|
SEMBANG, CORAT-CORET, BINCANG DAN KONGSI PENDAPAT OLIMPIK LONDON 2012
[Copy link]
|
|
tahniah Datuk Lee Chong Wei..Walaupun dapat Silver Medal, Malaysian are proud of you..
*No free baskin to us..huhu..*
|
|
|
|
|
|
|
|
Impian musnah
Skripnya berulang seperti di Beijing 2008 dan Lee Chong Wei akur dia belum ada senjata istimewa untuk menumbangkan musuh tradisi, Lin Dan yang muncul pemenang pingat emas Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut, malam tadi.
Apa pun, tidak seperti empat tahun lalu jaguh negara memberi saingan sengit dengan permainan berkualiti sebelum tewas kepada juara dunia itu 21-15, 10-21, 19-21 dalam tempoh 79 minit tapi rebah di gelanggang tanda kecewa buat menyoal diri kenapa dia tidak menjadi pihak yang menang kali ini.
"Saya minta maaf. Saya melakukan segala yang saya terdaya hari ini (semalam) tapi Lin Dan masih hebat. Saya minta maaf kepada setiap rakyat Malaysia yang mengharapkan saya menang emas hari ini. Seperti anda semua saya juga amat kecewa kalah sekali lagi," kata Chong Wei pilu.
Lin Dan yang hilang arah dalam perlawanan pertama berkata dia bersimpati dengan Chong Wei yang memberinya saingan sehingga ke mata penamat.
"Dia main begitu hebat dalam set pertama dan memberi saya banyak masalah. Tapi saya positif dalam set kedua dan ia membantu saya menang lagi emas hari ini," kata pemain China berusia 29 tahun itu.
Dengan kedua-dua pemain berhempas pulas di atas gelanggang hijau mencari mata demi mata buat memikat tontonan jelas elemen tuah masih memihak Lin Dan yang kini harus dilabel pemain terhebat sepanjang zaman. Belum pernah ada pemain perseorangan memenangi emas Olimpik secara berturut-turut.
Dalam saingan gangsa, rakan senegaranya, Chen Long menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun II 21-12, 15-21, 21-15.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Sue Bock berkata anak didiknya memberi persembahan terbaik semalam tapi akur Lin Dan ada faktor tuah membantunya sekali lagi.
"Saya tak sangka Chong Wei dapat memberi persembahan terbaik dan menyaingi lawan mata demi mata dalam set ketiga. Dia bermain lebih baik daripada Kejohanan Dunia, tahun lalu. Lin Dan bertahan dengan baik hari ini dan tiada banyak perbezaan kemampuan antara mereka kali ini," katanya.
Source : Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Unbeatable' Bolt keeps his crown
LONDON (Reuters) - Usain Bolt fired up a cool evening at London's Olympic Stadium as only he can when he retained his 100 metres title with a thrilling reassertion of his status as the world's supreme sprinter on Sunday.
Banishing any doubts about his fitness and form, the Jamaican dipped across the line in 9.63 seconds - the second fastest time ever behind his own world record of 9.58 - to trample on the dreams of the seven pretenders to his crown.
"Usain! Usain! Usain!," chanted the 80,000 crowd as Bolt kissed the ground, somersaulted, struck his 'Lightning Bolt' pose and hugged his training partner Yohan Blake, who won silver for a Jamaican 1-2 in 9.75 seconds to match his personal best.
American Justin Gatlin, the 2004 Olympic champion, took bronze in 9.79 seconds ahead of his compatriot Tyson Gay, who was fourth in 9.80. Jamaica's Asafa Powell was last after pulling up injured.
Jamaica's Usain Bolt celebrates victory in the men's 100m final during the London 2012 Olympic Games at the Olympic Stadium
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jamaica's Usain Bolt (left) leaps ahead to win the men's 100m final past countryman Yohan Blake (centre) who took second while Tyson Gay of the US (right) came in fourth at the Olympic stadium in London
Jamaica's Usain Bolt (right) celebrates with Jamaica's Yohan Blake after winning the men's 100m final on Aug 5 2012 in London |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KEDUDUKAN PINGAT TERKINI
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia akan merancang untuk mendapat pingat pada Olimpik Rio de Jeneiro 2016 nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kagum betul tengok atlet-atlet Sukan Olimpik yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan.. Terbaik... |
|
|
|
|
|
|
|
bualsukan posted on 8-8-2012 02:10 AM
Kagum betul tengok atlet-atlet Sukan Olimpik yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan.. Terba ...
ye betullll....
tapi tidak kagum pada 2 ekor biawak hidup ni, sebab performed ala kadar dan mengambil kesempatan bercuti di London..
