|
Rasaksa Laut Zaman Purba
Pada April 1977, pukat kapal nelayan Jepun Zuiyo Marumenarik naik sesuatu yang aneh dari dasar laut dekat New Zealand. Ianyaadalah seekor haiwan laut misteri berukuran 14m panjang dan nampakseperti raksaksa laut zaman purba. Kelasi kapal menarik naik bangkaihaiwan pelik itu dan mengambil beberapa keping gambar sebelum nakhodakapal memerintahkan supaya bangkai itu dibuang kembali ke laut untukmengelakkan ia dari mencemarkan tangkapan yang lain.
Selepastiba ke Jepun, gambar yang diambil diteliti oleh Prof Tokio Shikama,seorang pengkaji haiwan purba Universiti Yokohama dan beliaumengistiharkan bahawa bangkai itu bukan dari sebarang spesis ikan ataumamalia yang diketahui. Malahan, beliau mengesyorkan bahawa adapersamaan antara bangkai itu dengan haiwan laut purba pleisiosaurus yang sepatutnya telah pupus lebihkurang 100 juta tahun yang lalu.
gambaran pleisiosaurus
Beberapakapal lain cuba mencari kembali bangkai tersebut tetapi tidak berhasil.Alangkah malangnya kerana satu bangkai haiwan yang telah pupus nilainyatidak terkira jika dibandingkan dengan tangkapan ikan bot yang terbabit.
Jikabenar haiwan ini adalah raksaksa purba yang masih kekal sehinggabaru-baru ini, maka ini bukti bahawa segala teknologi yang kita adamasih gagal membongkar segala yang ada di bumi ini, apatah lagimengenai perkara-perkara ghaib yang nampaknya begitu mudah ditolak olehmanusia yang kononnya berpemikiran moden.
Sumber : http://www.answersingenesis.org |
|
|
|
|
|
|
| |
|