|
|
Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)
[Copy link]
|
|
|
|
yess.. TT kembali dgn cita hantu hostel |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita TT semua best!  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersembunyi
Cerita ni terjadi kepada seorang kawan aku kira-kira sedekad yang lalu. Kita namakan dia Minji jelah.
Minji ni masa tu dah berusia lewat 20an, dan bekerja sebagai seorang tutor Bahasa Inggeris di Korea Selatan. Pada waktu tu, dia jadi tutor khas untuk seorang pelajar perempuan yang masih bersekolah menengah. Nak dijadikan cerita, masa tu kelas tambahan yang diorang buat di sebuah perpustakaan tu selesai lambat sampaikan terlepas bas terakhir. Jadi pelajar tu pun cakapla kat Minji boleh tak dia nak tumpang tidur kat rumah Minji esok pagi-pagi dia baliklah rumah naik bas. Minji pun setuju jelah.
Rumah Minji ni adalah sebuah apartment 1 bilik je, jadi Minji tidur atas katil manakala budak perempuan tu tidur kat lantai dialasi toto je. Dah kepenatan diorang pun terus tertidur.
Beberapa jam kemudian, adalah dalam pukul 2 pagi, pelajar tu tiba-tiba bangun kejutkan Minji. Dia cakap kat Minji yang dia lapar. Minji malas nak layan yelah tengah tidur kan. Tapi pelajar tu merengek-rengek kat Minji nak makan jugak. Minji cakapla kat budak tu, kat dapur ada ramen pegilah masak sendiri. Tapi budak tu taknak. Dia cakap dia nak pegi ke kedai makanan segera 24 jam yang ada berhadapan dengan bangunan apartment Minji tu.
Minji macm bengang la jugak tapi setelah dipujuk-pujuk Minji pun setujulah nak temankan budak tu pegi makan kat luar. Setelah bersiap ala kadar, diorang pun turunlah ikut lif. Bila dah betul-betul keluar dari bangunan tu, barulah budak tu berterus-terang pada Minji.
"Cikgu, sebenarnya saya tak lapar pun. Cuma tadi masa saya berbaring kat bawah tu, saya ternampak bawah katil cikgu ada seorang lelaki tengah berbaring dan tidur kat situ".
Terkejutlah Minji. Dia pun cepat-cepatlah telefon polis. Dan ternyata memang betul ada lelaki tengah tidur bawah katil tu! Bila disoal siasat, lelaki tu cakap dia gelandangan dan masa dia bekerja sebagai seorang tukang cuci kat bangunan tu dia ternampak kod yang dimasukkan oleh Minji untuk kunci dan buka pintu rumah dia (rumah kat sana memang tak pakai kunci rumah). Lelaki tu siap mengaku dia dah tinggal kat situ hampir 2 bulan! Lelaki tu cakap dia dah hafal jadual Minji dan dia cuma nak tumpang tidur je kat rumah Minji.
Apepun lelaki tu dengar kata dah dipenjarakan atas tuduhan menceroboh, tapi setakat tu jelah yang Minji tau sebab lepas tu dia terus pindah rumah lain dah.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah.. best. Sekali sambung banyak betul ceritanya. Tq Mrs S.. nah bunga  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandai main PC game pulak hahaha  
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila tt nak sambung lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 25-4-2021 12:30 AM
Takziah sis.. semoga arwah ditempatkn dgn org2 soleh.. aminnnn..
Psl kucing tu,mmg betul laa tu.. ...
Even dah 5tahun berlalu, i baru perasan rasanya i belum reply. So i nak reply la. Kucing i tu dah mati Jan lepas. Almost 10years juga la i bela dia. Sedih sangat. I taknak bela kucing dah. Trauma  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 21-9-2025 04:43 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Resort Berhantu di Filipina
Kisah ni penah dikongsi oleh seorang selebriti Korea, Kim Hyeon-Jin dalam satu rancangan TV di saluran MBC bertajuk MBC Mystery : Midnight Ghost Stories pada tahun 2006. Pengalaman seram Hyeon-Jin ni berlaku semasa dia & kawan-kawan dia tengah bercuti di sebuah villa resort di Pulau Mindoro, Filipina.
