ke? Tapi mustahil. Nak kata telefon aku menangkap percakapan orang lain, tapi aku dan suami je yang ada kat situ. Aku cuba nak tunjuk mesej tu pada suami aku, tapi dia pegi tidur la pulak. Sudahnya aku padam mesej tu dan aku taip manual je dan terus tekan butang hantar kepada ibu. Lepas tu tetiba aku merasakan macam ada kehadiran orang lain di situ. Seram punya pasal aku terus peluk suami aku yang tengah berdengkur dan buat-buat tertidur sampai aku betul-betul tertidur.

Sejak kejadian malam tu berminggu-minggu aku menyiasat sejarah tempat tu. Kot la kan pernah ada tragedi ke ape ke kt situ, tapi takde. Sekarang aku dah tak duduk situ dah, dan sememangnya aku taknak dah jejak kaki ke situ lagi...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2026 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 2-1-2026 01:21 PM

Mimpi Jadi Kenyataan?


Aku merupakan seorang peneroka gua di Florida selama hampir 13 tahun,sejak aku berusia 6 tahun lagi. Hobi menjelajah gua ni kiranya adalah hobi keluarga aku. Jadi dah banyak gua yang aku dah jelajahi.Walaupun orang selalu tanya aku tak takut ke masuk gua yang gelap tu.Sejujurnya tak. Mungkin sebab aku dah biasa kot dengan kegelapan gua ni.  Kecuali satu gua ni je.

Bermula apabila aku berusia 7-8 tahun, aku mula mengalami satu mimpi yang berulang-ulang ni. Setahun tu sekurang-kurangnya 2 kali aku akan bermimpikan perkara yang sama.  Jadi memang aku ingat sangat la perjalanan mimpi aku tu.

Mula-mula aku akan tertidur, kemudian aku akan terjaga dalam sebuah gua. Di atas lantai gua tu ada sebuah lubang kecil.  Lubang tu menuju ke satu koridor sepanjang 10-15 kaki dengan ketinggian 2-4 kaki. Di penghujung koridor tu kena belok kiri. Di simpang tu ada satu papan tanda jangan masuk berwarna merah yang dah tinggal separuh.  Seolah-olah papan tanda besi tu dikoyakkan oleh seseorang atau sesuatu. Tapi dalam mimpi aku tu, aku tak hiraukan pun papan tanda tu dah terus je masuk ke lorong kiri tu. Walaupun sebenarnya dalam hati aku diselubungi rasa takut.

Koridor itu akan mula menurun tapi laluannya berpusing-pusing seperti alur skru, laluan itu akhirnya akan menuju ke satu ruang berbentuk kebuk yang sangat luas. Masa ni sebenarnya pandangan aku dah makin kabur, tapi ingatan aku masih kuat lagi.

Aku nampak dinding kebuk tu seolah-olah terlekat dengan banyak sampah.

Aku nampak di tengah-tengah lantai kebuk tu satu lekukan yang sangat besar. Di dalam lekukan tu aku nampak macam bangkai, manusia atau binatang aku pun tak dapat nak kenal pasti sebab ianya dah bercampur-baur.

Dan yang paling mengerikan sekali, aku nampak ahli keluarga aku, mereka semua ada dalam lubang tu, diseksa dan kemudiannya dibunuh. Dan aku hanya terpaku di pinggir lekukan itu, menyaksikan ahli keluarga aku meronta-ronta tanpa aku berbuat apa-apa.

Kemudian aku akan terjaga dari tidur. Itupun aku merasakan yang cara aku terjaga tu bukannya aku tersentak dari mimpi ngeri itu, tapi seolah-olah aku ditarik keluar dari mimpi ngeri itu. Macam ada sesuatu yang taknak aku di situ.

Mimpi ini berterusan sampailah aku berusia 15 tahun. Aku pernah je ceritakan mimpi ni kepada seorang kawan rapat aku. Sampailah pada suatu hari ni, ayah aku rancang nak bawak kami sekeluarga ke satu gua baru yang kami tak penah pergi lagi.  Nama gua tu Dog Drop. Alkisahnya gua ni dapat nama macam tu sebab tempat tu adalah tempat orang buang anjing.
  