Chef De Mission yang cakap ..
|
|
|
|
|
|
|
|
bualsukan posted on 8-8-2012 02:10 AM
Kagum betul tengok atlet-atlet Sukan Olimpik yang bertanding dengan penuh semangat kesukanan.. Terba ...
Behdad leads Iran one-twoBehdad Salimikordasiabi added the Olympic crown to his world and Asian titles as he triumphed in the men's +105kg and brought the curtain down on Weightlifting at London 2012.
L'or et l'argent pour l'Iran
Behdad Salimikordasiabi (à droite) célèbre sa médaille d'or avec Sajjad Anoushiravani Hamlabad en haltérophilie dans la catégorie +105kg hommes, au 11e jour de Londres 2012.
Salimikordasiabi, from Iran, was the favourite for victory and the super heavyweight rose to the occasion to confirm his title as the 'strongest lifter in the world'.
The 22-year-old managed a total of 455kg, which was not enough to eclipse the mammoth 472kg world and Olympic record managed by legendary compatriot Hossein Rezazadeh in 2000, but it did clinch Iran's first Weightlifting gold since 2004.
And the vast numbers of Iranian fans inside ExCeL were afforded further delight after Sajjad Anoushiravani (449kg) took silver, with Russia's Ruslan Albegov (448kg) going home with bronze.
Beijing 2008 gold medallist Matthias Steiner was denied the chance to defend his crown after he was forced to withdraw following an injury.
Making his second snatch attempt of 196kg, Steiner was unable to raise the weights fully and, falling back, could not help but drop the bar down on to his head and then shoulder.
Steiner thankfully managed to walk off stage but forfeited his third attempt to receive treatment, and it was later announced that he would not be able to continue and headed to hospital for a routine assessment.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Presiden_Lanun posted on 8-8-2012 06:10 AM
Behdad leads Iran one-twoBehdad Salimikordasiabi added the Olympic crown to his world and Asian ti ...
Family matters: Olympic siblings
[url=][/url]
Alistair and Jonathan Brownlee with their Triathlon medals
Alistair Brownlee (R) of Great Britain poses with his gold medal next to his brother and bronze medallist Jonathan Brownlee during the Victory Ceremony for the men's Triathlon.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
matsyeh posted on 26-7-2012 03:58 PM
Keputusan Bolasepak wanita 25072012
Azizulhasni, Yeoh gagal sumbang pingat emas pertama Malaysia
08:48:02 AM
LONDON: Dua atlit negara yang beraksi di pentas akhir Sukan Olimpik 2012 gagal menyumbangkan pingat emas pertama kepada kontinjen Malaysia.
Selepas Datuk Lee Chong Wei menyumbangkan pingat perak menerusi acara badminton Ahad lalu , Malaysia menaruh harapan kepada Mohd Azizulhasni Awang, 24, untuk menghadiahkan emas pertama kepada negara, sejak menyertai temasya itu pada Olimpik Melbourne 1956.
Mohd Azizulhasni bermula dengan baik apabila melepasi pusingan pertama dan separuh akhir untuk menempah tempat ke saingan akhir acara keirin individu lelaki.
Bagaimanapun pada perlumbaan akhir, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu gagal menampilkan aksi cemerlang apabila menduduki tempat terakhir dalam kalangan enam pelumba.
Pelumba Britain, Chris Hoy yang juga juara bertahan, memenangi pingat emas acara itu manakala perak milik Levy Maximilian dari Jerman. Simon Van Velthooven dari New Zealand dan Mulder, masing-masing meraih gangsa.
Pada satu lagi saingan akhir, penerjun negara Yeoh Ken Nee yang kembali beraksi pada temasya sukan terbesar itu, menduduki tempat ke-10 dalam acara tiga meter papan anjal individu lelaki.
Penerjun berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur itu mengutip keseluruhan 437.45 mata.
Pada hari ke-12 temasya itu esok, Pandelela Rinong dan Traisy Vivien Tukiet akan turun beraksi dalam acara 10 meter platform wanita di Pusat Akuatik. - BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Azizulhasni tewas bermaruah
London: Azizulhasni Awang memberi persembahan terbaik tapi akur lima lawan lain lebih perkasa apabila hanya mampu mendapat tempat keenam dalam final acara keirin lelaki yang sesungguhnya mencipta penyudahan dramatik di Velodrom Olimpik, awal pagi tadi.
Satu ketika dia tampak berada dalam kedudukan memburu podium tetapi apabila detik penting mencecah garisan penamat, legenda British, Chris Hoy lebih cemerlang untuk menang pingat emas dengan perak menjadi milik Levy Maxmilian dari Jerman dan Simon van Velthhoven dari New Zealand meraih gangsa.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Presiden_Lanun posted on 8-8-2012 12:28 PM
Azizulhasni tewas bermaruah
London: Azizulhasni Awang memberi persembahan terbaik tapi akur lima ...
