CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 34

 Close [Copy link]
Post time 17-4-2021 06:06 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 17-4-2021 06:04 PM
tapi lengkong dulu dulu tu lagi sedap kan... ni i xtaulah rasa macam mana. Keypo masak ke today?

Haah lengkong sirap tu legend. Mkn byk pun xsedar. Lagi 1 I suka agar2 pandan yg 2 lapis tu.. letak telor kot.. atas jernih

Xmasak today sbb pi umah MIL.. sahur jela masak kuey teow grg kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:09 PM | Show all posts
keypochino replied at 17-4-2021 04:57 PM
Keypo bukan kaki streaming so xtau sgt link2 ni

wah mangga Harum Manis Perlis sampai.dah...kolig tepon...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat berbuka chuolls! Buka apa tu nanti?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:10 PM | Show all posts
keypochino replied at 17-4-2021 05:08 PM
Haah lengkong sirap tu legend. Mkn byk pun xsedar. Lagi 1 I suka agar2 pandan yg 2 lapis tu.. leta ...

Mlm ni ada show @ tv2 jam 9 mlm..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 17-4-2021 06:04 PM
tapi lengkong dulu dulu tu lagi sedap kan... ni i xtaulah rasa macam mana. Keypo masak ke today?

Looks good mesti sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2021 06:10 PM | Show all posts
Amandaminaj96 replied at 17-4-2021 05:09 PM
Selamat berbuka chuolls! Buka apa tu nanti?

Mangga Harum Manis Perlis sampai dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2021 06:05 PM
Wah...apa menu Iftar MIL tu

Menu kfry, nasi arab, hummus tahapa lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 06:11 PM | Show all posts
keypochino replied at 17-4-2021 05:05 PM
Jejak rasul ada x? Xtau kat tv ada x..

Ada...saya ada post kat forum
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 17-4-2021 06:05 PM
i rasa ada dah sbb aritu adik i tunjuk video... i pun xpegi... cari jugak kuih tepung pelita ni

Tepung pelita Inn ada jual kat Vista Alam.. kat kiosk kecik sebelah Ehsan's
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2021 06:06 PM
Perak memang x guna cekur...jrg ada dlm masakan...ayo pe tu?

Oo xde cekur ok la.. sbb kalau yg jawa punya ada cekur..
Xtau la air apa.. hahaha iols dtg sini tetamu je kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2021 06:09 PM
wah mangga Harum Manis Perlis sampai.dah...kolig tepon...

Order kat mana.. syoknyaaaa boleh buat manggo float
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2021 06:10 PM
Mlm ni ada show @ tv2 jam 9 mlm..

Show sape.. selalu tdo awal skg.. konon. Tp masuk bilik main hp pulak
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2021 06:11 PM
Ada...saya ada post kat forum

Pukul berapa ye.. xdpt lagi tgk thn ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 17-4-2021 05:56 PM
Haah sedap kan ketuk serai..

Murah la kat sana kerang besar2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 17-4-2021 04:20 PM
Wah....ni cam Hafy bab udang....ayo pe?

Selamat berbuka puasa. Air soya dan smoothies mangga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2021 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 17-4-2021 06:22 PM
Murah la kat sana kerang besar2