Dogdrop ni kalau nak masuk kena menurun ikut tali setinggi 30 kaki. Di atas lantai gua itu akan ada satu lubang iaitu tempat permulaan untuk eksplorasi gua ni nanti. Aku dan abang aku turun dulu manakala ayah aku akan tunggu di permukaan. Sampai je di lubang nak masuk tu aku dah mula rasa tak sedap hati aku pun tak tau kenapa. Abang aku mulakan langkah dulu masuk ke gua tu. Aku pun ikut jelah walaupun langkah aku berat dek rasa tak sedap hati tu.

Dah turun, baru aku sedar aku di mana. Koridor yang sama, simpang yang sama, dinding gua yang sama, bezanya tak ada papan tanda jangan masuk yang separuh hancur tu je. Abang aku dah makin ke hadapan, aku masih terpaku di tempat yang sama. Babak dalam mimpi aku tu berputar-putar dalam minda aku. Aku rasa macam nak menangis, aku cakap kat abang aku, aku nak naik balik, aku taknak berada kat sini lagi. Lepas tu aku terus panjat lubang tu balik naik ke permukaan. Abang aku pun terpaksalah naik jugak.

Dah sampai ke permukaan aku terus naik ke kereta, merayu pada ayah dan jurupandu yang bawak kami tu untuk bawak aku balik rumah. Semua orang terpinga-pinga dengan perilaku aku hari tu tapi diorang ikutkan jelah, sebab masa tu aku nampak begitu terganggu sekali.

Aku tak pernah cerita pada keluarga aku tentang alasan sebenar aku taknak masuk ke gua tu hari tu, dan kami pun tak pernah kembali ke gua itu semula. Yang peliknya, selepas kejadian tu, mimpi ngeri tu tak pernah lagi muncul dalam tidur aku sehinggalah ke hari ini.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-1-2026 01:43 PM | Show all posts
Misteri Kematian Bapa Saudaraku
Aku ada seorang pakcik yang bekerja sebagai seorang askar yang ditempatkan di Perancis.  Kejadian ni berlaku pada tahun 1960an.  Pakcikku bertemu jodoh dengan perempuan warganegara Perancis jugak masa tu.  Pada satu malam, pakcik aku ni lepak-lepak dengan kawan-kawan dia di rumah pakcik aku ni lah. Tak lama lepas tu pakcik aku cakap kat isteri dia yang dia nak lepak dengan kawan-kawan tu kat luar pulak.  Dia pun ucapkan selamat tinggal kepada isteri dia dan itulah kali terakhir isteri dia nampak dia.  Lepas tu dia dah tak balik rumah dan beberapa hari kemudian, mayat dia dijumpai di sebatang anak sungai dalam keadaan muka dalam air.  Pasukan tentera masa tu langsung tak bagi apa-apa maklumat pasal punca kematian pakcik aku ni kepada isteri dia termasuklah laporan autopsi.

Yang menariknya pasal kes ni, semua kawan-kawan pakcik aku telah disiasat dan mereka semua memberikan keterangan yang sama, langsung takde percanggahan.  Kebetulan juga ayah aku pun seorang askar, ayah aku pun buat siasatan sendiri tapi pihak tentera langsung taknak berikan kerjasama kepada ayah aku.

Yang lagi pelik tu, isteri pakcik aku yang dah memang warganegara Perancis tu diterbangkan ke negara asal suami dia, iaitu Amerika Syarikat ni lah.  Isteri pakcik aku dan anak-anak dia dipaksa tinggal di bes tentera Oklahoma masa tu. Aku pun tak ingat berapa bulan mereka semua tinggal di USA, padahal sepatutnya isteri pakcik aku boleh je tinggal di Perancis. Tak lama lepas tu, isteri dan anak-anak mendiang pakcik aku tu 'dilepaskan' oleh pihak tentera dan sejak tu mereka tinggal dengan datuk dan nenek aku.

Pernah satu ketika selepas kematian pakcik aku tu, datuk aku menerima sepucuk surat yang isi kandungannya agak mencurigakan, dan dalam sampul tu ada sejumlah wang yang agak besar.

Banyak teori dan khabar angin pasal kematian pakcik aku ni, ada yang kata mendiang ni adalah seorang perisik tentera, ada jugak yang berspekulasi mungkin yang bunuh pakcik aku tu adalah dari keluarga isteri dia sendiri, sebab keluarga isteri dia tu dengar khabarnya ada pertalian dengan geng kongsi gelap.

