CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

Pelajar mati ditembak Polis:Dewan Negara bahas-post 1535# pg 62

  [Copy link]
Post time 29-4-2010 09:08 PM | Show all posts
Reply 1494# serafina

Mcm ler pandai sgt... Kalo sng nak tembak tgn, bahu da lama polis tembak dlm keta tuuuuu...
Ms ko pandu keta, apa yg ko nmpk musti ler kepala... tgn musti xnampak...


Peluru tu pulak accidently tkena kepala budak tu...
kalo betul la polis tu aim kepala budak tu, takkan guna byk peluru guna satu peluru da cukup...
Pikir ler logik skit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 09:10 PM | Show all posts
tulah ai ckp..jgn emo2..nnt klu korg ternasib x baik..kena rompak ke..ic ilang ke..jgn report kt polis dh..korg report kt askor..or jaga@rela dr bangladesh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:05 PM | Show all posts
ntah...x kenang jasa polis tul...pasal gaji polis dtg dr duit rakyat tu sume karut..dgn menembak sesuka hati tu laaa kadar jenayah kita menurun thn lps tawwww...pape pun polis x salah..xde org yg salah dlm hal ni...nih sume takdirrrrr...kena laa redha
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:18 PM | Show all posts
penjenazah
advark Post at 29-4-2010 17:44


bodonye indon.. nak kata typo, huruf y dgn huruf z jauh.. memang bodo


- oi , x pegi merusuh mbah priok letrik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:19 PM | Show all posts


[size=180%]Mangsa tembakan polis Norizan Salleh menyerah memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen hari ini.

Memorandum yang sama telah diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari dan juga Suhakam pada 11 Februari yang lepas tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan diambil.

Mangsa yang sebelum ini berusaha untuk menyerahkan memorandum di pejabat Hishammuddin pada 25 Februari lalu tetapi menteri itu hanya menghantar wakilnya bagi menerima memorandum tersebut.

Norizan yang ditemani ibunya, Siti Halimah Abu dan peguam N. Surendran menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin pada pukul 12.15 tengahari di pejabatnya.

Hishammuddin berjanji akan mengambil tindakan dan menyiasat kes seberapa segera.

Sebelum itu pada sidang media di perkarangan lobi Parlimen Norizan memberitahu ingin mengetahui sebab sebenar beliau ditembak selain menuntut bayaran pampasan ke atas kecederaan kekal yang ditanggung.

"Saya datang ini sebab ingin mengetahui apa tujuan sebenar polis tembak saya, sehingga sekarang saya tidak tahu sebabnya. Selain itu berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan segera," jelas beliau.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata kes tersebut akan di bahaskan di dalam Dewan petang ini dan berharap kementerian terbabit akan memberi penjelasan yang sewajarnya.

"Saya akan bahaskan isu tersebut pada petang ini dan berharap kementerian terbabit dapat memberi jawapan selain memberitahu apa tindakan yang akan diambil," kata Tian.

Pada awal pagi 30 Oktober 2009, Norizan telah ditembak polis ketika berada dalam kereta dan ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta.

Daripada lima das tembakan yang ditujukan kepadanya, dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, dan dua tembakan lagi terlepas tetapi meninggalkan kesan luka. lihat video ulasan mangsa peguamnya (klik untuk menonton video).





yg ibu tunggal tuh x benti bila polis tembak nape?...kalo dgr bunyi tembakan hatta bunyi mercun bola pun ptt nya benti laaa..mmg jelas ni bkn salah polis hokayy!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:38 PM | Show all posts
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja b ...
kecimpret Post at 29-4-2010 20:28

ishh susah betul la bila org tua merajuk....apa punya IGP la bagi statement merajuk ni, so tak professional....dah lah salah point, org semua komplen sbb kenapa budak tu perlu ditembak mati bukannya org komplen psl polis tahan pemandu2 yg mencurigakan ataupun pelumba2 haram...budak tu reverse kereta nak langar polis ke, tak boleh ke tembak tayar ke, kena ke tembak kat kepala..ke kepala budak tu mcm tayar...mmg patut tukar motto PDRM ke "Shoot To Kill"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2010 10:42 PM | Show all posts
slalu sangat layan cs... headshot je..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 10:48 PM | Show all posts
Everyone wants to become Mr. Nice Guy but nobody wants to do the work...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2010 10:56 PM | Show all posts
justify ke utk tembak org yg x bersenjata? hanya kerana x berhenti kereta?? polis nampak budak tu hunus parang ke?? setahu aku, polis semua di train utk pegang sejata & aim kat mana.  dan setahu akulah, polis x boleh tembak unless suspect mmg bersenjata & menyerang polis.

