|
(TT Update #170) Anak Sedara Agresif Teramat - Edisi Punchingbag
[Copy link]
|
|
milamela replied at 6-10-2015 05:43 PM
alamak. dah post baru terperasan dia tak reply sis punya post kat atas tadi.
Saya perasan posting tadi.
Syahdu gila dah beli baju kasut bagai tapi hilang gitu je.
Anyway. You bagi sepatah dua kata kat husband you. Biar dia bukak mata sikit.
Nak jaga org tua apa nya camtu???? Mak pak jadi hamba and duduk rumah tu and allow benda tu jadi. Abang dia tu dah serupa dot doy dot tak sanggup aku nak menyamakan tapi mcm organisma hidup tapi bukan Manusia.
Atas tiket anak tunggal mak angkat bla bla bla lalu lah jatuh kesian hulur tengkuk. Laki bini elok sembelih tengkok mak bapak sendiri. Kurang ajar punya makhluk.
Your mother in law pun selfish pilih kasih. I hate to say but ur husband pun ke arah tu. Dia pulak biarkan keluarga dia sendiri hadap benda nonsense tu semua. Benda ni is benda tak sihat ok. Tak elok utk anak u. Tak elok utk kesihatan jiwa keluarga you. Tapi husband you boleh pulak allow family dia duduk dalam rumah mak pak yg ridiculously insane tu. Beli or sewa jelah dekat dekat situ. Jenguk mak selalu. Klau rumah mak mertua sepah korang duduk dlm tu, nanti tak tolong kemas tak sedap pulak. Tapi kalau ada rumah sendiri pepandai lah mil you tu nanti limitkan diri. Satu hari bila dia dah penat tak larat, mungkin dia jeritkan aja kat dua elor yang reti main seks buat anak tapi takmo jaga tu.
Bila dah pindah Dont allow anak you dijaga mil tu. Sebab atas faktor kesihatan jiwa anak you sendiri. Pedulik hapa mil you tak bagi cucu dijaga org lain. It is yoir child not hers |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tau makcik tu..memasing kedekut nak htr pengasuh. last2 mak dia meninggal.nyesal x sudah memasing.
entahla kan, if rasa kurang kemampuan dalam nak uruskan anak..rasa toksah la beranak dulu.
rezeki Allah swt tu luas..kalau beranak reramai tak mampu uruskan pon..last2 susahkan org lain.
payah gak..
|
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya makcik tu sis.
kejam betul anak anak dia. tu lah, masa hidup sia siakan orang tu, dah takde nak menyesal sedih menangis klua air mata darah pun tak guna.
sil (kakak husband) penah cakap jugak hari tu, nak tunggu mil saya tu masuk hospital sebab anak anak diaorang baru nak sedar agaknya kot. tu pun kalau sedar lah. kot kot lepas mil dah okay, diaorang buat hal balik pun tak guna jugak.
mil saya penah sekali ngadu kat saya sakit pinggang, saya tolong apa yang termampu, tapi dalam tolong tu saya cakap jugak dengan dia, udah udah lah dokong si gadang tu ma. dia bukan kecik lagi macam dulu. mil saya diam jer. imagine lah kalau mak bebudak tu ada sekalipun, si gadang tu menangis mintak nenek dia dukung, maknya buat bodoooo jer. saya yang rasa macam nak pegi flying kick maknya. buat buat tak nampak, tak kisah. kalau sakit bukannya kau nak tolong pun. hari tu saya dah geram sangat, saya sound jer depan mak dia, "si gadang (bukan nama sebenar).. awak tu bukan kecik lagi. nenek tu dah sakit pinggang asyik dukung awak tau." maknya pandang saya then baru lah nak tegur tegur anaknya tu. sekali tu jer lah, esok esok tu buat bodo balik. manusia jenis apakah diaorang ni?
