CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zidane_ziege

[Jenayah] Najib beli jet baru..Syukur..

 Close [Copy link]
Post time 16-3-2015 09:54 PM | Show all posts
luvly_eone replied at 16-3-2015 08:58 PM
dipersilakan uncle jet @Anak_Nogori memberi sepatah dua kata.....

Pakcik An kirim salam. Dia kata ini semua pitenah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu seru2 saya..skrg saya tengah sibuk dgn bisnes dari pagi tadi.

Nanti saya pastekan byk artikal berkaitan fitnah rapiji ni..dah byk dah keluar dlm blog2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 10:13 PM | Show all posts
Korang bising2 nape...biarlah kami makan pasir sekali pun asalkan ahjib dapat naik jet baru....barulah sesuai dgn tittle PM Malaysia...gah la sikit kat mata dunia....kita rakyat marhaen ni takpe kalau tak mampu beli kenderaan biar jalan kaki pun takpe kenderaan awam banyak....korang patut bersyukur GST 6% tu sikit sgt...elok letak GST 12% baru la kerajaan untung....kami rela bantu kerajaan BN biar pun kami susah mcmana pun kami tetap sokong kerajaan BN....biar kami susah asalkan pemimpin2 BN senang
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 10:17 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 16-3-2015 09:54 PM
Pakcik An kirim salam. Dia kata ini semua pitenah

dia mai dah.... jap lg dia bawak 'artikel' sokongan dari mykemut....

sama kes dgn cite 'jet' dulu.... lps tu nganga.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 10:18 PM | Show all posts
ntah2 palsuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 10:37 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 16-3-2015 09:54 PM
macai bimbo dapat naik jet ke? setakat tgok dalam tv 15inci pinjam jiran sebelah smbil mulut melop ...

kan... walau pun bersalin kulit, perangai ngengade tetap tak dapat nak sorok macam bangkai gajah...
the only difference is tetiba bersis2 dengan Changa macamlah orang tak perasan



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2015 10:42 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-3-2015 10:37 PM
kan... walau pun bersalin kulit, perangai ngengade tetap tak dapat nak sorok macam bangkai gajah.. ...

ahhh..lu pun...dari cara posting dah tau lu gay lorong..

busuk bangkai gajah.




Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:05 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 16-3-2015 09:29 PM
Rafijik ni kaki fitnah. Kunun pengumuman di Parlimen Jet Peribadi
PM ada 6 bijik. Kalau betul, kena ...

cilakak JPM.... pitenah merata....

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri pada Isnin menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

JPM dalam satu kenyataan di sini berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli di Parlimen pada Isnin bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"erbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"erolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM.
sos : http://www.mstar.com.my/berita/b ... ti-boeing-16-tahun/

baideway -> ayat standard yg dah boleh diagak:
"erbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"erolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

syukur..... kata pencacai.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Blood money. Mana nak berkat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:17 PM | Show all posts
sedangkan mengeja ARTIKEL pun salah
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:18 PM | Show all posts
Najib dan rosmah perosak reputasi BN...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
oo sambil menyelam minum air la ni..rombongan kak mah anto pengantin ye..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sat lagi ade tak yang ratib nuart
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:23 PM | Show all posts
spt dijanjikan.

JPM jawab isu beli pesawat ACJ320

16 MAC: Jabatan Perdana Menteri pada Isnin menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

JPM dalam satu kenyataan pada Isnin berkata kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawatjet peribadi BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.

Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli di Parlimen pada Isnin bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

“Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

“Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:27 PM | Show all posts
MARCH 16, 2015


Gagal Fitnah DS @NajibRazak Isu IMDB, @RafiziRamli Fitnah Pula Isu Pembelian Jet Baru





Ahli Parlimen Pondan, mengadakan Sidang Media di Parlimen hari ini membuat dakwaan separuh benar terhadap pembelian pesawat Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia. Berikut adalah penjelasan ringkas maklumat yang telah diputar belitkan oleh Rafizi Ramli dan kuncu-kuncunya:

1. Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia (bukan keputusan DS Najib Razak secara individu) sepertimana yang dibangkitkan oleh Rafizi Ramli bukan sebagai "Jet Peribadi" seperti yang didakwa, sebaliknya ianya adalah "Jet Kerajaan".