takkan polis tak tahu, dgn menggunakan pistol, kebarangkalian utk suspect terbunuh tu ada ? malah kebarangkalian utk org lain kena pun ada??  apa peranan polis dalam memastikan keselamatan org lain juga dalam menggunakan pistol tu? dah habis cara ke utk polis pakai bagi menahan suspect selain daripada guna pistol?
bukan ke polis harus ada tanggungjawab itu juga dalam menjaga keamanan. bukan setakat tangkap org jahat je, tapi pada masa yg sama membawa penjahat ke muka pengadilan. bukan mengadili mereka ditangan sendiri.

apa2 pun aku berdoa agar kes ini diadili dgn seadil-adilnya.
dan paling aku harap since benda ni dah diketahui umum, dedahkanlah semua butir2 kepada org awam agar takde sebarang prasangka di kemudian hari.

kalau x sengaja terkena mangsa sekalipun, apa yg polis buat utk pastikan mangsa ditangkap dgn selamat?? jgn cakap pasal umurlah. yg pasti ko tak tau org yg dalam kereta tu betul2 penjenayah ataupun tidak. memang kes ni pelik. mungkin Tuhan nak bagi lesson.

p/s: mmg kalau x benti kete WAJIB tembak ek??
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 12:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by -mama- at 30-4-2010 00:09

pd yg nk tau cite sbnr,cuba try bca link nie..
nie dr pihak Yb Khalid Samad sndri,
menceritakan kjadian Kematian Arwah Kes Kematian Tembakan Polis.... :re:

http://kerabubersuara.blogspot.c ... takan-kejadian.html
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 12:38 AM | Show all posts
April 28, 2010
Yb Khalid Samad Menceritakan Kejadian Kematian Arwah Kes Kematian Tembakan Polis
Keadilan Untuk Aminulrasyid
Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 12:53 AM | Show all posts
so..x masuk tv...maknanyer polis tu tahulah salah tembak suka hati...
harisbee Post at 29-4-2010 03:38



    Maksudnya bila tak masuk tv ada juga kes kena tembak mcm budak ni. So janganlah ingat di luar negara tu semua chase polis ada car enam tujuh biji.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 01:54 AM | Show all posts
Reply  serafina

Mcm ler pandai sgt... Kalo sng nak tembak tgn, bahu da lama polis tembak dlm ket ...
yaminz Post at 29-4-2010 21:08



    Kau tu yg bodoh tak phm apa isu yg aku tulis..AKU TULIS KALAU IKUT STATEMEN POLIS,ARWAH DITEMBAK DIKEPALA SEMASA MENGUNDUR UTK MELANGGAR POLIS..TP TGK KEADAAN KERETA YG MENJUNAM/TERSEKAT KAT PARIT,LOGIK KE LEPAS KENA TEMBAK KAT KEPALA,DIA SEMPAT TUKAR GEAR DARI REVERSE KE GEAR 1 DAN TERUS MELANGGAR TEMBOK MCM DLM GAMBAR TU..TEMBAK KAT KEPALA TERUS REBAH..LAINLA KALAU TEMBAK KAT TGN KE,BAHU KE..MASIH MAMPU NAK TUKAR GEAR N BARU LANGGAR TEMBOK DAN BARULA LOGIK STATEMENT POLIS TU..BUKAN AKU QUESTION KENAPA POLIS TAK TEMBAK KAT BAHU,KAT TGN..

Aku siap capital letter supaya ko phm apa isu dia..kalau tak phm jugak aku taktau la..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 02:05 AM | Show all posts
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja b ...
kecimpret Post at 29-4-2010 20:28



    So unproffesional..ini dah mcm kes ugut pulak..tp rilek laa..dia cuma akan keluarkan arahan polis tak pyh tahan kereta yg mencurigakan atau polis jgn mengambil tindakan pd pelumba haram..TAPI DIA TAK KELUAR ARAHAN POLIS TIDAK BOLEH MENEMBAK PD SUSPEK YG DICURIGAI..SO KURANG KERJA BOLEH COFFEE BREAK DAN KALAU RASA MALAS NAK KEJAR SUSPEK,TEMBAK JER!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 03:51 AM | Show all posts
Notis bahas kes tembak remaja di Dewan Negara

KUALA LUMPUR 29 April - Satu notis telah diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang bagi membahaskan usul kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, pada Isnin lalu.
Senator Dr. S. Ramakrishnan pada sidang akhbar di lobi Parlimen berkata, beliau telah menghantar notis itu semalam dan berharap usul yang dibuat di bawah Peraturan Mesyuarat 17(1) dapat dibahaskan pada Isnin ini.
''Kejadian ini perlu dibahaskan di dalam Dewan kerana ia membabitkan isu keselamatan negara dan telah menarik perhatian masyarakat awam," katanya.