mungkin mak pak diaorang ni belum merasa anak tu besar & dihambakan lagi (walaupun dah dikulikan untuk banyak benda lain). tapi tu lah, pada saya, tuhan maha kaya. hari ni buat orang, tak semestinya esok esok kau terlepas kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tau lah nape pada saya kan sis, nak kata rezeki tu bukan, tapi lebih kepada sendiri mencari nahas.
pada hemat saya, kalau dah amek iud, amek injection planning, makan pil perancang bagai tapi pregnant jugak, tu baru namanya Allah bagi rezeki. sebab dah mencuba segala kaedah tapi terlepas jugak kan. otherwise, kau sendiri yang mencari nahas. kau dah tau kau tak mampu, tapi takde effort untuk protect & elakkan benda tu terjadi lagi. malah lagi galak benda tu terjadi walaupun hakikatnya kau tak sedar kau akan menyusahkan orang orang sekeliling kau pada masa akan datang.
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks sis bagi nasihat. insya Allah saya akan ingat sampai bebila.
saya akan cakap dengan husband saya lagi pasni. sebelum ni banyak kali dah ajak pindah, siap saya ugut, "kalau takmo pindah then jangan berangan nak tambah anak." then instead husband saya kata saya selfish.
sis sis sekalian, nak tanya. kalau kita basuh baju pakai tangan kan, dah siap jemur dah pun, tapi baju tu takde tanda tanda menurun. tapi masa nak lipat saya tengok baju baju tu macam kena bleach. adakah sebab terkena matahari? saya ada tanya dengan akak ofis, dia kata kalau kena direct matahari, baju akan jadi pudar. tapi ni bukan pudar dah, ni dah berbelak belak putih macam kena bleach. saya cium pun memang part part berbelak tu bau bleach. sedangkan saya basuh baju tu pakai tangan takde pakai bleach langsung, siap dah jemur baju tu memang ok, takde nampak apa apa rosak. selalunya terjadi kat baju baju anak saya. baju saya dengan husband ada jugak, tapi tak kena sebanyak baju baju anak. dah lah ada yang baru pakai sekali, tak penah pakai lagi pun hado. hadeh. menangis diri ini.
ampun seribu ampun tt, terpaksa menumpang posting tt dengan masalah saya. saya nak bukak thread baru takut kena hencap, masalah saya tak berapa besar gamaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
MIL awk manjakan n layankan sgt anak2 si nurse (biras) awk tu.
sian MIL awk..yelah dah satu hal nak layan cucu. patutnya usia2 ni..selalunya dok ikot suami ke masjid n surau
dengar ceramah agama..
cucu memanglah cucu kan. semua org syg cucu..even mak sy pon..tp sy tak tergamakla awk..
dulu penat dah dia besarkan anak2..
|
|
|
|
|
|
|
|
milamela replied at 7-10-2015 12:13 PM
tak tau lah nape pada saya kan sis, nak kata rezeki tu bukan, tapi lebih kepada sendiri mencari na ...
Tak kisah kita nak beranak berapa pun. Tapi janganlah susahkan orang lain. Kalau pakai kondom iud hormon bagai insyaallah chances nak mengandung tu rendah sangat.
I bukan against org tambah anak. I against org tambah anak tapi menyusahkan orang lain.
And also tiap hari dengar kat berita anak sampai 5 orang pastu tak makan apa semua.
Adakah kita ni asik nak salahkan takdir and asik tuding ke rezeki. 'Bangsa' lain elok je anak sorang dua. Apakah malays ni suatu alien, yang sgt beza dgn 'bangsa' lain yakni pakai kaedah pencegahan pun tetap mengandung jugak?? 'Bangsa' lain elok je guna kaedah pencegahan, tqpi malays ni bila guna tak berkesan pulak. Sesuatu Sangat. Seperti misteri yg kita selalu dengar, dirogil jin lalu mengandung. Lol |
|
|
|
|
|
|
|
ubat_batok replied at 7-10-2015 12:48 PM
MIL awk manjakan n layankan sgt anak2 si nurse (biras) awk tu.
sian MIL awk..yelah dah satu hal n ...
