CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raline

Video: MAYAT mak cik KIAH MATI SENDIRIAN, dah berulat baru jiran nk sedar

[Copy link]
Post time 2-8-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 2-8-2021 11:09 AM
AKU Mmg TGH panas ni! bila rakyat mampos agong x DUKACITA ke? mana pg Adun2 AHLI2 politik????

Boleh ke kita tanya dkt ig agong bila makin ramai rakyat mati apa yg raja boleh buat dan bantu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
zamnie replied at 2-8-2021 10:13 PM
Ya Allah setuju sgt.. tlg la semua sop dah patuh tak tahu nk buat mcm mn lg skrg nih.. huhuhu sede ...

Tu la. Lagi2 rakyat yg susah, sebab dieorang ni lagi berharap kes covid turun, supaya dapat keluar cari rezeki.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Udoh2 la tu dok jilat sembab cirit.nak suruh bukak parlimen pun tak oleh. Lagi nak kata pntat gumen kesayangan jagung ni tak gagal? Wakakakaka....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 11:20 PM | Show all posts
malaysia ni kearah negara maju...jadi kematian bersendirian ni akan jadi norma baru...kalau di jepun, dah jadi benda biasa org mati mereput bersendirian sehingga mayat dah tak serupa mayat...akan ada bisnes2 baru di malaysia ni utk khidmat bersih rumah yg ada mayat yg reput...

jadi kita kena bersedia, kalau perkara mati berseorangan ni berlaku, akan banyaklah bala dr tuhan akan turun...sebab masyarakat sudah tidak diberkati...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
batusembilan replied at 2-8-2021 11:26 AM
knp nk salahkan kerajaan pula? ni jiran2 la x prihatin x ambil tahu.

siapa yg buat sop bgai..jiran ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...sedihnya..dgn jiran kena berbaik2 juga. Ni takde kena mengena dgn gomen..rakyat yg kena jaga diri. Mana2  negara pun dh tak terkawal...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2021 11:37 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 2-8-2021 11:39 PM
Inadori replied at 2-8-2021 03:44 PM
Saya faham keperluan lockdown tu. Sebelum ada lockdown ni pun, saya antara yg berharap ada lockdow ...

Lockdown ni tak berkesan pun..rasa dah nak mental duk sorang2 ,takjumpa kluarga dah 8bln, WFH stress..yee saya boleh besyukur tapi mental emosi dah penat sgt.
Lagi teruk tekanan emosi yg hilang income.
Govmt nak kurung rakyat sampai bila
Kilang bebas beroperasi,pjj couple & golongan kayangan kesana kemari penyumbang kes naik....yg lain patuh bkurung lagi ke dlm rumah.bape tahun lagi ni.


Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 2-8-2021 09:14 PM
Boleh ke kita tanya dkt ig agong bila makin ramai rakyat mati apa yg raja boleh buat dan bantu?

Para helang semua duduk isolated. Vaksin pon awal2 dapat. Kalau kena kobid pon diorang masuk royal suite memana sepital pon alan ada place for them. Ventilator haper ker mesti diadakan untuk mereka. Duit jangan cakap la. Memang ada je. Kerabat jamaika lagilah istana pelinston tu nyaman aman makmur. Lahai even yg kerabat kecik pun aman2 kat rumah enjoy tiap hari. Kalau risau pun, risau sbb xleh pi obersee xleh fine dining xleh shopping.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg pernah dok rumah flet tau la mcm mana suasana kejiranan kat situ...tmbah2 yg kos rendah
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:18 AM | Show all posts
Raline replied at 2-8-2021 11:09 AM
AKU Mmg TGH panas ni! bila rakyat mampos agong x DUKACITA ke? mana pg Adun2 AHLI2 politik????

ahli politik balik tido la.
nak bawa suara rakyat ada org konci dewan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut ni iols pun duk sorang…
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat rumah kena standby oxymeter. Yg positif covid tu wajib ada sebab itulah satu-satunya alat yang boleh selamatkan nyawa dengan early detection. Aku tinggal seorang diri dan mmg standby alat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 09:53 AM | Show all posts
pukulrata replied at 2-8-2021 11:29 PM
siapa yg buat sop bgai..jiran ke?

sop tu ialah panduan shj.

kamu ada otak gunakan lah sebaik2nya sesuai dengan waktu, tempat dan keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:04 AM | Show all posts
JessePinkman replied at 2-8-2021 02:34 PM
Makcik mengaku je la dah tersalah cakap. Kahkahkah.

Apa yg penting? CONPIDENT!!!!

orang confident ni memang takkan mengaku salah kan..pi la korek baca sop..
tak payah menyalak kau salah kau salah..
melainkan kau jenis bendul, then i have nothing to say..
no need to reply coz i dah block semak macam kau ni..
menyalak tak sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalilahwainailaihirajiunn….

Moga Allah ampunkan dosanya & ditempatkan disisi org mukmin
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
mongoose_kidz replied at 2-8-2021 09:24 PM
maaf la sis...jadi sis cadangkan ape langkah yg sepatutnya nak bendung covid ni??in case rakyat di ...

Kau jgn tanya dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 10:21 AM | Show all posts
Meiizu replied at 2-8-2021 11:37 PM
Lockdown ni tak berkesan pun..rasa dah nak mental duk sorang2 ,takjumpa kluarga dah 8bln, WFH stre ...

