[size=1.1]Terdahulu, penyampai radio, Fizi Ali dilihat meninggalkan komen seperti mahu ‘mengorat’ di beberapa video milik seorang wanita dikenali sebagai Shahida di laman TikTok miliknya. [size=1.1]Menerusi video tersebut juga memaparkan beberapa keping gambar serta video mereka bersama serta disertakan dengan kapsyen yang mencurigakan orang ramai tentang status hubungan mereka berdua. Advertisement
[size=1.1]Bagi menjawab persoalan ramai, Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin berkata, tidak ada sebarang isu pun tentang video tersebut kerana mereka berdua hanya bergurau dan tidak serius.
[size=1.25]Video di TikTok tu mungkin ada yang dah salah faham. Itu adalah kawan saya sebenarnya. Takde isu pun pasal saya nak try dia.
[size=1.1]Jelas Fizi, dia turut berasa kasihan kepada rakannya itu kerana disebabkan gurauan antara mereka menjadi tular dan dikecam teruk oleh netizen. [size=1.25]Tak sangka benda ni boleh viral sampai sampai orang kutuk dia, kata tak setanding dengan ex-wife saya, tak baik la cakap macam tu.
@cyidashahida
[size=1.1]Lebih menyedihkan, Fizi memaklumkan bahawa ada juga segelintir netizen yang mengatakan bahawa Shahida menjadi punca dia bercerai dan menyebabkan keruntuhan rumah tangga bersama bekas isterinya iaitu pelakon, Syakilla Khoriri. [size=1.1]Ditanya mengenai netizen yang melabel dirinya sebagai seorang yang mudah untuk mencari pengganti, Fizi mempertahankan dirinya. [size=1.25]Jodoh itu kan di tangan Tuhan, kalau Tuhan kata tak boleh, tak tahan jugak. So kita tak boleh nak cakap orang tu cepat atau lambat move on.
|