|
Terbaru: Gadis Hilang Dijumpai Di Jelebu lihat post 395 pg.16 !
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 29-10-2010 07:11
Laporan dan foto MOHAMMAD ISHAK
[email protected]
2010/10/10
JERTIH: Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.
Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.
Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.
Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.
Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.
Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.
Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.
Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.
p/s Jin sembilan beradik ker? Jin makan telor ayam ker? |
|
|
|
|
|
|
|
takkanlah 8 ekor jin aje? skit bebenor... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa perlu dihanyutkan ke laut? Mcm nak aniaya org lain pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# ultra78
abis tu..nak buang kat mana |
|
|
|
|
|
|
|
bekas khas ni stok bekas kuih raya ker? seronok la jin tu makan seredak kuih raya. |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap Mod Geenie skali la... |
|
|
|
|
|
|
|
nape kene letak telur ayam? |
|
|
|
|
|
|
|
telo ayam tu perantaree jer,. untuk pedaye jin tu,.setan jin kan sukee makn telo ayam abgai kan,.
macam pulot kuningggla
tpi sume atas kekuasaan ALLAH,. |
|
|
|
|
|
|
|
bako jer le jin tu!
buat lomang! |
|
|
|
|
|
|
|
bekas khas ni stok bekas kuih raya ker? seronok la jin tu makan seredak kuih raya.
FraidyCat Post at 10-10-2010 08:46 AM
Kan bekas botol kueh sempret dan batang butuk ni di katakan bekas khas?, khas sangat lah kot kueh raya moncol setaon sekali jek kan katanya..
Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan dan foto MOHAMMAD ISHAK
  2010/10/10
JERTIH: Rumah gadis misteri di Kampung Gong ...
tongkatwaran75 Post at 10-10-2010 07:34
berapa hari kena tahanan reman??? |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 lepas ni tak hilang lagi la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# blackred99
sebab tu makanan dorg,kalo perasan dalam bekas tu ada wap,yg tu mcm evidence kata 'ada benda' la dalam bekas tu |
|
|
|
|
|
|
|
perghh macam citer jangan pandang belakang jek....eh, betul ntah cite tu....yg intan ladyana berlakon tu.....isi benda tu dlm botol jugak kan? |
|
|
|
|
|
|
|
datang tengok aksi je ke? jin nye mesti tak nampak kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# ultra78
so xda org yg akn jumpa bekas tu na pi gatai tgn bukak,satni terlepas balik pulak,
xka naya |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni jgn jin bawak lagi ramai geng balas dendam kat bomoh tu sudahla. |
|
|
|
|
|
|
| |
|