2. Pembelian pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian "Jet Kerajaan" yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja dan kenamaan yang layak.  Pesawat BBJ737-700NG juga terlalu uzur untuk digunakan oleh kenamaan dan perlu digantikan dengan pesawat yang lebih baru atas faktor keselamatan.

3. "Jet Kerajaan" yang disebut oleh Rafizi Ramli merupakan jet kedua Kerajaan yang sudah lama dibeli dan telah berusia lebih 20 tahun. Oleh kerana faktor usia, kos penyelenggaraan jet tersebut amatlah tinggi. "Jet Kerajaan " tersebut juga sering menghadapi masalah teknikal. Ketika membawa Raja Permaisuri Agong pada tahun lepas, jet tesebut pernah menghadapi masalah teknikal ketika terbang diudara dan menyebabkan ianya 'hilang ketinggian' secara mendadak. Kesemua penumpang jet tersebut pengsan termasuk Raja Permaisuri Agong. "Jet Kerajaan" tersebut juga pernah terbabas sehingga menyebabkan kerosakan enjin ketika mendarat di Lapangan Terbang Alor Setar pada beberapa tahun lepas. Alhamdulillah pada ketika itu tidak ada penumpang.

4. Pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang amat tinggi. Oleh itu dakwaan Rafizi Ramli bahawa pembelian pesawat baru ini untuk menambah koleksi "Jet Kerajaan" adalah fitnah.

5. Pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG pada kebiasaannya digunakan oleh DYMM YDP Agong, Permaisuri Agong, Raja-Raja dan kenamaan lain yang layak. Perdana Menteri hanya akan mengunakan pesawat berkenaan sekiranya pesawat yang beliau gunakan sekarang iaitu ACJ 319 mengalami kerosakan dan sedang diselenggarakan.

6. Dakwaan Kerajaan memiliki "sekurang-kurangnya 6 buah pesawat" yang sedia digunakan adalah fitnah dan berniat jahat. Faktanya, daripada 5 "Jet Kerajaan" yang ada, hanya 2 sahaja yang masih elok dan berfungsi dengan baik. Bagi pesawat lama iaitu BBJ 737-700NG, ianya sedang dalam proses untuk dijual. Ianya disimpan sebagai sumber alat ganti dan tidak semestinya untuk digunakan. Selain daripada "Jet Kerajaan" ACJ319 dan BBJ 737-700NG, "Jet Kerajaan" yang lain adalah Fokker F28 (dilupuskan pada Ogos 2012 dan sudah berusia 30 tahun) manakala Global Express dan Falcon 900 telah tamat tempoh penggunaannya.

7. Soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd adalah kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian  "Jet Kerajaan" ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit. Selain itu pembelian "Jet Kerajaan" merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai dilakukan melalui sistem tender.

8. Sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri  (2009-2015), inilah kali pertama pentadbiran DS Najib menukar pesawat VVIP. Itupun ianya bertujuan untuk mengurangkan kos menyelenggara pesawat lama disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan YDP Agong serta Raja-Raja. Jelas Kerajaan BN di bawah DS Najib Razak tidak membeli pesawat ini sewenang-wenangnya, sebaliknya pembelian dibuat selepas mempertimbangkan keperluan dan mengambil kira keadaan pesawat sedia ada yang tidak lagi selamat digunakan.

9. Walaupun surat dan perjanjian setuju terima telah dibuat untuk pemilikan sebuah jet yang baru bagi menggantikan "Jet Kerajaan" kedua tersebut, ianya cuma akan dilaksanakan setelah "Jet Kerajaan" lama ini berjaya dijual. Kapten Norudin Majid adalah antara rakan kongsi dalam syarikat Jet Premier One Sdn Bhd. Masihkah kita ingat siapa beliau? Ketika peristiwa MH370, Kapten Norudin adalah antara pakar penerbangan yang banyak ditemubual oleh media. Beliau cukup fasih dalam bab penerbangan dan ilmu agama. Kebelakangan ini banyak kemalangan melibatkan pesawat berlaku di seluruh dunia. Adakah semata-mata kerana ingin 'berjimat', maka nyawa pemimpin negara dan krew pesawat kerajaan tidak perlu diambil berat?

