CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: aurorae

[PERBINCANGAN] anak nak kawen, tapi tak de duit, ibu bapa?

[Copy link]
 Author| Post time 4-6-2011 02:03 AM | Show all posts
aku suka tengok 1 night wedding. anak chef wan kawen.
chef wan check betul2 jamuan kenduri dia. kena ikut & met dia punya standard semua masakan.
itu baru betul, nak jamu orang & orang puas hati makan.
aku leleh ajer air liur tgk rancangan tu kat AFC.Hana Post at 3-6-2011 13:33



    ruginya tak tengok.  TV rumah aku samada anak2 atau laki ku yg tengok.  Aku kena mengalah, masuk FD.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 09:09 AM | Show all posts
aku dapat tau kat tempat tu ada yg boleh bagi 7 ringgit sekepala.  Sodap tak sodap tu tak  ...
aurorae Post at 4-6-2011 01:57



senang ckp, kalau budget tight2 nie, tak sedap lah.

kesimpulan umum aku buat setelah aku pergi umah kenduri semlm, kalau nak buat makan2 tapi, ikut budget, mmg tak sedap.

dari hari jumaat lagi, aku very de excited, sebabnya ada jiran lama MIL (pindah umah lain, tapi, dlm 1 kg la) nak buat kenduri. MIL tak suh aku pergi pun, aku yang sebok2 nak pergi.
dia masak mmg sedap sebab masa open house, semua sedap. dan, DIA jugaklah kitaorg upah sebagai tukang masak utk kenduri malam. orang lain pun ada upah dia masak jugak.

aku dah imagine dah..lauk pauk kenduri dia sedapp. yela..orang2 dah tahu, dia tu tukang masak.


tapi, bila aku pergi... bila makan lauk pauk kendurinya..OUTTTT...
daging keras. ayam biasa2. lauk too oily..
OUTTT..
pastu ada oren ajer.
kuih muih takder. teh tarik takder.
ada makanan basic ajer. itu pun tak sedap.
- wahh..sedapnya mengomenn...

aku rasa frust gak. cehh..baik lah pi makan luar.
patutnya umah tukang masak ler, lauk pauknya outstanding.. sedap gila.. ini..OUTTTT gila.. {:1_126:}{:1_126:}

maybe kot..duit abis kat pelamin. pelamin mmg cantikla.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2011 10:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by aurorae at 6-6-2011 10:59

Majlis sederhana , tetamu 1500 orang, katanya antara 6 ribu - 8 ribu budget untuk satu pengantin= total 24 - 32 ribu.  Tapi kalau tengok gambar pun, background biasa2 je.
________________________________________________________________________________________________________

Utusan Online


BALING 4 Jun - Seorang ibu melalui detik paling istimewa apabila empat anaknya melangsungkan perkahwinan serentak, sekali gus membolehkannya menerima empat menantu hari ini.


Tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan Noriah Abdul Aziz, 54, memilih hari ini iaitu tarikh kematian bapa mereka, Azizan Abdul Aziz kira-kira 15 tahun lalu untuk memulakan kehidupan berumah tangga.

Pasangan mempelai itu ialah Mohd. Aizuddin Azizan, 29, dan pilihan hatinya, Noorazizah Mohd. Noor, 25; adiknya, Mohd. Afendi, 27, dan Norfadilah Abdul Halim, 21; dan Mohd. Afami, 24, yang memilih Norashikin Abd. Razak, 22.

Anak perempuan Noriah, Noradila, 22, pula menjadikan Amzani Kamaruzaman, 25, sebagai teman hidup.


Dua lagi anaknya, Norliana, 18, dan Norshamila, 15, masih belajar.

Menurut Noriah yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Tunku Putera di sini, selain gembira dan terharu, dia turut berasa lega apabila empat anaknya itu bersetuju mengadakan majlis perkahwinan serentak.

Ini kerana, dia dapat menjimatkan belanja perkahwinan anak-anaknya sekitar RM6,000 hingga RM8,000 seorang."Saya sangat bersyukur kerana mendapat empat menantu serentak hari ini," katanya ketika ditemui pada majlis perkahwinan yang dihadiri kira-kira 1,500 tetamu di rumahnya di Kampung Bukit Palong, Bongor dekat sini hari ini.

