|
Lebih baik la dari memuja central committee of the malayan communist party...heheh |
|
|
|
|
|
|
|
baru aku tahu askar jepun jadi berani semacam sebab pengambilan dadah yang dikenali sekarang sebagai ''Syabu'' |
|
|
|
|
|
|
|
semoga roh2 mereka dicucuri rahmat..........amin... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #133 deaf4ever's post
Askar Melayu kat Pasir Panjang (serta askar India) tak ramai. Askar Melayu ada 1 batalion sahaja sedangkan Jepun terdiri dari Divisyen ke-18. Dah la satu divisyen, semuanya veteran peperangan di China. |
|
|
|
|
|
|
|
deaf4ever .... mana gambar lagi .... best tul ko nya koleksi .... tabik aku dgn rejimen melayu .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #142 HangPC2's post
Betul tu, 3 hari tak makan pun takpe.
kalau camtu aku tak respek pasal harakiri pemandu kapalterbang Zero. |
|
|
|
|
|
|
|
yg serang grup lt adnan saidi ni kira2 13,000 japanese
derang lak 1400 orang je
tapi yg mati - 159 orang je dari banyak 1400 org tu
aku musykil... yg lain surrender senang2 gitu je ke ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #140 Badak-Jawa's post
menarik utk difikirkan secara mendalam... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alphawolf at 7-6-2007 08:47 AM
Askar Melayu kat Pasir Panjang (serta askar India) tak ramai. Askar Melayu ada 1 batalion sahaja sedangkan Jepun terdiri dari Divisyen ke-18. Dah la satu divisyen, semuanya veteran peperangan di ...
http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Singapore
bodo tak bodo orang british nih...ngan org jepun yg kuantiti lagi sedikit pun kecot telo nak lawan
baru pastu orang2 kat tanah melayu sedo yg british tu tak kuat mane
ada hikmahnye jugak org jepun nih dtg serang ... kalau tak semangat nasionalisme aku rasa masih di tahap pra sekolah lagi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #142 HangPC2's post
Mana hang dapat ni...pass dia punya link... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #149 Joe Hahn's post
Mereka kecut teloq sebab mereka tak tahu keupayaan diri sendiri dan melebih2kan keupayaan musuh. Tu tak campur masalah kekurangan pengalaman serta persediaan perang yang hampeh...
Tapi sebab orang Asia pandang tinggi mat saleh ni sebelum perang, tu yang keyakinan hilang lepas 1945. Aku ingat kalau British buat persediaan betul2...nasib tak baik kita sambut kemerdekaan ke-20 tahun ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
badak jawa..........kau kena baca dulu sejarah askar melayu sebelum buat statement camtu. yg mengsyorkan penubuhan askar melayu ialah pembesar perak dan n9 - bukan org british.
mempertahankan tanah air ialah tanggungjawab bersama. takkan kau nak sambut askar jepun kat pantai sabak dgn bunga manggar kot.
kat india pun askar india bermatian defend negara depa padahal masa itu kerajaan british baru masukkan gandhi dlm jel. cuba kau bayangkan hanya ada 2 divisyen tentera british yg dok berperang kat india-burma dan yg selebihnya adalah divisyen india (dlm 9 buah).
its your job to defend your country - don't expect too much from others. |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu sekolah kat sungai ramal SEK KEB LEFTENAN ADNAN |
|
|
|
|
|
|
|
suke sngt Lt. Adnan.. susah nak cari pengganti cam dia ni..
org skrg lagi penting kan dwet je... |
|
|
|
|
|
|
|
Best ar ko deaf4ever
Aku rasa mcm aku dah melawat tempat tu je just dgn tgk pic ko tu , thanks 2 ko, caya la bro!! |
|
|
|
|
|
|
|
sorry guys...aku terlupa pasal thread ni dah setahun lebih aku tak sambung...
nanti aku carik mana aku simpan koleksi aku gi tempat ni k..
ada gambo aku snap belum abis tampal...yang museum ni ada sendiri nye re-enactment arwah tu semua kena bakar kena gantung kena rodok2 ngan bayonet tu semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cucu Lt Adnan harap Hari Pahlawan diberi suntikan baru
SHAH ALAM: Seorang cucu Leftenan Adnan mahu sambutan Hari Pahlawan perlu diberi suntikan baru bagi menyedarkan generasi muda mengenai pengorbanan pahlawan negara.
Wan Suhami Zainuddin, 38, berkata sesuatu perlu dilakukan bagi menyedarkan generasi muda yang kurang peka atau tahu mengenai sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara selama hampir 500 tahun Malaysia dijajah.
“Dalam soal ini, saya amat sedih,” katanya kepada pemberita selepas menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di sini hari ini.
Wan Suhaimi, seorang pengurus kanan bank, berkata beliau berasa terharu kerana dijemput sebagai wakil Allahyarham datuknya itu oleh kerajaan negeri menghadiri upacara itu bersama-sama anak kelahiran Selangor lain yang menerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), iaitu Deputi Superintendan Sia Boon Chee dan penerima Pingat Gagah Berani (PGB) Komander (TLDM) Anuar Alias, Mejar (B) Neville Sibel dan Sub Inspektor (B) Mohd Mashkor Murad.
Lt Adnan Saidi, satu lambang keberanian tentera, mati dibunuh oleh tentera Jepun pada Februari 1942 dalam Perang Dunia Kedua semasa mempertahankan Bukit Candu di Singapura.
Allahyarham dikurniakan darjah kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran Datuk oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 2001.
Wan Suhaimi berkata berkata tidak banyak yang dapat diketahuinya mengenai kisah hidup Lt Adnan kerana semasa datuknya meninggal dunia, bapanya, Zainuddin, baru berusia dua tahun manakala nenek beliau (isteri Adnan), Sapiah Pakih Sutan, meninggal dunia lima tahun selepas Lt Adnan meninggal dunia.
Zainuddin serta seorang bapa saudaranya, Mokhtar, dibela oleh seorang emak angkat dikenali Nenek Normah, yang bekerja sebagai tukang masak di Kem Rejimen Askar Melayu di Port Dickson.
Wan Suhaimi terkilan kerana beliau dan bapanya masih tidak tahu di mana kubur Lt Adnan di Singapura dan nama datuknya tidak ada dalam senarai anggota tentera yang disemadikan di Memorial Perang Keranji di Singapura.
Lt Adnan dilahirkan di Sungai Ramal, Kajang, pada 1915. Kisah perjuangan dan keberanian beliau pernah difilemkan. — Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kira memalukan jugak...kita ingat Lt Adnan dan last stand Malay regiment di pasir Panjang hanya dgn bagi nama sekolah kat Kajang dengan nama IFV TD. Kat Singapore, walaupun Lt Adnan bukan orang tempatan, tengok gambo muzium tu aje dah rasa segan dengan pengiktirafan kita.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|