10. Adakah pembelian pesawat berkenaan dilakukan semalam? Kalau benarpun surat yang ditunjukkan dalam sidang media oleh Rafizi Ramli, ianya bertarikh Disember 2014. Kenapa baru hari ini hendak dibangkitkan oleh Rafizi Ramli? Bagi sesiapa yang belum mengenali Rafizi Ramli, bacalah biodatanya seperti di bawah. Sememangnya seumur hidupnya sentiasa dizalimi oleh Kerajaan.




Read more at http://khairulryezal.blogspot.co ... UJdHMXX5cahPIDVg.99
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:30 PM | Show all posts
Dok Malaysia yg makan pasir tu keturunan pemalas je. Indon Bangla dok Malaysia boleh je senang lenang janji rajin cari rezeki. Sendiri pemalas nk salahkan keraajaan. Bangang turun temurun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2015 11:32 PM | Show all posts
Isnin, 16 Mac 2015
Penjelasan Mengenai Kapal Terbang..!



Ini penjelasan dari pihak kerajaan..!

PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian pesawat Kerajaan ACJ 319. Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.

Lu Fikir La Sendiri!!!
Posted by PUTRA MERDEKA at 10:35 PTG
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:34 PM | Show all posts
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 16 March 2015| Kategori: Adamyan,Utama | 10 Comments »

Pembelian Jet Kerajaan Baru Ganti Pesawat Berusia 20 Tahun

  
inShare

rafizi-jet

PEROLEHAN pesawat baru VVIP jenis A320 merupakan satu keputusan penggantian Jet Kerajaan yang berusia 20 tahun bagi tujuan penggunaan Yang Di Pertuan Agong, Sultan dan Perdana Menteri.

Menurut sumber kerajaan, pesawat ini dibeli untuk menggantikan pesawat VVIP jenis BBJ737-700NG yang telah berusia hampir 20 tahun dan memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Penggantian seperti ini adalah amalan biasa dalam perolehan kerajaan sebab di Malaysia ini bukan Perdana Menteri sahaja VVIP, tapi ada juga Yang Dipertuan Agung dan Raja-Raja yang layak menggunakan kemudahan pesawat rasmi kerajaan.

Justeru dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa pembelian ini merupakan satu pembaziran kerana Kerajaan telah mempunyai 6 buah Jet adalah tidak tepat.

Sebaliknya kerajaan dalam proses menggantikan pesawat lama yang telah uzur.

Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Dipertuan Agung layak mendapat perkhidmatan pesawat yang terbaik dari segi teknologi dan keselamatan sementara dalam masa yang sama, wang rakyat dapat dijimatkan kerana pesawat baru ini tidak memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi seperti pesawat lama.

Manakala soal pembelian terbaru ini melalui rundingan terus diberi kepada Jet Premier One (M) Sdn. Bhd kerana syarikat yang mempunyai kontrak penyelenggaraan dan pengendalian  pesawat Kerajaan ACJ 319.  Ini memudahkan urusan pembelian dan pengendalian pesawat terbabit.

Selain itu pembelian Jet kerajaan merupakan pembelian dengan ciri-ciri spesifik dan tertentu yang tidak sesuai untuk sistem tender.



Pembelian Satu Pembaziran?

Ia jadi membazir kalau setiap tahun kerajaan tukar pesawat VVIP.  Kalau ikut rekod, sepanjang 6 tahun menjadi Perdana Menteri, inilah kali pertama pentadbiran Datuk Seri Najib menukar pesawat VVIP, itupun untuk tujuan mengurangkan kos disamping aspek keselamatan kerana ia menjadi kegunaan Yang Dipertuan Agung serta Raja-Raja.

Menurut sumber yang sama lagi, pesawat lama (BBJ 737-700NG) sedang dalam proses untuk dijual – tak semestinya untuk digunakan, tapi sebagai sumber alat ganti, jadi sekali lagi, tunjukkan di mana berlaku pembaziran?