Hyeon-Jin dan kawan-kawan dia merupakan peminat aktiviti menyelam skuba & pulau tu memang terkenal dengan aktiviti tu, resort ni pun ada menyediakan perkhidmatan untuk menyelam skuba la, cuma tak sangka, percutian itu akhirnya bertukar jadi satu pengalaman seram yang menghantui hidup Hyeon-Jin & penonton-penonton rancangan itu.
Hyeon-Jin takde dedahkan nama resort tu cuma dia bagi sedikit petunjuk, resort tu dikenali sebagai 'Mecca for divers' atau syurga para penyelam. Dia & kawan-kawan dia check-in resort tu pada waktu malam. Masuk-masuk je Hyeon-Jin dah terbau satu bau yang sangat kuat menusuk hidung sampai dia rasa sangat tak selesa. Dia pun keluar bilik jap konon nak menyegarkan minda la sebab dah terbau yang sangat menyesakkan tu. Sekali tu dia ternampak sesusuk tubuh lelaki yang sedang menggali sesuatu di taman belakang bilik tu. Bila diamati betul-betul, rupa-rupanya lelaki itu adalah kawan sepercutian dia, Jae-woo. Tengah Hyeon-Jin khusyuk memerhatikan Jae-Woo, tiba-tiba bahu dia ditepuk. Rupa-rupanya kawan dia cari Hyeon-Jin ajak masuk bilik. Bila Hyun-Jin cakap dia nampak Jae-woo kat luar, kawan dia cakap mana ada semua orang dalam bilik ko seorang je jalan-jalan kat luar. Hyeon-Jin pun tunjuklah tu Jae-Woo sekali tu eh Jae-Woo dah takde? Dan bermulalah detik-detik seram Hyeon-Jin malam itu...
Tidur Hyeon-Jin malam tu diganggu dengan macam-macam jenis bunyi. Ada bunyi macam pelanncong Jepun tengah bersembang-sembang la, bunyi benda melantun dalam bilik tu lah.
Klimaks cerita ni adalah apabila Hyeon-Jin akhirnya berjaya mengenai pasti bunyi apakah yang asyik melantun-lantun dalam bilik dia tu. Benda yang macam bola tu melantun-lantun sampai lah ia melompat di atas dada Hyeon-Jin. Hyeon-Jin secara spontannya pun tangkaplah benda tu dengan tangan dia. Alangkah terkejutnya Hyeon-Jin bila benda yang ditangkap tu yang dia sangkakan bola, rupa-rupanya adalah kepala manusia yang lengkap, ada rambut, telinga, mata, hidung!
Malam tu jugak Hyeon-Jin dan rakan-rakan sepercutian dia yang berkongsi bilik dengan dia malam tu terus bergegas ke meja penyambut tetamu di lobi resort. Diorang pun laporkan kejadian tu pada staff resort. Staff resort pun jalankanlah siasatan diorang & masa nilah Hyeon-Jin dan kawan-kawan dia dapat tau sejarah pasal resort tu.
Tapak resort tu asalnya adalah tapak peperangan yang amat dahsyat semasa Perang Dunia Kedua dulu. Peperangan di antara askar USA dan Jepun berlaku di tapak itu di mana beribu-ribu tentera dari kedua-dua belah pihak terkorban semasa peperangan itu. Lagi satu, bau yang menusuk hidung yang Hyeon-Jin hidu masa dia mula-mula masuk ke bilik tu sebenarnya adalah bau colok yang dibakar di atas satu altar khas di bawah bilik Hyeon-Jin tu demi nak menenangkna roh-roh yang telah terkorban tu.
Resort tu masih lagi beroperasi sampai sekarang, tapi penduduk tempatan memang dah pangkah dah resort tu sebab diorang tau sejarah hitam tapak resort tu. Cuma ada sesuatu yang menjadi pertanyaan pada Hyeon-Jin la, kalau dah tau bilik tu punyalah angker sampai staff resort kena nyalakan colok dah kenapa resort tu nak jugak sewakan bilik tu pada Hyeon-Jin? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mrs_salvatore replied at 21-9-2025 04:43 PM
Resort Berhantu di Filipina
Kisah ni penah dikongsi oleh seorang selebriti Korea, Kim Hyeon-Jin dal ...