Kat sana mahal ke? Kalau seller tu iklan kerang besar baru keypo beli.. yg kecik jenuh nak kopek nnt.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:37 PM | Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 17 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 1,832 kes (352,395 kes kumulatif, 94.5%);
  • Kes baharu : 2,331 kes (372,859 kes kumulatif);
  • Kes import : 12kes (7 warganegara, 5 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,319 kes [2,098 warganegara (90.5%); 221 bukan warganegara (9.5%)];
  • Kes aktif : 19,094 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 225 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 92 kes;dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,370 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara).
Pada hari ini, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 751 kes (32.2peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 623 kes (83.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 512 kes (22.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 252 kes (10.8 peratus).
Sebanyak 39 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Lenggeng (24 kes), Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (3 kes), dan Kluster DTI Sandakan (1 kes).
Terdapat lima (5) kes kematian pada hari ini yang melibatkan masing-masing dua (2) kes di Selangor dan Sabah, serta satu (1) kes di Sarawak. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 17 April 2021:
  • Jumlah kluster : 1,515kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,168 kluster [termasuktujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Pulau Pisang, Kluster Bukit Marak, Kluster Dagang Permai, Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Jalan Lapangan Terbang, Kluster Jalan Rawang, dan Kluster Teratai];
  • Jumlah kluster aktif : 347 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 69 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Ulu Balingian (101 kes), Kluster Jalan Bukit Belida (37 kes), dan Kluster Jalan Kota Kubang Labu (32 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat (4) kluster tempat kerja, tiga (3) kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan satu (1) kluster komuniti.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Ding Lik KwongSarawakTempat Kerja
2Jalan Damai TawauSabahTempat Kerja
3Bukit QuoinSabahTempat Kerja
4Jalan Wawasan LimaJohorTempat Kerja
5Ulu BalingianSarawakSekolah / Institusi Pendidikan KPM
6Jalan DisaSarawakSekolah / Institusi Pendidikan KPM
7Jalan MaktabSelangorSekolah / Institusi Pendidikan KPM
8Seri KuantanPahangKomuniti
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
17 April 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 17 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR751 (1)123,158
SABAH16356,673
JOHOR10042,929
WP KUALA LUMPUR252 (11)39,916
SARAWAK51223,432
PULAU PINANG11618,200
NEGERI SEMBILAN8917,873
PERAK4214,026
KEDAH459,051
KELANTAN  2258,116
MELAKA96,887
PAHANG204,680
TERENGGANU03,879
WP LABUAN22,421
WP PUTRAJAYA41,272
PERLIS1346
JUMLAH KESELURUHAN2,331 (12)372,859
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 2,331 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 April 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 751 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maktab;
    • 583 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 512 kes
    • 167 kes daripada kluster-kluster, termasuk 117 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Disa, Kluster Jalan Ding Lik Kwong, dan Kluster Ulu Balingian;
    • 222 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 123 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 252 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 149 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 11 kes import dari luar negara; dan
    • 87 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 225 kes
    • 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 128 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 163 kes
    • 72 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Quion dan Kluster Jalan Damai Tawau;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 116 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 100 kes
    • 43 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wawasan Lima;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 89 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 45  kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 42 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 20 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Kuantan;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Sembilan (9) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
LAMPIRAN 3
Ringkasan lima (5) kes kematian pada 17 April 2021 adalah seperti berikut:
No.    Kematian  Negeri  Jantina   (warganegara)Umur (tahun)  Hospital / Tempat Kematian  Latar Belakang  
1366SelangorLelaki (WN)78Hospital AmpangPenyakit darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, dan obesiti
1367SelangorPerempuan (WN)76Hospital AmpangPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan jantung
1368SabahLelaki (WN)61Hospital TawauPenyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, dan jantung
1369SabahPerempuan (WN)86Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi, kencing manis, dan strok
1370SarawakPerempuan (WN)68Hospital MiriPenyakit jantung
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN DING LIK KWONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363299) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Ding Lik Kwong, Sibu. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN DAMAI TAWAU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362764) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan yang terletak di Jalan Damai, Tawau. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER BUKIT QUOIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358127) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Hill Tawau, Sabah. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 18 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN WAWASAN LIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361317) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 5, Batu Pahat. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 178 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER ULU BALINGIAN
Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Selangau di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 April 2021 hasil saringan bersasar pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Ulu Balingian, Selangau. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 200 individu telah disaring, di mana 101 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN DISA
Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-365062) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah sekolah yang terletak di Jalan Disa, Sibu. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN MAKTAB
Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-366010) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Maktab, Bandar Baru Bangi, Sepang. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER SERI KUANTAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang serta daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-368956) dilaporkan positif COVID-19 pada16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 10 April 2021. Sehingga 17 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:39 PM | Show all posts
keypochino replied at 17-4-2021 05:11 PM
Menu kfry, nasi arab, hummus tahapa lagi

Sedap tu...pi amik.mangga Harum Manis, ada doyan...byk kereta lak...esok2 le borong
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 06:40 PM | Show all posts
keypochino replied at 17-4-2021 05:14 PM
Oo xde cekur ok la.. sbb kalau yg jawa punya ada cekur..
Xtau la air apa.. hahaha iols dtg sini  ...

Ni nak buat epal asam boi
Slmt IFTAR ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 1.468702 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list