CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lanesra

[Tempatan] Bonceng mayat teman wanita sejauh 15 kilometer. (UPDATED)Remaja 'hantar' pulang

[Copy link]
Post time 13-4-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
chiquititamichi replied at 12-4-2020 09:36 PM
Mmg sia2 mati katak ye...pastu mayat ketak je mcm tu..dr 3.30 pagi.agaknye dah rembang kul 10 bru pa ...

Mak pak dia plak x kejut anak solat subuh ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 12-4-2020 09:38 PM
keluar jam 3.30pagi
cuba cek bhgn tut..ntah2 ada koyakan ke
jadahnya keluar kul 3 pagi dgn boyfren ...

Kalau suka sama suka ada koyakan ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
gatal sungguh kau dek ,ikut laki tak da guna
hantar nyawa je kasihan ibu bapa kau yg kasih makan kau.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 03:53 PM | Show all posts
kat kampung sini.. masa pkp ni depa  keluar gak naik motor.. tp tak psg lampu motor
kejadahnya.. yg  bunyi prenggg... prengg.. tu mana nak sembunyi..
jgn salahkan kerbau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 13-4-2020 03:46 PM
Wpun siang aku pishang sbb pkp. Kul 3 pg tu mmg aku tgh lena

Aku pelik tapi aku x nak kutuk lebih2..budak perempuan tu dah arwah.. Plus aku x ada anak lagi.. Kutuk lebih2 karang Allah bagi balik ujian yg sama kat aku jenuh nak menggelupur.

Betul both arwah dan bf dia salah.. Tapi kalau budaj ni kena bunuh,  aku harap keadilan utk arwah walau seteruk mana pun dia masa hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2020 04:09 PM | Show all posts
Remaja 'hantar' pulang mayat kekasih direman empat hari

KUANTAN, 13 April -- Pelajar tingkatan lima yang menghantar dan meletakkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga perempuan itu di Felda Keratong 10, Rompin semalam, direman selama empat hari, mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata remaja berusia 17 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 selain lesen boleh digantung dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tiga tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.  

Selain itu, suspek yang beralamat di Felda Keratong 5 juga disiasat mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

"Bedah siasat di Hospital Muadzam Shah ke atas mayat mangsa berusia 17 tahun itu juga mengesahkan punca kematian adalah disebabkan cedera parah di kepala akibat kemalangan jalan raya.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan dari lokasi kejadian ke garaj tempat mayatnya ditinggalkan," katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan penemuan mayat seorang remaja perempuan di garaj kenderaan yang dipercayai ditinggalkan oleh teman lelakinya selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya, kira-kira 15 kilometer dari rumah mangsa.

Kemalangan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3 sekitar 3.30 pagi semalam dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggangi mereka untuk bersiar-siar terlanggar kerbau yang berada di tengah jalan.

Siasatan awal polis mendapati remaja lelaki itu berbuat demikian kerana panik selepas melihat mangsa tidak sedarkan diri akibat kemalangan itu, dan membuat keputusan tidak mengejutkan keluarga kekasihnya kerana bimbang akan dimarahi.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku seram pikir mcm mne die bawak mayat tu balik kul 3 pagi naik moto pulak tu.  Ui mmg lain mcm hormon bdk2 skrg eh,  ape pon takziah pd family huhu...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
lanesra replied at 13-4-2020 04:09 PM
Remaja 'hantar' pulang mayat kekasih direman empat hari

KUANTAN, 13 April -- Pelajar tingkatan li ...

Mati dlm perjalanan? Alahai dik u shudve call hospital dlu haih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 12-4-2020 10:45 PM
Ada je yg polis masuk ronda area kampung lebih2 lagi lepas pukul 7 malam. Macam kg iols, adik2 ada ...

Biasanya kat kampung2 polis mmg buat rondaan. Tp kalau jumpa org2 merayau paling2 pon deols sound2 gitu je.. sbb mostly polis2 yg jaga kat kampung dh saling kenal mengenali antara satu sama lain.. somehow masa hari biasa siap belanja minum kopi bagai.. so polis2 pon serba salah kalau nk marah or saman. End up org2 kampung besar kepala yachh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ladybird910 replied at 13-4-2020 02:43 PM
Oooo.. Felda ni klu ikut ank ptt lg menjadi sbb hiburan kurang.. Tp yela kan.. Internet tanpa semp ...

