|
UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Pada saya paling seronok sekali adalah melontar di Jamrah.
Seronok bila bertakbir ketika nak perg ...
ustaz Post at 26-9-2011 17:52
Masyaallah...... terima kasih . Tak sabar rasanya.....nak menempuh pengalaman itu sendiri.
Ya Allah, permudahkanlah , disini sebelum pergi, dalam perjalanan dan disana. Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1472# ustaz
terima kasih ustaz for the info.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1497# ustaz
ustaz disana ye pd 2007? saya pun, lama kat muzdhalifah sebab tunggu bas tak sampai-sampai. last-last kita org jalan kaki ke mina, start 9.00 pagi sampai mina 11.00tghari. mlm tu gi melontar dan terus balik mekah utk tawaf kira-kira sekitar 3.00 pagi. selesai tawaf sebelum solat subuh. selepas solat terus saie......walaupun berjalan dlm jarak yg tak pernah dibuat di malaysia, alhamdullilah tak terasa penatnya. kaki pun tak melecet.....satu pengalaman yg tidak akan dpt dilupakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit Perkongsian Buat Bakal Tetamu-Tetamu Allah
JABAL RAHMAH , ANTARA TAIK UNTA DAN UNSUR BIDAAH
[size=130%]بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
[size=130%]السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
[size=130%]ALHAMDULILLAH
[size=130%]Jika sesiapa yang pernah mengunjungi Jabal Rahmah tak kiralah masa buat umrah atau buat haji, pasti apabila melihat foto yang dipaparkan ini, pasti ingatan kita melayang dan diterjah oleh gelagat jamal a.k.a unta yang banyak di Jabal Rahmah ini dan juga suasana di sini .
Turun je dari bas, penjaga2 unta ni dah berkejaran dan "memprovoke" dan "mempromote" bagai nak rak suruh kita naik untanya dan bergambar
Kalau USA bangga dengan Pasadena Rose Paradenya dengan kereta berhias, di sini unta2 juga tidak kurang hebatnya dihiaskan dengan bunga2 plastik indah berwarna-warni, cuma dia tak pakaikan gincu je kat bibir unta tu . Alis matanya memang original melentik kurnian Allah.
Tapi paling bahaya bila mata kita dah nampak unta dipakaikan sari pun dipandang cantik,
terutama pada musim haji dan dah lama duk kat Mekkah dan terpisah pula tempat tidur dengan pasangan masing-masing. Ini kenyataan dan juga ujian dari Allah .
[size=130%]Teringat daku kecik2 dulu masa tengah berhingus , masa arwah atuk dan arwah abah ku pulang dari mengerjakan haji. Di tunjukkan sekeping "gambar segera" a.k.a poloroid yang dibawa dengan berposingkan di atas unta . Pada masa itu hanya gambar yang ditatap dengan perasaan gumbira tanpa mengerti apa2 pun yang ada dan istimewa di sana.
Semasa arwah ayah ku dan ibu mengerjakan fardhu haji , aku ketika itu baru memasuki sekolah menengah. Masa tu kalau tak salah aku perbelanjaan mengerjakan haji hanya empat lima ribu je
[size=130%]Namun masa tu wang sebanyak itu sangatlah besar nilainya . Wang tersebut dikumpul oleh bapa ku selama berpuluh tahun juga sedikit demi sedikit dan hanya impiannya ke sana menjadi kenyataan selepas pencen .
Sekembali dari sana, pasti yang menarik perhatian ku ialah sekeping dua gambar poloroid sebagai kenangan2 mereka di sana. Dulu bukan ada kamera mcm sekarang ni dan rasa tak mampu memiliki kamera ni . Dan yang pastinya gambar di Jabal Rahmah ni pasti ada sebagai kenangan-kenangan . Tapi semua dalam warna yang seakan2 pudar dan kusam ala-ala retro .
Sehingga kini , masih ada lagi jurugambar di sana dengan kamera segera juga yang menjadikan unta sebagai model dengan bayaran 10 sr . Mungkin ini generasi entah keberapa dari tukang ambil gambar semasa zaman arwah datuk dan ayah ku dahulu.
Sedangkan mereka telah kembali ke rahhmatullah, namun Jabal Rahmah masih tetap utuh seperti dahulu dan dikunjungi oleh jutaan manusia setiap kali musim umrah dan musim haji.
[size=130%]Entah mengapa, setiap kali kunjungan ku ke sana, kami memang tak pernah naik ke atas puncak dan tak tergerak naik ke sana. Hanya suka melihat dan menyaksikan kehebatan Jabal Rahmah dari bawah yang menyaksikan pertemuan semula Adam dan Hawa selepas lama terpisah.