Selain menumbangkan seekor lembu untuk menjamu para jemputan, majlis turut diserikan pertunjukan pencak silat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 11:53 AM | Show all posts
Reply 143# aurorae

muda2 belaka pengantin perempuannya, 25 tahun ke bawah. lepas habis grad terus kawen kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2011 10:02 AM | Show all posts
Update: aku baru je dapat tau kenduri yg mak aku buat untuk majlis nikah+makan2 saja masa kawin adik aku dulu pun dah habis RM10 ribu.  Maklang aku nak buat kenduri kat dewan orang ramai minggu depan, dah habis RM20 ribu.

Jadi sebelum majlis perbincangan adik-beradik berlangsung, aku dah bagitau husband aku budget kenduri rate terkini, supaya dia bersedia secara mental.  Malam ni adik2 husband aku nak datang rumah nak berbincang.  Rasa ringan kepala aku tak payah nak jadi orang tengah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 11:17 AM | Show all posts
Update: aku baru je dapat tau kenduri yg mak aku buat untuk majlis nikah+makan2 saja masa kawin adik ...
aurorae Post at 16-6-2011 10:02



nanti, update eh..berapa agaknya kenduri kawen adik2 ipar ko ekk..

aku nak highlightkan sket..pasal makan beradap..
kalau boleh..sediakan ruang makan yang cukup utk keluarga2 mengiring pengantin if buat combine pengantin.
sedangkan 1 pengantin pun, rombongan menghantar tu koman2 5 buah kete yang hantar.
ini kan pulak.. kalau 2 pengantin..misti ler koman2 pun 10 buah kete.
rasa kesian ajer.. orang2 yang menghantar tu tak dapat tempat duduk.. lebih2 lagi kalau dtg luar dari kl/selangor. sedangkan waktu tu biasanya peak hours..penuh dgn jemputan2 tuan umah..
selain parents pengantin la. parents pengantin dah confirm duduk sekali dgn meja beradap sebaris dgn pengantin.

biasala.. tengah lapar..cuaca pulak terik..pastu takder tempat duduk..misti ler baran...otak pun dah tak waras dahh..
lain ler buat makan beradap pada petang2 takder matahari ke..
malam2, waktu sejuk aman damai, takder matahari ke..
biasa kan..waktu peak hours 1pm-2pm..uihhh.. matahari tgh terik memancar tu..
sekali takder tempat duduk..uihh.. uihh..uihh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2011 11:24 AM | Show all posts
ni pengalaman yg aku tgk dan lalui depan mata kepala aku sendiri its all about abg kandung aku.....anak yg sulung tunggak harapan mak aku kesayangan mak aku sampaikan anak yg lelain pun diketepikan ...mak aku siap ckp besok dah tua anak jantan dia la yg akan bela dia...
2 bulan seblm kawen abg aku dgn cerdik pandainyer berhenti kerja konon nk beli kilang boleh untung 100k setiap bulan habis canang satu kampung..so sblm kawin abg aku ckp dgn mak aku dia nk pakai duit bapak aku...dgn beraninya tanpa berbincang dgn mak ayah aku abg aku janji pulak dgn bakal mak mertua dia time tuh(skrg officially mak mertua dia) nk bg duit hantaran 50,000 ribu...sayang punyer pasal mak aku turutkan jugak walupun nenek aku halang bagai nk giler... so kawen la abg aku dgn pompuan x guna tu(sbb lps kawn keje dia duk dlm bilik xkuar2 masak xtau,basuh pun tdk, kerja nyer dr pg sampai mlm mengadap facebook jer) sepanjang majlis berlangsung pompuan tuh mintak majlis nk buat grand sebab syg jugak mak aku loan kat abg aku (hasil abg aku manisnyer mulut gak nih) 80k utk majlis shj...itu tak termasuk mak aku dulukan kad kredit dia utk byr buat beli brg hantaran beg Lv, bvlgari, semua branded kat situ jer dh 12k...tup tup lepas kawin mak aku ajak plak duk sekali dgn mak aku memandangkan bapak aku still in service so rumh kerajaan la...lps 2 bulan kawin kilang ke mana duit ntah ke mana kena tipu la pulak...finee....so dah 2 thn setgh kawin mak aku still support sebab abg aku tak berkerja itu tak termasuk lg akak ipar aku pinjam duit dgn bapak aku dekat 150k nk buat bisnes..semua bisnes yg dia buat semuanyer tak menjadi manjang jer kena tipu sebab dia tuh pun penipu...balik kampaung dia claim kat org kampung dia kat KL bukak bisnes untung berjuta juta...until now...mak aku sampai skrg xsedar sedar bapak aku skrg sebab beruk 2 ekor yg dibela kat rumah tuh kesempitan kesian kat adik beradik aku sampaikan adik pompuan aku nk masuk kolej mak aku xbg sebab alsn da xder duit...nasb baik bapak aku ok...sekrg bapak aku dah angin dgn penipu kat rumah tuh nk halau tp mak aku halang...FYi kakak ipar aku siap manderam abg aku suh ikut ckp dia and buat rumah tuh jd huru hara..still jugak mak aku xsedar....... time aku kawin satu sen haram dia xseponser aku atas alasan duit dah xder xper aku dgn laki aku redha..alhamdulillah wlupun kami buat loan(ikut kemampuan ye, sila buat budget dulu berape yg nk pakai bukan main sedap nk apply jer) utk berkahwin tp till now everything smooth...yg penting perancangan kena bincang dgn bakal psgan kita berape nk!!! di ulangi SILA IKUT KEMAMPUAN YE.....selebihnya bertawakal jer la...dekat2 nk kawin selalunya murah rezeki yg penting allah tuh jgn lupa...itu jer aku nk bgtau....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 11:40 AM | Show all posts
ni pengalaman yg aku tgk dan lalui depan mata kepala aku sendiri its all about abg kandung aku.....a ...
coldfusionr Post at 16-6-2011 11:24