Cakap pasal rundingan terus, DAP Pulau Pinang pun tak menggunakan proses tender terbuka dalam penganugerahan Projek Pembinaan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai lebih RM 4 billion.  Kenapa Rafizi tak menyerang disitu?

Tapi bila difikirkan semula, Rafizi memang selalu ada masalah macam ini.  Dengan tukang gunting rambut pun kena tipu (rambut tak berapa ada tapi gunting kena RM10), apa lagi cerita hal-hal beli pesawat macam ini.

Share this:
Facebook10K+Twitter57EmailPrint
Related
Bakal Beli Euro Typhoon: Siap Sedialah Dengan 'Taufan' Pakatan
December 6, 2011
In "Adamyan"
Scorpene: Dari Dulu Pembangkang Lemah Bab Pertahanan
June 7, 2012
In "Adamyan"
Adakah Anwar Akan Naik Kereta Pergi Turki Kalau Jadi PM?
October 4, 2013
In "Adamyan"
Ada 10 Comments setakat ini.

jackal40
March 16th, 2015 at 2:15 PM
Khalifah asik tukar keter tu je camner lak?

dkds
March 16th, 2015 at 2:21 PM
alahai rapuzi. sudah -sudahlah memutar belit fakta itu….dia ingat di dalam Malaysia ini hanya PM sahaja ke yang dikategori sebagai VVIP, habis yang dipertuan agong kau anggap apa rapuzi?

adakah rapuzi ingin melihat raja-raja melayu dijadikan korban kerana pesawat sudah usang dan tidak terurus lagi?

kereta pun ada had limitnya mangkok rapuzi!!!

Anti pengkhianat
March 16th, 2015 at 3:53 PM
muka rapussy babi jahanam nak mampos ni seeloknya digosok dgn kertas pasir no.3.

rapiji
March 16th, 2015 at 4:32 PM
kah kah kah.. ntah la labu

dumno
March 16th, 2015 at 7:01 PM
Kalau uzur naik MAS lah…nape beli? Semua kaki sapu

mike
March 16th, 2015 at 7:27 PM
Rafizi prlu beri fakta yg tepat n jngan putar belit fakta n memfitnah.

Abdullah
March 16th, 2015 at 7:35 PM
Sebagai ketua Negara, Negeri dan Ketua Kerajaan sesuai dgn darjat dan keduduka; SPB Yang DiPertuan Agong, DYMM Sultan2 dan Perdana Menteri berhak diberi kemudahan seperti itu. Ini untuk memudahkan lagi pergerakan VVIP kita apabila keluar menjalankan tugas2 rasmi. Ketibaan Ketua Negara/kerajaan dalam lawatan Negara/Rasmi dgn menggunakan pesawat Rasmi yang melibatkan majlis sambutan ketibaan DiRaja/perdana akan menambahkan martabat SPB dan Gah secucuk dgn kedudukan Raja yg Berdaulat. Begitu juga Seorang ketua Kerajaan yg dipilih rakyat. Agak tidak munasabah kalau SPB Yang DiPertuan Agong atau PM diminta menaiki kapal terbang komersial yg terikat dgn jadual penerbangan masing2, semasa menjalankan tugas Rasmi sedangkan dalam kebanyakan kes lawatan seumpama bergantung kepada kelapangan dan ketentuan masa oleh Negara yg akan dilawati. Dalam kebanyakan kes sambutan ketibaan Ketua Negara/Kerajaan diadakan ditempat khas spt ketibaan Bunga Raya di mana hanya private jet atau official carrier sahaja dibenarkan. Configuration dlm pesat Rasmi biasanya direka bentuk sedemikian rupa dgn bilik tidur, ruang perbincangan kecil dll untuk membolehkan VVVIP benar istirahat dan berbincang jika perlu. Ini penting jika jarak perjalanan jauh spt KL – London. Dalam menimbang usul pembelian pesawat Rasmi ini perkara yg patut kita utamakan ialah kemampuan kerajaan; jika ketajaan mampu maka faktor seperti hak dan keistimewaan SPB Agong, Raja dan Perdana Menteri,keselarasan serta keselamatan patut diberi keutamaan.

