Hati-hati, jangan panaskan 5 makanan ini dalam microwave!
KETUHAR gelombang mikro atau microwave merupakan perkakasan dapur versatil yang sering digunakan untuk memasak dan selalunya menjadi tempat memanaskan makanan.
Namun, tahukah anda tidak semua jenis makanan boleh dimasukkan dalam microwave? Apakah jenis makanan itu? Jom semak! Cili
Cili mengandungi sebatian dipanggil capsaicin yang menjadi sumber rasa pedas. Apabila dipanaskan, capsaicin dalam cili akan tersejat, merebak dan terperangkap dalam ketuhar gelombang mikro yang bertutup. Jika pintu gelombang mikro dibuka, asap yang mengandungi capsaicin boleh merengsakan paru-paru, tekak, mata dan hidung.
Telur Rebus
Apabila dipanaskan dalam microwave dan terus dipotong, telur rebus boleh meledak dan menyebabkan ruangan dapur menjadi kotor. Hal ini disebabkan keberadaan wap dalam telur rebus yang tidak boleh dilepaskan menerusi putih telur sehingga menjadi satu bentuk tekanan.
Air
Nak panaskan air? Baik gunakan cerek atau pemanas air biasa. Memanaskan air menggunakan microwave menyebabkan air benar-benar menjadi panas dan jika tidak diuruskan dengan betul, air boleh tertumpah dan menyebabkan tangan kita melecur.
Kentang Lebihan
Kentang sering menjadi rumah bagi bakteria botulisme, atau Clostridium botulinum. Bakteria ini akan berkembang biak jika kentang telah dimasak tetapi tidak disimpan di peti sejuk dalam kadar segera.
Memanaskan kentang lebihan dalam microwave tidak akan membunuh bakteria ini dan boleh membahayakan kesihatan.
Sos Tomato
Memanaskan sos tomato dalam microwave biasanya akan menyebabkan banyak percikan. Hal ini kerana, wap yang ada dalam sos tidak dapat dikeluarkan menerusi keadaan sos yang pekat.
Tidak sampai beberapa minit, sos boleh meletus dan menyebabkan keadaan dapur menjadi kotor dan kemungkinan menyebabkan kulit pengendali makanan melecur.
(Lucu artikel ini. Ku ingat x bagus utk kesihatan, rupanya nak elak kan kecederaan fizikal)
Post time 25-8-2025 01:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CnP Public Health Malaysia
Kadang anxiety itu datang dalam rupa yang pelik.
Pagi-pagi bangun, baru nampak senarai tugasan kecil di mejaterus rasa sesak. Walaupun hanya perkara remeh, hati berdegup seperti ada beban besar menunggu.
Di dalam kepala pula, satu fikiran berulang-ulang tanpa henti. Macam kaset lama yang tak mahu berhenti, makin cuba dilupakan, makin kuat ia berputar.
Bila berjumpa orang, setiap ayat yang kita ucap kembali terngiang. “Patutkah aku cakap lain tadi?” Walaupun orang lain mungkin tak fikir apa-apa, hati kita terus dihantui.
Dan yang paling menyakitkan, kita tahu semua ini kecil sahaja, tapi tetap terasa terlalu banyak untuk dipikul. Sukar menikmati saat ini, sukar untuk minta bantuan, dan akhirnya diri terasa letih.
Itulah wajah sebenar anxiety . Ia tidak selalu nampak dari luar, tapi ia hidup di dalam jiwa yang sedang berjuang.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 25-8-2025 01:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CnP Public Health Malaysia
???? Rahsia Awet Muda Kulit Sawo Matang ????
Anda perasan tak, individu yang memiliki kulit sawo matang biasanya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar?
Garis halus lambat muncul, kedut kurang jelas, dan kulit nampak lebih cantik semula jadi.
Menurut kajian, pigmen melanin yang tinggi bukan sahaja melindungi kulit daripada sinar UV, tetapi juga membantu mengurangkan kerosakan kolagen.
Kolagen inilah yang menjaga kulit agar kekal tegang, licin, dan tidak cepat jatuh berkedut. Kulit sawo matang juga lebih kuat mengekalkan kelembapan semula jadi, menjadikan wajah tidak mudah kering walau sering terdedah kepada panas tropika.
Inilah sebabnya tanda-tanda penuaan seperti tompok gelap, garis halus, atau kulit kusam biasanya datang lebih lambat pada mereka yang berkulit sawo matang.
Dengan kata lain, ia seolah-olah “sunscreen semula jadi” yang Tuhan hadiahkan sejak lahir.
????Jadi, jangan pernah rasa rendah diri dengan warna kulit kita. Kulit sawo matang adalah lambang kecantikan, kekuatan, dan keunikan orang Asia.
Ia bukan kekurangan ia sebenarnya rahsia awet muda yang ramai tak tahu.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register