|
Machu Picchu ialah sebuah kubu yang 'hilang' pada abad ke-15, menjadi misteri dunia sebelum dijumpai semula di pergunungan Andes di atas Lembah Suci, Peru.
Uniknya, ia adalah satu-satunya runtuhan pra-Columbus yang ditemui hampir utuh sekaligus memaparkan bukti kewujudan tamadun purba melalui struktur bekas plaza, kuil, teres pertanian dan rumah.
Ahli arkeologi percaya bahawa kawasan itu dibina sebagai ladang untuk Maharaja Inca Pachacuti pada sekitar 1450.
Bagaimanapun, masyarakat Inca meninggalkan tapak itu seabad kemudian.
Ia kekal tersembunyi selama beribu tahun sebelum dijumpai semula oleh ahli sejarah Amerika, Hiram Bingham pada tahun 1911. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|