Thanks ya sista.. Ada lgi tak cerita lain? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya ada new story....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seram + best
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hantu Galah
April 2015 - Waktu ni aku bekerja dalam bidang IT dan nak dijadikan cerita, pada malam durjana tu aku terpaksa kerja lebih masa bersama-sama dengan pasukan aku nak siapkan projek besar kami. Stress dan mengantuk punya pasal, aku pun cadang nak bawak anjing opis keluar sambil hisap rokok.
Jam dah menunjukkan waktu pukul 3 pagi, bangunan pejabat tu takde orang selain daripada pasukan aku jadi aku pun rasa ah tak payahla nak pasang kolar pada anjing tu. Sampai je ke luar, anjing aku terus meluru ke kawasan berumput sambil berpusing-pusing dalam 5 minit menghidu-hidup port nak buang air. Aku pulak hanya sekadar duduk di tangga memerhatikan perilaku anjing tu sambil menyalakan rokok.
Kawasan berumput tempat anjing aku berlegar-legar tu ada lampu jadi kawasan tu memang terang, tapi sekelilingnya memang gelap gelita, seolah-olah kegelapan itu menjadi dinding pemisah antara kawasan bangunan aku dan kawasan gelap itu.
Apepun, dalam ralit aku memerhatikan anjing aku itu, entah dari mana, muncul sesuatu dari kegelapan itu yang bergerak menuju ke anjing aku dan berhenti kira-kira 30 ela dari anjing aku. Masa ni anjing aku sedang membelakangi ia, dan aku rasa anjing aku tak sedar pun kemunculan sesuatu itu sebab ianya bergerak terlalu senyap. Aku sangkakan mungkin aku ni terlalu mengantuk kot sampai aku terbayang yang bukan-bukan ni. Jadi aku rasa eh baik aku gerak naik dulu sebelum aku lagi jauh berkhayal.
Aku pun berdiri dan memulakan langkah menuju ke anjing aku nak ajak ia balik. Sekali tu anjing aku badannya mengeras, ia mula berada dalam keadaan berjaga-jaga. Bulu-bulu halus di lehernya menegak dan ia mula menggeram. Pandangannya terpaku tajam pada sebatang pokok di hadapan kami. Pokok itu adalah pokok yang sama yang aku nampak ada bayangan keluar dari situ tadi.
Aku cuba tarik anjing aku ikut aku balik, tapi ia tidak memberikan apa-apa respons kepadaku. Matanya terus tertumpu pada pokok itu. Aku sangkakan mungkin anjing aku ni ternampak sesuatu yang dia tak pernah nampak lagi. Anjing aku selalu je macam ni, ia pernah menyalak pada sebatang papan tanda yang baru hari pertama dipasang di taman yang kami selalu pergi sebab ia tak biasa tengok papan tanda tu. Aku jangkakan ah mesti anjing aku pun macam tu. Aku pulak risau nanti dia menyalak pukul 3 pagi ni mesti jiran-jiran lain rasa terganggu.
Aku pun berlutut cuba nak tenangkan anjing aku, aku bercakap dengan ia dengan suara yang lembut. Aku terpandang ke arah pokok itu dan masa itulah, aku ternampak makhluk itu. Ianya sedang berdiri di hadapan pokok itu, tingginya 10 kaki. Ianya berbentuk seperti seorang manusia yang kurus kering tinggal rangka. Ianya berwarna hitam dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Mungkin sebab dipengaruhi oleh kegelapan, makhluk tu macam makhluk 2 dimensi, macam lukisan orang lidi dalam buku yang melompat ke alam realiti.
Aku terpaku di situ, samalah juga dengan anjingku. Untuk seketika kami terkaku merenung makhluk itu. Hinggalah makhluk itu berlalu pergi, tapi pergerakannya lebih kepada melayang-layang. Sukar untuk aku gambarkan perlakuan makhluk itu sebab ianya bukan sesuatu yang aku pernah nampak selama ini. Dan seperti tadi ianya bergerak dengan senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi dan akhirnya ia hilang ditelan kegelapan malam.