Betul tu. Zaman nenek i dulu. Dah puas jadi parents. Dah tua dok jadi bos je. Takdenya nak jaga cucu bagai.
Zaman sekrang dah terbalik. Nenek atok jadi parents balik sampai mati. Mak pak main seks beranak. Kebanyakan saya lihat begitu. Kecuali my cousin ni, dia dah bercucu. Bila org tanya ko jaga cucu ke? Eiiiii tak kuasa aku. Zaman aku dah abis. Anak anak dia yg jaga sepenuhnya. Takde dia nak bagi muka pada anak dia tu walaupun anak dia lahir atas dulang emas. Nasib anak dia sedar diri.
Zaman sekranag mak bapak bertuankan anak. Puik sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by munchkin at 7-10-2015 05:12 PM
milamela replied at 7-10-2015 12:26 PM
thanks sis bagi nasihat. insya Allah saya akan ingat sampai bebila.
saya akan cakap de ...
See. Kita dont be in denial. Kalau spouse salah sekali pun kena admit. Tengok jelah jawapan your husband. Nak ikut ke dia je. Mak dia, abang dia, anak buah dia je. Isteri dia? Anak dia? Ada dia pikir. Kenalah tolak ansur. Siapa selfish sekarang ni?
Anyway jawapan kepada cuci baju. Saya rasa orang lain punya baju dicuci dengan clorox. Tak cuci bersih. Bila dalam keadaan basah (baju sis n baju berclorox) tu bersentuhan maka bahan clorox tu transfer kepada baju sis. Maka luntur lah ia.
Saya pernah hantar kain batik n baju biasa ke dobi. Saya suruh cuci n kering asing. Ada satu pekerja yg tahu kena cuci and kering asing. Bila pekerja lain handle, dia cuci asing tapi kering dia humban kering sekali (read pemalas). Mcm mana saya tahu? Kalau cuci sekali semua baju akan kena warna kain batik tu. Tapi ni dua tiga helai kena, yang lain tak kena. Bila saya tanya, dia kata cuci mmg asing. Saya tanya lagi? Keringkan mcm mana? Barulah dia kata kering sekali. Saya kata, guna logik lah!!! Kain batik basah akan keluarkan warna bila bersentuhan. Habis baju shirt kerja semua. Apa saya buat, saya beli vanish power 02. Saya rendam baju lebih kurang 70C selama 1-2 jam lebih. Nanti warna batik tu keluar. Pastu bilas bersih baju tu semua. Untuk warna luntur, tak boleh guna kaedah ni.
apa jadah nak cuci baju guna klorox tak paham. Kalau baju kotor sekarang ni kan ada clorox baju utk pakaian berwarna or boleh je cuci dengan vanish power 02. Crazylah guna klorox jamban utk cuci pakaian (yg sememangnya function utk melunturkan)??? |
|
|
|
|
|
|
|
ade ceramah agama kat tv psl ni..sy lupa lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
ubat_batok replied at 7-10-2015 05:24 PM
ade ceramah agama kat tv psl ni..sy lupa lah..
Sampai jadi topik pulak. Tapi memasing nantik buat tak tahu je. Selektif hearing je manjang. Nak dengar benda yg memihak or mneynangkan diri memasing. |
|
|
|
|
|
|
|
berani gila buat mcm tu kat mil eh.. isy... hari tu kat ceramah.. jatuh derhaka tau.. dah la suruh jaga anak ramai.. tak bagi apa2 pulak tu.... sedangkan bagi duit pun dah macam bayaran pun ustaz kata mcm tu jugak... pergi la bayar org jaga.. or else berenti la keje jaga anak.. dah tau ramai tak mampu nk byr kt oorg.. jaga sendiri.. yg anak lelaki pun buat buta je mak sendiri org layan mcm org gaji.. laki den bising kalau den duduk2 mak dia sorang buat keje.. nak mampus ... mau la kena keji dek sedara.. mil kita suka bercerita jugak tu... pernah sepupu somi ckp kat anak kita " suh ayah tu selalu2 balik kg.." ntah apa la mil cerita ntah.. bukan nya kita tak pernah balik... balik je.. takkan nk blik tiap2 minggu.. kena faham la jugak.. sedangkan dengan kg sendri pun saya ni jarang dapat balik.. sepupu tu budget ustaz pulak nak sound2 org... cakap kat anak kita depan kita.. nak suruh kita dengar la tu.. xnak plk dia ckp kat muka laki kita sendiri.. tau laki aku pun baran orang nya..