Beliau mengulas kejadian menimpa Aminulrasyid, 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri ketika hendak ditahan.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan panel khas diketuai Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop untuk menyiasat insiden itu.
Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 60, bagaimanapun menafikan anaknya terbabit dalam aktiviti jenayah dan meminta polis menyiasat kes itu dengan telus.
Dalam perkembangan berkaitan, Ramakrishnan berkata, satu inkues bebas harus diadakan kerajaan bagi mengenal pasti punca kejadian itu berlaku.
''Saya berharap polis bersikap lebih berhati-hati sebelum melepaskan tembakan dan ia hanya boleh dilakukan jika mereka betul-betul pasti orang yang dikejar adalah penjenayah," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 04:00 AM | Show all posts
Musa blames situation for student’s fatal shooting
by Charles Ramendran

KUALA LUMPUR (April 29, 2010):
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan says the circumstances of the situation were to be blamed for the fatal shooting of 15-year-old Aminulrasyid Amzah, in Section 11, Shah Alam by the police early on Monday.


Aminulrasyid Amza
It would have been least expected that a 15-year-old would be driving a car at 2am on a weekday, and speeding off when ordered to pull over, he said when asked by reporters to comment on the circumstances of the shooting, at a blood donation drive in conjunction with the 203rd Police Day celebrations at the National Blood Centre on Jalan Tun Razak today.
He said the public should put themselves in the shoes of his men and understand the situation that led to the shooting.
"How are my men to know? Do you want people to do whatever they want to do, even when they are breaking the law. When I say this, people will say I am biased. The public must understand the situation.
"So do they want us to enforce the law? If they don’t, just say so and I will tell my men. So no need to check suspicious looking cars, no need to stop the Mat Rempit.
"I have advised (the public) before, when ordered to stop, please stop because when you don’t, it raises suspicion and my men will have to decide on the next course of action."
Aminul’s family told a press conference on Tuesday that he had taken his sister’s Iswara to fetch a friend to watch a football match early Monday morning. On his way back, the car grazed another vehicle and a motorcyclist gave chase when Aminul failed to stop. His family said two police patrol cars joined the chase and policemen shot out the car’s tyres. They said Aminul’s car crashed into a tree and landed in a drain. They disputed reports which quoted police as saying Aminul tried to run down the policemen. His family is demanding a thorough probe.
Musa said the question of discharging of firearms should not arise as police personnel are fully aware of when they should or should not use their guns.
"In self-defence ... the rules of engagement. It is not only a parang or a gun that can be used as a weapon. Even a vehicle can. If you refuse to stop or plough your way through, that can endanger the life of a policeman."
He asked the public not to pre-judge the incident and again gave an assurance that there would be no cover-up. "Let’s just wait for the findings of the investigation."
Yesterday, investigators called Aminul’s sister Tuty Shaninza Anom to present herself for her statement to be recorded. On Wednesday, police interviewed Aminul’s mother, eldest sister and his friend who was with him during the incident.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2010 04:38 AM | Show all posts
Kerajaan Selangor Tawar Bantuan Guaman Kepada Keluarga Remaja Mati Ditembak Polis


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedia memberi bantuan guaman kepada keluarga Aminulrashid Amzah, 15, yang mati ditembak ketika didakwa cuba merempuh polis pada Isnin lepas, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, khidmat guaman itu akan disediakan jika keluarga remaja itu merasakan perlu mendapat nasihat undang-undang.
Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Aminulrashid di Seksyen 11 di sini bagi menyerahkan cek bantuan kerajaan negeri berjumlah RM10,000.
Abdul Khalid berkata, beliau tidak berhasrat bertemu Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada masa ini kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.
Mengenai perkara lain, beliau berkata, pemilik tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri dikehendaki memberi penjelasan jika gagal membangunkan dan melunaskan cukai tanah tertunggak melebihi tempoh lima tahun.
Abdul Khalid berkata, kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan tanah mereka diambil semula oleh kerajaan negeri. - Mstar




