|
[Jenayah]
'Derma' yang diterima oleh Najib Razak sebanyak RM2.6 bilion adalah jelas rasuah
[Copy link]
|
|
igt dia peduli halal haram
igt dia peduli dosa pahala |
|
|
|
|
|
|
|
semoga najib mendapat cash |
|
|
|
|
|
|
|
najib ni jenis bangsa , kmpul bukti dan tangkap je
buang masa je buat memorandum atau komplen kat dia , haram dia nak layan |
|
|
|
|
|
|
|
PKR saman Najib isu wang RM2.6 bilion
PKR telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.http://www.malaysiakini.com/news/308281
|
|
|
|
|
|
|
|
Usah lagi bangkit isu RM2.6 bilion
Wartawan Sinar Harian
12 Ogos 2015
Ismail melayan kunjungan tetamu yang hadir pada jamuan hari raya PDM Kuala Krau di sini semalam.
KUALA KRAU – Ahli Umno tidak perlu lagi menjadi jaguh dengan membangkitkan isu dana RM2.6 bilion yang jelas terbukti bukan untuk kegunaan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua Umno Bahagian Kualau Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, isu berkenaan tidak wajar dibangkitkan mana-mana pihak memandangkan ia jelas bukan berunsur rasuah dan tidak menyalahi undang-undang negara.
“Dana RM2.6 bilion ini sudah jelas diberikan bukan untuk tujuan peribadi Perdana Menteri tetapi tujuannya ialah untuk membangunkan negara Malaysia demi memastikan kesejahteraan rakyat.
“Jadi saya percaya apabila sudah diberi penjelasan apatah lagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri menyatakan bahawa tidak ada salahnya dari segi undang-undang maka isu ini tidak perlu lagi ditimbulkan oleh mana-mana pihak,”
katanya selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri Pusat Daerah Mengundi Kuala Krau, di sini semalam.
Turut hadir, Naib Ketua Umno Kuala Krau, Datuk Wan Salman Wan Ismail, Adun Jenderak, Datuk Mohamad Jaafar dan Ketua Wanita Umno Kuala Krau, Senator Norehan Abu Bakar.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan menerusi media bahawa dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau bukan untuk kepentingan diri, tetapi bagi membiayai aktiviti parti dan menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terhadap masyarakat.
Beliau berkata, usaha untuk mencari dana bagi keperluan parti dan masyarakat merupakan sebahagian daripada tugasnya sebagai Presiden Umno dan tidak pernah dipertikai olah mana-mana pihak sebelum ini.
Malah menurut Perdana Menteri, penerimaan dana politik merupakan amalan parti sejak dahulu dan beliau hanya meneruskan perkara itu.
Sementara itu, Ismail berkata, dalam menuju wawasan 2020 semua pihak harus memberi tumpuan kepada isu yang lebih besar bagi memajukan rakyat dan negara berbanding membangkitkan perkara yang tidak memberi faedah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau berkata, dalam apa-apa isu berbangkit semua pihak harus bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi melakukan siasatan dan tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Ismail berharap semua ahli Umno tidak akan terpengaruh dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pelbagai pihak terhadap Presiden Umno pada masa ini. |
|
|
|
|
|
|
|
makin mengarut kt mesia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|