|
|
|
|
|
|
|
|
ur biras or SIL tu tak penat ke ek, duk buat checklist compare2 dengan orang... duk banding2 anak sape paling pandai, gemuk, beranak banyak & cepat...
bosan betul dengan orang komen compare2 nie.. tea anak nak cecah 2 tahun, blom preggy next one lagi, masih menyusu badannnn.... ni tengah pikir2 nak bagi susu ape utk wean off.. ramai orang komen anak tea tak bam2, tea ok je dia tak bam2.. asalkan body dia tegap, aktif...susu mahal ke murah ikut kemampuan & selera anak laa kan...
orang komen anak tea aktif sangat... bagi tea, selagi dia tak kacau anak orang, tak main mainan anak orang.. tak kacauu orang... tea ok.. kalo balik kg, tea bagi anak tea tu main bola sepak dekat laman... on weekends, tea bawak dia (bonceng) cycling for hours... ipad tea ada laa bagi dia tengok video2 camtu aje.. junk food / chocolate? tea bagi je, but i limit it.. tea nak anak tea enjoy his life as kid, i want him to Play, appreciate/respect anyone around him, & ada common sense...
tea blom ada rezeki preggy lagi.. but its ok... sementara tu, kita bizi kan diri... buat bisnes plan, pergi course2... travelll sementara gerabak belum panjang ni.. quality time with family..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia xkan penat sebab taktau nak buat apa kat rumah. patutnya org mcm dia dah buat sesuatu yg berfaedah.
buat hobby baru ke ape kan. ini selain compare, dia juga penganalisis politik. semua benda nak share2 kat FB.
sahih ke tak..tetap nak share.. especially bab2 kutuk isteri PM (tak suka tak apa..but i tak boleh terima la org kutuk fizikal org..
xgunalah u solat..bertudung.berlitup tp dok kutuk2 org n jadikan org sebagai bahan ejekan)..i bukan la backup..tak suka better diam je kan.
sama lah, anak i bulan 1 ni genap dua tahun. batch2 yg preggy sesame 2013 semua dah pregnant/ada yg da beranak dah. i tak suka la org sibuk
"bila nak preggy lg..usia da meningkat..bla bla bla" tipikal sgt.
anak i pon kategori panjang. tak berlipat2..org yg kdg2 ade anak berlipat2 ni bangga habis kan? my friend anak dia masa 8mo- berat 13kg. bangga habis.
setiap baby kan lain tumbesaran dia..ade yg cpt ade yg lambat. my SIL je mcm kalau boleh biar semua anak dia. tp mcm biasalah.. ayat dia mesti mcmni;
"mesti anak ko jalan dulu ni..."