Bila benda tu betul-betul dah hilang, barulah aku dan anjingku jadi relaks tapi lepas tu kami pun terus berlari masuk pejabat balik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kembar Abang
Aku ada seorang abang yang 8 tahun lebih tua daripada aku. Mak aku selalu cerita padaku yang abang aku ni ada satu lagi versi yang sangat menyeramkan dan suka menyeringai dan bukan dia sorang je yang nampak, tapi pengasuh abang pun selalu nampak versi yang itu. Versi itu seolah-olah sama-sama membesar macam abang dan selalu menampakkan dirinya beberapa kali di hadapan ibu dan pengasuh abang.
Aku pernah jumpa 'kembar' abang tu semasa aku di sekolah menengah.
Masa ni abang aku dah dewasa dan dia buat banyak kerja jadi dia selalu takde kat rumah. Abang aku ni pemurah orangnya, dia selalu bagi aku upah untuk kemas bilik dia termasuklah basuh baju dia sekali. Selalunya aku akan berjaga di malam Sabtu untuk melipat kain baju abang aku tu sambil melayan rancangan MadTV dan SNL di tv.
Ada suatu malam tu aku merasakan macam ada seseorang yang memerhatikan aku, tapi abang aku dah keluar bekerja dan ahli keluarga aku yang lain pun dah tidur. Bila aku berpusing melihat ke arah itu, rupa-rupanya abang aku yang sedang mengintai aku dengan sebahagian kecil mukanya tersorok di belakang dinding. Abang aku sedang tersengih sampai nampak semua giginya.

Aku memang tak silap tengok, mukanya seiras dgn abang aku. Aku pun cakapla kat abang aku tu, 'wei blah la kau!' dan kembali melayan rancangan di kaca tv. Selepas beberapa ketika baru aku teringat, wei abang aku mana ada kat rumah. Merinding bulu roma di tanganku. Bila aku memusingkan kepala ke arah tadi tu, abang aku dah takde.
Esoknya aku cerita kat mak aku, mak aku cuma mengangguk tanda faham.
Sejak tu aku selalu je terperasan macam ada orang tengah mengintai aku. Kadang -kadang dengar bunyi pelik-pelik di waktu malam. Ada jugakla beberapa kali anjing peliharaan aku tiba-tiba menggeram pada satu sudut yang kosong. Entahla, rumah aku tu memang pelik skit sebenarnya...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Best Mrs S.. nti sambung lg ye.. tq share cerita best2 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
adoi ngantuk ni tade cete baru ke  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa aku berhenti kerja di lapangan terbang
Kisah ni terjadi semasa aku memulakan kerja baru aku di Lapangan Terbang Will Rogers. Sebenarnya aku bukanla baru bekerja dalam bidang kapal terbang komersial ni, aku cuma tukar tempat kerja dan syarikat baru je. Aku cuma pekerja am dan walaupun aku ni kerja di lapangan terbang, aku sebenarnya fobia dengan ketinggian. Jadi benda yang paling aku tak suka adalah apabila aku terpaksa memanjat bahagian kargo di bahagian bawah kapal terbang yang ketinggiannya boleh mencecah 20 kaki dari aras tanah. Malam kejadian tu aku terpaksa buat kerja tu dan yang buat aku tak sedap hati lagi adalah malam tu hujan lebat dengan petir berdentum yang menyebabkan elektrik di situ kejap malap kejap terang.
Kadang kala, kami akan berhadapan dengan jenazah yang dibawa melalui udara. Nak dijadikan cerita malam tu lah jugak aku kena menguruskan jenazah ni. Penyelia aku menyatakan itu adalah tugasan terakhir aku malam tu dan aku dah boleh balik. Lagipun dia cakap kerja tu mudah je sebab kargo malam tu tak banyak, paling besar dan berat pun cuma jenazah. Mujurlah aku tak berseorangan, ada 4 lagi rakan sekerja aku bersama-sama mengeluarkan kargo malam tu. Nak menutup rasa gementar, aku pun sapalah kawan-kawan aku malam tu. Tapi sebab suasana malam tu bingit dek air hujan yang mencurah-curah, kami terpaksa meninggikan suara sedikit.