If yg duduk selangor dan kl rasa mental sebb kena lockdown...apatah kami yg ddk jauh beratus km dr hotspot covid19 pun lockdown okay...tak babis mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:29 PM | Show all posts
Samerosie replied at 2-8-2021 03:11 PM
Kenz.. at least makcik bawang kita based on facts.  too bad cari ni kadang2 boleh tepek gambar kad ...

tu la beza antara ada fact dengan bawang asal boleh janji dapat sembur
kalau jenis check mkn sure perasan part tak boleh terima pelawat bagai..
but life sendiri ikut la nak follow ke tak..
takde orang kisah pun..
sakit mati sendiri tanggung..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 01:55 PM | Show all posts

Bomba, KKM Cuba Pecah Pintu Mak Cik Meninggal Sendirian Di Rumah

Baru-baru ini berlaku satu kejadian di mana seorang mak cik meninggal sendirian di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Pantai Permai, Pantai Dalam.


Berita itu tular selepas seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai @capiqzahari memuat naik video petugas awam memecahkan pintu rumah selepas menerima laporan daripada jiran-jiran yang curiga dengan bauan kurang enak dari rumah tersebut.


Semuanya berlaku apabila ibu kepada Ammar Halim tergerak hati untuk naik ke rumah mak cik yang berumur kira-kira 70 tahun itu apabila sudah lama tidak mendengar khabar berita tentangnya.


“Kebetulan, hari Jumaat lepas pihak surau ada memberikan sumbangan kepada asnaf disini. Kawan mak saya ada hantar surat dekat rumah mak cik itu.


"Ketuk-ketuk pintu tak buka pula, jadi mereka selit sahaja surat tersebut pada pintu pagar. Bila barang dah sampai, mak cik tu tak turun-turun untuk ambil sumbangan tu jadi kami naik ke atas untuk hantar terus kepadanya.








"Tapi, bila ketuk pintu masih lagi tidak ada respon dan surat yang diselitkan itu masih ada di pintu pagar. Waktu tu kami tak syak lagi.


“Petang semalam mereka cerita apa yang berlaku kepada mak saya dan ada yang menyarankan agar mak saya pergi melihat keadaan mak cik tersebut.


"Kemudian, mak saya naik ke rumahnya dan ketuk pintu, masih tidak lagi dibukanya. Waktu itu, mak saya tengok di tingkap biliknya, kipas dan lampu semua menyala. Hanya kelihatan kain batik dan telekung di atas katil.


“Lepas tu mak cakap waktu tu memang dah terhidu satu bauan yang kuat dan tidak enak. Ingatkan bau sampah orang tinggal dekat tangga ke atau mak cik tu punya sampah, tapi bila tengok dekat tong sampah di luar rumahnya kosong saja.


"Kawan mak masih lagi cuba untuk mengetuk pintu. Hati mula rasa tak sedap dan mak pun balik rumah beritahu ayah saya.


“Pada mulanya mak memang dah rasa macam mak cik tu dah tak ada tapi ayah cakap betul ke mak tu tau bau mayat.


"Ayah pun naik ke atas dan setelah menghidu bau tersebut, ayah cakap itu memang bau mayat. Kami terus buat laporan pada pengawal keselamatan, namun tindakan mereka agak lambat.


“Ayah saya terus menelefon pengerusi perumahan kami dan mereka pun naik ke rumah mak cik itu dan turut mengesahkan bahawa itu adalah bau mayat.


"Mereka terus menelefon polis dan tidak lama selepas itu, pihak polis, bomba dan beberapa anggota KKM datang ke rumah.


"Operasi memecahkan pintu dilakukan dengan segera dan pada mulanya pihak bomba tidak menjumpai sebarang mayat, tetapi akhirnya barulah mayat mak cik itu dijumpai tertiarap di dalam bilik,” jelas Ammar.


Difahamkan, mak cik itu sudah lama tinggal di situ seorang diri. Khabarnya, dia mempunyai seorang anak angkat yang menetap di Johor.


"Jiran sebelah rumah mak cik tu ada berkata beberapa hari lepas anak angkatnya beritahu call mak tapi tak angkat,” ujarnya lagi.


Ditanya sama ada mak cik itu memang sakit atau mempunyai masalah kesihatan, Ammar turut berkongsi cerita bahawa kali terakhir maknya berjumpa dengan mak cik itu adalah sehari sebelum raya Aidiladha tempoh hari.







“Mak ada cakap sehari sebelum raya jumpa mak cik tu berjalan nak ke kedai beli ubat batuk katanya. Waktu tu memang nampak dia tak larat dan mak serta kawannya memimpin mak cik itu ke pintu lif. Itulah kali terakhir mak jumpa mak cik itu. Rasanya memang mak cik itu tidak sihat.


“Alhamdulillah, lebih kurang pukul 11.40 malam semalam semuanya telah selesai dan mayat mak cik tersebut dibawa ke hospital untuk siasatan forensik,” tambah Ammar lagi.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 02:36 PM | Show all posts
'Bau bangkai'

Ayat dak tu... boleh tahan juga. Sopan sikit, bau mayat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054529 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list