20 tahun berlalu, masa ni dah masuk 1980an. Salah seorang pakcik aku dilantik menjadi presiden untuk sebuah kolej di Texas, jadi dia pun cubalah gunakan kuasa dia untuk memohon FOIA (Freedom of Information Act) untuk sekurang-kurangnya mendapatkan penjelasan tentang kematian abang dia.  Tapi permohonan dia ditolak. Pakcik aku tak putus asa, dia pun cubalah gunakan kabel pulak, melalui seorang senator yang dia kenal.  Senator tu bersungguh-sungguh nak bantu pakcik aku, tapi walaupun dengan kuasa seorang Senator, permohonan itu ditolak mentah-mentah.  Kalau dan sampai Senator pun tak boleh nak tolong, memang kami dah tak boleh buat apa lah jawabnya.

Walaupun aku tak mengenali mendiang bapa saudaraku itu, tapi kematian dia cukup buat atuk dan nenek aku sampai sekarang patah hati. Termasuklah keluarga mendiang.  Rasanya sampai bila-bila pun kami takkan tau apa sebenarnya yang terjadi pada malam kematian pakcik aku tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2026 02:23 PM | Show all posts
Tangisan Misteri

Aku adalah seorang renjer hutan di sebuah taman negara di utara Montana.  Pada satu malam tu, dalam pukul 3 pagi macam tu lah, kami terima panggilan kecemasan dari seorang pengunjung yang sedang berkhemah di satu lokasi yang letaknya 45 minit dari lokasi kami.  45 minit mendaki  kawasan berbatu-batu ye.  Aku dan rakan sekerja aku pun pergilah ke kawasan yang dimaksudkan itu.

Dah setengah jam mendaki, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati.  Aku rasa macam ada sesuatu yang buruk bakal terjadi je ni.  Tapi aku cepat-cepat tepis perasaan itu, aku sangkakan mungkin sebab keadaan masa tu gelap gelita dan satu-satunya cahaya yang ada adalah dari lampu kepala kami, ditambah pulak kawasan tu memang tempat merayau beruang jenis grizzly tu kot. Sebab tu aku rasa macam tu. Jadi aku pun teruskan jelah perjalanan tu.



10 minit berlalu, kami dah nak hampir dah ke tapak perkhemahan pengunjung tu, apabila kami terdengar suara bayi menangis.  Aku dan kawan aku pun mulalah panik dan kami pun percepatkan langkah kami. Sambil tu kami menjerit-jerit pada pengunjung tu, tunggu kami! Kami datang ni! Sedang aku memanjat batu-batu tu, aku baru perasan sesuatu yang pelik.

Suara bayi menangis tu seperti rakaman yang diulang-ulang. Adalah jeda masa dalam 30 saat, kemudian ianya berulang lagi. Intonasi, kenyaringan, esakan bayi tu sama je bukan macam suara bayi manusia normal.  Aku pun cepat-cepatlah tarik kawan aku tu. Aku suruh dia dengar elok-elok suara bayi menangis tu.  Pucat lesi muka kawan tu bila dia pun perasan benda yang sama macam aku.

Kami pun tak tunggu apa lagi. Kami pusing belakang, turun semula dan berlari balik ke stesen kami.  Tapi yang peliknya, selepas kami kembali ke stesen kami tu, kami tak terima apa-apa panggilan kecemasan pun dari sesiapa.  Hairan kan?  Tapi bila aku ingat balik, seram pulak rasanya.  Apa jadilah kalau kami teruskan jugak usaha menyelamat tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2026 03:47 PM | Show all posts
salam kepada semua pengikut thread ni,

selepas ni I nak buat satu siri panjang berkenaan dgn skinwalker.  cerita ni agak panjang jugak la, jadi untuk satu jangka masa I dah tak terjemahkan cerita-cerita pendek lagi. Harap follower thread I ni ok ye dengan keputusan I ni hehehe

by the way, I dapat tau jugak ada 2-3 channel youtube/tiktok yang gunakan cerita-cerita I untuk konten diorang. secara jujurnya I tak kisah pun. I pun ceduk kisah orang jugak hehehe. kalau ada sesiapa nak gunakan kisah dalam thread ni untuk konten korang I tak kisah pun. kalau sudi bleh la share link kat thread ni kita sama-sama meriahkan video tu.