[size=130%]Tentu teman2 sekalian pun punya kenangan indah di sini .....
[size=130%]Namun itu ada beberapa perkara perlu diambil berat di sini agar kita tidak menjadikan diri kita terjerumus dalam perkara2 yang merugikan dan berunsur bidaah antaranya seperti kita mempercayai bahawa menulis nama sendiri dan perempuan yang kita suka di batu-batu dan binaan di Jabal Rahmah , Allah akan memakbulkannya dan menjodohkan kita . Itu semua adalah bidaah.
[size=130%]Ingat , jodoh pertemuan di tangan Allah.
[size=130%]Tiada menjadi kesalahan untuk mendaki dan memanjat Jabal Rahmah serta berdoa,
[size=130%]Tapi yang menjadinya salah apabila kita beranggapan mendakinya dan berdoa di atas Jabal Rahmah berkaitan jodoh merupakan satu kemestian dan kewajipan kerana mustajab di sana.
[size=130%]Jadi berhati-hatilah ketika di sana,
[size=130%]Selain dari kita berhati-hati dan berwaspada takut terpijat taik unta yang banyak dan berselerak,
[size=130%]kita juga mesti berhati2 dan berwaspada dari terikut2 dan melakukan perkara2 berunsur bidaah dan khurafat.
[size=130%]
Kalau dah terpijak taik unta, yang tu pasti bukan bidaah ...
Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu.
Insyallah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1490# ibu128
Saya nasihatkan masa kat Mina.....jgn minum air panas, kadang2 air tu masak tak betul2. Ni akan sebabkan cery bery. Kalau perut jenis lasak tak per....., (Minum mineral water yg dibekalkan.
Ramai yg masak maggie masa di Mina. Bawa spare biskut kalau lapar, tidakpun coklat.
Kalau jenis tak tahan ni, rasa sket2 tu p Q masuk toilet. Mmg tak der cara lain dah.....
Doa2 byk.....supaya perut tak buat perangai....huhuhu....
Last year banjir kat Mina....ada setgh kemah banjir. Mudah2an tahun ni cuaca ok. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1493# frapamocha
ustaz kt kg saya macam tarikh ni....tp tatau la KT berapa.
rasanya ustaz ni p pakej kot.....sebab naik di KL.
isteri dia puan doktor. |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit petua tradisi masa kat sana, kalau ubat doktor dh x berkesan..
Petua Untuk Hilangkan Sakit Tekak
Berkumur dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Anda cuma perlukan 3 camca garam dan bancuh dengan 1/2 gelas air sejuk. Berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.
Pilihan Petua Untuk Meredakan Batuk
Petua 1 : Ambil sedikit madu lebah asli dicampurkan dengan perahan limau nipis. Minum air tersebut dan amalkan sekali atau 2 kali sehari.
Petua 2 : Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam jag berisi air masak. Minum minuman ini sekerap mungkin.
Petua 3 : Ambil 2 tangkal cili kering dan bakar sehingga hangus. Campurkan dengan beberapa titis minyak kelapa. Apabila sebati, sapukan di sekitar kerongkong. Batuk akan hilang dan sakit kerongkong akan berkurangan.
yg bold tu , bole la bawa dr M'sia sket.... |
|
|
|
|
|
|
|
memandangkan kat sana kena berjalan selalu, maka KAKI adalah anggota PENTING.
rajin2 sapu krim kat tumit. kalau tumit dh kering, pecah2..lama2 dia akan berdarah.
taim tu sapu krim pun dh tak guna.....
anda akan byk berjalan masa di Mina nanti....then nak ulang alik p Haram. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Keadaan di sana kering, jadinya kulit pun agak kering. Elok kalau guna lotion vaseline yg tiada bau tu. Kat pharmacy banyak. Di sana pun banyak ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Mas916 at 27-9-2011 09:36
ni product el hajj...., dulu saya bawa yg ni..
Uploaded with ImageShack.us
rajin2 jugak sapu lips balm....bibir kering kat sana.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit petua tradisi masa kat sana, kalau ubat doktor dh x berkesan..
Petua 2 : Rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di dalam
Mas916 Post at 27-9-2011 08:25
Terima kasih Mas. Getah anggur tu apa?
Sehari dua ni akak amalkan air halia + madu. dan jugak apple cider vinegar + madu . minum jugak air zam2.
Ubat batuk mmg akak tak boleh minum, buat rasa mabuk, degupan jantung rasa lemah dan perlahan dan pelbagai rasa yg tak enak. Smlm panggil makcik urut, selepas urut harini badan rasa sedap sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1518# Mas916
Terima kasih Mas..... kalau krim utk tapak kaki Mas guna brand apa? Ellgy ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|