"mesti anak ko pandai cakap dulu ni..."
padahal dia mcm...kalau boleh anak dia. anak i jalan lambat, kira nak masuk setahun baru berjalan. ni gigi pon 8 batang je lagi, tp dah bercakap..berbanding anak sil..gigih penuh jalan cepat but takleh bercakap satu. tp bg dia- dia cepat la..bangga tau anak boleh panjat n melompat dari kerusi. ni bukan aktif tapi hyper. jenis bega pon iye, kerja nak buli org. suka rampas brg..padahal perempuan. buas. haaa gitu. anyway kesian, budak tu mcm tkurung kat rumah. tea faham kan? mcm "sugar rush". anak i kat rumah aktif, sampai rasa mcm...tp bila dia kat luar atau berdepan dgn org. sopan santun keluar suara pon taknak..
padahal kat rumah, hero segala hero (baru semalam cium lantai, bibir atas pecah & luka..nasib tak patah gigi..penangan berlari dan tersadung maka ibarat pesawat landing menjunam)..nangis kejap sbb tgk baju n mulut penuh darah. then dia diam je..
betul2 i pon bg anak i spend masa dia jd bebudak ni. membesar as a normal kid. takde la umur setahun dah bg buku- ha baca ABC, one two three. haa baca Alif, ba ta..no..biar dia main mcm biasa. kalau nak tgk kartun, bukak. makan..anak i coklat / ice cream mcm x suka makan. lebih ke arah kek..hihih kek pisang faveret. atau roti. bg la bun ape2..mmg elok je dok makan diam2. air plak suka air masak (dulu lgsg taknak, lepas beli botol air kalerful..barula asik minum air)
mcm mana i serabut tgk kids yg meraung2 kat mall nak mainan, mcmtula i risau if anak i akan buat benda mcmtu...harapnya anak2 kita akan jd behave la kan.
tulah ni i ade course nanti ni..hehehe, baru nak start2 course. lama x gi course
|
|
|
|
|
|
|
|
haaa betul! i rasa ceramah yg sama i dgr.
jadi derhaka & anak akhir zaman
|
|
|
|
|
|
|
|
yelah sbb ustaz tu kata anak2 zaman skang ramai gitu kekdahnya..nnti jumpa i tunjuk
|
|
|
|
|
|
|
|
berani dia kutuk2 fizikal rosmah.. nanti terbalik jadi cam dia baru tau.. huhuhu.. lantak le rosmah tu nak gemuk ke ape.. yang patut highlight cuma part mengketedarah duit rakyat aje.. not the physical.. ahhahahha
my husband advice to me.. let the kids being kids... buat masa ni, kita manjakan, bagi dia main2 aktif, LEARN... now kita teach on common sense, basic discipline & respect others.. respect harta orang, kira pupuk nilai2 murni & asas tauhid la dulu.. ABC ke ape tu, slowly we introduce... let them have fun in learning, bukan stress... tea rasa nak kena attend kursus in parenting islamic way la... ni orang kita sibuk nak paksa2 anak pakai tudung umur 2,3 tahun, tanpa dia paham pasal tauhid etc... paksa puasa2 penuh walau belum cecah 5,6 tahun...
|
|
|
|
|
|
|
|
kann..nak kutuk fizikal, mcm bebudak sgt tau.
tula, time2 dia nak membesar ni la kita pupuk nilai2 murni kan. bgtau do & dont. mungkin ambil masa utk dia faham.
berlambak i tgk baby da bertudung tp pakaian skirt. mcm salah pulak cara parents dia ajar.
faham nak terapkan nilai2 murni tu. tp betul la ckp u, better pergi amik course.
utamakan yg utama. ustaz pon ada kata, budak bwh 7 tahun tu. tak posa & tak yah paksa posa penuh. yg penting "solat" dia
..bila dia mula bersolat, automatik dia akan mula berpuasa..ini emak2 zaman skang taknak kalah.
"anak i 4 years da puasa penuh tauu"
kdg2 taska tak sampai hati tau puasakan budak2 tu..sian, melepet ajelah..merengek2 kejap yelah dah emak/apak masing2 dah ckp
"kalau boboy puasa penuh, mumy dady belikan ps4" -- contoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
ko orang nismilan ye.. den dah jumpa ayat yang ko sebur buek den tingat kg halaman.. iaitu bega dan polak... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah! haaah nismilan
:-)
nismilan ko?kek mano? aaaa gitu sudahnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|