|
Kuala Lumpur: Penyanyi Adira sekali lagi menegaskan dia dan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red tidak akan rujuk semula bagi menyelamatkan perkahwinan mereka.
Adira berkata, antara mereka sudah tiada sinar kerana masing-masing mempunyai fokus dan mahu meneruskan kehidupan.
"Jangan cerita mengenai 10 tahun yang akan datang sebab esok pun kita tak tahu apa ceritanya lagi. Tapi buat masa sekarang ini kamu semua tanya rujuk atau jadi suami isteri semula, memang tak ada sinar.
"Datuk nak fokus untuk menyelesaikan semua masalah dia. Saya pula fokus untuk membesarkan anak-anak. Jarang saya serius, tapi ini cerita betul supaya kamu semua tidak ulang soalan yang sama," katanya.
"Saya kalau tak 'move on', saya tak akan jumpa orang itu. Jadi kalau kami boleh berbual maksudnya kami sudah 'move on'," katanya.
Terdahulu, hubungan suami isteri pasangan sensasi itu terlerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 24 April lalu.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.
Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.
Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... memang-serius-adira |
|