Felda la lg teruk masalah sosial. Iols yg membesar sbg anak felda menyaksikan segala jenis masalah sosial di tanah rancangan ni. Actually ia berbalik pada didikan org tua juga. Mcm iols alhamdulillah parenta x sekolah tinggi tp masih pentingkan pelajaran n agama. Cuols bayangkan rakan sebaya iols umur 16 tahun berani bawa masuk jantan ke dlm rumah tengah2 malam yach. Byk kali plak tu buat. Pastu bila x dtg bulan telan air jeruk.. Itu belum lagi kes terberanak kat tandas sekolah masa tgh amik spm. Yg x habis sekolah pon berlambak sampai tingkatan 3 je. Pastu jd penagih, penyamun kutu rayau.. mostly peneroka2 yg masuk felda ni terdiri dr latar belakang xde pendidikan. Beranak ramai pastu biar anak mcm tu je. Belum lg kes peneroka kahwin lain dgn minah indon.. tp sekarang ni felda dh ok sikit lah sbb mostly yg duduk generasi kedua. Compared dgn zaman 80an n 90an dulu lg dahsyat masalah sosial kat felda ni. Sekolah takat darjah 6 je pastu kerja kilang ramai2 dulu kan byk kilang2 jepun baru buka suka amik anak2 felda kerja. Bersusun bas kilang masuk felda.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
X ambil SPM lah kau tahun ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pixie902 replied at 12-4-2020 09:46 PM
Tapi dari satu sudut kena bagi kredit kat adik ni sebab dlm takut dia masih ada sifat kemanusiaan be ...

Akk pon fikir yg sama.. Mlm td masa baca news ni kt tele, siap ckp kt anak kira bertanggungjwap jugak dia bwk balik smpai ke umh, walaupun kt garaj.. Kalau dia tinggal je kt tepi jalan, lagi kejamm... Xtau mcm mana dia bwk balik mayat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
opie5662 replied at 13-4-2020 01:28 PM
Dkt muadzam ni...felda keratong...jiran my in laws

Ye, akk dulu prnh duduk kt quarters felda keratong 9..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
vee_zara replied at 13-4-2020 03:12 PM
Hadoi korang.. 17 tahun tu tak matang lagi la. Benda dah jadi. Waktu kita muda2 dulu pun macam2 kita ...

I xlone ranger pon zaman tu. tp utk keluar dgn jantan at 3.30AM, phm2 la jenis mcm mana. Kalau 3.30PM x ada lah org marah sgt. Tp 3pagi. Buat apa je 3pg tu? 17yo dah besar, dah boleh fikir mana baik buruk. Kalau sygkan parent tlg lah jgn buat bkn2 mcm ni. I phm nafsu nak dating, nak ada bf, tp not at 3AM
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
rosevelvet replied at 13-4-2020 03:51 PM
Kalau suka sama suka ada koyakan ke

Tetap koyak kot... Sama ada kesan koyakan lama atau baru
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnyaaaa love story macam citer hindustan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2020 05:32 PM | Show all posts
Ini info yang ai dapat.




Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:34 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 13-4-2020 04:34 PM
Felda la lg teruk masalah sosial. Iols yg membesar sbg anak felda menyaksikan segala jenis masalah ...

Itu pun najibur bangga gila duk canang merata cakap jasa dia buat tanah rancangan.

1. Bapak dia buat, bukan dia buat.
2. Banyak masalah daripada nikmat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku takleh bygkan cemana dia hangkut balik awek dia time dah unconscious tu naik motor... Cinta melayang bulan bintang melayang bila dah jadi camni yaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaamsar replied at 13-4-2020 12:50 PM
Beraninya kau dik bawak mayat balik gitu je. X takut ke hidup dihantui kesalahan kau ni?

Aku rasa budak tu dalam takut2 n panic... Tapi dia sememangnya tak sanggup nak tinggal kan mayat sorang2 atas jalan. Mungkin lepas eksiden dia tunggu kot2 ada kereta lalu tapi hampeh. Last2 angkut bawak balik.

Instead of bwk awek pegi hospital, tapi dia hantar balik rumah. Itu satu effort tidak lepas tangan dan keputuaan yg agak berani pada aku. Semoga jadi pengajaran yg menginsafkan pd budak lelaki itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.046587 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list