tempek la gambar2 hantaran tu..nak tengok..henbag LV dibuat hantaran..
biasanya tgk artis2 ajek dpt LV niehh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2011 12:37 PM | Show all posts
Reply 147# coldfusionr

kalau aku la jd pompuan tu.... mati la aku kena babu kot...
dh hantaran pun 50k....
brg2 hantaran 12k

sekali SEMUA BENDA X TAU BUAT...

mau mati ke jolok dgn anu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 12:38 PM | Show all posts
kalau agak2 PEMALAS dan X TAU BUAT KERJA.... jgn la mintak hantaran puluh2 riban....
mintak jek la RM5k yer adik2 semua....

lps tu boleh jd MEM kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 02:08 PM | Show all posts
kalau agak2 PEMALAS dan X TAU BUAT KERJA.... jgn la mintak hantaran puluh2 riban....
mintak jek la  ...
afja Post at 16-6-2011 12:38



    ada bukti tak statement ini?
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 02:09 PM | Show all posts
Reply 151# Hana


aii la letak sebagai bukti....

tp x berapa nk jd MEM la pulak kan....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2011 02:44 PM | Show all posts
Reply  Hana


aii la letak sebagai bukti....

tp x berapa nk jd MEM la pulak kan....
afja Post at 16-6-2011 14:09



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 11:36 PM | Show all posts
nanti, update eh..berapa agaknya kenduri kawen adik2 ipar ko ekk..

aku nak highlightkan  ...
Hana Post at 16-6-2011 11:17



    aku dah tulis panjang2 tiba2 putus  

Kesimpulannya, budget setelah semua pakej dah diambik kira, jamuan kecil masa akad nikah, jamuan standard 800 jemputan masa kenduri,  (anggaran 1 kad  = 2 jemputan, 500 kad hantar, 400x2 hadir), pakej gambar, sewa kemah dan kerusi meja = 20 ribu ringgit.  

Takde pelamin, takde sanding.  2 bilik tidur pengantin, double meja rombongan pengantin.

Husbandku mintak dikurangkan jadi 15 ribu,  tolak pekej gambar 2 pengantin 3500 dan kenduri masa nikah.  

Aku rasa nak sponsor je makan masa majlis nikah tu, kesian tengok muka SIL yg dah merah macam nak nangis.

Sampai perbincangan habis, takde sapa mintak husbandku sponsor apa2, tp diaorang cuma hint2 aje kata A dah sponsor tu, B sponsor ni, C sponsor sana ... harap2 husbandku faham.  Tapi aku tak rasa husbandku dapat hint tu, dan dia masih ada idea dia akan keluar duit, tp semua tu akan dibayar balik oleh pengantin.   