Pejam celik dah 5 tahun jugakla thread ni. Alhamdulillah masih ada yang sudi baca.  Terima kasih I ucapkan kepada yang sudi meriahkan thread ni.  Uols la yang menggalakkan I untuk sentiasa update thread ni. Terima kasih semua

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas terjemahan dan cerita cerita menarik di sini, dah habis baca semuanya.. Nak tunggu thread yg baru pula ☺️
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2026 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
*Legenda Skinwalker Bahagian Pertama*

Terlebih dahulu, ingin aku jelaskan di sini bahawa cerita yang aku nak sampaikan ni bukanlah cerita aku, tetapi pengalaman sebenar kawan baik aku bernama Sam (bukan nama sebenar).  Sam berdarah keturunan orang asli Amerika suku Dine.  Walaupun Sam ni 100% memang anak jati suku Dine tapi dia tak pernah tinggal di penempatan Rizab Orang Asli Amerika ni seumur hidup dia.

Aku mengenali Sam melalui satu gig penggambaran beberapa tahun setelah aku habis belajar dari sebuah sekolah seni.  Kami berdua berkongsi minat yang sama,iaitu tentang dunia paranormal.  Kami selalu bertukar-tukar kisah paranormal kami, bezanya aku cuma ada tu je peristiwa paranormal yang betul-betul terjadi pada aku, tapi Sam ni ada banyak sangat kisah paranormal yang dialami samaada pada dia atau pada orang-orang di sekeliling dia.  Dalam banyak-banyak kisah dia tu, ada satu ni yang aku paling terpahat di ingatan aku, iaitu legenda Skinwalker.  

Untuk pengetahuan semua, aku dah minta kebenaran Sam ye nak kongsi kisah dia ni, dia siap bagi kerjasama kat aku lagi tu untuk aku ceritakan semula legenda ni kepada pembaca semua.  Cuma dia minta aku ubahlah nama-nama watak dalam ni termasuklah nama dia, untuk privasi katanya.

Seperti yang aku ceritakan sebelum ni, Sam ni berdarah tulen keturunan Dine. Ibu dan ayah kandung dia membesar di sebuah Rizab Orang Asli di New Mexico.  Sam ni anak luar nikah, mak ayah dia melahirkan dia di usia mereka terlalu muda, dan akhirnya beberapa tahun kemudian, masa ni Sam kecil lagi, ibu dan ayah dia pun berpisah.  Mak dia bawa si Sam ni pindah ke Illinois dan berkahwin dengan ayah tiri dia yang berkulit putih dan penganut Kristian Katolik.  Sejak itu, Sam membesar di kawasan pinggir bandar Chicago sampailah dia menginjak remaja.  Sepanjang dia membesar tu adalah setahun 2 kali dia balik kampung ayah dia tapi itu pun paling lama dia duduk di kampung tu 2 minggu je.

Apabila Sam dah masuk ke alam dewasa, umur pun dah 20 tahun, Sam ambil keputusan nak tinggal sepenuhnya di kampung ayah dia di kawasan Rizab tu.  Alasan Sam, sebab dia nak mendalami budaya dan adat resam kaum Dine yang sangat tradisional itu.  Selama ni Sam memang tak tau apa-apa pasal budaya kaum dia, yelah dah duduk dalam taman dan dikelilingi orang kulit putih je.  Tambahan pula, Sam masa ni sedang giat mempelajari ilmu seni khususnya seni lukis dan seni fotografi.  Dari situ tercetuslah idea Sam untuk jadikan budaya Dine ni sebagai inspirasi untuk hasil seni dia.  Tapi Sam tinggal kat Rizab tu tak lama pun, adelah dalam 4 tahun je.  Umur 24 tahun dia dah keluar dah dari Rizab tu.  Kenapa dia keluar?  Nanti aku cerita.

