|
Last edited by Goldkey on 24-12-2013 02:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
50pp: Motivasi Petang
Jangan pandang sebelah mata
pun mendabik-dabik dada
memandang hina pada orang biasa
mereka juga manusia punya hati miliki jiwa
diam tak bererti tiada upaya
barangkali mereka lebih bijaksana
menjauhi porak-peranda
lebih baik simpan suara
bertindak ikut tatacara
kawal emosi rasionalkan minda
maruah diri terjaga
elak sengketa
disenangi semua
aman sejahtera
CNM, 26/12/13, BBBangi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Motivasi 50pp
Asas ilmu
bermula daripada ayah dan ibu
jadi contoh kepada anak-anak meniru
guru yang memperteguhkan penguasaan ilmu
ramai yang menyerah bulat-bulat kepada cikgu
sedang itu tanggungjawab ayah dan ibu
pemantauan anak-anak harus waktu ke waktu
pastikan betul tingkah laku
sebelum jadi haru biru
berikan cukup waktu
membentuk jati diri padu.
CNM, 5/4/14, B.B.Bangi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Motivasi 50pp
Aku tak pernah kecewa
malah aku setiasa berbangga
jadi pendidik anak bangsa
berbakti pada negera
ramai yang pandang mudah saja
tugas cikgu senang katanya
separuh hari dah habis kerja
sedang hujung minggu pun bekerja
macam-macam program perlu dilaksana
anak isteri suami kecewa
hari minggu tak dapat bersama
biarlah orang mengata!
CNM, 5/4/14, B.B.Bangi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Motivasi 50pp
Integriti
adalah soal hati
keikhlasan dalam semua segi
dalam usaha mencari reda Ilahi
tanggungjawab kepada diri
tanggungjawab kepada organisasi
perlu melebihi kepentingan peribadi
sering utamakan tugas hakiki
mendahulukan tugas rasmi
melunas arahan diberi
tanpa sekelumit sunggutan di hati
amanah jujur ciri tertinggi
kepentingan umum didahului
kerana integriti cerminan maruah diri.
CNM, 13/4/14, Trolak Selatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
50pp Motivasi Pagi
Usah terlalu mudah melafazkan janji
kelak kata-kata memakan diri
ada yang terasa hati
merana menunggu janji ditepati
ada baiknya berpijak pada realiti
ukur kemampuan diri
lihat ke dalam diri
kerana melaksana sukar sekali
tak semudah bicara tanpa perancangan rapi
moga tiada rasa dikhianati
moga terhindar dendam berapi
silaturahim kekal abadi.
CNM, 29/5/14, Bdr. Baru Bangi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
50pp Merdeka.
Setelah tumpah berlaksa air mata
setelah begitu tebal lumpur sengsara
laungan keramat Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bergema mengubati jiwa-jiwa luka seMalaya
tercatat pada tiang sejarah dunia
negara merdeka tanpa ufti darah satria
demi bangsa negara dan agama
bersatu warga sepakat kata
berpadu menjunjung panji-panji setia
tunduk di bawah payung Seri Paduka.
CNM, 28/8/14 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
50pp Realiti
Lebih separuh abad dititi
mengekal tautan jabat yang dimateri
jatuh bangun hadir menguji
kesatuan hati diterjah polarisasi
integriti menipis di dada sanubari
tikaman seligi ini bukan mimpi di siang hari
satu realiti yang mendatangi
menaji retak yang kian dibimbangi
menghancur lebur sebuah lafaz janji
tadbir urus di bawah satu panji.
CNM, 29/8/14
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
50pp Bebas
Telah pupus khazanah Malaya dijarah penjajah. Cukuplah derita ditanggung anak bangsa. Disimbah sengsara sedemikian rupa. Lukanya, perit ke akhir nyawa. Syukurlah anak-anak Malaysia. Tanah tumpah darahmu telah merdeka. Merdeka itu bebas. Bebas dari segala penjajahan. Ayuh! Rungkaikan minda dari segala belenggu. Bangun majukan bangsa, negara dan agama capai taraf global.
CNM, 31/8/14
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|