Shahrizat dukacita insiden remaja ditembak
KUALA LUMPUR, 28 April — Sambil melahirkan rasa dukacita dengan insiden remaja berusia 15 tahun ditembak mati oleh polis, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu penggunaan senjata api oleh pihak berkuasa atau pemilik persendirian mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar terbabit, berkata penggunaan senjata api oleh mana-mana pihak tidak kira penguatkuasa atau individu mestilah merupakan tindakan terakhir dan pada dasarnya adalah untuk melindungi dan menyelamatkan diri.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam insiden ini, cuma perkara yang paling penting ialah prinsip penggunaan dan penembakan itu mesti jelas dan nyata dan setiap individu sama ada anda sebahagian daripada pegawai penguatkuasa mesti tahu tugas dan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.
“Kita mesti menggunakannya dengan penuh tanggungjawab mengikut peraturan yang diperakui dan penggunaan senjata api untuk menembak sesiapapun mestilah menjadi satu tindakan terakhir,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Shahrizat turut meminta pihak berkuasa menentukan sesiapa jua yang diberi lesen atau permit senjata api mesti mengikut prosedur operasi standard kerana amanah dan kuasa yang diberi tidak boleh diambil mudah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden seorang remaja lelaki ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11, Shah Alam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri apabila dikejar polis.
“Kita tidak mahu negara kita menjadi satu negara di mana sesiapa jua merasakan mereka boleh “trigger happy”...sebab risiko dan implikasinya sangat tinggi,” katanya.
Sehubungan itu, Shahrizat menyambut baik panel yang akan diwujudkan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat insiden itu dan berharap siasatan dibuat secepat mungkin.
Beliau mencadangkan supaya seorang pegawai kebajikan masyarakat menjadi ahli dalam panel itu bagi membolehkan maklumat mengenai latar belakang mangsa diperoleh.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/61595-shahrizat-dukacita-insiden-remaja-ditembak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 04:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 30-4-2010 04:43

Tuduh Aminul penjenayah, Kerajaan perlu mohon maaf
Dzulfikar Mashoor   

KUALA LUMPUR, 29 April:
Kerajaan digesa memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah Aminulrasyid Hamzah, 15, ekoran kenyataan pihak polis yang mendakwa remaja adalah suspek geng samun. Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Kementerian Dalam Negeri harus bertanggungjawab terhadap kenyataan pihak polis tersebut kerana telah mencemarkan imej mangsa dan keluarganya.

"Walau apa pun keputusan kabinet semalam, nama arwah dan keluarganya sudah tercemar, kononnya arwah ditembak sebab dia geng penyamun. Menteri Dalam Negeri sekurang-kurangnya kena minta maaf mewakili polis kerana mengfitnah arwah sekeluarga," jelas beliau kepada Harakahdaily pagi tadi.

Menurutnya, tindakan menyuarakan rasa simpati seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Noh Omar, adalah tidak memadai. Tambahnya lagi, Noh selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani sepatutnya boleh mendesak kerajaan secara tegas supaya arwah sekeluarga mendapat pembelaan.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal layanan istimewa kerajaan terhadap kesemua empat anggota polis yang disyaki membunuh remaja terbabit. "Kalau yang membunuh ini orang adalah orang awam atau saya sendiri, tentu akan direman Polis beberapa hari. Tetapi, saspek adalah anggota dan mungkin sebab itu mereka dilayan istimewa hanya ditukarkan ke kawasan yang lain serta merta," ujarnya. Tidak cukup dengan itu, beliau turut mendesak Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar supaya bersikap adil kepada keluarga arwah.

Dalam pada itu, beliau mewakili PAS menawarkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga arwah, walaupun keluarga dilaporkan telah melantik seorang peguam, kelmarin. Apa yang dilakukan PAS, menurut Mahfuz, demi memastikan remaja terbabit mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya dari kerajaan.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26316:tuduh-aminul-penjenayah-kerajaan-perlu-mohon-maaf&catid=1:utama&Itemid=50
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2010 04:44 AM | Show all posts
Saya terduduk, terus menangis – rakan Aminulrasyid
Harakahdaily   

SHAH ALAM, 29 April:
“Allahyarham (Aminulrasyid) memang baik sebab saya kawan dengan dia dari kecil. Keesokan hari sekitar jam 11 atau 12 saya dapat tahu melalui kawan saya, saya terus terduduk, terus menangis,” ujar Mohd Haikal Che Harun, 15, rakan karib Aminulrasyid.