Chong Wei tidak jadi bersara
Tidak jadi bersara. Jika sebelum ini Lee Chong Wei mengatakan Sukan Olimpik di London adalah penampilan terakhirnya di temasya itu, pemenang perak itu kini menimbang kemungkinan bertanding semula pada Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.
Jika keadaan fizikal saya baik dan tidak ada kecederaan, saya mungkin teruskan hingga ke 2016. Tetapi itu pun bergantung pada kecergasan dan tahap pemulihan saya, katanya sejurus tiba dari London, awal pagi semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.
Pemain yang kini berumur 30 tahun itu berkata dia bagaimanapun tidak mahu merancang jauh namun pasti akan meneruskan cabaran ke Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2014.
Sedar dengan situasi pemain pelapis negara yang kurang menyerlah, Chong Wei turut menyatakan komitmennya untuk membantu pemain pelapis dengan salah satu caranya mengadakan latihan dalam kumpulan bersama pemain muda bagi memberi galakan kepada mereka.
Terdahulu, kepulangan Chong Wei pada Olimpik kali ini disambut lebih 500 peminatnya yang memberi sokongan padu selepas sekali lagi merangkul perak sebaik tewas 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dari China.
Terima kasih datang menjemput saya. Saya harap orang ramai berbangga saya dapat perak. Saya tahu ada yang kecewa sebab sikit saja lagi saya dapat emas tetapi saya tak dapat buat apa-apa kerana perkara sudah lepas.
Saya terkejut (masih ramai datang). Saya sudah buat yang terbaik dengan dua minggu yang ada untuk melakukan latihan rapi. Apa pun saya puas hati (dengan prestasi latihan dua minggu), katanya yang disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.
Sementara itu, Razali berkata, sektor korporat dilihat masih belum terbuka hati untuk memberi ganjaran kepada atlit negara yang memperoleh pingat perak dan gangsa.
Setakat ini tidak ada lagi (korporat) yang menyatakan hasrat untuk memberi ganjaran, mungkin sebab semua bagi tumpuan pada emas saja.
Namun Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) untuk pingat perak masih kekal RM300,000, katanya ketika menyambut kepulangan Chong Wei.
Selain itu, katanya Chong Wei yang sebelum ini memperoleh pencen bulanan RM3,000 selepas kejayaan merangkul perak pada Olimpik 2008 Beijing akan terus memperoleh jumlah yang sama tanpa ada pertambahan jumlah biarpun merangkul satu lagi perak di London.
Katanya, Chong Wei yang tidak dapat merangkul sasaran satu emas negara tidak boleh ditafsirkan sebagai kegagalan kerana pemain itu sudah memberikan tentangan sengit dengan mengambil kira faktor dia baru pulih daripada kecederaan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Presiden_Lanun posted on 8-8-2012 12:29 PM
Chong Wei tidak jadi bersara
Tidak jadi bersara. Jika sebelum ini Lee Chong Wei mengata ...
Semenya sedia gegar Olimpik
London: Pelari 800 meter Afrika Selatan, Caster Semenya yang dijadualkan membuat penampilan Olimpik pertamanya hari ini, yakin kemenangan kontroversinya di Kejohanan Dunia 2009 akan menjadi sejarah.
Atlit 21 tahun itu - yang dilatih oleh juara 800m Olimpik Sydney 2000, Maria Mutola dari Mozambique - terpaksa menjalani ujian dadah diikuti ujian jantina selepas kemenangan bergaya di Berlin.
Situasi menjadi di luar kawalan dengan Semenya membantah butiran peribadinya diganggu. Dia dilarang menyertai acara trek hampir setahun sebelum dibebaskan untuk berlari semula, tetapi kepulangannya terjejas akibat masalah kecederaan belakang.
Itu perkara lama, kata Semenya. Anda perlu memberi tumpuan kepada masa depan. Saya tidak perlu lagi melayan perkara begitu. Saya hanya perlu beri tumpuan kepada larian, itu saja.
Setiap tahun yang dilalui, saya menjadi atlit yang lebih tenang. Saya juga tahu mana yang penting untuk didengar dan mana yang tidak. Saya sentiasa mencuba yang terbaik tetapi kadang-kadang tidak menjadi dan saya terpaksa menangani perkara negatif.
Ada bertanyakan soalan yang membuatkan anda sedih, tetapi saya perlu sentiasa positif. Itu yang sudah saya pelajari. Saya perlu menjadi lebih profesional. Ini adalah Olimpik pertama saya dan ia amat istimewa.
Semenya berdepan ujian sukar dari pelari Kenya, Pamelo Jelimo, juara bertahan Olimpik yang mengatasinya catatan terbaiknya musim ini dalam lima perlumbaan di Afrika Selatan. AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|