|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'
[Copy link]
|
|
surirumah boleh lah memohon |
|
|
|
|
|
|
|
duduk sekali klu rumah besar takpe
klu rumah kecik mmg haru.
nak lg klu tak reti nk tolong kemas rumah.
rumah bwh kaka ni (tgkt 1) penah suatu ketika beberapa thn lps
ada 17-20 org 1 rumah.
anak menantu cucu semua duduk sekali.
menantu pertama tak keje.
bini dia pun tak keje.
harap bapak yg tanggung.
bapak keje drebar bas klg.
adik2 yg bujang ada 2-3 org yg keje.
kaka tengok pun jd rimas.
sidai baju semua kt pagar bwh.
skrg ramai yg dah balik sabah lps bapak dia dpt pampasan.
company bapak dia dah tutup sb covid aritu.
ada lah dlm 3-4 org je lg yg tinggal kt rumah bwh ni.
itupun yg bujang2 je rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bapak dia dulu kawen 2. bini pertama org sabah juga.
derang anak beranak halau bini no 2.
bini no 2 org sg besar atau sabak bernam. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya nk halau bini no 2 tu yg bini pertama dtg bwk anak menantu kt sabah semua duduk sini.
pastu dia juga yg susah. sb si mak tu la yg pegi pasar.
dia juga yg antar cucu2 pegi sek.
ada anak, anak2 tak reti drive. |
|
|
|
|
|
|
|
Poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Tahun Baharu Cina
Oleh NUR HUDA MUSA
21 Januari 2023, 3:50 pm
PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
Ucapan itu dibuat melalui satu hantaran di Facebook rasmi Istana Negara hari ini.
“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan semoga hari istimewa ini membawa keceriaan, kemakmuran, kesejahteraan dan keafiatan yang berpanjangan kepada mereka yang meraikannya.
“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga sambutan perayaan kaum Cina sebegini akan terus mengukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan, semangat muhibah dan toleransi sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -tahun-baharu-cina/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nk harap kt menantu, kaka nmpk hidup easy peasy.
merokok je la kejenya.
kadang2 kaka nk turun tangga pun susah sb dia merokok kt tangga.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian org yg hidup mcm ni.
nmpk mcm takde yg bg nasihat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar hiasan.
Tempoh jangka hayat vaksin Convidecia lanjut hingga 18 bulan
Oleh KAMARIAH KHALIDI
21 Januari 2023, 3:44 pm
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Solution Biologics Sdn. Bhd. berhubung kemas kini tempoh jangka hayat vaksin Covid-19 iaitu Convidecia (Trade Mark) Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) Solution for Injection.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim berkata, pelanjutan tempoh jangka hayat produk tersebut diberikan berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan oleh pihak pengilang.
Menurutnya, jangka hayat baharu bagi vaksin Convidecia (MAL21066050AZ) yang dikilangkan di CanSino Biologics Inc, China dan Convidecia (MAL22126013ASZ) di Solution Biologics Sdn. Bhd., Malaysia adalah daripada 15 kepada 18 bulan bagi vial vaksin yang disimpan dalam suhu 2°C hingga 8°C.
“Kelulusan pelanjutan jangka hayat itu adalah secara retrospektif, bermaksud kelulusan ini juga terpakai kepada semua stok termasuk semua stok yang telah diterima sebelum variasi pelanjutan tempoh jangka hayat ini diluluskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan produk berkenaan sudah luput, tetapi semakan tarikh luput yang terkini (selepas pelanjutan jangka hayat) boleh disemak melalui laman sesawang NPRA.
Katanya, KKM sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin Covid-19 yang dibekalkan di Malaysia telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... ut-hingga-18-bulan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kaka dgn lepat sama byk.
diri sendiri punya yg byk
diri sendiri yg rimas tengok thru phone
betul nov.
geng2 kita je yg rajin nk kumpul medal.
org lain tak sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu kaka simpan ns yg lebih tu masa balik bg kt burung.
sayang klu buang mcm tu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
KPDN tubuh pasukan khas teliti masalah kad Visa prepaid Touch 'n Go
SALAHUDDIN ketika sidang media di Kampung Pasir, Johor Bahru. FOTO Nur Aisyah Mazalan
Johor Bahru: Satu pasukan khas ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menjalankan kajian dan meneliti semua permasalahan berhubung penggunaan sistem pembayaran baharu kad Visa prepaid yang dikeluarkan Kumpulan Touch 'n Go (TNG).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pasukan khas yang ditubuhkan serta-merta hari ini bersama syarikat pengendali TNG itu akan menyelesaikan masalah yang timbul.
"Saya harap pasukan khas ini akan membuat siasatan secara menyeluruh supaya tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
"Saya juga minta laporan diberikan kepada pihak kementerian bagi setiap kes, sebagai contoh semalam, kita dapat secara terperinci tentang satu masalah itu dan syarikat memberikan jawapan dengan segera, sekali gus isu timbul dapat dipantau," katanya pada sidang media di Kampung Pasir di sini, hari ini.
Menurut beliau, tindakan akan diambil ke atas syarikat pengendali jika tidak menunaikan tanggungjawab menyelesaikan isu berbangkit berhubung produk berkenaan.
"Saya akan teliti dan pastikan mereka (TNG) menunaikan tanggungjawab, (tetapi) sekiranya mereka tidak mengambil perhatian, maka saya akan membincangkan tindakan yang akan diambil," katanya.
Katanya, antara masalah diutarakan pengguna berhubung penggunaan sistem pembayaran baharu kad Visa prepaid itu ialah kad prabayar tidak berfungsi di semua tol dan tidak boleh diaktifkan, selain talian hotline yang tidak dijawab.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -prepaid-touch-n-go |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tindakan segera dari menteri |
|
|
|
|
|
|
|
semoga ada penyelesaian untuk kebaikan pengguna |
|
|
|
|
|
|
|
mgkn tukang buat tutup order buat sementara
sb nk bercuti panjang.
|
|
|
|
|
|
|
|
CODY Goddard (kiri) bersama isteri dan anaknya yang menemui fosil tengkorak ikan paus dipercayai berusia 12 juta tahun. FOTO AFP
Washington: Fosil tengkorak ikan paus yang dianggarkan berusia 12 juta tahun ditemukan di pantai, Chesapeake Bay, Maryland, Amerika Syarikat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|