Semasa dia di Rizab tu, dia berkenalan dengan seorang gadis orang asli yang tua 2-3 tahun daripada dia bernama Jess. Jess ni memang lahir dan membesar di Rizab itu.  Setelah berjaya memperoleh ijazah dari sebuah kolej di negeri bersebelahan, Jess kembali ke Rizab itu untuk menjadi guru sekolah menengah.  Mungkin sebab Jess ni orangnya berpelajaran, Jess ni mengaku dia seorang yang agnostik, maksudnya dia ni bukanlah seorang yang yakin dengan kewujudan Tuhan atau apa-apa entiti yang lebih berkuasa dari manusia di bumi ini.  Walaupun begitu, keluarga Jess ni berkepercayaan khurafat.  Sangatlah khurafat sehinggakan ada salah seorang ahli keluarga Jess ni yang merupakan seorang dukun dalam masyarakat mereka.  Ahli keluarga yang dimaksudkan itu adalah John.  John ni berpangkat datuk saudara kepada Jess.  John ni juga merupakan orang tua dalam masyarakat itu yang sangat dihormati oleh orang lain.  Dalam keluarga dan masyarakat Jess, John ni bagaikan insiklopedia bergerak untuk apa-apa sahaja yang berkaitan dengan adat resam, budaya dan kepercayaan tahyul suku Dine.

John ni dah kategori warga emas, duduk seorang diri di rumah atas tanah milik dia sendiri, jadi Sam nilah yang paling rajin membantu Sam ni.  Membantu dari segi memperbaiki barangan elektrik atau kereta yang rosak ke, bantu uruskan ladang John, bawak John ke sana ke mari.  John selalu je nak hulurkan duit kepada Sam, tapi Sam menolak. Dia segan nak terima duit warga emas macam John, lagipun masa ni Sam ada duit sendiri hasil daripada gaji sebagai guru seni separuh masa dan jualan lukisan dan gambar-gambar dia yang diniagakan di sebuah pasar di Santa Fe.  Jadi sebagai balasa, Sam akan minta John ni untuk berkongsi ilmu-ilmu yang John ada berkaitan dengan kaum Dine ni.  Bagi Sam inilah antara salah satu cara untuk dia mengenali adat budaya suku kaum dia sendiri.  Hampir setiap malam, 2-3 malam jugalah Sam akan ke rumah John, selain daripada menemankan seorang orang tua pada masa yang sama belajar tentang budaya kaum dia.  John ni memang tak lokek nak kongsi ilmu dia, tanyalah apa sahaja yang Sam nak tahu, John pasti akan menjawabnya.

Kecuali satu topik ni je; "yee naaldlooshii".

Sam ni walaupun dia anak sejati suku Dine, tapi dia ni tidak memiliki pandangan yang sama macam anak Dine yang lain.  Mungkin sebab Sam ni tak membesar di Rizab dan dia sendiri dibesarkan dengan ajaran Kristian Katolik.  Bagi dia, topik skinwalkers ni adalah topik paranormal biasa je, bukan sesuatu yang taboo pun.

Jadi inilah satu-satunya topik yang John akan menolak sekeras-kerasnya untuk dibincangkan.

Dah tak dapat nak tanya John, Sam beralih kepada Jess pulak. Walaupun Jess ni agnostik, tapi bila Sam sebut pasal topik ni, Jess jadi muram dan minta Sam jangan paksa datuk saudara dia untuk bercerita pasal topik ni lagi.  Perkara ni menimbulkan kehairanan pada diri Sam.  Sam sangkakan Jess ni seorang yang berfikiran moden, jadi kenapa topik ni sangat mengganggu dia?  Jess cakap, walaupun dia tak percaya dengan kewujudan benda karut-marut dalam masyarakat dia ni, tapi ada satu kejadian yang betul-betul terjadi pada dia yang membuatkan dia rasa, mungkin benda tu wujud sebenarnya.

*Kisah Jess*
Semasa Jess seorang budak kecil, satu malam tu dalam perjalanan pulang ke rumah dia, dipandu oleh ayahnya, mereka dikejar oleh satu makhluk yang mulanya disangkakan hanyalah seekor coyote.  Bila makhluk tu makin mendekat, rupa-rupanya ia adalah seorang manusia yang memakai kulit binatang, seolah-olah ianya makhluk separuh manusia separuh binatang.  John dipanggil dan dia pun buatlah satu upacara penyucian dan pendinding dengan harapan makhluk itu tidak akan mengganggu mereka lagi.

