Bella Hadid ikut Lofa di InstagramOleh Hanisah Selamat
[email protected]
KUALA LUMPUR:
Neelofa menjadi satu-satunya selebriti tempatan yang diikuti model terkenal antarabangsa, Bella Hadid, di Instagram selepas pertemuan mereka, malam tadi.
Hos dan pelakon terbabit diundang ke majlis makan malam anjuran pengeluar jam tangan mewah di sebuah hotel terkemuka bersama Hadid, 22, selaku duta jenama itu.
Menerusi sebuah video yang kini tular, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor, 29, itu dilihat mengajar model berasal dari Los Angeles berkenaan cara menikmati nasi lemak.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/11/502579/bella-hadid-ikut-lofa-di-instagram
|