TV Selangor melaporkan suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan remaja yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah
(gambar)
yang diziarahi tiga rakan karib mangsa dan beberapa pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 di sini, petang semalam.

Mereka termasuk Mohd Haikal duduk secara berkumpulan di sisi kubur allahyarham dan berdoa supaya kejadian yang menimpa mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.

Ketika ditemui TV Selangor di tanah perkuburan Seksyen 21 Shah Alam, beliau kelihatan sugul dan menangis apabila ditanya mengenai sifat peribadi arwah.

“Saya kenal allahyarham masa tadika lagi. Masa kecil lagi saya kenal dia. Kami  main bola setiap hari, memang rapatlah. Dia memang baik, dia peramah. Mana ada ada merompak-merompak ini, tidak pernah.

“Allahyarham memang baik sebab saya kawan dengan dia dari kecil. Keesokan hari sekitar jam 11 atau 12 saya dapat tahu melalui kawan saya, saya terus terduduk, terus menangis.

“Masa mula-mula tahu saya tak percaya dan petang semalam sudah hendak kebumi. Ramai kawan-kawan tak percaya sebab semalam baru elok-elok main bola. Esok dah tak ada, memang tak percaya.

“Polis memang tak patut la tembak, kalau boleh tembak tayar, ini tembak kepala pula memang tak patutlah,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Haikal juga mendedahkan beliau hampir menyertai mangsa menaiki kereta pada malam kejadian tetapi entah mengapa menukar fikiran.

“Mula-mula allahyarham mahu pergi Seksyen 7, tengok bola. Dia ajak saya, saya tak ikut. Saya kata pada Aminul, tak payahlah sebab esok sekolah.


"Dia cakap hari ini hari
last
aku pergi, dia cakap
last
masa tu, saya tak sedar. Lepas itu betul-betul
last,
esok dah tak ada,” katanya.

Zaid Zainuddin, 16, pelajar Sekolah Menengah Seksyen 19, juga sedih dan kecewa dengan kejadian berkenaan yang menyebabkan beliau kehilangan seorang rakan karib.

“Saya tak tau nak cakap apa. Dekat sekolah memang rapat dengan dia. Lepas itu dia pergi kejap sebab dulu dia cakap nak belajar sama-sama, nak duduk sama-sama, pergi mana-mana sama-sama, saya sedih bila polis buat macam ni,” katanya.

Zaid marah dan kesal dengan laporan media arus perdana yang sewenang-wenang melabel allahyarham sebagai penjenayah biarpun Aminulrasyid baru berusia 15 tahun dan masih belajar.

“Saya geram dengan berita budak 15 tahun menyamun. Saya tengok berita TV3, Bernama, Astro Awani cakap jumpa parang. Kita orang sedih dan kecewa dengar berita macam itu, tak bolehlah macam tu.

"Kenapa budak ditembak macam itu,” katanya sayu.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26315:saya-terduduk-terus-menangis-rakan-aminulrasyid&catid=1:utama&Itemid=50
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2010 05:12 AM | Show all posts
tau tak kenapa polis kita kejam macam ni?

SEBAB INDON2 DATANG SINI RAMAI JADI PENJENAYAH, PEROMPAK, PENYAMUN.

INDON = PUNCA KEHANCURAN BANGSA KITA !!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 103776 Replies : 5674
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 127986 Replies : 1781
Podcast Neelofa Dan PU Riz Raih Pujian
YgBenarPodcast Neelofa Dan PU Riz Raih Pujian
Views : 7202 Replies : 22
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakw ...
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 429646 Replies : 9138
Pembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghujung, Najib ada kepentingan peribadi
maklukpenggodaPembicaraan 1MDB sudah sampai ke penghuj
Views : 26144 Replies : 27
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105156 Replies : 1650
Memeningkan kepala, pasport Malaysia tidak ikut format antarabangsa?
maklukpenggodaMemeningkan kepala, pasport Malaysia tid
Views : 11392 Replies : 16
1MDB: Nasib Najib diketahui 30 Oktober ini
maklukpenggoda1MDB: Nasib Najib diketahui 30 Oktober i
Views : 7454 Replies : 1
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 64645 Replies : 561
Penjawat awam berisko alami tekanan jiwa
maklukpenggodaPenjawat awam berisko alami tekanan jiwa
Views : 11236 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.053311 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list