Aku cakap kat diorang, "ha korang malam ni kerja elok-elok sikit. Aku taknak duduk sini lama-lama hahaha"
Kawan aku balas balik "ala apa salahnya lepak lama sikit, boleh berkenalan dengan kawan baru dalam tu", dia merujuk pada jenazah tu pastu diorang pun gelak-gelak. Tapi maaf cakapla aku tak rasa benda tu kelakar kot tapi aku berpura-puralah jugak ikut ketawa macam diorang.
Aku pun memanjat naik ke ruangan kargo yang sempit tu. Aku saja duduk jauh-jauh dari keranda berwarna putih tu. Sambil bekerja aku pun pasanglah playlist aku. Sambil melemparkan kargo ke tali sawat penghantar tu aku layanlah lagu-lagu kegemaran. Sekali tu malam tu pulak tali sawat tu bergerak sangat perlahan, siput pun lagi laju jadi aku tak boleh nak lemparkan kargo tu laju-laju. Dalam 10 minit macam tu lah, dok ralit bekerja tanpa disedari aku semakin menghampiri keranda itu. Tiba-tiba muzik yang kedengaran di telinga aku masa tu terhenti. Aku pakai fon telinga yang murah je, jadi aku beranggapan agaknya fon telinga aku ni rosak kot sebab basah kena air hujan tadi. Tapi bila aku check, eh kering je fon telinga aku ni. Aku pun check Spotify aku, mungkin ke ada masalah dengan apps tu dan masa nilah aku perasan aku ada terima satu teks yang belum dibaca? Yang lagi pelik teks yang aku dapat tu takde nama penghantar maksudnya teks dari orang yang aku tak kenal ni.
Aku pun bukalah teks tu, cuma sepotong ayat ringkas, "hi" sahaja. Aku pun balas balik aku tanyalah ni sape ni? lepas tu aku pun pasang balik Spotify aku dan mulakan semula kerja aku.
Sekali tu, sebilah petir berdentum dengan kuatnya sampai kapal terbang tu bergoyang-goyang jadinya. Terkejut mak nak. Masa nilah pulak tali sawat penghantar tu tidak bergerak. Aku pun jeritlah pada kawan sekerja aku, John yang berada di hujung tali sawat tu, "John apehal ni wei? apsal tiba-tiba tak bergerak pulak benda alah ni?". John membalas jeritanku, "entahlah wei. Rosak kot. Ko tunggu jap kat sana aku pegi cari juruteknik jap". Dan sepantas kilat jugaklah John berlari masuk ke bangunan meninggalkan aku sorang-sorang dalam perut kapal terbang tu. Aku pulak mati kutu dalam tu. Tak sampai seminit John tinggalkan aku, suhu dalam perut kargo tu jatuh mendadak sampaikan aku boleh nampak hawa dingin menghembus keluar dari mulut aku. Aku cuma beranggapan hujan lebat je ni. Aku pun carilah bagasi yang kukuh sikit untuk aku jadikan tempat duduk.
Aku lupa nak cakap, keadaan dalam perut kapal terbang ni sebenarnya malap je tau. Cuma ada lampu-lampu kecil je buat cukup syarat. Sedang aku meraba-raba nak cari bagasi buat tempat duduk tu, sekali lagi kilat muncul dan dalam sekelip mata tu keadaan dalam ruang kargo tu jadi terang- benderang. Masa nilah aku ternampak seorang budak lelaki berumur 11-12 tahun sedang duduk di atas sebiji kotak putih, tersenyum lebar sambil memandang aku. Aku ingat lagi kepala budak tu terteleng sikit ke tepi. Aku terus jadi terpaku dan mata aku terus tertancap di atas kotak putih tu. Yang menyedarkan aku adalah bunyi tali sawat tu beroperasi semula. Aku pun apa lagi, cha alip ba wau ta, sampai ke pintu kargo aku terus melompat turun ke darat. Aku cakap kat John aku nak balik aku taknak dah kerja sini. John terpinga-pinga, dia tanya aku kenapa ni aku tak mampu nak jawab apa aku cuma nak pergi dari situ je.
Dah sampai ke kereta, telefon bimbit aku berbunyi tanda ada mesej masuk. Mesej dari nombor yang tidak dikenali tadi. Mesej tu tertulis, 'sayalah kawan baru awak tadi!'. Tercampak telefon bimbit aku tadi. Esoknya aku terus hantar notis berhenti 24 jam.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yeay cete baru 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|