Bangang nasional
March 16th, 2015 at 7:37 PM
Macai bangang

sino
March 16th, 2015 at 11:15 PM
Setuju dg Abdullah. Ketua kerajaan biar le ada standard sikit. Ni apa naik pesawat umur 20 tahun, menjatuhkan
darjat. Lagi pun sapa2 yg jadi ketua kerajan lepas ni dia akan guna juga pesawat tersebut. Silap2 tukar lain yg lebih canggih dan mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:36 PM | Show all posts
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 16 March 2015| Kategori: Adamyan,Utama | 1 Comment »

Tiada Istilah Pesawat Peribadi Tapi Pesawat Rasmi

  

bodoh_benar_rafizi
Kepala Botak Ditengah Hanyalah Gambar Hiasan
PORTAL pro pembangkang dan Rafizi Ramli cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan mendakwa jet VVIP jenis ACJ320 yang baru diperoleh kerajaan adalah sebuah pesawat peribadi.

Ini tak betul sebab tidak ada istilah pesawat peribadi bagi perolehan yang dibuat kerajaan, sebaliknya pesawat rasmi.

Penulis tak rasa jutawan muda lulusan luar negeri seperti Rafizi terlalu bodoh nak bezakan antara pesawat rasmi kerajaan dengan pesawat peribadi. Penulis yakin dia tahu sebab Anwar kerap guna pesawat peribadi untuk berkempen di Sabah dan Sarawak sebelum PRU13 dulu.

Yang Anwar guna tu pesawat peribadi, yang diperoleh kerajaan untuk ganti BBJ737-700NG ni pesawat rasmi.

Lainlah kalau Rafizi boleh tunjuk geran atau apa bentuk dokumen pemilikan pesawat yang menunjukkan pesawat yang diperolehi itu didaftar atas nama indvidu? Ada ke?

Kalau takde, bukanlah pesawat peribadi namanya, tapi pesawat rasmi.

Dalam masa yang sama, orang yang hantar Rafizi ke parlimen patut berfikir banyak kali jenis manusia apa yang mereka pilih untuk menjadi wakil rakyat ni?  Sepanjang jadi ahli parlimen, satu isu Pandan pun tak ada, sebaliknya Rafizi lebih banyak cakap pasal perkara-perkara yang tidak ada kaitan terus dengan pengundi Pandan.

Seolah-olah penduduk Pandan ni sudah cukup lengkap segalanya dan tidak ada masalah langsung, tapi ada  ke kawasan parlimen yang macam itu?  Kalau ada, Pandan tak perlu ada wakil rakyat sebab serba serbinya dah cukup, tak perlu buat apa-apa lagi dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 11:37 PM | Show all posts
ok ok.... rapiji fitnah...
bukan 6 ler.... 5 bijik je....
mana ada membazir.....

yg tak menahan..... guna nama kapten norudin....
so..... kire halal ler kalau beli dari kapten ni....

9. Walaupun surat dan perjanjian setuju terima telah dibuat untuk pemilikan sebuah jet yang baru bagi menggantikan "Jet Kerajaan" kedua tersebut, ianya cuma akan dilaksanakan setelah "Jet Kerajaan" lama ini berjaya dijual. Kapten Norudin Majid adalah antara rakan kongsi dalam syarikat Jet Premier One Sdn Bhd. Masihkah kita ingat siapa beliau? Ketika peristiwa MH370, Kapten Norudin adalah antara pakar penerbangan yang banyak ditemubual oleh media. Beliau cukup fasih dalam bab penerbangan dan ilmu agama. Kebelakangan ini banyak kemalangan melibatkan pesawat berlaku di seluruh dunia. Adakah semata-mata kerana ingin 'berjimat', maka nyawa pemimpin negara dan krew pesawat kerajaan tidak perlu diambil berat?


~makcik2 dan pakcik2 kampung ternganga..... Ya!!!! Kami sokong Najib...!!!! Hidup Najib....!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.291982 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list