Beberapa tahun kemudian, masa ni Jess baru je balik kampung setelah menamatkan pelajaran dia tadi, dia jumpa balik makhluk tu.  Kali ni ianya melompat pula dari satu bumbung ke satu bumbung. Pada mulanya Jess ingatkan itu anjing kot, tapi apabila makhluk itu melompat ke satu bumbung rumah yang berhadapan dengan dia, makhluk itu tiba-tiba boleh pula berdiri dan kemudiannya duduk dengan kaki bersilang.  Mata kunignya memerhatikan Jess.  Nasib baiklah masa tu Jess sedang memandu kereta, dia pun apa lagi tekan minyak dan pecut lah dari situ.  Punya lah laju dia bawak kereta tu sampai dia kena tahan dengan polis kaum dia.  Jess dalam nada bergetar-getar dia bagi alasan dia sedang dikejar oleh makhluk tu.  Polis tu suruh Jess diam, diorang taknak dengar penjelasan Jess dan suruh Jess balik nanti cerita kat John.  Walaupun macam tu, saman tetap juga dikeluarkan sebab Jess memandu melebihi halaju.  

Jess pun ceritakan pengalaman ni kepada John.   John pun buatlah upacara yang sama macam masa dia budak kecil dulu.  Menurut John, makhluk tu sebenarnya sedang mengintai orang lain, tapi kebetulan makhluk tu perasan keberadaan Jess masa tu.  John pesan kat Jess, cerita ni biarlah pecah di perut, jangan di mulut, sebab takut nanti makhluk itu akan beralih kepada Jess pulak.

Jess kiranya dah langgar pesanan John la sebab cerita kat Sam.  Tapi niat Jess adalah untuk matikan minat John pada topik skinwalker ni.  Manelah Jess tau rupa-rupanya makin meluap-luap pulak minat John pada topik ni.

Agaknya, mungkin John ni bila dah setiap hari dipujuk dirayu oleh Sam, John pun lembut hatilah dan akhirnya dia setuju nak berkongsi ilmu dia tentang skinwalker ni kepada Sam.  Dan Sam sampaikan kisah dan ilmu yang diturunkan oleh John tu kepada aku melalui pesanan terus (DM) di Instagram.  Untuk kisah seterusnya, aku akan singkatkan skinwalker kepada sw ye.  Malas nak taip panjang-panjang hehehe

Bersambung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik Mrs S . Cerita lg ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:25 PM | Show all posts
Terima kasih banyak atas  kesudian Mrs. Salvatore berkongsi cerita-cerita seram dari Reddit. Terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 11:32 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-1-2026 03:47 PM
salam kepada semua pengikut thread ni,

selepas ni I nak buat satu siri panjang berkenaan dgn skinwa ...

SENTIASA  menunggu cerita terbaru...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 09:20 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-1-2026 03:47 PM
salam kepada semua pengikut thread ni,

selepas ni I nak buat satu siri panjang berkenaan dgn skinwa ...

terima kasih selama ni dengan citer yg best best

teruskan lagi kami sedia menunggu dan enjoy the story
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 03:54 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-1-2026 03:47 PM
salam kepada semua pengikut thread ni,

selepas ni I nak buat satu siri panjang berkenaan dgn skinwa ...

terbaik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2026 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih bnyk Mrs s
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 11:39 AM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-1-2026 03:47 PM
salam kepada semua pengikut thread ni,

selepas ni I nak buat satu siri panjang berkenaan dgn skinwa ...

not bad at all

ada yg intrig utk pindahkan the story into other medium



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 2-1-2026 03:47 PM
salam kepada semua pengikut thread ni,

selepas ni I nak buat satu siri panjang berkenaan dgn skinwa ...

Terima kasih masih sudi update di sini...
Walaupun tiktok lagi mendunia..
I suka baca di sini ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 20178 Replies : 24
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 1265 Replies : 5
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 23521 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 41484 Replies : 529
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23616 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 364255 Replies : 3552
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19986 Replies : 8
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 66928 Replies : 48
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31938 Replies : 24
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
ultra78KKM batal notifikasi produk kosmetik ber
Views : 31051 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 03:16 PM GMT+8 , Processed in 2.184898 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list