Patutke aku masuk campur sedangkan husbandku langsung tak mintak pendapat aku.  Katanya ini hal dia adik-beradik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 11:46 PM | Show all posts
Reply  coldfusionr

kalau aku la jd pompuan tu.... mati la aku kena babu kot...
dh hantaran pun  ...
afja Post at 16-6-2011 12:37


perempuan itu mesti sangat cantik.  Kalau muka macam maid indon, berani ke nak demand lebih2?  Aku dulu hantaran cuma 3 ribu, below standard zaman tu 5 ribu.  Yang penting masa tu dapat kawin.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 10:44 AM | Show all posts
Hari ini aku terasa nak ngumpat makcik aku lah.
makcik aku nie.. suka sgt kondem orang lain punya majlis  kawen yang grand2 ..membazir la.. baik bagi duit selempok bagi kat pengantin utk buat honeymoon la. pendek kata, semua majlis orang semua nak kondem la.
aku dengar ajer..aku cakap dalam Hati - "takper..ko pun ada anak perempuan..nanti kita tengok ler mcm mana"
(sebabnya..keluarga makcik aku hatta buat makan2/open house pun, pun bagi aku ala2 grand tauu.. siap dgn setting meja..atas meja ada bunga lagi..lauk menu tu ada pelbagi jenis. siap ada kambing panggang lagi..satey lagi..impossible majlis kawen buat cikai2..mcm tak caya ajer..)

pasal majlis kawen tu..kita KIV dulu.. sebab anaknya masih belajar.

baru2 nie, aku dengar, anak perempuan dia tu akan further study kat london. (duit sendiri tu bukan biasisiwa..itu aku tahu sgt lah)
aku mcm HA?
aku terkejut bukan ler aku dengki ke hapa. aku tahu ler aku nie sengkek.
tapi, makcik aku tu,seblum ini pun kondem jugak orang2 yang further study kat london nie. sebab aku nie luruh bendol, kalau dengar ajer orang study kat overseas, otomatik mulut aku akan terkuar "ooo..bestnyee belajar kat overseas" (sebab,anak2 buah makcik aku belah adik beradik dia, semuanyaaaa grad overseas..either UK atau US)
nanti makcik aku nie nyampuk lah.."ala.. takat overseas, balik sini, sama jugak taraf dgn local." atau, "buat abis duit ajer belajar kat overseas"...bla..bla..bla.. semua nak kondemlah pendek kata.
tengok2, anak dia pun dia hantar london akhirnyaaaaa..

aku ramalkan..apa aku pikir pasal majlis perkawenan anak dia,misti grand. misti tak sama dia kondem2 selama ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2011 01:18 PM | Show all posts
nk ceta kt opis aku ne bdk lelaki ne br 22nd dah nk kawen bln 11 ne br grad uni....br start keja kt tmpt aku br 2 bln. tp2 hari bw bekal nasi putih dgn ikan bilis atau ikan goreng kosong jer... nk simpan duit nk kawen ....cian lak aku tgk berdiet menahan lapar....tunang dia blm abis belajor ne dah nk kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:26 PM | Show all posts
nk ceta kt opis aku ne bdk lelaki ne br 22nd dah nk kawen bln 11 ne br grad uni....br start keja kt  ...
mixed Post at 21-6-2011 13:18


org lelaki susah2 masa nak kawen ajer.
lepas kawen jadi raja.

nanti lps kawen, bini ler kena prepare nasi bekal dia pulak tiap2 hari.
dia tahu, bekal siappp ajer..
pastu demand nak lauk sedap2. tapi, duit tak bagi - ayat terpengaruh dgn FD.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 01:31 PM | Show all posts
org lelaki susah2 masa nak kawen ajer.
lepas kawen jadi raja.

nanti lps kawen, bini ler ken ...
Hana Post at 21-6-2011 13:26



    itu semestinya le dah bini blm abis belajor kena sponsor bini belajor lagi.....kompen pas kawen pn bw bekal bdk ne br nk hidup kt KL...tgk pangai rajin bdk lelaki ne memasak lauk pauk kalo dia x tau minta kita bg resipi....hrp2 pas kawen jgn jd KING sudeh seperti yg kita baca kt FD
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2011 05:49 PM | Show all posts
Reply 157# mixed

mudanya..........dah puas enjoy kut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.065291 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list